10 Jan 2014

Is Personal Trainer (PTr) necessary?

In a world of technology where information are at fingertips, human touch in almost every field are less required, including in fitness/health related field. People did not find that personal trainer (PTr) necessary as they can get all the information and technique to do exercise through internet without the needs of guidance from expert. Are you thinking the same?

Evidence Base

A study by Storer et al. (2014), shows that it is necessary to get PTr to have an optimal effect on health-related fitness rather than training along. Men aged 30-44 are selected as participant and divided into two groups. Members of a single Southern California fitness club were randomized to exercise with a PTr administering a non-linear periodized training program (TRAINED, N=17) or to self-directed training (SELF, N=17). Both groups trained 3 days per week for 12 weeks. The results shows TRAINED individuals have better results in dual-energy x-ray absorptiometry (DXA), 1-RM muscle strength test, leg power test and aerobic capacity compared to SELF individuals. They conclude that "members whose training is directed by well-qualified personal trainers administering evidence-based training regimens achieve significantly greater improvements in LBM and other dimensions of fitness than members who direct their own training". 


Health-related fitness

In order to call yourself fit, you must have 5 health-related fitness components. According to American College of Sports Medicine (ACSM), the 5 components are : 1) cardiovascular endurance, 2) body composition, 3) muscular strength, 4) muscular endurance, 5) flexibility. All these components are obtained through regular exercise and physical activity. To obtain an optimum results, the right frequency, intensity, duration and technique are required (ACSM, 2009). To use the combination of these entire principal, guidance from expert, which in this situation is PTr, is required. It is not something that you can learn in a day through internet.

The misconception

Malaysians are keen to have desired body shape and control their weight, but they did not realize that body composition is just one of the health-related fitness component. With this misconception, there are a lot of parties take advantage from it, hence so called "fitness/healthy supplement" are born, and many "short-cut" technique been introduce so that people can be in a good shape, but they forgot the elements of "healthy". In addition, they are harming their body from the inside without them knowing it.

As a conclusion, there are many principles of exercise must be followed in order : 1) to do no HARM to your body, 2) to obtain OPTIMUM RESULTS from exercise, 3) to enjoy a HEALTHY life in a right way. 

Abdul Hadi bin Ruslan
2014

25 Aug 2013

Professionalism dan Mutu Pengadilan di Malaysia

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden dimana Tengku Mahkota Johor (TMJ) berang lalu turun ke padang dan memarahi pengadil, Zamzaidi Katimin selepas perlawanan tamat antara Johor DT (JDT) FC dan Felda United dalam saingan Piala Malaysia 2013 peringkat kumpulan. Insiden ini berlaku dipercayai atas tindakan pengadil yang menafikan gol JDT, yang didakwa merupakan 'advantage' kepada mereka. Saya tidak bercadang untuk mengulas tentang perlawanan dan mutu pengadilan di Malaysia, tetapi saya ingin mengulas dari segi professionalism dan semangat kesukanan (sportsmanship) itu sendiri.

Sekadar gambar hiasan

Professionalism dan Mutu Pengadilan

Tidak dinafikan bahawa mutu pengadilan bola sepak di Malaysia bukanlah berada di tahap yang terbaik. isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah berlaku di seluruh dunia termasuk pada kejohanan-kejohanan besar seperti Piala Dunia dan juga di liga-liga terkemuka dunia seperti Liga Perdana Inggeris (English Premier League  - EPL). Persoalan yang timbul adalah, kemana perginya etika dan professionalism seseorang pegawai sukan atau pengurus dalam menangani isu ini? Apakah sudah tidak ada cara lain yang lebih efektif untuk menanganinya? Dan adakah dengan tindakan mengamuk dihadapan orang ramai dapat menyelesaikan masalah?

