1 Dec 2010

Kedah perang ngan Pulau Pinang?

Korang pun tau sekarang ni tengah hot pasal Korea Utara asyik perang ngan Korea Selatan, dan baru-baru ni, pengarah perkhidmatan perisikan kebangsaan Korea Selatan cakap, ada kemungkinan besar Korea Utara akan menyerang Korea Selatan lagi, selepas puas membedil Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan yang menempatkan lebih kurang 1000 askar marin (betul ke askar marin?Bukan askar laut eh?)...


Tapi yang paling hot aku rasa, kalau Kedah ngan Pulau Pinang perang..Tak macam haru pulak brader,huhu..Belum ada nak perang pun sebenarnya..Ikut cakap Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof, Pulau Pinang tu Kedah yang punya..Lepas dia bukak buku-buku dia yang dah berhabuk dan layak masuk muzium, dia buat kenyataan yang sebenarnya dulu Pulau Pinang bawah Kedah. Tapi British buat perjanjian ngan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, Sultan Kedah masa tu..Jadi, Pulau Pinang dipajak (kira British bukak kedai pajak gadai la,agak eh kot) oleh Sultan Kedah dengan harga 4000 matawang Sepanyol, yang aku tak tahu apa,huhu..Tetapi sampai sekarang Pulau Pinang tak pernah dipulangkan kepada Kedah, tetapi terus dijadikan sebuah negeri..


Siapa Datuk Shamsudin ni?Kalau nak tahu, dia ni Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah..Walaupun aku baru dengar persatuan ni, aku rasa dengan title "sejarah"dia tu,boleh pengaruh orang lain untuk mendesak Pulau Pinang yang dikatakan masih membayar pajak RM10,000 kepada Kedah sehingga sekarang, masuk ke bawah Kedah balik, macam 200 tahun dahulu..

Tapi sebelum tu, saya ada pendapat sikit lah Datuk..Apa untungnya untuk Malaysia turun tarafkan Pulau Pinang menjadi sebuah daerah didalam Kedah?Maksud saya Datuk, kepentingan kepada rakyat Kedah khasnya, kepada rakyat Malaysia amnya..Kenapa tak carik buku daripada 1511 dulu? Mana tahu Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka nak suruh satu tanah Melayu ni jadi Negeri Melaka, atau Negara Melaka pulak..Tapi apa-apa pun, kena lah lawan dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor pulak, tapi Johor pun sampai Riau tu, bukan main-main..

Maaf Datuk, saya buta sejarah..Tu yang saya tanya tu..Peace!!!

28 Nov 2010

Orang Gomen pakai Proton Hibrid

Aku tak tau la, orang lain pakai ke tak perkataan "gomen"..Kalau kat Negeri Sembilan (yes,saya orang Negeri Sembilan), gomen refer to government a.k.a kerajaan..Yer betul, orang kerajaan pasni boleh pakai Proton Hybrid..Tapi biar betul aku ni??Tak pernah keluar pun Proton Hibrid?Sebab belum keluar lah, kita semua belum dapat rasa lagi kereta ni..Tapi orang gomen untung laa, dapat rasmikan..Huhuhu..
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Dato Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (brape lama korang amik masa sebut nama ni??) berkata, Proton Hibrid ni dah masuk peringkat kedua dah, dimana peringkat pertama adalah menyertai Brighten to London Future Challenge kat UK dan memenangi Best Range Extender Electric Vehicle pada 6 November lepas..So, untuk peringkat kedua, Proton akan keluarkan kereta hibrid ni dalam skala yang kecil, iaitu 50 hingga 200 buah unit..

Dan Kabinet dah luluskan pengeluaran kereta ni untuk kegunaan kerajaan..Maksudnya disini, bukan kalau kerja kerajaan, boleh beli kereta ni, tapi kegunaan rasmi kerajaan..Kalau nak kamus lagi, maksudnya untuk kegunaan jabatan, dengan cop jabatan besar-besar kat hood depan ngan kat tepi pintu..Nak yang bersih dan suci, kene tunggu dia keluarkan secara besar-besaran lah dulu..

Aku tak pasti kereta apa yang diorang nak buat hibrid ni, sebab kebanyakan artikel yang aku baca, tak sebut pun model apa..Kalau korang tau, tolong kongsi yer..Ada gak benda yang aku tak tau dan terlepas pandang kan..Tapi, aku suspek Proton EMAS la..Nak baca pasal Proton Emas, klik kat sini ...

So, kalau berhajat nak rasmikan kereta ni, than snap gambar letak kat Facebook pastu tunjuk kat orang kampung, tapi korang still kerja ngan company swasta, aku rasa sempat lagi ni kalau korang nak apply gomen..Katanya nak keluarkan dalam bulan Januari..Mungkin bulan Februari 2011 baru rasa..So, selamat apply gomen, selamat interview, dan selamat rasmikan kereta baru...

