Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Petua. Show all posts

30 Jul 2011

Check list untuk menggunakan tandas awam

Sebagai seorang pengguna tegar tandas awam, aku still rasa kebersihan kebanyakan tandas awam kat negara kita adalah dibawah tahap memuaskan..Dan sebagai seorang pengguna tegar, aku ada checklist yang aku buat sebelum, semasa dan selepas menggunakan tandas awam akibat tahap kebersihan yang kurang memberansangkan tersebut..Dengan ini, Encik Adie secara live dan exclusive dengan tanpa segan silu ingin berkongsi checklist tersebut..

Langkah 1 : Periksa kunci pada pintu
Perkara pertama yang kite kena buat adalah, check pintu tu boleh kunci atau tak.Sebab membuang air merupakan perkara yang sangat private (mintak maaf kepada lelaki yang suka kencing beramai-ramai diruang legar toilet sambil berdiri kemudian tak istinjak,it is so gross)..Anda pasti tidak mahu diganggu ketika anda membuat muka yang aneh ketika meneran..

Langkah 2 : Flush toilet bowl
Tak kira tandas duduk atas tandas cangkung, bila ada masalah dengan flush, mesti akan ada pelampung yang terapung di ruang toilet bowl..Supaya sisa-sisa pepejal tersebut tidak memercik kepada anda ketika anda menjatuhkan bom, adalah lebih baik anda double tap, dengan cara flush toilet bowl tu..

Langkah 3 : Check air
Ini merupakan langkah terpenting semasa menggunakan tandas awam..Bagi yang berbangsa bukan minoriti, anda akan menangis keseorangan didalam tandas tersebut kalau lepas je hajat ditunaikan,anda mendapati air takdak..Jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, jangan sesekali mengabaikan langkah 3 ini..

Langkah 4 : Basuh tempat duduk
Bukan kerusi, tapi tempat duduk untuk bernyahtinja..Langkah ini khusus untuk penggemar tandas duduk.Untuk mengelakkan ada anasir yang tidak diperlukan berada diatas tempat duduk tersebut, anda harus membersihkan ia dengan mantap..Berkesan juga untuk menghapus bakteria..

Langkah 5 : Buang air dengan aman
Setelah langkah 4, anda boleh mula menunaikan apa-apa hajat yang tertunda, sama ada kecil atau pun yang besar..

Langkah 6 : Flush kembali toilet bowl
Untuk mengelakkan anda disumpah dengan sumpahan seperti "Bodoh betulla sape yang b**ak kat sini tadi,otak takde ke nak flush", dan demi mencerminkan jati diri anda yang bersih, tolong flush balik kerana tiada siapa yang mahu melihat sisa pepejal yang ditinggalkan oleh anda..

Langkah 7 : Melangkah keluar dengan bergaya
Setelah semua 6 langkah telah ada lakukan dengan jayanya, maka langkah yang terakhir adalah, melangkah keluar dengan bergaya dan hati yang senang..

Jadi, untuk memudahkan pembaca, aku buat ringkasan sikit checklist tu (ingat sayang je wat ringkasan,hehehe)..

Langkah 1 : Periksa kunci pada pintu
Langkah 2 : Flush toilet bowl
Langkah 3 : Check air
Langkah 4 : Basuh tempat duduk
Langkah 5 : Buang air dengan aman
Langkah 6 : Flush kembali toilet bowl
Langkah 7 : Melangkah keluar dengan bergaya

Semoge checklist ni dapat membantu semua yang ada diluar sana..Renung-renungkan lah, dan selamat membuang air..

p/s : Checklist ni memang aku praktikkan..Setakat ni, aku dapat membuang air tanpa ada gangguan, Alhamdulillah..hehehehe

23 Dec 2010

Cantik yang membunuh

Dunia moden memperdayakan wanita dengan mengutarakan nilai-nilai baru yang kononnya boleh menjadikan kaum wanita maju lagi dihormati. Satu di antara asoe yang ditekankan adalah kecantikan dari kaca mata dan piawaian kaum lelaki, supaya dengannya seseorang wanita dianggap moden lagi progresif. Mengikut piawaian ini, saiz badan wanita mestilah mengikut ukuran tertentu, demikian juga dengan payu dara mereka. Bagi mencapai tujuan itu, mereka digalakkan memakan dan menyapu ubat-ubat tertentu yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat multinasional.

Pembedahan plastik yang mempunyai seribu satu risiko dianggap sebagai perkara biasa demi kecantikan. Alat-alat kosmetik yang juga dikeluarkan oleh syarikat-syarikat multinasional mestilah digunakan supaya wanita menjadi lebih anggun dan mempunyai kelas. Tanpa disedari, wanita moden menjadi hamba kepada nilai baru ini di atas nama kebebasan dan kemodenan atau liberated dan golongan yang mengikut batas-batas agama dan tidak mahu menjadi hamba kepada nilai ini dan syarikat-syarikat multinasional yang menaunginya, dianggap kolot dan tertindas atau oppressed.