Pada hemat saya, tindakan ini membuktikan ketidak matangan seseorang di dalam mengendalikan krisis. Mungkin ramai akan mempersoalkan pendapat ini, lalu mengeluarkan kata-kata seperti "Kita tak berada di situasi tersebut, senang untuk kita bercakap". Pandangan ini seolah-olah menghalalkan perbuatan tidak beretika ini. Maka hasilnya, insiden-insiden seperti diatas berlaku saban hari di mana-mana tanpa ada penyelesaian. Ianya diburukkan lagi dengan pelbagai pendapat daripada 'pengadil-pengadil professional tidak terlatih' di bangku-bangku penonton yang merasakan merekalah lebih layak untuk menjadi pengadil.

Karenah birokrasi yang menyusahkan

Antara sebab dan alasan tindakan 'kampung' seperti diatas diambil adalah kerana karenah birokrasi yang menyusahkan. Pada hemat mereka, daripada melalui sistem birokrasi ini, tindakan ala koboi adalah jalan terbaik untuk menyedarkan pihak yang berkaitan. Tetapi pernahkan tindakan ini mampu menyelesaikan masalah? Persepsi yang tidak sihat keatas individu dan kelab, denda yang mungkin akan dikenakan, permusuhan baru yang bakal menimbulkan pelbagai masalah baru merupakan 'hasil' daripada tindakan ini. Jadi, daripada menimbulkan masalah baru, adalah lebih baik kita mengikut prosedur yang betul dalam membuat bantahan. Tetapi adakah kita harus akur, berdiam diri dan sentiasa bersetuju dengan sistem yang kita anggap tidak berkesan ini??

Penambahbaikan

Penambahbaikan terhadap beberapa perkara dan sistem itu sendiri boleh dilakukan, antaranya :

1. Menghasilkan satu sistem "online" yang mampu diakses oleh beberapa individu atau panel didalam sesebuah kelab, yang mempunyai "link" terus kepada FAM. Sistem ini berfungsi sebagai maklumbalas beberapa panel terhadap mutu pengadilan sesuatu perlawanan, dan juga saluran aduan kepada FAM supaya FAM boleh mengkaji dan mengambil tindakan diatas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pengadil. Ianya boleh menggantikan karenah birokrasi aduan yang menyusahkan.

2. Penggunaan teknologi. Beberapa sukan seperti ragbi, hoki dan tenis mempunyai mekanisme aduan "on the spot" diatas padang, dimana pemain boleh melakukan "challenge" terhadap keputusan pengadil, di mana keputusan akan dibuat oleh 'pengadil tambahan' yang berada di luar padang - analisis video. Presiden FIFA Sepp Blatter pernah membuat kenyataan bahawa teknologi-teknologi ini bakal 'membunuh' keindahan sesuatu pertandingan, malah berkeras untuk tidak menggunakan teknologi-teknologi ini. Yang sebenarnya, masalah-masalah teknikal lah yang akan membunuh sukan yang akhirnya memberi gambaran negatif terhadap sesuatu sukan.

3. Pengadil dijadikan sebagai kerja tetap. Seperti yang kita maklum, pengadil-pengadil bola sepak bukanlah terdiri daripada pengadil sepenuh masa, tetapi merupakan tugas sambilan. Jadi ramai yang mempertikaikan kerjaya-kerjaya pengadil-pengadil ini makan timbullah suara-suara "Pergi jadi cikgu/poli/bomba etc lagi baik!!". Mungkin FAM boleh menjadikan pengadilan sebagai satu kerjaya tetap dengan latihan intensif. Tetapi cadangan ini agak kurang rasional kerana ianya melibatkan kos pengurusan yang sangat tinggi.

"Alah, orang EPL pun buat.Kau pulak kecoh"

Ini merupakan isu terbesar di seluruh dunia, dan semua bidang. Ada diantara kita menghalalkan tindakan 'kampung' ini dengan menyatakan Alex Ferguson dan ramai lagi nama-nama besar tidak beretika dan tidak professional. Inilah igauan buruk untuk semua, kerana jika nama-nama besar melakukan sesuatu kesalahan, maka ianya dianggap halal dan biasa. Kita bimbang tindakan Nigel de Jong mengaktifkan mode kungfu di atas padang atau Luis Suarez yang mahu makan apa sahaja yang beliau berkenan di atas padang menjadi ikutan di seluruh dunia, dengan alasan, "mereka pun melakukannya".

