Showing posts with label Fact. Show all posts
Showing posts with label Fact. Show all posts

6 Feb 2012

Pemarkahan Gred Di Universiti


Ehem,ehem..Dah lama tak tulis kat sini..Memandangkan aku duduk rumah sorang-sorang, takde apa nak dibuat, so here I am, do something that I enjoyed once, again..

I'm not sure it is just me, atau ramai lagi yang tak tau pasal sistem merit atau pemarkahan gred untuk peperiksaan di universiti. Aku ni tak tau, dan bila aku tanya orang lain, ramai yang cakap, "aku pun tak sure la","entah" dan macam-macam lagi. So lepas aku mencari sana-sini, aku dah jumpa kesimpulan. Ini lah dia pemarkahan gred time peperiksaan..Diharapkan ianya menjadi panduan kat semua orang yang mempunyai masalah yang sama macam aku..Tapi kalau ada kesalahan tolong bagi tau eh..Mana lah tau bahan yang aku amik dari banyak tempat ni pun ada cacat cela dia..

Okeh, kalau tak nampak gambar tu, ni dia..Sila copy gambar tu tanpa pengetahuan aku..Benda baik, kalai dkongsi apa salahnya..Tak payah mintak kebenaran (kalau nak copy la)..

Markah Dari

Markah Hingga

Gred

Mata Gred

90

100

A+

4.00

80

89

A

4.00

75

79

A-

3.67

70

74

B+

3.33

65

69

B

3.00

60

64

B-

2.67

55

59

C+

2.33

50

54

C

2.00

47

49

C-

1.67

44

46

D+

1.33

40

43

D

1.00

30

39

E

0.67

0

29

F

0.00


Aku tau ramai yang dah tau, ini untuk rujukan orang tak tau je..jangan marah aku pulak, kata aku ni lauk..Encik Adie ni dah lah kuat nangis..Apa-apa pun, kepada sesiapa result belum keluar lagi, still ada masa nak doa hari-hari supaya Allah kurniakan keputusan yang cemerlang dan semoga senang nak terima ilmu yang bermanfaat..

22 Aug 2011

Kuchofuku si baju Air-conditioner

Jangan salah anggap, sebab Kuchofuku bukan merupakan gelaran seorang pornstar dari Jepun, sebab aku takkan review pasal mana-mana pornstar hatta Maria Ozawa seperti yang dilakukan Kosmo! dan jugak Blog Serius..Tetapi Kuchofuku merupakan baju yang sangat istimewa daripada Jepun kerana bertindak seperti penghawa dingin atau orang Negeri Sembilan panggil air-conditioner..

Seperti yang kita maklum, selepas gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 March 2011 (birthday Encik Adie,harap maklum) yang lalu, reaktor nuklear di Fukushima yang merupakan power plant untuk Jepun rosak teruk. Kerosakan reaktor nuklear yang menyalurkan tenaga elektrik untuk Jepun ini telah menyebabkan Jepun mengalami krisis tenaga..Jadi kerajaan telah mengarahkan pejabat-pejabat untuk meminimumkan penggunaan tenaga, salah satu arahan adalah tidak menggunakan penghawa dingin di pejabat..Kira kena catu la elektrik diorang ni..



Atas sifat orang-orang Jepun yang sangat produktif, mereka dengan pantasnya mengeluarkan satu produk yang boleh menggantikan tugas penghawa dingin ni, iaitu baju penghawa dingin, Kuchofuku..Pada Kuchofuku ini, terdapat 2 kipas ventilasi yang mengalirkan udara sejuk didalam baju yang membuatkan si pemakai berasa sejuk..Kebanyakannya dikeluarkan dalam bentuk jaket, tapi ade gak kemeja yang biasa..Walaupun bila kita gunakan Kuchofuku ni, akan nampak pelik sebab dia akan mengelembung macam baju angkasawan, tapi aku rasa kelebihan dia akan menutup rupa yang aneh tu..Dulu pun orang rasa pakai handphone pelik ye tak..

Kuchofuku ni sangat menjadi fenomena di Jepun disebabkan krisis tenaga..Dan aku tengok pelbagai variasi Kuchofuku dijual pada harga yang berlainan, daripada $100 hingga $500..Mungkin makin lama makin murah kot..

Ape-ape pun, two thumbs up kepada Jepun..Bila kita nak jadi macam ni pulak??

14 Aug 2011

Kepentingan meluruskan dan merapatkan saf

KEPENTINGAN MELURUSKAN DAN MERAPATKAN SAF

Bulan Ramadhan datang menjelma, dan umat Islam berlumba-lumba mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau untuk melaksanakan solat sunat tarawikh yang menjadi sunnah Rasulullah. Umat Islam lebih memilih untuk mengerjakan solat sunat tarawikh secara berjamaah untuk mendapatkan lebih keberkatan. Tetapi kita sering lupa untuk melaksanakan satu tuntutan yang sangat penting ketika melakukan solat berjemaah, iaitu merapatkan dan meluruskan saf.

