Showing posts with label Perbezaan. Show all posts
Showing posts with label Perbezaan. Show all posts

24 Dec 2010

Perbezaan artis dulu dengan artis sekarang

Sebab kita dalam mood Anugerah Skrin 2010 malam tadi (yang aku tak berminat lansung untuk tengok), so aku ingat nak cerita sikit pasal artis..Tapi bukan pasal gosip artis..Kalau nak baca pasal gosip artis, baik korang layan Mat Kepoh..Tak reti aku nak gosip-gosip ni (wat muka innocent)..


Aku bukan lah perfect sangat, dan entry ni pun bukan fakta sebenar, tapi aku rasa ada betul nya perbezaan artis dulu-dulu, zaman tv pun ade 2 kaler je, bahasa pun bahasa Melayu klasik punya (Hang Tuah tak masuk, sebab dah ada banyak kaler walaupun dia klasik,hehehee) dengan artis kite sekarang...Dan chill eh pagi-pagi ni, taknak stress-stress..

1. Asal kejayaan

Artis dulu

"Untuk menjadi seperti ini, saya bermula dengan Bintang RTM, Sinaran Pasport Kegemilangan, dan kemudiannya saya melangkah satu persatu untuk menjadi lebih popular.Saya mengambil lebih kurang 10 tahun untuk mendapatkan tempat seperti sekarang..Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu saya"

Artis sekarang

"Nak jadi artis?Senang je..Pergi daftar, beratur panjang-panjang, masuk reality show..Tak kisah pun kalau suara tak sedap sangat, yang penting pandai tarik perhatian juri, muka mesti hensem, lawa..Dah penuh??Jangan risau..Kat Malaysia je ada lebih 50 reality show.."

2. Baju

Artis dulu

"Wah, kamu nampak ramping la Joyah..Kamu pakai korset ya??Berat kamu dah turun nampaknya ni..Elok dengan baju ketat yang kamu pakai"

Artis sekarang

"Wah, gebunya peha you..Tangan you putih betul walaupun kat Malaysia ni panas, tapi nasib baik you cukur bulu ketiak you..Nice cleavage.."

3. Kahwin

Artis dulu

"Saya akan mencintai Sudin selama-lamanya..Doakan kami berkekalan"

Artis sekarang

"Saya dah tak serasi dengan dia..Minta semua jangan masuk campur urusan peribadi saya..Lagipun kalau tak cerai berai, bukan artis la..Mungkin bukan rezeki saya..Tapi dah ditakdirkan jodoh saya dengan Datuk, menteri, YB tu..Terima kasih yer"

4. Bersara

Artis dulu

"Selagi saya masih boleh mencurahkan hasil seni saya untuk peminat, saya akan terus menghasilkan karya yang berkualiti dan menghiburkan peminat sedaya saya"

Artis sekarang

"Belilah kosmetik, minuman untuk kurus, dan ubat saya..Terbaik dari ladang, confirm..Saya ada letak sikit peluh-peluh saya..Mahal tau ni"

Just for fun eh brader..Tapi kalau rasa betul, apa salahnya nak terima.Huhuhu...

19 Nov 2010

Perbezaan cerita Melayu ngan indonesia

Korang pernah tengok cerita indonesia??Tipu la kalau tak pernah tengok..Petang-petang mesti korang ada lepak depan tivi tengok sinetron (drama indonesia)..Sebenarnya aku ada gak tengok dulu, cerita Bawang Putih Bawang Merah, dan sampai skang aku menyesal aku pernah tengok cerita tu,hahaha..Korang perasan tak yang sinetron ni sangat lah mengarut sebenarnya??Walaupun korang rase drama Melayu mengarut, sila sedar yang sinetron adalah sangat bosan dan tak best,hahaha..Nak tau ape perbezaan dia?