Di Barat, Nancy Etcoff, seorang ahli sains dan pakar psikologi, di dalam bukunya, Survival of the Prettiest : The Science of Beauty menyelar budaya kecantikan ini. Beliau berkata, " Di dalam tahun 1996, 6996904 wanita menjalani pembedahan kecantikan di Amerika. Pembedahan mencantikkan payu dara yang suatu ketika dahulu hanya melibatkan pelakon-pelakon Hollywood dan pelakon adegan lucah, sekarang menjadi perkara biasa di kalangan suri rumah. Di Brazil, jumlah wanita yang menjadi ahli Avon adalah lebih ramai daripada bilangan tentera yang sanggup berkorban untuk negara. Di Amerika, perbelanjaan membeli barangan kecantikan melebihi perbelanjaan untuk pendidikan dan khidmat sosial. Melihat kepada gelagat manusia yang sanggup melakukan apsa sahaja demi kecantikan, dan untuk itu sanggup mendedahkan diri kepada risiko-risiko besar, seolah olah menampakkan kehidupan keseluruhannya hanya bergantung kepada kecantikan semata-mata.

Tanpa disedari, ramai wanita hari ini rela dipaparkan sebagai alat dan objek seks. Wanita yang sering mendapat tempat di dalam media massa adalah mereka yang digelar simbol seks. Mereka dianggap model yang ingin dicontohi. Kecantikan, pakaian dan tubuh badan mereka dicemburui oleh ramai wanita lain. Isu yang paling penting bagi ramai wanita hari ini adalah kecantikan.Di dalam The American Prospect, Wendy Kaminer dalam artikelnya bertajuk American Beauty berkata, " Saya kira kita sudah maju kehadapan. Suatu masa dahulu gerakan pembebasan wanita berpendapat, perjuangan menuntut hak di antara lelaki dan wanita akan membebaskan wanita daripada pengaruh tipu daya kecantikan dan fesyen. Itu dahulu. Sekarang golongan wanita menganggap berpakaian dengan menonjolkan dada di samping skirt pendek adalah lambang kebebasan. Ia seolah-olahnya menampakkan lambang penindasan yang berlaku ke atas wanita pada hari ini adalah bukan diskriminasi di tempat kerja ataupun keganasan seksual, sebaliknya lambangnya adalah kegagalan wanita memperoleh kasut yang sesuai..Wanit yang tidak cantik dipandang sebagai wanita yang tidak sempurna, wanita yang mundur!."

Kesan daripada keghairahan ini, pembedahan kecantikan atau plastic surgery bertukar menjadi sebuah industri perniagaan yang besar. Mengikut perangkaan tahun 1999, 89% daripada pembedahan ini melibatkan kaum wanita. Peratus prosedur kecantikan pula meningkat 27.5 peratus dalam jangka masa sedekad dan bagi tahun 1999 sahaja jumlah pelanggannya melebihi satu juta orang.

"Dipetik daripada teks Dr. Danial Zainal Abidin di dalam buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. "

15 Nov 2010

60% rakyat Malaysia "overweight"!!!

Sebelum tu, artikel ni bukan nak tuju kat siapa-siapa atau nak kutuk siapa-siapa..Tapi aku just nak berkongsi satu benda yang semua orang patut risau.Menurut Utusan Malaysia 16 November 2010 (klik sini), 60% daripada rakyat Malaysia merupakan overweight, dengan separuh daripada peratusan ni merupakan obes (30% rakyat Malaysia adalah obes)..


Aku rasa, ramai yang rasa statistik ni tak penting..Tapi bagi aku, statistik ni mencerminkan gaya hidup rakyat Malaysia.Nampak sangat rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran tentang penjagaan kesihatan, terutamanya orang Melayu..Kalau ada yang jogging pun, siap pakai cantik-cantik macam nak pergi shopping..Yang perempuan pulak selalu aku jumpa, wangi je, letak perfume sebotol..So, aku tak rasa tujuan sebenar jogging nak jaga kesihatan. Tapi yang da berumur tu mungkin oke la..


Tau tak sakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia sebelum barah, diabetes dan darah tinggi?Maksudnya, faktor pemakanan pun berpengaruh gak..Majoriti daripada overweight kat Malaysia adalah kanak-kanak..Ibubapa sekarang ni sangat lah sibuk nak carik duit, sampai takde masa nak masak untuk anak-anak..Jadi, Mc Donald, KFC dan macam-macam fastfood jadi sasaran..Tau tak fastfood ni didatangkan dengan pakej penyakit sekali?(klik sini)..Orang dewasa pun sama gak, sebab kita tau masakan Melayu ni memang terkenal dengan penambah stok lemak..Garam, gula, santan jangan cakap..

Jadi apa yang kita kene buat?Dua benda paling penting kita kena buat..Amalkan gaya hidup sihat, amalkan pemakanan sihat.Apa gaya hidup sihat?Bersukan at least 3 kali seminggu 20 minit setiap sessi ngan tak merokok dan mengambil alkohol. Simple kan??Kite je yang payah sangat nak buat..Apa pemakanan sihat? Kurangkan gula, garam dan kolesterol, banyakkan buah dan sayur..Paling penting,kurangkan fastfood macam Mc Donald ngan KFC..

