Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

26 Feb 2013

Nabil, Salleh Yaakob dan politik sempit

Baru-baru ini heboh di wall-wall Facebook, video Nabil dan Salleh Yaakob yang bertajuk "Lebih Bangang Dari Longkang" di YouTube tersebar luas, terutamanya di wall-wall penyokong pembangkang. Video yang jelas memerli dan mengutuk manifesto Pakatan Rakyat tersebut mendapat kritikan, kejian, cacian, dan bermacam-macam lagi bentuk respon daripada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Dan cadangan memboikot kedua-dua artis ini menjadi perkara yang wajib, bagi golongan ini. Tidak kurang juga ada penyokong kerajaan menyokong tindakan mereka berdua yang mereka anggap "sangat kelakar dan sesuai dengan isu semasa".

HARUSKAH PERKARA INI TERJADI??



Politik sempit dan pejuang papan kekunci

Kita mengharapkan politik yang matang, selaras dengan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Semboyan revolusi politik, lebih spesifik kebebasan dalam berpolitik dan memilih dilaungkan oleh Pakatan Rakyat, dengan harapan pengikut mereka turut serta dalam kempen ini dan mengambil bahagian. Tetapi malangnya bunyi semboyan tersebut tidak mampu untuk sampai ke pelosok tanah air. Tatkala penyokong Pakatan Rakyat kecewa apabila penjawat awam dan mahasiswa dipaksa untuk menyokong kerajaan persekutuan, mereka tanpa sedar melakukan hal yang sama kepada orang yang tidak menyokong mereka. Yang tidak sefahaman dengan mereka akan digelar "macai" dan sebagainya. Jika benar kita ingin politik bebas, biarkan lah siapa pun yang mereka sokong, asalkan tidak menghina Islam, menghina ulamak dan mencemarkan kedaulatan negara. 

Perbuatan memboikot adalah pilihan sendiri, kerana artis-artis yang menyokong Pakatan Rakyat juga banyak diboikot oleh "pencinta hiburan dunia". Tetapi perkataan-perkatan menghina, membuka aib bukanlah tindakan yang bijak, dan ia mencerminkan sikap buruk pejuang-pejuang yang mengganggap diri mereka adalah pejuang Islam. Sikap ini banyak terdapat di kalangan pejuang papan kekunci (keyboard warriors) yang tidak faham perjuangan, tetapi hanya ingin meluahkan perasaan tidak puas hati dan marah mereka kepada kerajaan. Jadi jika sayangkan Pakatan Rakyat, masuk jemaah dan fokus kepada perjuangan, bukan melakukan perkara yang merugikan Pakatan Rakyat.


Hujah VS Hujah, Fakta VS Fakta

Hal ini semakin berkurangan tatkala ini. Puas Ketua Dewan Pemuda PAS menyeru anak buahnya agar melawan hujah dengan hujah, atau jika mereka mencaci, kita berikan hujah. Ianya akan menyerlahkan kebenaran kita dan menampakkan kebodohan di pihak lawan. Tapi malangnya hal ini tidak diendahkan, dan darah muda yang mengalir dalam golongan yang baru boleh mendaftar pengundi mendidih-didih jika diprovokasi, maka terciptalah "karya-karya pembuka aib" dan kata-kata cacian menghiasi arena perdebatan media sosial. Jika kita berada di pihak yang benar, maka bentangkan hujah yang munasabah, kerana barangkali mereka tidak tahu dan tidak faham.

 Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Dato' Dr Fadzilah Kamsah baru-baru ini. Hanya kerana kenyataan beliau tidak memihak kepada Pakatan Rakyat, habis kisah-kisah lama, kisah-kisah keluarga dan gambar-gambar dikorek hingga ke lubang cacing untuk mengaibkan dan menjatuhkan beliau. Inikah akhlak pejuang-pejuang yang kononnya ingin menegakkan syiar Islam? Mengapa bukan hujah dan fakta yang dihujankan kepada Dr Fadzilah Kamsah agar beliau faham? Kita marah mereka mengutuk dan memerli pihak kita, tetapi kita dengan senang hati dan tanpa bersalah berbuat demikian saban hari. Jadi dimanakah perbezaan kita dengan mereka??