1. Bahasa
Drama Melayu
Sah-sah la cakap bahasa Melayu kan??Walaupun bahasa dah macam budak sekolah rendah tak tau bahasa Melayu, tapi still kita bleh faham lagi kan..Tak payah nak tengok-tengok sari kata kat bawah tu..Tapi kalau orang Melayu badget omputeh, menyampah gak tengok..
Sinetron
Kalau takde sari kata, jangan harap korang nak faham apa yang dia cakap..Aku ingat lagi, dulu tengok Ada Apa Dengan Cinta takde sari kata..Berpiau kepala nak faham apa yang diorang cakap..Sampai skang, still ada sari kata lagi, walaupun aku tengok Choi a.k.a Munirah Ismail dah pandai cakap indon dah lepas layan Cinta Kirana ngan Safa dan Marwa hari-hari..


2. Cerita hantu
Cerita Melayu
Skang ni aku rasa cerita hantu Melayu dah dahsyat..Kira takde lah hantu nampak tali or hantu pocong nampak kaki dah..Sampai Jangan Pandang Belakang Congkak pun Cik Shyrah Ramli takut nak tengok..Pelakon dia pulak, memang kadang-kadang yang cantik-cantik jadi hantu,tapi takde lah sampai ada scene hangat-hangat..
Cerita indonesia
Dahsyat, memang dahsyat..Sape taknak tengok Tamara, Dewi Persik, ngan pelakon-pelakon yang seksi meksi yang lain..Hantu dia memang menakutkan..Tapi msalahnye hantu dia kluar dlam masa 15 minit je dalam cerita, tapi scene perempuan pakai baju yang tutup 1/4 badan je, nak dekat sejam..Yang tak pakai apa-apa pun banyak..Porn ke cite hantu, aku pun tak tau..

3. Fokus
Cerita Melayu
Kalaubab fokus kat muka ni, macam kurang sikit..Sebab cameraman melayu suka shoot tang jauh je..Ye lah,tak bleh datang dekat-dekat, kena jauh-jauh..Bukan muhrim..Bak kata orang, hanya pilih yang halal..Huhuhu...
Cerita indon
Weih,bab fokus ni diorang paling handal..Kalau korang biasa tengok,waktu yang cemas, diorang akan fokus sorang-sorang pelakon..Kalau masa scene tu ada 20 watak, 20 orang tu lah diorang fokuskan, termasuk tukang kebun yang muka nampak sebelah je..Pastu mesti ada bunyi "jeng,jeng"..Bayangkan kalau tengok cerita perang..20 minit lah tengok muka sorang-sorang..


4. Level suara
Cerita Melayu
Tengok mood cerita laa..Kalau tengah sedey sore macam cool je..Kalau tengah marah, memang menjerit-jerit la sikit, tapi takde lah sampai gegendang telinga korang sakit..Tapi yang sakit hati, kadang-kadang sampai tak boleh dengar apa yang diorang cakap..
Cerita indon
Kalau diorang cakap biase pun korang kene kecikkan volume tivi, bayangkan kalau diorang tengah ada scene marah-marah..Korang tutup telinga pun still leh dengar apa yang diorang cakap lagi..Kalau tak caya, cuba korang tengok Cinta Kirana tu..Nia Ramadani punya cute, bila bercakap, mulut mengalahkan serombong kapal besar dia..Fail..

So, kesimpulan dia, Malaysia is better than indonesia..Lepas 3 tahun kat indon, bukan takat aku rasa sinetron tu bosan, tapi aku menyampah ngan sinetron tu..Tapi kalau korang suka tengok sinetron lagi, apa boleh buat..Huhuhu...

12 Oct 2010

Perbezaan orang putih buat dengan orang Melayu buat

Pernah tak korang buat sesuatu atau pakai sesuatu, yang sama macam orang putih a.k.a Mat Salleh buat atau pakai, tapi orang pandang korang lain macam, tak pandang Mat Salleh tu lain macam? Aku rasa aku selalu sangat mengalami situasi macam ni..Kat Indon dulu lagi parah, naik angkot (sjenis kenderaan awam) pun die nak tengok je kite sampai kite duduk..Ni ada beberapa benda yang aku nampak benda dimana orang kita tak pandang pun kalau orang putih buat, tapi pandang macam nak makan kite kalau kite buat,walaupun benda tu tak salah..