Rasulullah amat menitik beratkan soal saf yang rapat dan lurus, buktinya sebelum baginda mengimamkan solat berjemaah, baginda akan berkata "Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku."(Riwayat Bukhari)

Tuntutan merapatkan dan meluruskan saf ini disokong lagi dengan hadith :

Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan.
Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

Terdapat beberapa kepentingan mengapa kita harus merapatkan dan meluruskan saf. Antara kepentingan tersebut adalah ia akan menambahkan lagi keakraban dan ikatan antara sesama Muslim. Ia dapat dilihat melalui hadith nabi yang berikut :

Dari Bara' bin azib ia berkat: Adalah Rasulullah SAW mendatangi salah satu sudut saf & baginda meluruskan antara bahu & dada orang-orang yg berbaris seraya Baginda bersabda: "Jangan kamu berselerakkan kelak hatimu akan berselerak" "dan Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah & malaikat-Nya mendoakan orang-orang yg menempati saf yg pertama."

(Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Selain daripada itu, saf yang lurus dan rapat juga akan mengelakkan daripada syaitan dapat menyusup diantara celah-celah saf kita untuk mengganggu kita ketika kita sedang solat, kerana menurut sabda Rasulullah:

Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

Bukan sahaja Rasulullah,tetapi para sahabat juga mengikut sunnah Rasulullah ini. Pada zaman Umar al-Khattab, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: "Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan!"

Cara merapatkan dan meluruskan saf yang betul

Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)

Secara ringkasnya, cara yang betul untuk merapatkan dan meluruskan saf adalah seperti berikut :

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.

2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.

3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.



Kedudukan dalam saf dengan cara yang betul

Kedudukan dalam saf dengan cara yang salah

Kesalahan yang sering dilakukan ketika solat berjamaah

Semoga artikel ini dapat memberi gambaran sedikit sebanyak tentang betapa pentingnya untuk kita merapatkan saf dan meluruskan saf. Kata-kata yang dilafazkan imam sebelum memulakan solat bukan hanya sekadar pemanis, melainkan satu tuntutan yang wajib kita lakukan. Wallahualam

“Sesungguhnya Allah menyukai jika perjuangan dijalannya dilakukan secara tersusun seperti satu saf seolah-olahnya nerepa merupakan sebuah bangunan yang kukuh.”

( As-Saff : 4)

13 Aug 2011

Ulat dalam perut

Perut korang pernah berbunyi tak??Comfirm kalau korang lapar korang akan menggosok-gosok perut korang yang tengah menyanyikan ghazal untuk Rabiah tu (kecuali wife abang aku,yang bunyi perut time kenyang,huhuhu..sori Abang Amir)..Aku ada cerita pasal benda ni.Masa sekolah rendah dulu, aku pernah tanya ustaz aku, kenapa perut kita berbunyi time lapar, tapi time bulan pose takde pun perut kita berbunyi-bunyi?Dengan selamba ayamnye, ustaz aku jawab "Sebenarnya perut kita ni ada ulat.Bila dia tak dapat makan, nanti dia akan berbunyi, nak mintak makanan.Tapi ulat tu baik, time bulan Ramadhan dia faham kita tak makan,so dia duduk diam-diam je dalam perut tu..

Dan sebagai budak kampung yang innocent, aku percaya benda tu selama 3 tahun, sampai lah aku masuk sekolah menengah bila aku tau yang sebenarnya, apa yang ustaz aku bagitau tu hanyalah cereka untuk anak-anak diwaktu petang..Kalau secara bahasa kampung, memang sistem pencernaan (digestive system) kita ada ulat, tapi bukan ulat yang biasa korang tengok kat sampah, melainkan bakteria yang merupakan flora normal dalam saluran pencernaan kita..Bak kata orang kampung, bakteria baik (in fact, takde bakteria yang baik,sebab kalau dia banyak dan bukan ditempat yang sepatutnya,dia jahat gak)..

Menjawab kepada persoalan perut berbunyi tadi, sebenarnya bunyi tu dihasilkan oleh pergerakan udara dan cecair, pemecahan makanan dan juga fermentasi bakteria..Dalam kes bulan pose, ulat-ulat yang ada dalam kita tidak beragama Islam, tapi sebab kita takde keinginan nak makan sebab puasa, otak kita tak akan menghantar isyarat kat perut untuk melepaskan cecair pencernaan..Pada hari-hari biasa yang kita rasa nak makan, otak akan menghantar isyarat kat saluran pencernaan untuk menyediakan saluran pencernaan kita untuk menerima makanan..Time tu lah cecair pencernaan di rembeskan,yang akhirnya akan berinteraksi dengan udara dan gas yang terhasil daripada fermentasi bakteria, dan menghasilkan bunyi ulat yang ustaz aku cakap tu..

Disebabkan aku ni doktor tak habis, so maybe ape yang aku cakap ni masih boleh ditambah dan diperbetulkan, kalau aku ada salah bagi penerangan..Bunyi perut ni jugak biasanya dipanggil borborygymus dalam istilah perubatan.Kalau still confuse, boleh la korang google sendiri eh..

Yang pastinya, tiada ulat dalam perut korang yang akan keluarkan signal bagitau korang lapar ke tak..Huhuhu..