Tahi dibalas bunga

Pembalasan cacian dengan cacian, fitnah dengan fitnah dianggap "halal" bagi sesetengah orang kerana mereka mengganggap itulah balasan mereka. Tapi apakah ini yang dianjurkan oleh Rasulullah? Kita berasa sudah paling sayang Rasulullah dengan berarak sambil berselawat untuk 30 minit pada Maulidur Rasul yang lepas, tetapi kenapa kita tidak mahu mengamalkan sunnah baginda? Di saat Rasulullah di lempar tahi, dilempar batu, diletakkan duri, di caci dan dihina, Rasulullah hanya bersabar dan meneruskan dakwah baginda dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Boleh bayangkan apa yang akan terjadi kepada Islam sekarang jika Rasulullah membalas tahi dengan tahi, batu dengan batu, dan cacian dengan cacian? Kesan itu jugalah berlaku sekarang. Semangat perjuangan Islam dilaungkah oleh kononnya "pejuang-pejuang Islam alam maya" ini, tapi roh perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam lansung tidak diikuti dan dijadikan contoh.

Jangan pernah putus harapan pada rahmat Allah. Kita harus percaya bahawa jika kita sabar dalam perjuangan dan bertindak selaras dengan tuntutan Islam, kelebihan akan sentiasa menyebelahi kita kerana Allah telah berjanji dalam surah Al Anfaal ayat 66 :

"Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. "


Fahami perjuangan dan beradab

Jadi dengan ini, saya menyeru kepada rakan-rakan tidak kira di pihak mana kita berada, agar hidupkan akhlak yang mulia dalam perjuangan. Hentikan caci maki, hina menghina, kutuk mengutuk, fitnah menfitnah dan sebagainya. Jika satu pihak melakukan perkara yang sedemikian, balas dengan fakta dan hujah secara berhikmah. Jangan biarkan amarah menguasai pendirian dan tindakan kita kerana dalam satu hadith, Rasulullah bersabda : 

"Orang kuat itu bukanlah yang menang bergusti tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya" (HR Bukhari dan Muslim). 

Jadi, marilah kita mulakan dengan diri kita, buang politik sempit dan bersama ke arah politik yang lebih matang dan bersama "Kearah Malaysia yang Lebih Baik".



Spread the love, Stop the hatred


Abdul Hadi bin Ruslan
27 Februari 2013


17 Feb 2011

Yusry KRU ngan Lisa Surihani warga UiTM??

Okeh, sebenarnya benda ni dah sangat lama diperkatakan..Sebab aku malas nak cakap ape-ape, aku takde lah tulis kat dalam blog..Tapi bila aku tanya orang, takde orang pun yang tau pasal ni.So aku nak jugak tulis..Korang bayangkan, kebanyakan lecturer yang masuk kelas, diorang akan cakap, "Korang tau tak yang Yusry KRU tu jadi pensyarah kat MASSCOM(pengajian media dan komunikasi kalau tak silap)?"Dan MASSCOM ni sebelah fakulti aku jer, so memang popular lah cerita tu..

Tadi aku ada baca, yang Yusry ditawarkan menjadi tenaga pengajar..Tapi kalau korang ada apa-apa info lagi menarik, leh la share..Sebab aku bukan paparazzi yang nak kejar dia kulu kilir...Yang aku pelik, takde pulak paparazzi kat dalam UiTM ni dok kejar Yusry, dan paling obvious aku tak nampak pun Lamborghini die..Ke dia pergi ngajar bawak SAGA FL je??

Dan pasal Lisa Surihani pulak, aritu ade member aku, yang bernama Mat Pao (den petik namo kau, kalau salah kau yang kono,hahahaha)..Die cakap Lisa amik engineering kat UiTM tapi tak bagitau fakulti yang mana satu..Dan kalau betullah, memang bagus sebab lecturer tak payah nak pening-pening macam mana nak bagi markah 10% untuk kedatangan, especially laki, sebab confirm kelas penuh..Sape taknak gebang kat FB yang die jumpa Lisa Surihani ari-ari, ye tak..

Tapi kesahihahan benda ni pun masih diragui sebab dalam FB Lisa (klik sini), aku tak jumpa lagi yang dia cakap dia tengah belajar kat UiTM..Tapi apa-apa pun, apa kene mengena ngan aku, ye tak..So, jom sambung tido balik...

p/s : Kata gossip, so betul ngan salah tu 50-50 la..Kalau betul semua, dah jadi berita dah..(Encik Adie pun nak bergossip sekali-sekala)

17 Apr 2010

Achik Spin meninggal dunia


Setelah Allahyarham Din Beramboi, Achik Spin atau nama sebenar beliau Abdillah Murad Md. Shari pergi bertemu Illahi semalam, 17 April 2010 dalam kemalangan ngeri di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS). Vokalis kumpulan Spin itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan terbakar.Mayat beliau di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar malam tadi.