1. Pakai sun glasses

Orang Putih pakai
Biar pun kalau dalam shopping complex hatta dalam wayang sekalipun, kalau Mat Salleh lah yang pakai sun glasses, tarak kisah la..Sumenye "ei,hnsem la mamat orang putih tu.Macam Rowan Atkinson"..Tak kisah la orang tu dari mane, Zimbabwe baik lah (tapi aku rase orang Zimbabwe tak putih eh?)
Orang Melayu pakai
Biarpun kat bawah panas matahari yang terik nak mampus, kalau orang Melayu la yang pakai sun glasses, kene pandang serong je,ditambah dengan ayat "ai,panas ke bang" tanpa diorang sedar mate masing-masing dah sepet mengalahkan Rain (bukan hujan,tapi ni mamat Korea,harap maklum) tahan panas..Tapi kalau dalam Mid Valley pun pakai sun glasses,harus lah kan kene gelak..


2. Pakai blazzer

Orang putih pakai
Weih, bak kate die, tulah paling segak di mate orang melayu..Macho betullah mamat orang putih tu, walaupun sebenarnya die beli kat PS je..Tapi, sebab yang pakai tu orang putih, takde pulak diorang kesah.Mungkin sebab diorang da biase pakai kat negara diorang.Tapi kalau orang putih datang sini, mesti rase panas gile, automatic tak pakai blazer kan??
Orang Melayu pakai
"Poyo lak ai mamat tu" sambil die menggigil kesejukan dalam shopping complex yang ada air-cond..Anda tahu tak bahwa blazer tu memang untuk dipakai dalam keadaan yang sejuk? Die tak sedar die pakai sweater kat tengah panas, tekinja-kinja macam beghuk..Memang betullah sweater "pemeluh" atau "penambah kuantiti peluh sedia ada"..


3. Makan pakai tangan

Orang putih buat
"Waaaa..Bagus lak ai Mat Salleh tu..Sanggup die pakai tangan die untuk makan ,maksudnya die dah belajar budaya kite..Tak sia-sia la kerajaan buat homestay, ajar Mat Salleh budaya Melayu ni.." bisik Mak Lina kepada Mak Siti..
Orang Melayu buat
"Ish budak tu..Kuno betullah..Ade ke pakai tangan makan kat kedai..Tak maju lansung..Die memang tak penah jumpe sudu ke eh?Ke kalau pakai sudu ayam die leh hidup balik??hahahaha.." kata Mak Siti sambil tergelak macam Mak Lampir sambil terlupa dia berasal dari kampung..


4. Pasangan berumur pegang tangan masing-masing

Orang putih buat
EEEEeeeeeee...Sweetnya couple orang putih tu..Dah tua-tua pun still pegang tangan masing-masing..Macam ni lah bagus..Walaupun dah ade anak bini, tapi diorang tak pernah pun lupekan pasangan diorang kan..Ayang nak kite macam ni eh bang..
Orang melayu buat
EEEEeeeeeee...Tak malu betullah nenek ngan atuk tu kan..Dah tua-tua pun macam nak orang muda lagi..Ntah ade berapa ntah cucu dia..Nak tunjuk kat orang lain lah tu die bahagia sangat..Geli lah ayang tengok..Tengok muka atuk tu pun ayang tak selera,macam orang tua gatal je..

Setuju tak ni lah realiti mentaliti melayu kite??Tapi aku akui, masih hanya ada segelintir je yang masih ada pemikiran macam ni..Tapi kalau kite berada didalam golongan segelintir tu, tak ke lebih bagus kite keluar dari golongan tu untuk meniadakan terus pemikiran macam ni?Ade banyak lagi pengalaman aku sebenarnya,huhu..Tapi kalau nak cerita semua nnti, banyak pulak korang nak bace..Blog aku ni dah la membosankan..