Macam mana nak tau kita overweight?Ada sistem yang dinamakan BMI (Body Mass Index) untuk tentukan kita dalam kelas yang mana..Cara nak kira adalah :

\mathrm{BMI} = \frac{\mbox{mass} \ \mbox{(kg)}}{\left( \mbox{height}(\mathrm{m})\right)^2}

BMI* What your BMI result indicates
Less Than 18.5 UNDERWEIGHT
Your are under optimum weight for your height. You could afford to gain a little weight.
18.5-22.9 NORMAL RANGE
You have a healthy weight for your height.
23-27.4 OVERWEIGHT
You are over optimum weight for your height. You may be facing health problems, so losing some weight would be a good idea.
27.5 and above OBESE
You are over optimum weight for your height. You may be facing health risks, so see your doctor to help you achieve a healthier weight.

So,lepas ni korang dah boleh timbang sendiri dan kira sendiri..Aku menyeru kat semua rakyat Malaysia, jom lah mengamalkan gaya hidup sihat..Jangan salahkan keturunan kalau overweight..Keturunan ada je yang overweight, tapi Alhamdulillah aku boleh mantain macam sekarang..Bukan suruh buat badan ketul-ketul pun, just jangan overweight je sebab biasanya orang yang mempunyai berat berlebihan mempunyai masalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian..

So,selamat mengamalkan gaya hidup sihat..

12 Nov 2010

Mitos mandi malam

Korang pernah tak mak or sape-sape lah tak bagi mandi malam dan mendatangkan macam-macam ancaman.Yang paling popular adalah takut nanti selsema, or nanti jadi paru-paru berair.Yang mengarut sikit, nanti ada hantu air culik (miahahahaha)..Yang hantu tu, kalau dulu mandi kat perigi buta malam-malam, mungkinlah kot..Tapi sejauh mana kebenaran statement ni??

Percaya tak kalau aku cakap yang mandi malam leh buat jadi selsema adalah mitos,dan bukannya fakta? Diakui oleh Prof Aznan Lelo kesayangan Hajar, mandi malam atau jalan kat tempat yang sejuk malam-malam boleh buat korang selsema hanya merupakan mitos..Kenapa?Sebab selsema atau Common Cold adalah merupakan jangkitan virus atau akibat alahan, bukan sejuk..Sejuk tu virus ke?Tidak sama sekali..Jadi sejuk boleh buat selsema?Tidak sama dua kali..Tapi ada ketika kita akan selsema kalau sejuk..Itu merupakan akibat sistem imun kita rendah, so senang la nak kene jangkitan virus..

Kalau kene virus apa ubat dia?Antibiotik?Paracetamol?Tidak sama tiga kali..Bak kata Prof Aznan Lelo,"Bego(bodoh) kali dokternya.Orang kena virus kok malah di bagi antibiotik.Apa gunanya?".Sebab antiobiotik untuk jangkitan kuman, bukan virus.Dan Paracetamol merupakan analgesik antipiretik (ubat tahan sakit,ubat penurun panas), jadi tak berguna untuk jangkitan virus.Kadang-kadang kita makan antihistamin (ubat anti alahan) macam Piriton ngan Cetrizin,tapi itu hanya untuk selsema akibat alahan.Jadi apa kita kena buat?Terima kasih saudari disana!!Tingkatkan imun kita..Paling senang,VITAMIN C!!!!
Nak baca lebih tentang Common Cold tekan sini dan tekan sana..Tak pun tanya je Cik Kiah a.k.a Ezakiea Aaina, sebab FYP dia pasal Common Cold..

Pasal peparu berair plak, aku tak pasti apa yang orang maksudkan ngan istilah ni.Tapi yang aku faham, mungkin pneumonia (radang paru-paru) sebab nanti peparu macam ada air (abses)..Kalau jangkitan, mestilah kuman, fungus atau virus ye tak?Tapi macam mana mandi malam boleh kene peparu berair??Sekali lagi, ianya hanya mitos..Selain jangkitan kuman, pneumonia juga boleh disebabkan terhirup benda beracun atau tersedut bendasing masa kita tidur yang boleh masuk kedalam paru-paru..Orang yang ada masalah dengan sistem imun lagi senang nak kena pneumonia..

Baca lebih lanjut tentang pneumonia kat sini..

Jadi korang dah tau pe kisah disebalik mandi malam?Mungkin dulu macam tak baik kot mandi malam, sebab selalu mandi kat perigi kan..Nak-nak anak dara, memang kena intai la..Tapi yang penting, mandi malam boleh buat kita jadi tough..Macam mana?Kan kalau mandi malam sejuk,nanti kita akan keraskan perut..Lama-lama, dapat lah 6 pix.Mwahahahaha (jangan caye yang ni..Nak 6-pax, pergi workout,jangan jadi pemalas)..
p/s : Kalau ada salah, tolong betulkan aku eh..Belajar pun tak habis, so bukan tau sangat pun..

1 Oct 2010

Petai,buah busuk yg banyak khasiat (must read)

Masih dalam mood pencinta alam, Encik Adie kali ni nak cakap pasal petai..Aku pun terkejut ngan penemuan yang aku jumpa ni.Aku ade terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang doktor daripada UKM, dan tulisan die ni sebenarnya dah banyak orang post..Korang percaya tak, ulam yang buatkan kencing and kentut korang dibenci ramai,apatah lagi bau mulut korang dapat dibau dari 100 meter jaraknya ni,banyak gila manfaat die!!??Bersedialah untuk mengetahui kebenaran!!!