Ajal maut tak dapat kita nak predict, boleh sampai bila-bila masa, di mana-mana pun kita,dan siapa pun kita..Dengan pergi nya 2 seniman tanah air dalam masa tidak sampai sebulan, diharapkan kita dapat mengambil iktibar, dan sama-sama kita renungkan..

Kepada keluarga Allahyarham,saya mengucapkan takziah.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak..

Mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham..

Al-Fatihah

Artikel Utusan tentang pengesahan kematian Achik Spin

p/s : Semoga kita mengambil iktibar

4 Apr 2010

Golongan Anti Akademi Fantasia (AF)


Korang pernah dengar Akademi Fantasia??Mesti satu Malaysia pernah dengar dan familiar dengan nama tersebut. Rancangan realiti yang di hasilkan oleh Astro tersebut telah masuk musim ke-8 pun tahun ni,sejak diperkenalkan tahun 2003 kalau tak silap..Tapi,sejauh mana keberhasilan program tersebut??

Kalau diambil kira dari aspek keuntungan Astro,program tersebut sangatlah berjaya menghasilkan pendapatan yang membuatkan program tu bertahan sampai musim ke-8.Tapi dari keberhasilan mengeluarkan artis?Aku taknak komen pasal kualiti artis die,sebab aku bukan ikut sangat artis-artis Malaysia ni..Tapi korang pun boleh fikir sendiri kan..

Dan dari segi merosakkan orang Melayu, melekakan orang Melayu, terapkan budaya Barat yang tak berpekdah kepada orang Melayu, mengaut keuntungan yang besar dari orang Melayu, membazir masa dan duit orang Melayu, aku rasa program ni sangatlah berjaya mencapai tujuan, seperti yang aku cakap ni..

Dan disebabkan "keberkesanan" program tersebut terhadap bangsa Melayu yang kita cintai, maka lahirlah golongan yang tampil untuk menyatakan bahawa AF hanyalah program realiti yang mengutamakan keuntungan semata-mata bukan untuk mencungkil bakat, dan telah banyak melalaikan orang Melayu dan merugikan orang Melayu..Golongan tersebut dapat di lihat di sini :

1,000,000 peoples hate Akademi Fantasia group

Korang semua boleh bandingkan,berapa ramai yang tak suka atau membenci AF dengan penggemar AF :

Akademi Fantasia group

Tak dinafikan, mesti korang pun setuju, bahawa AF adalah rancangan yang membosankan dan memualkan..Penampilan "pelajar" (kononnya pelajar,tapi ni belajar untuk rosakkan diri) yang seksi, tinggal dalam satu rumah, lelaki dan perempuan, dan macam-macam lagi..Aku tak boleh nak komen banyak,sebab aku pun bukan orang yang baik..Tapi apa yang paling aku kecewa adalah,orang Melayu,terutama budak-budak sekolah,sanggup habiskan duit mak bapak untuk AFUNDI.Ada pulak setengah tu,sanggup bekerja lebih masa nak topup,so dapat AFUNDI peserta kesayangan mereka..Sedarlah dik,kau tak dapat ape-ape pun..Orang tu yang kaya dan terkenal,kau kene tungkus lumus carik duit..

p/s : Aku sokong 100% Anti AF

1 Apr 2010

Pemergian Din Beramboi


Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenar beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pada pukul 12.30 padi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang..

Allahyarham Din Beramboi disahkan meninggal dunia akibat daripada demam denggi berdarah (seperti yang diberitahu media) setelah beberapa hari koma dan dirawat di hospital. Pemergian Allahyarham Din Beramboi tidak disangka kerana beliau dikatakan beransur baik semalam dan dalam keadaan baik..Tapi, itu urusan Allah,kita tak boleh nak buat apa-apa..

Jenazah Allahyarham Din Beramboi akan berada di No 2079 Jalan E 5/12 Taman Ehsan,Kepong pada esok hari untuk diuruskan sebelum solat Jumaat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan,Kepong sebelum solat Jumaat.