Ada banyak kebiasaan Mat Salleh, orang Korea, orang Jepun yang baik-baik..Ape kate kite same-same amik yang baik, than tinggalkan kbiasaan orang putih yang nampak cool, tapi sebenarnya tak cool lansung tu..

p/s : Aku bukan pakai sun glasses okeh..Spec aku memang gelap sebab aku silau..Harap maklum..

29 Aug 2010

Perbezaan sampuk real dengan dalam movie


Korang pernah tengok live orang kene sampuk tak??Kalau orang badget up sikit,panggil histeria..Sebenarnya histeria ni kalau dari segi medic,ianya boleh disebabkan oleh keletihan dan tekanan yang melampau..Tapi aku bukan budak medic,so jangan dengar cakap aku..And aku yakin korang pernah tengok macam mana movie yang ada orang kene sampuk (orang yang penakut macam Ifrat tak pernah tengok,yakin..)..Percaya tak,dua-dua keadaan ni ada perbezaan sebenarnya..You judge..Tapi ni apa yang aku nampak..

1. Muke orang yang kene sampuk

Real life - Kalau orang kene sampuk,kite akan tengok muke dia same je macam muke dia yang biase,tapi mungkin ada perubahan dari segi ekspresi je la kot..Bak kate orang putih,"muka dah takde seri"..Kalau orang tu lemah lembut,maybe muke die akan nampak ganas..Tu je lah..
Dalam movie - Haaa..Korang akan nampak perubahan yang sangat ketara kat orang yang kene sampuk tu..Kadang-kadang muke orang tu macam hantu da,dengan make-up hantu die..Orang yang kene sampuk dalam movie mmang sume kene tukar jadi hantu eh??

2. Hantu

Real life - Kalau tak silap aku,kalau semua orang lah dekat ngan orang yang kene sampuk tu nampak hantu dia,sah-sah takde orang yang nak tolong pegangkan dia,or semua sekali kene sampuk..So aku assume dalam real life,tak nampak hantu yang sampuk tu..
Dalam movie - Boleh kate stiap kali cerita hantu,hantu yang sampuk tu mesti akan ada kat tepi tu dan banyak orang yang boleh nampak sambil mengeluarkan peluh,badget berani nak teman orang tu halau hantu..Yelah,kalau tak nampak hantu dia,bukan cerita hantu la namenya,jadi cerita sampuk lak kan..

3. Suasana persekitaran

Real life - Suasana agak hening memang aku tak nafikan,atau biasa kite cakap,seram sejuk lah..Time ade orang kene sampuk,bulu roma kite mesti akan meremang..Paling sikit pun,mesti ada sikit perasaan takut,tapi biasenya tak melibatkan perubahan cuaca sekeliling..
Dalam movie - Boleh kate 98% mesti malam,lepas tu angin kuat-kuat,sampai rambut orang yang kene sampuk tu boleh terbang-terbang mcam cerita Hindustan..Pastu ada petir-petir,kadang-kadang hujan..Macam wajb lak,kalau kene sampuk je mesti kene hujan..

Aku baru beberapa kali je tengok orang kene sampuk secara live,tak lah selalu sangat..So kalau ada yang aku salah,kite kongsi yer..Dan ini sekadar bacaan sebelum buka je,bukan artikel fakta yang leh letak dalam frame yer anak-anak...

21 Feb 2010

Perbezaan bola sepak di Malaysia-Indonesia



Boleh kata 70% lelaki dan 20% perempuan kat Malaysia suke tngok bola,tak kire liga luar negara macam EPL,La Liga, Liga Malaysia pun layan gak..Mase aku gi tengok bola kat Malaysia dulu pun,ramai je aku tngok perempuan datang untuk sokong team masing-masing..Selalu korang tengok kat tv,liga omputih je kan??Pernah tak tengok Liga Indonesia??Tau tak ape beza die ngan liga kite??Mai...