Petai ada sukrosa, fruktosa dan jugak glukosa, dimana tiga-tiga ni merupakan gula semulajadi, yang boleh menjadi sumber tenaga instant.Dua papan petai mampu buat korang workout selama 90 minit!!Daripada korang makan Power Bar (sori tokey Power Bar), baik korang makan 2 papan petai (kalau sanggup la).Ada atlet antarabangsa makan petai je untuk training..Petai jugak ada banyak serat (fiber)..Kalau korang ade masalah tak boleh nak buang air besar sampai 3 hari (sembelit la tu), bawak-bawak la makan petai..Lebih elok,jadikan petai untuk sarapan, dimana korang leh buang ape yang tak patut pagi-pagi..


Jangan tak caye, petai ada banyak Vit. B..Antaranya adalah vit. B6 ngan vit. B12, yang merupakan berita baik kepada perokok yang nak berhenti merokok..Kedua-dua vitamin B ni dapat mengurangkan ketagihan terhadap nikotin..Untuk perempuan pulak, kalau korang datang bulan, makan je petai, sebab vit. B6 dapat mengawal kadar glukosa dalam darah,sekaligus mengawal mood korang (perempuan yer) daripada memarahi pakwe atau suami anda yang tidak bersalah..

Triptofan bukan ada kat susu budak-budak macam daalm iklan tu je,dalam petai pun banyak..Korang pun tau, triptofan merupakan protein yang dapat ditukar menjadi serotonin (terdapat dalam coklat gak), yang boleh membuatkan korang rasa lebih happy (tapi bukan "high" okay). Dalam masa yang sama, boleh hilangkan stress..Dan tak lupa juga depression..

Untuk yang obesiti pulak,ini berita baik..Kajian menunjukkan orang yang obesiti ni biasanya ada darah tinggi, dan kalium yang tinggi tapi rendah garam pada petai dapat melawan darah tinggi. Selain dari itu, kalium juga membantu kepekaan pupil (pupil alertness) untuk membantu pelajar lebih tumpuan (focus) masa belajar. Pupil peka + Lebih tumpuan masa belajar + Dapat apa yang cikgu ajar = Cemerlang!!! Menurut kajian yang terdapat dalam The New England Journal of Medicine, makan petai dapat mengurangkan risiko untuk mendapat stroke sebanyak 40%!!

Bukan untuk dimakan je, petai juga dikatakan merupakan penawar untuk kulit yang digigit nyamuk..Kalau orang kampung macam aku cakap, tangan bintat kene gigit nyamuk..haaa..Sesuai sangat, lumurkan petai yang dah dihancurkan kat tempat bintat tu..Selain bintat, leh buang kutil (warts) gak..Senang-senang, tampal je petai tu ngan kain kasa kat tempat ada kutil tu..

Sebenarnya ade banyak lagi benefit dari petai ni..Tapi aku rasa, yang aku dah tulis dah ni pun mesti dah jauh sangat membuatkan korang bertukar persepsi korang pasal petai..Dari buah kentut and kencing busuk kepada buah terbaik!!Siap leh ganti epal tau..Patutnya, peribahasa epal tu kene jadi "A petai a day keeps doctor away"..Huhuhu..

p/s : Ini bukan rekaan aku sendiri atau aku main-main,tapi aku dapat daripada artikel yang ditulis oleh Dr. Aminuddin, daripada Departmen Fisiologi, Fakulti Perubatan UKM.

26 Jul 2010

Syarikat makanan yang mencurigakan



Korang pernah tengok nutrition fact kat mana-mana makanan yang korang pernah beli??Kalau korang tengok,bagus sebab kita tau apa yang kita makan.Tapi aku rasa benda yang paling orang suka tengok kalau dia beli makanan adalah berapa harga dia (ofkos la kan) than bile expired dia..Ade la kot 5% yang tengok nutrition fact dia,so that apa yang diorang beli tu berkhasiat..

Kalau korang pernah tengok,paling simple adalah syarikat roti..Baru-baru ni aku terbaca Roti Gardenia,yang sedap dimakan begitu saja bak kate iklan tu,yang roti Gardenia tu diperkaya dengan kalsium..Begitu jugak dengan Horlick..Nutrition fact kata Horlick kaya dengan kalsium..

Tapi korang pernah tahu satu fakta tak,bahawa kalsium boleh menghambat penyerapan ferum/iron/zat besi yang sangat penting untuk pembentukan darah??Jadi,dengan mengambil sumber zat besi dan kalsium sekaligus,menyebabkan zat besi ni akan kurang penyerapan dalam darah,membuatkan zat besi kurang dalam badan,kurang pmebentukan darah,dan akhirnya akan menyebabkan anemia (iron defeciency anemia)..

Menurut sunnah Rasullullah,kita tidak digalakkan memakan daging dengan susu..Apa rasional dia??Sebab daging merupakan antara sumber zat besi,dan susu pulak macam yang kita tahu merupakan sumber utama kalsium..Jadi kalau ada yang badget lahir kat negara 4 musim dengan mata biru tu,suka minum susu time makan biasa,percayalah,sunnah Rasulullah adalah cara hidup terbaik untuk semua manusia,bukan untuk orang Islam sahaja..