Jadi, marilah kita mengambil iktibar diatas insiden-insiden ini dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan ini walau sukan apa yang kita ceburi, walau di peringkat mana sekalipun, agar objektif sukan dalam melahirkan individu-individu professional dan menyatukan peminat-peminat sukan tercapai, bukan sebaliknya.

"KEARAH PROFESSIONALISMA SUKAN"


Abdul Hadi bin Ruslan,
Pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi,
Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

21 Apr 2013

Jom jadi pengikrar penderma organ

Hari-hari kita boleh tengok berita kat surat khabar atau berita, ada pesakit yang perlukan dermaan organ atau dana untuk menjalani rawatan untuk terus hidup..Lebih-lebih lagi kat media sosial, macam Facebook..Bila kita baca kat news thread kita, kita pun share kat wall orang lain, then kita cakap "Kesian kat dia ni.Jom kita sama2 share.1share menyelamatkan nyawa"..Terima kasih atas perhatian anda semua dan usaha anda dalam membuat kebaikan, tapi sekadar share tak cukup..Kita kena ambil satu langkah yang lebih produktif dan efektif..Apa yang boleh anda buat?



Jadi pengikrar penderma organ..Ramai daripada kita takut untuk menjadi pengikrar hasil daripada persepsi-persepsi salah, terutama dalam masyarakat Melayu..Ada yang beranggapan, kesian dekat mayat kalau nak amik organ..Secara logiknya, kita dah mati dah pun masa tu, nak buat apa lagi organ kita..Akhirnya ditimbus tanah, dimakan ulat jugak..Lebih baik kita dermakan pada orang yang memerlukan.Cuba bayangkan orang yang anda tolong tu merupakan seorang hafiz, atau seorang yang sangat penting..Boleh bayangkan betapa banyaknya dan berterusannya pahala anda??Taknak pahala free??

Lagi satu masalah adalah, ramai yang berfikir, menjadi pengikrar akan memberikan sumpahan tertentu, membuatkan kita jadi lebih cepat mati..Adakah kita tidak percaya bahawa ajal maut merupakan urusan Allah?

"Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah." Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)." (Surah Yunus 10 : Ayat 49)

Masalah mungkin timbul selepas kita berikrar, kerana menurut Pusat Transplan Nasional, sehingga Julai 2012, hanya 378 penderma sebenar daripada 200,796. Selain daripada masalah organ tidak dapat digunakan, masih hidup, dan sebagainya, antara punca statitistik ini adalah pengikrar tidak memberitahu ahli keluarga akan niat murni mereka, akhirnya hasrat itu tidak dapat dijalankan..Jadi, jangan lupa untuk memberitahu niat murni anda kepada ahli keluarga..Dan lagi satu, jangan lupa jaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat, agar organ kita akan kekal berfugsi dengan baik untuk memberi manfaat kepada orang lain nanti..

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, boleh hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional di:
1-800-88-9080
emel : ntrc@hkl.moh.gov.my

26 Feb 2013

Nabil, Salleh Yaakob dan politik sempit

Baru-baru ini heboh di wall-wall Facebook, video Nabil dan Salleh Yaakob yang bertajuk "Lebih Bangang Dari Longkang" di YouTube tersebar luas, terutamanya di wall-wall penyokong pembangkang. Video yang jelas memerli dan mengutuk manifesto Pakatan Rakyat tersebut mendapat kritikan, kejian, cacian, dan bermacam-macam lagi bentuk respon daripada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Dan cadangan memboikot kedua-dua artis ini menjadi perkara yang wajib, bagi golongan ini. Tidak kurang juga ada penyokong kerajaan menyokong tindakan mereka berdua yang mereka anggap "sangat kelakar dan sesuai dengan isu semasa".

