8 Feb 2011

Kenapa Matematik harus dimansuhkan

Korang pernah blaja Math??Confirm pernah, sebab dari kecik lagi dah blaja Math, even simple math..Tapi bila da masuk institusi pengajian tinggi, korang still blajar math lagi??Aku bersyukur dulu sebab medic memang tak blaja math ni, blaja statistik je untuk thesis..Tapi skang amik Sport Sc kene pulak amik math..Walaupun math tu lauk, tapi aku berpendapat math diperingkat tertinggi harus dihapuskan..Kenapa?

1. Penghasilan adrenalin terlampau
- Kalau tak dapat jawab math, mesti perah otak gila-gila..Kadang-kadang orang cakap sampai bermandi keringat, nak perah otak punye pasal..Pupil mata akan dilate, penghasilan pelih melampau, penggunaan simpanan glukosa dengan banyak..Tarak baik ooo..Silap-silap aribulan boleh colapse kat dalam bilik sorang-sorang masa tengah buat math..

2. Kadar penceraian meningkat
- Bila tengah stress, kita akan senang naik angin, sebab tenaga banyak akibat pemecahan glukosa berlebihan (macam aku cakap tadi)..So orang yang paling dekat adalah pasangan kita (ade ke korang yang dah kawen??Saye jeles,okeh..).Jadi kalau ada apa-apa, mesti pasangan kita yang kena..Kalau jenis yang fikir kepala dia lagi keras, memang dapat "surat resign" la nanti..

3. Otak bersepai semakin banyak
- Otak tidak dapat keluar sendiri daripada tengkorak kepala kita yang sangat keras ni..So,macam mana nak keluar??Kalau tak dipecahkan tengkorak,manakan dapat otaknya..Macam mana nak pecahkan??Lompat dari tingkat 5 Kolej Perindu lepas stress sebab tak dapat buat math,tapi kene make sure kepala jatuh dulu..

See, i've told you..Math ni bahaya..So ade sape nak ikut aku buat demonstrasi kat Kementerian Pengajian Tinggi, untuk mansuhkan math???

(Mood : Tension tak dapat nak jawab soalan math yang mudah giler)

p/s : Sila jangan terpengaruh..Dan Utusan, jangan kau cakap aku menghasut pulak..

7 comments:

QERY HASAN said...

matematik itu bahaya. Saya budak matematik. Saya amat bahaya. Alamak!!!

Anonymous said...

biology pon sme en.adie.
seb baek da xstudy subject 2 skunk.
relief at last.
huh. :)

Encik Adie said...

wan : anda berbahaya!!sila jauhkan diri anda dri org lain..LOL

Cik nony : bio best!!!hehehe...

Ila Aqilah said...

hadi! kalo matematik mansuh
fibi nak ajar pe nanti??? haha
*luahan bakal guru matematik*

Encik Adie said...

btul gak kan eh??hmm..pe kate sume ckgu math ajar sivik pulak..sbab budak2 skang x ckup sivik..huhuhu

KAM ZAI said...

gilo kau.aku terbalik.xde subjek math (kira-kira) boleh gilo bai.ngatok yo manjang.tido 18 jam pon ngantok gak kalau kelas yg xde kira2 ni.

Unknown said...

aku memang setuju jika matematik perlu dimansuhkan pihak pendidikan untuk menyedarkan para pelajar kepentingan penggunaan bahasa serantau. Hal ini kerana komunikasi merupakan satu pengetahuan dan imaginasi untuk manusia bertukar pandangan. Ini dapat dilihat di Malaysia. Para pelajar tidak berani menyuarakan sebarang idea yang bernas untuk masyarakat dan negara. Negara memerlukan para pelajar untuk memacukan nama negara bukannya subjek matematik yang menjadi bebal kepada para pelajar untuk mengikut sistem. Matematik merupakan sistematik yang perlu dipatuhi para pelajar tanpa menyedari bahawa matematik hanya ilusi sebuah mimpi jika dibandingkan ilmu bahasa. Kini, masyarakat perlu didedahkan ilmu perakaunan, kewangan, pentadbiran, dan lain-lain. Jadi, kita perlu menolak subjek matematik untuk masa depan..