4 Feb 2010

Maklumat sulit ketenteraan kita diintip??


Kalau korang tak terkejut dengan benda ni,better start terkejut dan concern pasal benda ni sekarang..Menurut Utusan Malaysia 5/1/2010,Menteri Pertahanan kita,Datuk Zahid Hamidi mengesahkan bahawa ada kedutaan asing menggunakan Atase Pertahanan mereka dengan bantuan daripada orang dalam tentera sendiri untuk mendapatkan maklumat sulit ketenteraan kite..

Atase Pertahanan adalah wakil tentera sesuatu negara yang biasanya ada di kedutaan negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut untuk menjalinkan kerjasama dari segi ketenteraan atau keselamatan..Tapi dalam kes ni,mereka dah menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan yang diberikan kerajaan Malaysia dengan melakukan kebiadaban mengintip rahsia ketenteraan negara..

Negara yang terlibat tak disebut,tapi mungkin nanti akan diumumkan jugak kot..Tapi ape yang aku risau adalah,kenapa mereka nak rahsia ketenteraan kite??Ade banyak kemungkinan..Mungkin mereka nak pelajari strategi ketenteraan kite untuk tujuan meniru,and the worse part is nak carik kelemahan kite untuk serang negara kite..Mudah-mudahan dijauhkan daripada benda ni..

Tapi ape yang paling aku sedih,ade orang kite sanggup menjual negara sendiri..Fikirkan lah,kalau betul-betul ade negara yang nak serang kite,sape yang susah..Sebab ketamakan beberapa individu,negara hancur luluh lantah..Fikir-fikirkan lah..

Budak perempuan 9 tahun melahirkan anak??


Aku tak tipu,ni cerita betul..Bayi yang dilahirkan oleh budak perempuan 9 tahun tu selamat di lahirkan pada 27 Januari 2010 yang lalu,baru je beberapa hari lepas,dengan berat 2.75kg dan dilahirkan secara bedah Caesar (Caesarian)..Dan budak perempuan tersebut dan anaknya yang merupakan bayi lelaki dalam keadaan stabil selepas pembedahan..

Budak perempuan berusia 9 tahun tersebut berasal daripada Songyuan,di Cina..Identiti budak perempuan tersebut dirahsiakan.Dipercayai budak perempuan 9 tahun tersebut,di rogol,tetapi identiti pelakunya masih belum diketahui..Kalau tak dirogol a.k.a kehendak perempuan tu pun,undang-undang Cina mengatakan kalau melakukan hubungan seks dengan budak bawah umur 14 tahun secara automatik dinyatakan dengan kesalahan merogol..Tapi ape lah yang budak perempuan 9 tahun tahu kan..Confirm-confirm la lelaki yang tak bertanggungjawab dan berjiwa binatang tu bertanggungjawab penuh dengan kejadian ni..

Tapi bukan ni satu-satunya kes 'ibu muda'..Setakat ni rekod dunia ibu paling muda adalah Lina Medina yang berasal dari Peru pada tahun 1939,dan melahirkan anak pada umurnya 5 tahun 8 bulan,dimana organ reproduksi wanita biasanya belum berkembang dengan sempurna lagi..Dan Peru merupakan pengeluar 'ibu muda terbanyak',dimana terdapat kes yang sama pada budak perempuan berumur 9 tahun pada tahun 1957,dan seorang lagi berumur 8 tahun pada tahun 2006 yang lalu..

Ape yang aku nak cakap adalah,berhati-hati lah kepada sesiapa yang mempunyai anak kecil..Dunia sekarang semakin parah,dan banyak kejadian rogol melibatkan anak-anak kecil yang tak berdosa dan belum tau ape-ape lagi..Datuk sendiri pun sanggup merogol cucu nya seperti yang berlaku di Rusia pada tahun 1930 sehingga budak perempuan berusia 6 tahun hamil dan melahirkan anak,tetapi bayi malang tersebut tidak sempat melihat dunia..Jagelah anak-anak atau adik-adik dengan baik,dan berilah sepenuh perhatian kepada mereka..

Hodohnya dunia sekarang..Kite lah yang bertanggungjawab untuk menukar wajah hodoh dunia kite sekarang kepada dunia yang lebih baik..Tiada yang mustahil dalam dunia ni..