HARUSKAH PERKARA INI TERJADI??



Politik sempit dan pejuang papan kekunci

Kita mengharapkan politik yang matang, selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Semboyan revolusi politik, lebih spesifik kebebasan dalam berpolitik dan memilih dilaungkan oleh Pakatan Rakyat, dengan harapan pengikut mereka turut serta dalam kempen ini dan mengambil bahagian. Tetapi malangnya bunyi semboyan tersebut tidak mampu untuk sampai ke pelosok tanah air. Tatkala penyokong Pakatan Rakyat kecewa apabila penjawat awam dan mahasiswa dipaksa untuk menyokong kerajaan persekutuan, mereka tanpa sedar melakukan hal yang sama kepada orang yang tidak menyokong mereka. Yang tidak sefahaman dengan mereka akan digelar "macai" dan sebagainya. Jika benar kita ingin politik bebas, biarkan lah siapa pun yang mereka sokong, asalkan tidak menghina Islam, menghina ulamak dan mencemarkan kedaulatan negara. 

Perbuatan memboikot adalah pilihan sendiri, kerana artis-artis yang menyokong Pakatan Rakyat juga banyak diboikot oleh "pencinta hiburan dunia". Tetapi perkataan-perkatan menghina, membuka aib bukanlah tindakan yang bijak, dan ia mencerminkan sikap buruk pejuang-pejuang yang mengganggap diri mereka adalah pejuang Islam. Sikap ini banyak terdapat di kalangan pejuang papan kekunci (keyboard warriors) yang tidak faham perjuangan, tetapi hanya ingin meluahkan perasaan tidak puas hati dan marah mereka kepada kerajaan. Jadi jika sayangkan Pakatan Rakyat, masuk jemaah dan fokus kepada perjuangan, bukan melakukan perkara yang merugikan Pakatan Rakyat.


Hujah VS Hujah, Fakta VS Fakta

Hal ini semakin berkurangan tatkala ini. Puas Ketua Dewan Pemuda PAS menyeru anak buahnya agar melawan hujah dengan hujah, atau jika mereka mencaci, kita berikan hujah. Ianya akan menyerlahkan kebenaran kita dan menampakkan kebodohan di pihak lawan. Tapi malangnya hal ini tidak diendahkan, dan darah muda yang mengalir dalam golongan yang baru boleh mendaftar pengundi mendidih-didih jika diprovokasi, maka terciptalah "karya-karya pembuka aib" dan kata-kata cacian menghiasi arena perdebatan media sosial. Jika kita berada di pihak yang benar, maka bentangkan hujah yang munasabah, kerana barangkali mereka tidak tahu dan tidak faham.

 Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Dato' Dr Fadzilah Kamsah baru-baru ini. Hanya kerana kenyataan beliau tidak memihak kepada Pakatan Rakyat, habis kisah-kisah lama, kisah-kisah keluarga dan gambar-gambar dikorek hingga ke lubang cacing untuk mengaibkan dan menjatuhkan beliau. Inikah akhlak pejuang-pejuang yang kononnya ingin menegakkan syiar Islam? Mengapa bukan hujah dan fakta yang dihujankan kepada Dr Fadzilah Kamsah agar beliau faham? Kita marah mereka mengutuk dan memerli pihak kita, tetapi kita dengan senang hati dan tanpa bersalah berbuat demikian saban hari. Jadi dimanakah perbezaan kita dengan mereka??