1. Jumlah penonton

MALAYSIA
Kalau ade match yang besar,ramai la penonton die..Contoh die,mcam semi final ke,final ke..Tak pun piala-piala tertentu macam Piala Sumbangsih antara Selangor ngan Negeri Sembilan aritu..Rase macam penuh gile stadium..Tapi kalau match biase,biasenye takde lah penuh sangat..Tapi takde la sampai takde orang tengok kat stadium sbab Kelab Penyokong ade kan..
INDONESIA
Takyah nak cakap ramai,tapi macam semut stiap kali match..Ini yang kite kene contoh kot,sebab diorang semangat sokong kelab masing-masing..Tak payah nak pikir,takde org nak dtang tngok game,biase tiket confirm abih..Tpi macam biase la,makin ramai,makin banyak lah kerenah,makin bnyak kejadian tak diingini..



2. Bunuh diri

MALAYSIA
Setakat ni aku rase takde kot dengar ade orang mati mase tengok bola kat Mlaysia..Kalau tak puas ati ngan game pun,paling-paling baling benda je kat padang,yang aku rase sangat lah tak bertamadun,macam orang zaman batu..Tapi ade kejadian,oleh segelintir penyokong,seperti yang berlaku mase final Negeri Sembilan vs Kelantan taun lepas,sgelintir penyokong Kelantan membakar kemudahan stadium..
INDONESIA
Tak payah nak fikir-fikir terjun bangunan kalau nak pergi bunuh diri..Pegi je tengok bola..Nanti dah abih game,confirm akan ade gaduh-gaduh..Haaa,mase tu pegi la kamikaze kat tengah-tengah orang gaduh tu..Comfirm mati punye la..




3. Kenderaan pemain

MALAYSIA
Paling-paling naik bas la,sebab nmpak kompak sikit kan..Biase kumpul kat satu tempat,than nnti jalan same-same ngan bas penyokong..Tak pun ade yang telambat ke,ade hal lain ke,naik kerete sendiri nanti..
INDONESIA
Bukan bas,tapi special sikit..Naik lori FRU,atau budak-budak kite panggil Black Maria,dengan kawalan ketat daripada FRU diorang(kat Indonesia bukan FRU,tapi entah la)..Ini adalah atas sebab keselamatan,takut jadi ape-ape kat pemain diorang semasa dalam perjalanan.



4. Paramedic

MALAYSIA
Paramedic biase la,stand by je kat tepi-tepi padang,mane la tau nanti ade pemain yang injured,atau yang buat-buat injured kat tepi padang tu,than angkat gi tepi padang.Jarang sangat yang kene bawak pegi hospital..
INDONESIA
Paramedic die bukan untuk pemain,tapi untuk penyokong yang bergaduh nanti..Tak cukup tangan paramedic die nak keje..Yang parah,nak kene hantar hospital lagi,yang cedera kat situ lagi..Dah la penyokong die ramai,bukan beratus,tapi beribu beb..

5. Pemain

MALAYSIA
Pemain sume tempatan,dan biasenye berasal daripada negeri die sendiri.Tapi sekarang ade jugak yang dah jual sane,jual sini untuk main dengan negeri lain.Tapi adatlah,bola..
INDONESIA
Banyak gile awang import..Dan aku tengok macam didominasi oleh awang import je..Gol pun asyik awang import je yg sumbat..Tapi tak dinafikan jugak,pemian die ok je..

p/s : Bandingkan lah disiplin kite ngan penonton EPL kat barat tu..Jangan asyik nak tiru budaya barat yang tak sesuai ngan budaya Timur,tapi kenyataannya tu lah yang orang kite selalu tiru.Yang baik taknak ditiru eh..

"MAJULAH SUKAN UNTUK PERPADUAN"

1 Feb 2010

Perbezaan Televisyen (TV) Malaysia - Indonesia


Perbezaan paling ketara,Indonesia takde Astro,huhu..Tapi tu tak menarik langsung..Tau tak yang TV Malaysia ngan Indonesia sangat berbeza?Bukan setakat bahasa je,tapi banyak beza..Ade yang Malaysia lagi hebat,dan banyak Indonesia yang lebih hebat..Ape yang hebat dan ape yang tak??Meh kite evaluasi sikit..Ni antara beza TV Malaysia ngan TV Indonesia..