27 Nov 2010

Hari yang aneh

Ini bukan cerita bodoh Hari Yang Aneh yang dihoskan oleh Uya Memang Kuya yang Kuat Auta..Tapi pasal aku, Encik Adie punya cerita..Kenape aku cakap aneh??Aku mengalami banyak benda aneh hari ni..Kalau pasal blog aku, masuk ni dah 3 kali aku update.Korang tak rasa aneh ke??Mana penah aku update sampai 3 kali..Lepas tu lepas Subuh aku tak tido, sampai tengahari..Aneh tak?(walaupun aku tido lepas zuhur samapi asar,hahaha)..

Aku rasa semua tak kena hari ni..Aku suspek aku kene kenan budak kecik la (tau ke kenan tu pe)..Cerita dia macam ni..Hari aku memang dah plan ngan family aku nak pergi Seremban, nak tengok baby Makndah aku..Nak pergi pagi lepas pergi pasar, tak jadi sebab baby masuk wad..

Than ingat nak pergi tengahari..Tapi tak dapat contact my aunt..Hmmm.Tu yang tido tak hengat dunia tu..Tapi aku dapat rasa lain je badan aku ni..Macam ada tak kena lah..Aku abaikan je, sebab mungkin takde apa-apa kot..Tunggu punya tunggu, petang baru aunt aku cakap dia ada kat rumah, so dah boleh datang dah..Aku pun drive la keluar bawak family aku..Tapi bila aku dah keluar, aku rasa lain macam giler..

Tibe-tibe aku rasa kaki kiri aku rasa lain daripada lain, kira macam aneh la..Bila aku tekan je clutch, macam ada benda yang mencucuk..Bila aku tengok je kaki kiri aku, rupenye....

AKU PAKAI SELIPAR JEPUN SEBELAH!!!Sebelah lagi selipar yang aku selalu pakai untuk keluar..Hahaahahaha...Tibe-tibe rasa macam orang penan..Terus aku pusing kereta, tukar balik selipar..Ibu ngan adik aku gelakkan aku, termasuklah aku sendiri.Heboh nak amik gambar sangat, sampai tak perasan pakai selipar sebelah lain, sebelah lain..

Ni lah bukti tempat kejadian..Hak3..

Gambar yang telah melalaikan aku seketika..

"Hai,saya Aqeel Helmi yang cumel"

Kesimpulannya, sebelum buat apa-apa, sila pastikan korang tak memalukan diri sendiri..Hahahaha..Selamat menjalani hari-hari tanpa perkara yang aneh-aneh yer..

26 Nov 2010

indonesia semakin hilang

Selepas letusan Gunung Merapi di indonesia yang meragut nyawa dan memusnahkan harta bernda dan infrastruktur, kini Gunung Bromo di Jawa Tengah pulak aktif..Gunung Bromo dikatakan memuntahkan kepulan asap putih dan abu sejak Selasa lalu..Gunung Bromo meletus buat kali terakhir pada tahu 2004, tetapi tidak sampai meragut nyawa..Walaupun belum meletus lagi, tapi pihak berkuasa dah meletakkan amaran berjaga-jaga kepada penduduk dan penduduk dah disiapkan untuk dipindahkan jika Gunung Bromo meletus..Sehingga hari ini, Gunung Bromo masih diletakkan di bawah status bahaya..

Gunung Merapi, Yogjakarta

Dan aku pernah dengar berita masa aku still kat indonesia dulu, bahawa kalau indonesia tak melakukan apa-apa tindakan untuk menghadapi bencana, dalam masa 1-2 tahun lagi, sebahagian indonesia akan musnah akibat letusan gunung berapi, banjir dan gempa bumi..Tapi sejauh mana kebenaran dia, tak pasti, sebab orang putih tu bukan tuhan, tahu bila pulakada bencana..Dan aku pasti orang indonesia tak setuju dengan apa yang aku cakap ni (walaupun sama-sama tengok berita ngan aku)..Dan macam biasa, kalau ada yang baca blog aku ni, dok kutuk Malaysia tanpa berfikir..

Gunung berapi Bromo, Jawa Tengah

Aku kesian kat sukarelawan kita yang pergi beri bantuan kat mangsa-mangsa ni.Kita pergi sebagai saudara, tapi mereka tak pernah nak menghargai kita macam saudara..Kita hantar bantuan macam-macam, yang kita dapat balik ; caci-maki, carutan, fitnah yang tak pernah habis, dan paling best, TAHIK...Bukan nak suruh diorang sanjung, tak cakap apa-apa pun takpe..Tapi siap kutuk Malaysia terang-terangan menerusi media massa..Aku pun tak tau bila semua ni nak habis..

Walaupun 3 tahun aku kat indonesia dulu, makin bertambah benci aku ngan indonesia, tapi kalau diorang boleh berbaik dengan kita, sambut tangan yang lagi satu untuk bersatu, aku boleh terima..Tapi sampai sekrang still berlaku perang carut-caruta.Isu dia, ntah apa-apa..Sama-sama lah kita doa, dua-dua ni baik, walaupun ada konflik dari dulu lagi..Dan sama-sama kita doa mangsa-mangsa letusan gunung berapi ni selamat..Amin..