Dengan pulangnya Allahyarham Din Beramboi ke rahmatullah, negara kehilangan seorang ahli seni yang sangat berbakat dan berkualiti, dan pasti pendengar akan merindukan celoteh Allahyarham Din Beramboi setiap pagi yang meneman mereka semasa perjalanan ke tempat kerja, kuliah, dan sebagainya..Peminat akan merindukan aksi yang spontan dan memukau Allahyarham Din Beramboi yang tidak pernah membosankan..

Takziah kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi..Semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Artikel Utusan Online tentang Din Beramboi

23 Mar 2010

Lady Ga-Go going agogoooooo!!!!

Kenal Lady Gaga??Sape tak kenal kan..Sekarang ni dengan kes die ngan bekas kekasih die lah..Tapi bukan tu yang aku nak cakap sekarang..Tapi aku nak cakap pasal jelmaan die,huhu..Dengan gelaran Lady Ga-Go,ade seorang,aku pakai 'seseorang' la,mungkin obses terhadap Lady Gaga sampai nak jadi macam Lady Gaga..Tapi apa yang menarik adalah,cuba tengok gambar ni dulu..

Ni lah die Lady Ga-Go nyer,huhuhuhu..'Seseorang' ni bukan memiliki profile biase dalam facebook,die siap pakai fan page sendiri,macam artis wa cakap lu..Fan die bukan main,setakat aku tengok dah ade dalam 2ribu lebih dah..Mengalahkan artis aku tengok,huhu..Gambar-gamar die dalam fan page tu sangat lah buat "hidung berdarah"..Tapi 'seseorang' ni memang sangat confident ngan diri die..Tabik beb!!!

Tapi yang aku semangat nak tulis ni,sebab ramai member dalam friends list aku jadi fans die!!!Serious tak leh terima (sebab 'seseorang' ni jelmaan Lady Gaga yang ada "belalai")..Kalau menurut Richie, die ada dengar yang 'seseorang' ni orang Filipina,dan ada orang cakap orang Malaysia..Tapi aku tengok fans die ramai orang Malaysia..

Korang nak tahu lebih lanjut Lady Ga-Go,jelmaan Lady Gaga versi ada belalai ni?Ini fan page die

Lady Ga-Go fan page

p/s : Errr..aku tak tau nak support ke tak..Kalau aku supprt kang,tibe-tibe anak aku jadi macam ni pulak..Menyesal angan tak sudah kang..

p/s/s : Bagus nak jadi confident a.k.a percaya diri,tapi salurkan lah kat tempat yang betul sikit...

p/s/s/s : Sori Richie,post ni terinspirasi dari post kau..Jangan pukul aku..

16 Mar 2010

Adegan cium Dewi Persik dan Indra Brugman


Ape nak jadi dengan perfileman Indonesia,yang mempunyai jumlah penduduk Islam teramai kat Asia Tenggara ni..Semuanya sekarang dah nak ikut barat,termasuk pembikinan filem/movie..Kalau perasan,lebih banyak adegan panas yang berani dilakukan oleh pelakon Indonesia,dan modal filem Indonesia sekarang takde lain dah,cerita remaja (kononnya) yang ala American Pie dan etc,dan jugak cerita hantu yang akan lebih banyak adegan panas seksi meksi pelakon yang tak tau malu daripada seramnya..

Antara cerita tersebut,adalah Tiran yang merupakan singkatan kepada Mati di Ranjang,atau mati atas katil.Cerita ni adalah hasil daripada Maxima Production,yang terkenal dengan filem-filem yang banyak adegan kontroversi..Aku tak tau macam mane jalan caerita die,sebab belom tengok lagi,dan aku tak tengok cerita Indonesia kat wayang..Cerita tersebut dibintangi oleh Dewi Persik dan Indra Brugman..Tetapi apa yang aku nak highlight kat sini bukan pasal cerita tu,tapi adegan ciuman (yang real,bukan edit,bukan camera trick) Dewi Persik dengan Indra Brugman dalam filem tu..Ini ada sikit gambar adegan tu..




Dewi Persik,yang pernah mengeluarkan kenyataan "Jangan ganggu saya.Saya mencari rezeki yang halal",tanpa segan silu mengakui bahawa adegan tersebut adalah nyata,tetapi macam biasa la artis,menyatakan adegan tersebut hanya untuk filem,nothing personal,dan dia tak kekok sebab dah rapat ngan Indra Brugman (maksudnya dah biasa buat ape eh)..Kalau tak caye,klik disini untuk lebih lanjut..