Tapi yang aku pelik,kenapa kebanyakkan syarikat makanan akan menggabungkan kedua-dua mineral ni??Atau dalam makanan ni,diorang dah set,kalsium jalan dulu,than baru zat besi jalan dulu..Tapi aku tak rasa macam tu,sebab ubat pun kene letak coated untuk dia tak habis dalam satu masa,ini kan roti..Adakah dietitian diorang tak perasan pasal benda ni?Ataupun diorang perasan tapi nak menipu mata pengguna supaya beli produk mereka??

Semua tu,korang yang nilai yer..Tapi nasihat aku,jangan lah campur sumber kalsium dengan sumber zat besi kalau tak nak kurang darah bak kate orang, terutama perempuan yang sedang dalam tempoh menstruasi (datang bulan)...

p/s : Kalau ada maklumat yang salah dan aku tak tahu,tolong la kongsi yer




19 Jul 2010

Packet or ala-carte ???


Korang selalu makan fast food??Confirm la ramai kan,terutama Cik Shyrah Ramli yang dok makan McD je bile Kak Ani melancarkan mogok tak masak bila tak dapat jumpa boipren die,bak kate Shana..Bukan setakat McD,KFC,Pizza Hut,tapi macam-macam restoran makanan segera(fast food) dah ada sekarang,tak termasuk mee segera lagi..Dan kalau kat bandar-bandar,fast food dah menjadi pilihan ibu bapa berkerja untuk disajikan kepada anak-anak mereka..

Kalau nak beli,korang selalu beli macam mana??Suka beli ikut packet/set atau yang ala-carte/asing-asing?Biasanya aku rasa orang akan beli yang packet/set la,sebab ada makanan,air dan benda lain,dalam keadaan yang murah.Kalau beli ala-carte,macam mahal sikit sebab kalau kat McD,burger paling-paling Rm5, air RM2, fries RM4, dah dalam RM 11..Kalau beli paket,baru dalam RM8-RM9..

Tapi korang sedar tak packet apa yang korang beli tu??Sebenarnya seiring dengan packet tu,korang dapat peacket lain pulak..Burger(tinggi kadar kolesterol) - menyumbang kepada penyumbatan pmbuluh darah,awal kpada sakit jantung, fries(banyak garam) - darah tinggi, air(tinggi kandungan gula) - kencing manis..


So,dalam tak sedar,korang beli jugak set penyakit darah tinggi,kencing manis,dan paling menakutkan masalah jantung apabila korang beli packet kat restoran makanan segera..Itu baru makan tengahari.Kalau pagi,tengahari,malam pun makan benda yang sama,lagi banyak la penyakit yang korang beli..Belum ditambah dengan junk food (makanan sampah) macam keropok-keropok dan macam-macam lagi..

Bagi aku,tak salah nak makan apa saja,asalkan makanan tu berkualiti dan jugak kita kene seimbangkan dengan bersenam dan juga aktiviti-aktiviti yang sihat,so kadar yang masuk dalam badan sama atau lebih sikit je dari kadar yang keluar dari badan..Tapi jangan sampai tak makan,dengan alasan diet.Sebab diet sendiri bermaksud makan..Dietetik bermaksud pemakanan,dietitian pulak bermaksud "pakar pemakanan",bukan "pakar tak makan"..Tapi apa yang kita makan tu mesti lah seimbang dan sesuai untuk diri kita..

So,selamat mengamalkan cara hidup yang sihat!!!!!

14 Jul 2010

Hilangkan kutil dengan berkesan


Korang pernah dengar "kutil"??Aku tak tau lah kalau tu bahasa Negeri Sembilan ke pe,tapi aku tanya orang semua tau je pasal kutil,so aku assume itu adalah Bahasa Melayu standard..Korang pernah ada kutil atau ada kutil kat korang sekarang??Bukan nak merendahkan korang,tapi aku nak kongsi satu tips..

Dulu masa aku sekolah rendah,aku pernah ada kutil,dan aku sangat malu sebab ada banyak kat tangan aku..Setiap hari aku buang ngan ketip kuku,sampai ada masa tangan aku berdarah-darah,malu punya pasal..Tapi still tak hilang gak..Ada gak aku gesel-gesel kat atas jalan tar yang panas..Pedih je dapat,kutil tu still ada gak..

Than aku ada terbaca satu petua kat majalah ke mana entah,aku lupe..Petua dia adalah amik kapur sirih (yang orang tua selalu sapu kat sirih makan ngan buah pinang tu), than campur dengan detergan (sabun basuh baju serbuk,bukan sabun buku),tak kisah la Daia ke,Boom ke,Cap Ayam ke,asalkan detergan..Gaulkan,than letak kat kutil tu..Tapi jangan sampai kene kat kulit yang normal..Memang agak panas dan pedih,tapi dalam masa 15 minit,semua kutil kat tangan aku tertanggal..Aku tak pasti kalau orang lain macam mana kesan dia..