1. Berita

MALAYSIA
Berita die biase-biase la,isu semasa,accident sane-sini,tapi sume agak teratur..Mule-mule dalam negeri,luar negara,kaji cuaca,dan last sekali berita sukan..Tapi to be frank,aku rase banyak berita yang lebihkan kerajaan..Nak tengok yang taqk sebelah mana-mana,tengok Buletin AWANI..
INDONESIA
Takde la teraturnye..Semua pakai letak je,mane die nak letak dulu,mane nak letak kemudian..Lepas tu,kalau ade 10 berita,8 dari berita tu confirm pasal orang demo,orang merusuh sane-sini..Ade tu sume berita penuh ngan demo..Tapi kalau ade berita sensasi macam Nordin Mat Top,sejam lah kau dok dengar pasal berita tu..Tapi yang bagusnya,berita die selalu gile..

2. Gosip Artis

MALAYSIA
Kalau nak dengar gosip artis,puas la makcik-makcik nak tunggu hari ahad kot,nak tengok Melodi sebab tu lah satu-satunya rancangan untuk gossip artis..Kalau Melodi takde minggu tu,tak senang duduk makcik-makcik ni,tak dapat makanan rohani la katakan..
INDONESIA
Takyah susah-susah nak tunggu hari ahad..Bukak je mate setiap hari,dah ade pasal gosip artis..Sampai la pejam mate balik kang..Hari-hari pulak tu..INSERT,SEPUTAR SELBRITI,dan macam-macam lagi la..Kalau sape ketagih ngan gosip artis,dudukla Indonesia,mesti berbuih-buih dok ngumpat orang..

3. Bola dan Kereta

MALAYSIA
Ni kite kurang sikit kot..Kalau ade live pun,setahun sekali kot,sebab ade FIFA WORLD CUP..Tu pun belum tentu semua game ade..Pasal kereta pun,tak banyak rancagan die..Ade la sekali seminggu kot..Itu pun pengisian die macam kurang..
INDONESIA
Bukan takat liga Indonesia,tiap-tiap minggu ade live ENGLISH PREMIER LEAGUE ngan LA LIGA..Dasyatkan??Memang terbaik..Dan pasal kereta pun banyak..Tapi yang tak sedap die,pengacara die mesti minah seksi yang pakai singlet ngan skirt nampak underwear..Macam dah takde lelaki yang power cakap pasal kereta ngan sukan dah..

4. Iklan

MALAYSIA
Kurang rase muak sebab banyak sangat iklan kat TV kite??Korang patut rase bersyukur..Paling-paling kalau cite sejam,iklan die dalan 20 minit..Jom kite tengok kat Indonesia camne..
INDONESIA
Macam yang aku cakap tadi,korang confirm muntah tengok iklan je keje..Aku penah try set mase,satu jam cerita,37 menit iklan 23 menit cerita..Tapi nasib baik la iklan die pun jenis layan gak.Tapi kalau dalam sejam tu 86 kali ko tengok iklan yang same,tak macam nak hempas je plak TV tu kan..

5. Sinetron/drama

MALAYSIA
Kalau kat Malaysia,kite panggil die drama Melayu la..Banyak kot kat TV Malaysia drama-drama Melayu ni..Dan makin lame makin kurang menarik aku tengok..Tapi kalau artis otai-otai yang berlakon,layan gak la..Tapi kebanyakan die jalan cerita same je..Still aku kate drama kite oke la lagi kot..Paling aku pelik,kenape la orang kite suke sangat tengok sinetron Indonesia..
INDONESIA
Sinetron pun macam berita gak..Dari bukak mate,sampai la tutup mate kang..Dah la cerita die stok macam cerita Yusof Haslam,episod 398 pun belum abih-abih lagi.Sampai episod 500 baru nak abih..Ntah buat cerita ape ntah..Lepas tu cerita khurafat besepah..Budak ade kuasa ajaib la,ikan leh cakap la..Menyampah tengok ade la..(Aku menyesal tengok Bawang Putih Bawang Merah dulu..Kalau la leh undurkan mase)..