Tahi dibalas bunga

Pembalasan cacian dengan cacian, fitnah dengan fitnah dianggap "halal" bagi sesetengah orang kerana mereka mengganggap itulah balasan mereka. Tapi apakah ini yang dianjurkan oleh Rasulullah? Kita berasa sudah paling sayang Rasulullah dengan berarak sambil berselawat untuk 30 minit pada Maulidur Rasul yang lepas, tetapi kenapa kita tidak mahu mengamalkan sunnah baginda? Di saat Rasulullah di lempar tahi, dilempar batu, diletakkan duri, di caci dan dihina, Rasulullah hanya bersabar dan meneruskan dakwah baginda dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Boleh bayangkan apa yang akan terjadi kepada Islam sekarang jika Rasulullah membalas tahi dengan tahi, batu dengan batu, dan cacian dengan cacian? Kesan itu jugalah berlaku sekarang. Semangat perjuangan Islam dilaungkah oleh kononnya "pejuang-pejuang Islam alam maya" ini, tapi roh perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam lansung tidak diikuti dan dijadikan contoh.

Jangan pernah putus harapan pada rahmat Allah. Kita harus percaya bahawa jika kita sabar dalam perjuangan dan bertindak selaras dengan tuntutan Islam, kelebihan akan sentiasa menyebelahi kita kerana Allah telah berjanji dalam surah Al Anfaal ayat 66 :

"Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. "


Fahami perjuangan dan beradab

Jadi dengan ini, saya menyeru kepada rakan-rakan tidak kira di pihak mana kita berada, agar hidupkan akhlak yang mulia dalam perjuangan. Hentikan caci maki, hina menghina, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah dan sebagainya. Jika satu pihak melakukan perkara yang sedemikian, balas dengan fakta dan hujah secara berhikmah. Jangan biarkan amarah menguasai pendirian dan tindakan kita kerana dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : 

"Orang kuat itu bukanlah yang menang bergusti tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya" (HR Bukhari dan Muslim)

Jadi, marilah kita mulakan dengan diri kita, buang politik sempit dan bersama ke arah politik yang lebih matang dan bersama "Kearah Malaysia yang Lebih Baik".



Spread the love, Stop the hatred


Abdul Hadi bin Ruslan
27 Februari 2013


25 Feb 2013

Lilin di bilik air

Bila duduk sorang-sorang kat rumah ni, and baru lepas jumpa member lama masa kat Medan dulu, teringat pulak kisah masa still belajar kat Medan. Kalau korang masih ingat kempen aku tentang Earth Hour (klik sini), ada aku selitkan macam mana keadaan di Medan yang sangat suka mati lampu (black out). Yuppa, mereka akan matikan letrik secara berkala setiap hari, antara 4 -6 jam sehari. 2 tahun sudah lepas aku tinggalkan Medan, keadaan dia still macam tu lagi, tapi aku tak tau lah sekarang ni macam mana. Tapi daripada cerita kawan-kawan aku, keadaan dia still sama. Ini disebabkan oleh mereka tidak mampu menghasilkan tenaga yang cukup untuk menampung keperluan elektrik mereka. Dan kebanyakan bangunan besar akan ada "generator" sendiri, tak lupa jugak setiap rumah akan ada generator mini untuk digunakan masa mati lampu (bagi yang mampu je lah). Jadi, terima kasih kerajaan Malaysia yang prihatin dan baik hati (heh).

Dan cerita aku ni ada kena-mengena dengan apa yang aku nak cerita ni. Dulu masa aku kat Medan, aku ada satu habit, iaitu kalau aku duduk rumah sorang-sorang waktu malam, aku akan bawak lilin, lighter,ataupun torchlight walaupun tengah ada lampu. Sebab pernah jadi kat aku, tengah sorang-sorang kat rumah, dalam bilik air, tiba-tiba blackout. Masa tu gelabah capai sana-sini. Terkejut punya pasal. (Bukan sebab penakut eh,hehehe...)