Secara ilmiah nya,kapur sirih mengandungi Asid Salasilat,bila dicampur dengan detergan yang bersifat alkali,campuran tu akan menjadi alkali pekat yang bersifat menghakis..Campuran ni mirip dengan ubat kutil yang korang dapat daripada hospital,tapi berkesan dalam masa 1bulan paling awal dengan penggunaan teratur..

So kalau korang ada masalah yang sama,cuba la ni..Kita berihktiar,Allah jua yang menyembuhkan kita..Nanti kalau ada yang berkesan,boleh la kongsi sama-sama yer..Aku bukan reka cerita,sebab kalau aku tak pernah cuba benda ni,maybe Cik Shyrah Ramli tak nak kat aku sekarang ni,huhu..Selamat mencuba...

8 Apr 2010

Penghawa dingin (air-conditioner) menggemukkan

Biasa tengok benda ni?Boleh kate semua orang nak duduk dalam air-cond tak kira masa.Kalau leh 24 jam nak ada air cond, nak-nak sekarang tengah panas (tanpa kita sedar yang air-cond sendiri menyumbang kepada pemanasan global) kat negara kita.Tapi korang tau tak,air cond boleh mendatangkan banyak keburukan kepada kita?Dan air cond jugak boleh membuatkan kita gemuk..Nak tau fakta pasal ari cond??

1. Membuatkan kita gemuk
Ada penelitian mengatakan, udara yang selesa antara 10 penyebab kegemukan.Kenapa?Bila dah sejuk, malas nak buat apa-apa..Lepas makan je,terus rasa ngantuk.Than tambah lagi air cond, confirm lelap sampai Maghrib..Tak payah hari-hari,cukup 3 kali seminggu.3 bulan lepas tu,leh daftar Biggest Loser.

2. Sick Building Syndrome
Sindrom ni merupakan akibat daripada pertukaran suhu secara tiba-tiba.Samada dari sejuk ke panas atau panas ke sejuk.Sebagai contoh, kita baru lepas berpeluh-peluh sebab panas kat luar,than tiba-tiba masuk rumah,bukak ari cond 16..Badan kita tak boleh nak berkompensasi (err,macam sesuaikan diri la), jadi akan timbul lah sakit kepala, rasa sesak nafas dan macam-macam lagi..

3. Senang terserang jangkitan kuman
Biasanya,ruangan yang dilengkapi air cond adalah ruangan tertutup, dan mempunyai pengudaraan yang minimum..Dan korang tau ada berapa banyak kuman kat udara?Belum tambah bila bersin lagi, yang kita bawak dari luar lagi (plus bau yang harum bak kasturi lagi)..Dan kalau sesorang terkena jangkitan virus,sangatlah mudah untuk berjangkit dalam ruangan ari cond (kalau selsema,jangan duduk dalam bilik ada air cond).

4. Penuaan kulit
Tau macam mana air cond berkerja?Ia mengambil partikel-partikel air kat udara dan proses jadi udara dingin.Tak terkecuali air yang ada kat kulit korang,kat dalam mulut (kecuali air yang tersembunyi dan air yang susah nak tersejat macam air "duit").Jadi, bila air kat kulit korang tersejat,kulit jadi kering,senang la proses penuaan berlaku..Jadi kalau tak dapat elakkan air cond, pakai lah pelembap tambahan (macam Abang Jafreyy kita buat), dan jangan lupa untuk minum air banyak-banyak..

Tak salah sebenarnya mempunyai air cond,tapi kalau sayang alam kita yang indah ni,dan sayang kepada generasi yang akan datang, jarang-jarang kan lah bukak air cond tu, agar karbon monoksida kat udara tak banyak..

26 Mar 2010

Tips memperbaiki meja kayu

Ada meja kayu tak??Tak kisah la meja makan ke,meja tulis ke,meja tv ke,yang penting meja kayu..Biase tak,dekat kaki meja tu,ada calar kat bucu-bucu die??Tak faham??Cube tengok gambar bawah ni..

Okeh,biasa tengok kan kerosakan macam ni??Aku ada tips untuk buatkan die nampak seperti baru balik.Maybe tak sama macam 100% sama,tapi better daripada gambar kat atas ni..Tapi tips ni hanya untuk kaki meja yang berwarna coklat,dan tidak dicat oleh apa-apa warna..Kalau dah kene cat dengan cat warna coklat,sama jugak hasilnya dengan warna lain nanti,huhuhu..Okeh,apa yang perlu anda buat??


Step 1 : Carik batu kapur,atau yang sewaktu dengannya,yang bentuk die lebih kurang macam ni..Tak yah lah carik yang 100% same,tapi yang penting tu ade lekokan yang muat untuk bucu kaki meja korang tu..

Step 2 : Geserkan lekokan batu tersebut kat bucu yang dah rosak tu..Tapi jangan terlalu kasar,dan mesti dalam satu arah sahaja (dari atas ke bawah sahaja atau dari bawah ke atas sahaja).Tetapi lebih disyorkan digeserkan dari atas ke bawah,dan dilakukan berulang kali sehingga warna bucu yang rosak tadi menyerupai warna asal kaki meja.