Dunia,dunia..Boleh pulak,untuk berlakon "dihalalkan" adegan-adegan macam tu..Kalau macam tu,takpe lah artis melakukan aksi ranjang (faham-faham sendiri) dalam filem,sebab kalau dalam filem,jadi halal..Inilah die manusia-manusia jahil yang hancurkan agama kita..Macam mane tak datang bala bertimpa-timpa kat Indonesia ni,tapi masih tak sedar lagi masing-masing..

Bukan Indonesia je,Malaysia pun same..Macam cite Remp-it tu,dan macam-macam filem lagi la..Filem Adnan Sempit,seriously best gile bagi aku..Memang aku ngan budak-budak ni (Richie,Mario,Patay) tergelak la..Tapi terus aku tak respect filem tu sebab ade adegan yang bagi aku tak penting pun,dimana ada sekolompok remaja tengah menikmati "pemandangan badan wanita tanpa pakaian".Tak tau lah camera trick ke,betul-betul bogel ke.Walaupun sensored,tapi still aku rase adegan tu tak penting langsung,dan tak sesuai untuk kanak-kanak..

Aku tak de kuasa nak betulkan,maybe boleh cakap-cakap camni lah,Tapi kalau ada yang bace ni orang yang boleh ubah,tolong la sedarkan orang lain..Kalau cerita berkualiti,takde adegan panas pun leh pecah panggung la..

p/s : Moga Malaysia takde cerita-cerita macam ni..

12 Mar 2010

Manohara,si penipu besar

Dewi,Daisy(ibu Manohara),Manohara

Pernah dengar nama Manohara?Maybe 99% tahu siapa Manohara..Nama sebenarnya Manohara Odelia Pinot,merupakan model yang berasal daripada Indonesia pernah membuatkan hubungan kedua negara menjadi renggang,dengan menuduh Putera Raja Kelantan, Tengku Fakhry Sultan Ismail Petra melakukan kekerasan seksual terhadapnya,walaupun lansung tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh untuk memastikan dakwaannya tersebut..Tapi apa yang pelik,rakyat Indonesia kebanyakannya menyokong Manohara,dan menyambut Manohara pulang ibarat wira yang baru mendamaikan 2 negara (padahal melancarkan perang antara 2 negara),dan mendapatkan gelaran (macam Datuk gak lah) atas alasan dianiaya..Pembantu rumah yang dianiaya serata dunia tidak pernah mendapat gelaran-gelaran seperti yg didapat Manohara,hanya kerana mereka bukan model yang seksi-meksi..

Pada 11 Mac 2010 yang lalu,Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenakan denda sebanyak RM6juta terhadap Manohara dan ibunya yang terbukti bersalah menfitnah Tengku Fakhry..Tapi Manohara si penipu besar ni sangat pandai,kerana hukum di Malaysia tak diterima pakai di Indonesia,melainkan Tengku Fakhry mendakwa Manohara si penipu besar di mahkamah di Indonesia,yang mungkin akan menyokong Manohara..Dan pihak Tengku Fakhry dikatakan akan mendakwa Manohara di mahkamah di Jakarta..

Apa yang aku tak faham adalah,macam mana rakyat Indonesia menyokong Manohara..Tanpa ada sebarang bukti,nama Tengku Fakhry diangkat sebagai Phsychopat,dan Malaysia terus dihina dan dikeji tanpa sebab..Tapi bukan semua macam tu,ada jugak yang mengutuk Manohara..Bayangkan,kalau dah tahu Tengku Fakhry bersalah,kenapa tak terus dakwa di mahkamah?Atau buat laporan polis,atau buat pemeriksaan kesehatan..Apa yang Manohara buat bila sampai di Indonesia adalah memburukkan nama Malaysia di media-media massa,sibuk menghadiri undangan majlis,sibuk mendapatkan gelaran,dan yang paling tak leh terima,sibuk berlakon sinetron (drama)..Itulah TRAUMA BERAT yang disebut-sebut pihak media massa,tetapi trauma berat versi Manohara (dengan klasifikasi macam yang aku nyatakan tadi)..