Iklan yang terlampau

Korang mesti menyampah tengok iklan kan??Maksudnye iklan-iklan mase korang tengah layan movie best-best,tak pun iklan yang ade kat wayang mase korang dengan awek or dengan balak dah excited nak tengok cite Adnan Sempit..Sebab tu lah syarikat-syarikat yang nak buat iklan ni pening pale,macam mane la nak tarik orang untuk tengok iklan masing-masing..

Sampai muncullah idea yang leh kate bengong dan tak munasabah..Dengan menggunakan ayat yang korang suke,terciptalah iklan-iklan terlampau..Kadang-kadang tengok macam best dan menarik..Tapi bile tengok banyak kali dan pengaruhnya terhadap minda kanak-kanak,aku rase iklan-iklan ni tak berape nak sesuai untuk digunakan..Kalau orang macam Jefri Johari tak payah nak kisah dah sebab die memang dah besar macam bapak orang..

So,meh kite tengok sikit macam mane iklan-iklan mencapub yang menagih perhatian dari korang..

Lepas ni tobat taknak makan choc lagi dah..

Macam comel je,kasut tikus,hahaha..geli2..

Okeh,iklan ni sungguh kurang hajar,haha..Faham tak pe maksud iklan ni??

Sangat violent..Baik jangan bagi anak-anak korang or adik-adik korang belik game ni..Iklan pun dah macam ni..

Sape nak pempuan ni??

Tu die wat mee sebagai hiasan ke??

Eeeeyuuuuuu....

Macam McD pun ade..Hot la sangat kan..

Nak makan tak muffin ni??Cumel kan??hihihi...

p/s : Tapi ape yang diorang nak sampaikan pun sebenarnye munasabah gak kan??huuu...

3 Feb 2010

Protection untuk binatang peliharaan daripada maniac

Korang pernah tengok pet (kucing,anjing,arnab,etc.) korang lain macam tak??Mane lah tau,tibe-tibe pet korang hilang satu hari or lebih,balik-balik rumah lain macam je rupe die,macam baru lepas kalah jadi..Suruh makan tak nak,nak mandikan die taknak,bile korang pegang je die macam takut-takut, a.k.a fobia..

Sah-sah la pet korang tu baru lepas kene rape,tak kisah la oleh binatang sendiri,atau oleh manusia yang lebih dari binatang (opsiiii)..Tapi korang jangan risau lagi..Sekarang dah ade alat untuk lindungi pet korang daripada kejadian yang tidak diingini tersebut..

Memperkenalkan, PET PROTECTION!!!!

Name menatang ni REAR GEAR,huhuhu

Macam-macam bentuk ade maaaaa

Relax je anjing-anjing ni main same-same,tanpa takut diperkosa,hahaha

Siap boleh tunjuk-tunjuk buntut lagi..

Maksudnye,"Terbaik!!!!"

Okeh,sebelum lupe,benda ni hanya untuk pet betina je..Tapi kalau nak pakaikan kat jantan,boleh gak..Mane tau ade yang luar tabii pulak..Who knows,hahaha..

Extreme Job,sanggup ke korang buat??

Sekarang ni,macam-macam keje yang ade kat dunia ni..Kat Malaysia pun leh kate berlambak keje (walaupun bukan diisi oleh tenaga kerja tempatan), inikan lagi kat seluruh dunia..Tapi yang aku pelik,walaupun berlambak keje kat Malaysia,ramai jugak anak-anak mude yang tak nak keje..Nak jugak merempit,menyusahkan orang..Than ade geng-geng ragut beg tangan orang la,pecah rumah,bawak lari anak dare orang,dan macam-macam laa..

Bile suruh carik keje,kate takde keje yang sesuai..Kalau mase sekolah tak pernah jejak kaki kat sekolah,than kau nak keje pegawai gaji RM18,000,better kau kene penyepak ngan kasut size 11 dulu,biar sedar diri sikit..Tapi lainlah kalau ade masalah ape-ape,tapi still berusaha nak dapatkan pendapatan sara diri,dan tak nyusahkan orang lain..Tu lah terbaik..

Kalau taknak bersyukur,tengok sikit keje-keje kat bawah ni..Sanggup ke korang keje macam ni untuk dapatkan duit??Sampai gadai nyawa nak dapatkan duit..Ini budak-budak zaman sekarang gadaikan nyawa orang lain untuk dapatkan duit..Dunia,dunia..