Haaa..Mudah kan??Skang dah jadi macam warna yang asal..Macam yang aku cakap tadi,tak lah sama macam 100% asal,tapi cukup untuk membuatkan anda berfikir 8 kali balik untuk habiskan RM500 untuk meja baru kat EKIA untuk gantikan meja kesayangan anda..Dan kalau nak cantik lagi,sapukan balik syelek (betul ke eja??) kat kaki meja tu..

Konsep die adalah kikis lapisan luar kulit kayu tadi,untuk dapatkan lapisan yang baru,yang sama dengan warna asal kayu..That's why aku cakap tak sesuai untuk meja yang warna lain dari warna asal kayu..

SELAMAT MENCUBA!!

p/s : Kalau dah cuba,leh kongsi kat sini eh..Kire macam testimoni pengguna la..Hik3..

8 Mar 2010

Tips tingkatkan libido (ghairah seksual)


Hubungan suami isteri menjadi faktor yang sangat penting dalam kebahagian dalam rumah tangga, dan tidak boleh dinafikan lagi,walaupun kebahagian bukan hanya bergantung kepada hubungan suami isteri..Antara lain kepercayaan,kesefahaman dan lain-lain lagi.Tapi pasangan suami isteri sering melupakan yang satu ini..Mereka sibuk dengan urusan lain,lupa untuk bermesra sesama..Faktor utamanya adalah terlalu sibuk,dan merasa letih dan lesu setelah pulang kerja atau membuat aktiviti lain,sehingga libido pasangan menjadi rendah..

Ada petua untuk menambahkan libido dengan memakan makanan penambah libido yang dikenali dengan aphrodisiac, dipercayai diambil daripada nama dewi Yunani Aphrodite, yang dikenali sebagai dewi kecantikan dan cinta.Ada beberapa jenis minuman dan makanan yang telah lama dikenal sebagai aphrodisiac,antaranya adalah :

1. Nenas

Nenas mengandungi enzim bromelain,yang dipercayai dapat meningkatkan libido lelaki secara lansung. Selain itu,ia juga termasuk sumber kalium dan beberapa vitamin b seperti riboflavin, yang boleh meningkatkan tenaga tubuh. Selain itu,suap-menyuap nenas sebelum melakukan hubungan suami isteri juga boleh digunakan komunikasi pra-seksual.

2. Avocado

Kandungan asid folik yang tinggi boleh membantu metabolisme protein untuk memberikan tenaga yang lebih pada tubuh. Avocado juga mengandungi vitamin B6, yang boleh meningkatkan penghasilan hormon pada lelaki, dan juga kalium, yang membantu meregulasi tiroid pada wanita yang membantu dalam proses metabolime.Secara automatik,avocado dapat meningkatkan libido lelaki dan perempuan.

3. Tiram mentah

Tiram memiliki zink yang banyak, yang boleh meningkatkan produksi sperma dan hormon testosterone. Tiram juga mengandungi dopamine, yang boleh meningkatkan libido. Untuk menghilangkan rasanya yang aneh,anda boleh meletakkan limau segar diatasnya sebelum memanakannya.

4. Ginseng

Berkhasiat menambah kekebalan tubuh, meningkatkan ghairah seksual, fungsi otak, menambah tenaga,vitalitas dan stamina.Ginseng juga memperlancar sirkulasi darah. Tetapi minum ginseng berlebihan yang tidak ditapis boleh membahayakan buah pinggang.

5. Telur

Kaya dengan vitamin B6 yang boleh membantu menyeimbangkan tingkat produksi hormon dan menurunkan ketegangan yang sangat penting untuk kesihatan libido. Telur juga simbol dari kesuburan dan tunas kehidupan. Sebahagian orang memakan kuning telur untuk meningkatkan libido dan mendapatkan energi tubuh yang maksimal. Semua telur ayam,burung dan ikan mengandungi vitamin B5 dan B6.

5 Mar 2010

Lepaskan Sahaja


Korang pernah stress pikir kan masalah tak?Aku baru-baru ni rase macam tu kot,sebab banyak sangat benda nak kene buat,banyak nak kene fikir..Jadi sakit je kepale ni..Tadi aku dapat emel dari cousin aku,abang Hairil..Tibe-tibe aku terinspirasi,dan nak kongsi dengan korang..Cerita die macam ni..

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”

Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

p/s : Seriously,lepaskan sahaj gelas itu..

17 Jan 2010

Tips untuk mendapatkan "Six-pack" - Sit Up

Six pack,idaman semua lelaki,tak yah tipu la kalau laki taknak six-pack..Tinggal lagi malas nak buat ke tak je..Ade yang beriya nak six-pack,tapi malas nak buat ape-ape..Ade pulak yang sampai habis beratus nak dapatkan six-pack,punye la pentingnya six-pack untuk lelaki..Tapi ramai tak sedar yang kite leh buat dengan latihan yang ringkas dan boleh buat kat rumah je,asalkan consistent dan tak ngelat macam Arboque,huhu..

Penah dengar sit-up??Confirm semua tau.Tapi tau ke care sit-up yang betul??Aku nak kongsi satu cara sit-up yang sangat berkesan.Korang tak payah nak ragu ngan care ni sebab dah terbukti dah.Bukti die,care ni berjaya buat aku ngan member aku sorang ni menahan perut sakit yang disebabkan oleh keberkesanan cara ni(no pain no gain maaa)..Tak cukup lagi??Care ni jugak dah berjaya buat member aku sorang ni "mengeluarkan gas yang berbunyi lantang" mase buat sit-up ni kat Bukit Pilah,hahaha...