Kalau nak artikel lebih lanjut tentang Manohara didapati bersalah dan dikenakan denda RM6juta,klik saja disini..Dan aku berharap rakyat Indonesia tidak lagi bermusuhan dengan Malaysia,sebab takde sape yang mahukan perbalahan..

p/s : Malaysian for peace

25 Jan 2010

Artis Bollywood tanpa make-up

Korang ingat semua artis Bollywood cun-cun ke??Sebenarnya,banyak yang cantik sebab adanya teknologi menipu orang,yang dinamakan "Teknologi Make-up"..Memang tak dinafikan,ade gak artis yang memang ade natural beauty,takde make-up pun cun je,sejuk je mata memandang,huhuhu..Tapi aku kecewa,sebab Preity Zinta pun ade gambar die yang kurang enak di tenung lama-lama bile takde make up..

Jom kite usha-usha skit..Tapi sebelum tu,jangan korang blame aku plak yer,kate aku nak sabotaj awek Bollywood korang..Terutama Encik Ridzuan a.k.a Mamut ,hahaha...

1. Preity Zinta (alahai)

2. Kajol

3. Isja Kopikar

4. Esha Deol

5. Amisha Patel

6. Vidya Balan

7. Tanushree


8. Sushmita Sen

9. Rani Mukherjee

10. Priyanka Chopra


p/s : Kalau aku make-up la,agak-agak nampak macam Aaron Aziz tak??Wakakaka..

17 Jan 2010

Golongan anti Fasha Sandha???


Sspe tak kenal Fasha Sandha ye tak..Minah ni sangat la ramai peminat die..Sebut je name die,confirm ramai yang laki yang ketuk-ketuk lutut pastu..Tapi jangan fikir takde yang tak suke die..Buktinye??Group anti Fasha Sandha kat Facebook sekarang dah capai 24,602 orang dah(setakat pukul 0025 29/01/10)..Bukan setakat perempuan je,tapi ramai gak lelaki yang tak suke die eh..

http://www.facebook.com/home.php?filter=lf#/pages/I-Hate-Fasha-Sandha-TM/391516980726?ref=ts&__a=1&_fb_iframe_path=%2Fpages%2FI-Hate-Fasha-Sandha-%2F391516980726

Aku rase,ade macam-macam reason orang tak suke die dan aku rase tak patut aku cakap kot (aku tak mengumpat,aku budak baik,weeee)..Tapi korang pandai-pandai la judge yer..
Jangan cakap aku rasict or wat so eva okay..Kalau rase kite public figure than tak pandai nak jage diri,confirm akan banyak kritikan membina bertubi-tubi datang..Bukan untuk jatuhkan someone,tapi untuk memantapkan lagi seseorang public figure tu..Tanpa peminat,sape la artis,betul Salleh??

13 Jan 2010

Anugerah Juara Lagu 2010, Mas Idayu buat ape ngan Black??



Haaa..Korang tengok Anugerah Juara Lagu 2010 haritu??Tau kan sape yang menang??Aizat kalau tak salah name die,aku pun takde la nak ambik tau sangat pun,huhu..Tapi aku tertarik ngan 'insiden' antara Mas Idayu dengan Black..Seperti yang semua tau(kecuali aku,sebab aku tak brape nak tau,cume aku baru tau),yang Black ni adalah protege kepada Mas Idayu dalam program Mentor..

Ape yang aku tertarik nak tulis adalah,kalau semua perasan,mase Black diumumkan Vokal Terbaik kalau tak silap aku,ape yang Mas Idayu ngan Black buat??Tepat sekali..Mereka kissing a.k.a bercumbu la kot,huhu..Tapi takde lah french kiss..Cium-cium pipi je..Kalau orang indonesia cakap,cipika-cipiki lah..

Pendapat aku lah,budaya kite takde lah suruh macam tu..hehehe..Aku bukan kate aku baik,tapi aku rase kalau die nak buat ape-ape pun,jangan la depan pulbic..Dah la mase tu kamera focus kat die,dan ade live pulak..So,pandai-pandai la nak idupkan..

Si Black ni tegelak kalau orang tanye die gosip die ngan Mas Idayu,dan kate die panggil mummy la,macam mak sendiri la..Tapi kalau die orang lain,kite anggap die mak pun,still orang lain kan??Kalau ade kawan than anggap die kakak(bagi lelaki la),boleh pulak aku nak peluk-peluk die and tido ngan die??Tengok gambar ni pun,pandai-pandai la korang nak fikir,hehehe..sape-sape yang dahaga kasih sayang dan nak dipeluk,carik black.Dan sape yang dahaga kasih syang dan nak orang dipeluk,carik la Mas Idayu..

Call me naive..Tak kisah pun,hahahaha...