Disebabkan peristiwa tu, aku jadi fobia dan akan buat langkah berjaga-jaga setiap kali nak masuk tandas kalau duduk sorang-sorang kat rumah. Peristiwa tu punyalah terkesan kat hati aku, sampai masa awal-awal balik Malaysia dulu pun, aku jadi macam tu. Dah habit kan..Walaupun blackout kat Malaysia sangatlah jarang, maybe sekali dalam 3 tahun, tapi still kena amik langkah berjaga-jaga. Macam tu lah aku fikir masa tu,huhu..Tapi sekarang, Alhamdulillah..Dah ade keberanian untuk tinggalkan lilin atau torchlight kat luar bilik air masa aku duduk sorang-sorang..Tapi aku rasa, kalau korang nak buat macam apa yang aku buat dulu tu, takdak masalah..Just in case kan..Alang-alang tu, letaklah lilin yang wangi-wangi tu..At least bila kita buat sesuatu yang boleh menghasilkan baru yang kurang menyenangkan, bau lilin tu leh atasi masalah tersebut..Hehehe...

p/s : Thanks to Dzul, Khir ngan Latep sebab sudi lepak dengan aku semalam.

13 Feb 2013

Hukum Beli Superbike : WAJIB

Salah satu cita-cita aku adalah nak beli sebijik superbike..Paling koman pun dapat sportbike sebijik pun dah puas hati. Masa aku start pasang cita-cita tu, 2 tahun lepas, hukum dia baru harus. Tapi sebab sekarang ni makin aktif kat atas motor, jadi hukum angkat sebijik superbike/sportbike dah jatuh WAJIB. Bukan kat aku sorang, tapi kat semua penunggang motorsikal kat Malaysia ni. Kenapa aku cakap macam tu? Ni antara reason kenapa penunggang motorsikal wajib pakai superbike.


1. Nyawa penuggang motorsikal ibarat nyawa katak
- Sedar atau tak, percaya atau tak, mengaku atau tak, tapi itulah hakikat. KEBANYAKAN pemandu di Malaysia (banyak, bukan semua, tapi majoriti) mengaggap nyawa penunggang motorsikal adalah seperti katak. Kalau nak keluar dari simpang, nampak kereta mereka akan tunggu dulu. Tapi kalau setakat nampak motor, pakai terus keluar je. Kadang-kadang signal pun tak bagi. "Pergi mampus sama itu motor, dia boleh cari tanah-tanah kat tepi jalan tu untuk mengelak aku" fikir mereka. Kalau nak memotong pun macam tu gak. Motor tu nak masuk longkang ke, "aku pedulik apa" fikir mereka lagi. Tapi situasi berbeza kalau mereka nampak superbike/sportbike.

2. Pemandu lebih menghormati penuggang superbike/sportbike
- Again, KEBANYAKAN pemandu lebih memilih untuk menghormati atau memberi perhatian kepada penunggang superbike/sportbike. Senang cerita, mereka akan lebih diberi perhatian, secara tak lansung kewujudan mereka di atas jalan raya disedari dan membuatkan keselematan mereka lebih terjamin. Penunggang kapcai? Minta maaf. Setakat nak tukar lorong tapi ada kapcai kat belakang, selamba ayam je pemandu tukar lorong, dengan harapan pandai-pandai lah engkau kapcai nak tersumbat kat mana pun. "Bukan aku nampak kau pun", bisik hati kecil pemandu angkuh terbabit. Kalau bawak RXZ,125Z or EX5 lagi lah. Sikit-sikit "Accidentlah kau mat rempit". Ingat Mat Rempit je bawak motor??

3. Boleh berada selain di lorong paling kiri / kecemasan di lebuh raya.
- Pemandu di Malaysia ada satu stigma yang sebati dengan mereka dan payah untuk diubah, iaitu lorong motorsikal di lebuh raya adalah LORONG KECEMASAN atau LORONG PALING KIRI. Lorong kecemasan adalah untuk kecemasan dan bukannya untuk motorsikal. Dan apa logik suruh motorsikal selaku kenderaan paling kecil atas jalan raya berkongsi jalan dengan lori-lori besar dan bas yang merupakan kenderaan paling besar atas jalan raya??Bila kapcai duduk kat lain tengah, bawak 110km/h pun, sedap-sedap je kereta mahal Kancil bagi-bagi lampu suruh ketepi. Tak boleh pergi lorong kanan ke nak memotong?At least kalau bawak superbike, kereta-kereta mahal dan power seperti Kancil dan Viva boleh makan asap je la.