Sit-up yang biase orang buat adalah,baring,kamudian bengkokkan kaki,than angkat badan dan ulang..nak faham lagi,macam bawah ni..
Tapi bagi kebanyakan orang,teknik wat sakit badan je,and dah buat beribu kali pun slambe je..Odan pun leh wat sambil makan roti canai..So,aku rase untuk berkesan adalah,cara yang akan aku ajar ni,seperti yang coach aku pnah ajar,dan diakui oleh Kimpit berkesan..

Care die adalah,baring atas lantai,kalau boleh 45 darjah mcam gambar kat atas ni,tapi kepala kat atas,kaki kat bawah.Tapi kalau takde,rata pun takpe..Than,tangan mesti ada something yang leh tahan pergerakan badan bile bergerak nanti..Dengan keadaan kaki yang lurus,angkat kaki sampai ke arah dada sejauh yang boleh.Than turunkan kaki slow-slow ke bawah lantai balik,tapi jangan sampai kene lantai,than angkat balik..

Buat 10 kali satu set,than wat dalam 3 set sekali sessi,bergantung kemampuan..Tapi jangan baru buat 3,sakit perut terus berenti..Sampai Taylor Swift kawen ngan aku pun tak dapat six-pack korang..Ok,kalau nak lebih faham,tengok gambar bawah ni..


Bukan lelaki je leh buat,perempuan pun boleh buat..Dan kene la consistent buat bende ni,jangan buat sehari je,lepas tu mengeluh kenapa perut still macam perempuan mengandung 5 bulan..selamat mencuba..

p/s : Jangan tengok perut aku..Aku memang saje nak perut gini,hahaha

30 Dec 2009

Tips untuk menjadi kurus dan sihat

Sekarang ni,kes obesity semakin merunsingkan,terutama di negara maju.Di negara membangun macam Malaysia pun,dah agak srius kes obesity.Ada golongan yang sedar,jadi mereka akan berusaha untuk menjadi sihat kembali,dan melakukan banyak cara untuk kurus dan sihat.Dan ada pulak golongan yang memang sedar,supaya menjaga kesihatan adalah penting,jadi mereka akan maintain kan berat badan mereka.Dari golongan2 tersebut,ada yang berjaya,dan ada yang tak berjaya.Mungkin macam2 sebab yang mempengaruhi kejayaan tersebut.Disini,aku nak kongsi sikit tips untuk jadi sihat dan kurus dalam masa yang singkat,tanpa menggunakan ubat-ubatan,seperti Acai Berry dan sebagainya..

1.
Jika anda tinggal berhampiran hutan,lebih baik..Carik harimau jantan seekor,dan biarkan beliau mengejar anda.Kalau susah nak carik harimau,pergi je zoo yang berhampiran,than lepaskan dalam sekor dua,suruh die kejar anda.Nescaya anda akan sangat mengeluarkan peluh dan membakar lemak.Jika gagal,jangan risau,harimau tersebut boleh memakan anda,bukan takat daging je,sampai tinggal tulang pun boleh.

2.
Untuk masalah pada bahagian tangan,anda tidak perlu untuk mengangkat dumble,kerana ianya kurang berkesan.Anda pergi garage anda,dan angkat kereta tersebut.Ulang aktivit tersebut sehingga tangan anda menjadi seperti yang anda inginkan.Jika anda tidak mempunyai kereta,pinjam kereta anak jiran sebelah rumah(anak die hot maaa)

3.
Untuk masalah pada bahagian perut pula,ini paling mudah.Anda pernah dengar bunggy jumping?Bagi golongan yang lemah semangat macam saye,sangat la sesuai.Bile anda lompat,anda akan kecut perut.Kecut perut = perut kecik = perut tak besar = kurus.Hah,berkesan kan??Tapi diharamkan untuk latep dan jijie,takut tali tak sampai atas balik.

4.
Untuk tips pemakanan seimbang,ade satu rules yang sangat penting untuk anda ketahui."JANGAN MAKAN BENDA YANG LEBIH BESAR DARI KEPALA ANDA"..Ingat sampai bile2..Atau tak,perut dan badan anda tidak akan lagi sesuai untuk kepala anda..

5.
Antara aktiviti yang paling berkesan untuk anda lakukan adalah berenang di lautan ais,paling bagus sepanjang lautan artik.Dan lebih bagus kalau berenang bersama-sama beruang kutub.Nescaya anda akan mendapatkan badan seperti yang anda inginkan..

Ini hanya sebahagian daripada tips sihat..Banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan seperti merompak rumah jiran sebelah,than lari laju2 bile kantoi,tolong orang kampung angkat baja kat kampung,tarik kerbau masuk kandang,dan banyak lagi..Selamat mencuba!!

p/s:Untuk sihat dan kurus,senang je.Makan 3x sehari dengan makanan seimbang,dan jangan lupa bersukan 3 kali seminggu dalam masa 20menit setiap kali bersukan..Sihat itu seksi,auwwwww...