Korang bayangkan,mamat ni dah la tak pakai tali ape-ape,siap tak pakai kasut lagi..Elok mat rempit yang suke nyusahkan orang tu,letak je kat tiang letrik macam ni..

Ni pulak,nak carik makan,kene letak kepala dalam mutut buaya.Silap aribulan,buaya tu yang dapat makan..

Ni lagi otai,siap pijak tali letrik tu lagi..

Okeh,ni paling extreme,pegang target face..Better korang ade jawatan tinggi kalau nak jadi askar..Kalau tak jadi la macam ni..Sikit jam,kau pulak jadi target face..

Ni pun kerja gak sebenarnye..Die kene bayar tu untuk wat stunt gini..

Ni pun same gak,mamat letrik Kamikaze..

p/s : Bersyukur la dengan ape yang kite ade,dan jangan la jadi mat rempit,jadi la orang yang berguna untuk agama,bangsa dan negara..Carik la kerja yang bermanfaat dan tak nyusahkan orang..

2 Feb 2010

Signboard yang buat orang berhenti untuk melihatnya..

Korang selalu tak perhatikan signboard kat tepi jalan,kat taman permainan,kat taman tasik,dekat kawasan umum,dan macam-macam tempat la yang selalu ade signboard??Aku rase,kebanyakan dari kite akan wat tak tau je ngan signboard-signboard tu..Kalau tengok pun,sebab dah kene conteng,dah terbalik benda tu..Tu pun sebab nak ngumpat,macam "Ape la nak jadi ngan budak-budak sekarang ni","Sape lah mencarut kat signboard ni",dan macam-macam lagi la..

Aku rase pihak berkuasa kene letak la signboard yang aneh-aneh,biar orang tengok dan hayati signboard tu..Takde lah orang berebut nak buang sampah kat bawah signboard besar "SILA JANGAN BUANG SAMPAH DISINI.DENDA RM500"..Cube buat,"KAU NAK MAMPUS KE BUANG SAMPAH KAT SINI..ADIK AKU PUN TAU BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH"..huhuhuhu..

Meh kite usha sikit signboard yang pelik-pelik..Tapi aku sure,sume ni bukan dekat Malaysia la kan..


Ni maksudnye jangan nak buat "hardcore" kat sini,tempat lain takpe,hahaha

Maksud die,ini adalah taman yang sesuai untuk semua peringkat umur,termasuk yang meningkat remaja..

Kalau nak 'burung' korang selamat,jangan lalu kat sini

Maksud die,"SILE LETAK KAKI ANAK ANDA KAT MULUT BUAYA"

Berapa minit korang nak abih bace signboard ni??

Kalau nak buang air,jangan buang 2 orang dan 2 jenis air secara bersamaan..Kene gilir-gilir..

Kalau kentut,kene patuk ngan Cobra tu..Tahan,tahan..

Pesanan khas buat gajah,jangan pijak orang..Pijak rumput takpe..


Kalau nak tanam orang,jangan biarkan tangan die terkeluar..Tanam sampai tak nampak ape-ape

Okeh,pesanan ini khas untuk Odan dan sewaktu dengannye..Faham-faham sendiri la ye..

Perlis Darul Sunnah,No More Indera Kayangan


Okeh,jangah tak tau yang Perlis bukan lagi digelar Indera Kayangan,tapi digelar Perlis Darul Sunnah..Maybe orang kate aku ketinggalan zaman sebab benda ni dah sangat lame..Tapi cube tanye member-member,mesti ade yang belum tau yang Perlis bukan lagi berada di Indera Kayangan,huhuhu..Dipercayai kerana Indera Kayangan tu lebih kepada Hindu,jadi Shahidan Mohktar nak jadikan lebih Islamik,terhasillah gelaran Darul Sunnah untuk Perlis..

Tahun tukar aku pun tak tahu..Maybe dalam tahun 2008 kot,kalau tak salah la,sebab puas dah aku Google,takde pun info pasal tarikh tepat penukaran gelaran Perlis ni..Sape-sape ade info nanti,boleh la kongsi nanti ye..

Bagi orang-orang Perlis yang tak tau pasal ni,better pindah negeri sebelum korang dibuang negeri oleh Tan Sri Dr. Azizi bin Azizan..Tan Sri Azizi la yang ilhamkan aku untuk post kali ni,sebab die tak nak Perlis dipanggil Indera Kayangan lagi..Betul Tan Sri??