4. Kacak, bergaya dan menawan.
- Tidak perlu huraian panjang lebar. Cuma anda perlu lihat Encik Adie, lalu interpretasikan kenyataan di atas. Taknak ke jadi macam Encik Adie =)

Aku respek kat Suria.fm kerana telah membuat satu-satunya iklan yang prihatin terhadap penunggang motorsikal. Linda Onn punya ayat lebih kurang beginilah "Prihatin terhadap penunggang motorsikal kerana nyawa mereka terletak di tangan anda". Kalau ikutkan,memang lah salah sebab nyawa kita di tangan Allah, tapi maksudnya pemandu bertanggungjawab ke atas keselamatan penunggang motorsikal, sebab kami ni kecik je..Lain-lain iklan, semua salahkan penunggang motorsikal. Macam semua kesalahan terletak kepada kami yang takda kuasa kat atas jalan raya..Kami tau kami tak mampu beli kereta MAHAL dan POWER macam Kancil, Viva, Myvi dan apa-apa kereta anda, tapi nyawa kami mungkin lebih berharga daripada nyawa anda. Jadi tolong bertimbang rasa yer semua..

Kalau tanya aku, pilihan hati aku sportbike je..Kire reasonable dan mungkin mampu milik..Ni mamat hensem kat bawah ni..


CBR 250. Harga dia boleh kata affordable, jimat minyak, mesra alam, comel lotey dan paling kena ngan jiwa aku compare dengan motor lain satu kelas dengan dia. Tapi idaman kalbu??



DUCATI 1199 Panigale..Hehehehe...Angan-angan yo bai, ntah mampu ntah tidak..Tapi sapo tau yo tak, joki oghang...

6 Feb 2012

Pemarkahan Gred Di Universiti


Ehem,ehem..Dah lama tak tulis kat sini..Memandangkan aku duduk rumah sorang-sorang, takde apa nak dibuat, so here I am, do something that I enjoyed once, again..

I'm not sure it is just me, atau ramai lagi yang tak tau pasal sistem merit atau pemarkahan gred untuk peperiksaan di universiti. Aku ni tak tau, dan bila aku tanya orang lain, ramai yang cakap, "aku pun tak sure la","entah" dan macam-macam lagi. So lepas aku mencari sana-sini, aku dah jumpa kesimpulan. Ini lah dia pemarkahan gred time peperiksaan..Diharapkan ianya menjadi panduan kat semua orang yang mempunyai masalah yang sama macam aku..Tapi kalau ada kesalahan tolong bagi tau eh..Mana lah tau bahan yang aku amik dari banyak tempat ni pun ada cacat cela dia..

Okeh, kalau tak nampak gambar tu, ni dia..Sila copy gambar tu tanpa pengetahuan aku..Benda baik, kalai dkongsi apa salahnya..Tak payah mintak kebenaran (kalau nak copy la)..

Markah Dari

Markah Hingga

Gred

Mata Gred

90

100

A+

4.00

80

89

A

4.00

75

79

A-

3.67

70

74

B+

3.33

65

69

B

3.00

60

64

B-

2.67

55

59

C+

2.33

50

54

C

2.00

47

49

C-

1.67

44

46

D+

1.33

40

43

D

1.00

30

39

E

0.67

0

29

F

0.00


Aku tau ramai yang dah tau, ini untuk rujukan orang tak tau je..jangan marah aku pulak, kata aku ni lauk..Encik Adie ni dah lah kuat nangis..Apa-apa pun, kepada sesiapa result belum keluar lagi, still ada masa nak doa hari-hari supaya Allah kurniakan keputusan yang cemerlang dan semoga senang nak terima ilmu yang bermanfaat..