6. Musik

MALAYSIA
Yang ni pun kite kurang sikit..Walaupun MTV Headquarters kat Malaysia,tapi musik kite jauh ketinggalan lagi..Ni aku no comment..
INDONESIA
Diorang banyak rancangan yang promote artis diorang..Maybe sebab ni artis-artis diorang popular..And lagu-lagu yang mantap pun faktor gak..Kalau lagu macam katak panggil hujan,selalu keluar pun tak gune..

Ade pro and cons gak media ni sebenarnya..Kalau diberi kebebasan,nanti jadi la macam media Indonesia,kerajaan tak mampu nak kawal kebebasan tu sampai menimbulkan yang tak sepatutnya berlaku macam pertikaian antara Malaysia ngan Indonesia..Tapi kalau kawal sangat,jadi la macam media Malaysia,heboh mengampu kerajaan..Kite la yang menentukan yang terbaik..

26 Dec 2009

Perbezaan asam garam pemanduan Malaysia-Indonesia

Khir penah ckap,Tuan Guru Nik Aziz pnah ckap dalam ceramah die,naik kereta ni ibarat kite tengah naik keranda,sebab bile2 je boleh jadi benda yang kite tak nak..jadi,better kite dengar benda2 yang baik..kalau dah kat Malaysia pun rase macam keranda,kalau kat Indonesia,aku rase ibarat dah dalam liang kubur kot,huhhu..pemandu kat sini,sangatla reckless,terutama penunggang motorsikal..ape yang korang tengok kat Malaysia tu,belom ape2 lagi tu..berbahagialah kepada mereka2 yang tak pernah drive kat Indonesia ni,huhu..jom kite usha sikit2 perbezaan..(ni just for fun ok,bukan research dari mana2 pertubuhan,huhuh..ni pe yang kami alami kat sini je)

1. Traffic Jam yang teruk



MALAYSIA
JAM sangat biasa kat KL dan banyak bandar2 besar yang lain.Biasenya JAM sebab traffic light,dan pada waktu2 peak,macam nak pegi keje,waktu lunch,balik keje,dan cuti2 umum dimana orang banyak balik kampung.Mtor banyak kat atas jalan raya,tapi sedikit pun tak ganggu jalan.Tapi kalau mat2 rempit bodoh banyak kat jalan,memang menyampah..
INDONESIA
Bukan takat bandar besar je,kat banyak tempat leh JAM.dan tak kire waktu.waktu peak,apatah lagi.tapi jam biase sebab bende2 bodoh je,macam angkot(van yg diubah suai utk jdi pengangkutan awam,sbab diorang tak pakai bas) suke berenti tepi jalan,orang parking kete sesuka hati tepi jalan,tengah jalan pun,banyak penjual2 kaki lima tengah kayuh jualan mereka,dan macam2 lagi.Kalau malam minggu,tak payah cite,motor penuh kat atas jalan.tak tau diorang nak pegi mane,dan biasenye diorang juz jalan2 sambil makan angin,membuatkan jalan JAM gile..aneh kan??

2. Lesen memandu



MALAYSIA
Nak buat lesen motor atau kereta,kene daftar,amik ujian,ikut latihan/belajar mengikut waktu yang ditetapkan,QTI,test JPJ,dapat P dulu,da 2 tahun baru dpat lesen penuh..
INDONESIA
Nak lesen??beli je kat polis,atau kat sape2 yang leh buat lesen.Kalau tak tau nak memandu,baru la carik tempat nak belajar kereta..Itu yang semua macam takde lesen bawak motor n kereta..Dapat lesen,serupa tak dapat lesen..

3. Traffic Light



MALAYSIA
Lampu isyarat leh kata berfungsi 98%,sebab ade gak yang rosak.pemadu pulak ramai yang ikut lampu isyarat,tapi adae gak segelintir sangat kecil,tak ikut.tapi biase tngah2 malam orang dah tak ikut sebab takde kereta
INDONESIA
Kebanyakannya hanya sebagai hiasan jalan je.Dan ade kedudukan lampu isyarat die yang klaka.Pemandu die plak,hanya segelintir kcil je yg nak ikut.Bkan tngah malam je,tngahhari belambak org langgar lmpu isyarat.Motor plak,nak tnggu hijau,sume kalau boleh nak tnggu kat lampu isyrat seberang sane(lpas kotak kuning)..Kalau ade polis tungu situ,baru la nak ikut..

4. Polis trafik



MALAYSIA
Biase buat road block tengah2 malam,n biase nak carik mat rempit bodoh dan orang yang takde lesen,atau ade kes2 tertentu.Lepas tahan,biasenya akan saman kite,dan bayar kat balai nanti.tapi still ade,maybe dlam 5% yang amik rasuah kot..tapi kalau ade yang baik,bagi amaran dan lepaskan kite..
INDONESIA
Lepak kat traffic light siang2.malam,setaun sekali kot buat road block.n tujuan tahan,nak mintak duit dari kite.dah lengkap mcam mane pun,die akan carik kesalahan untuk mintak duit kite.Ade minyak kat tayar pun leh jadi bahan.tapi ade dlam 5% kot yang betul2 sebab nak carik orang takde lesen.

5. Penggunaan hon



MALAYSIA
Sangat jarang pakai hon.Biase pakai kalau ade lembu melintas tengah jalan,jumpa kawan kat jalan,hon sikit tanda kenal,sebagai ucapan terima kasih dan hormat bila orang bagi laluan kat jalan sempit,n kalau kat traffic light orang tak jalan2 lpas hijau dah lame.
INDONESIA
Hon lagi penting dari minyak.kalau takde hon,jangan jalan.Kegunaan die,hon setiap kali nampak kenderaan lain kat depan,tepi..Purata penggunaan hon sehari,lebih dari 100x/hari..Tak digunakan sebgai tanda hormat bile bagi laluan,sbab kalau kite bagi laluan,orang tu akan bawak kete dengan hidung tinggi dan angkuh,pndang pun tak,ini kan nak hon skit..angkot plak,stiap kali nmpak orang tepi jalan,semua dia hon..bunyi hon plak,sume pelik2..alarm pun nak tuka jdi bunyi hon..begitulah obsesnya orang indonesia dengan hon..

6. Jalan raya




MALAYSIA

KEbanyakan jalan ok,tapi still ade jalan yang teruk,tapi biase kalau dpat aduan akan cepat2 baiki..tapi biase kalau pedalaman,banyak gak la lubang2..
INDONESIA
Kebanyakan jalan teruk..kalau baiki pun,ala kadar je..ade kes,nak ttup lubang,tnggi die mcam bumper..dah la jalan utama,dan banyak lubang..bayangkan cane nak lalu..bukan takat pedalaman,kat bandar2 pun banyak lubang,tempat pelancongan pun jalan teruk gilee..da la nak masuk tempat2 pelncongan die kene bayar,jalan macam haram,kotor plak tu,facility pun xde..

7. Warna kenderaan



MALAYSIA
Kereta dan motor banyak warna.Tengok PROTON n PERODUA pun,ade banyak pilihan warna.so dekat atas jalan raya,nampak la meriah eh..kalau ade kereta warna hitam,kebiasaannya adalah kereta askar dengan no plat 'Z'..
INDONESIA
Kebanyakan hitam,warna lain jarang.kalau kereta atau motor bukan warna hitam,nak jual balik tak laku atau harga jual die rendah..kalau dekat parking lot,mcam kat akademi tentera kite plak,huhuhu..tapi kereta untuk askar diorang hebat2..kereta untuk askar warna hijau,dan kebanyakan kereta mewah..mmang nmpak kereta askar,dengan plat tersendiri,tapi tak leh terima sebab bnyak bukan kereta cikai,tapi kereta mahal2..kaya betul eh kerajaan indonesia ni..