2Alam : Punggung dah pecah

Kalau cakap pasal Datuk Dr. Rozmey (DDR), aku rase satu Malaysia kenal dia.Sape tak kenal dengan producer 2Alam yang dikatakan akan mengutip RM 40juta, dengan sasaran RM2juta pada hari pertama. Pada pembaca Metro, gambar DDR ni memang tak asing lagi, dimana HARI-HARI ada iklan pasal 2Alam dan kehebatannya,mengambil 2 page surat khabar. 1/4 daripada muka, ada gambar DDR tengah tunjuk best berbekalkan rambut cendawan beliau..Company besar macam Maxis pun amik 1 page je untuk Daulat Tuanku..Kau bayangkan berapa banyak DDR ni habiskan duit untuk promosi (ni lah contoh orang kaya, duit tak tau nak buat apa)..


Tau kenapa aku cakap punggung dah pecah?Menurut Finas, kutipan untuk 2Alam sampai 24 November (seminggu selepas ditayangkan) hanya mampu mencecah RM230,000 (klik sini). You do the math, berapa banyak lagi nak sampai RM40 juta..Paling kelakarnya, DDR boleh confident untuk tayangkan 2Alam sekali dengan Harry Potter dan mampu mengalahkan Harry Potter..Nak tengok nombor?Harry Potter kutip lebih kurang RM388juta pada hari pertama ditayangkan, 2Alam kutip RM230,00 dalam seminggu.Jauh panggang dari api der..

Aku rasa kalau dia punya publisiti tak melampau sangat mungkin ada je orang nak pegi tengok..Tapi mamat cendawan ni (haip Encik Adie, jage mulut) confident habis dengan diri sendiri.Bagus confident, tapi kalau ada harapan palsu je, jangan lah berharap dapat beli langit.Tengok muka dia pun tak selera, ini kan pulak nak tengok cerita dia sampai 86 minit tu..Punyalah orang benci dia, sampai buat fanpage "Kami benci dr rozmey dan 2alam"(klik sini)..Tapi DDR ni tak rock la, dia delete semua orang yang komen pasal dia, dan delete semua komen..Tak gentle lah brader..

Aku belum tengok cerita dia, tapi menurut wartawan yang pergi preview dia, ramai yang kutuk habis-habisan..Bila wartawan dah komen macam tu, ada pulak orang nak serah diri pergi tengok..Aku rasa, yang RM230,000 tu pun pergi bukan sebab minat, tapi sebab nak carik point untuk kutuk filem ni dalam blog, kat member, hatta bahan gossip makcik-makcik kat pasar ikan..

Bukan orang Melayu taknak tengok atau support cerita Melayu, tapi kalau kualiti dia sama macam persembahan Bahasa Melayu mingguan kat sekolah, macam mana orang nak support. Sebab wayang kene bayar boss, persembahan tak payah bayar..Cerita Melayu yang biasa-biasa pun still boleh untung dalam RM2-3 juta.Menampakkan daripada keadaan sekarang ni, aku tak rasa dia boleh kutip RM2juta pun..Tapi tengoklah..Mana tau ada keajaiban..

Kalau nak baca review pasal cerita 2Alam, boleh tengok kat sini dan sini..

Sori DDR, bukan nak kutuk, tapi membina semangat,hehehe...

25 Nov 2010

Gaya Hidup Anda kembali lagi!!!!

Pernah dengar Gaya Hidup Anda??Kalau korang sangat baik hati, korang pernah baca blog aku yang satu lagi, Gaya Hidup Anda (klik sini). Dalam blog ni, aku cerita pasal kesihatan, tips-tips berguna, cerita pasal gadget yang aku rasa best, dan juga movie baru yang aku rasa best (sebab korang semua best,kene la carik yang best-best)..Beza dengan Encik Adie, Gaya Hidup Anda ni aku gunakan ayat yang agak skema (walaupun kalau cikgu BM check, dia bagi aku D untuk karangan) sebab aku rasa, benda yang serius, kene guna ayat yang serius..Tapi nanti tengok feed back macam mana..Kalau ramai yang selesa dengan ayat skema, teruskan ayat skema..Tapi kalau suka tak skema, aku gunalah sarcasim, weh,weh,weh (gelak baru malam tadi cipta)..


Blog ni sangatlah dah lama aku tak update.Sebab utama dia, aku ada satu buku dewa pasal petua dan tentang info kesihatan. Tapi buku tu hilang masa aku balik Malaysia hari tu..Maybe ade kat Medan lagi kot..So aku jad malas nk tulis..Tapi lepas my beloved sis, Cik Nurul Salma Munirah belikan aku satu buku, aku jadi semangat balik nak tulis..Dan ada jugak orang tanya, kenapa dah tak update blog kesihatan tu..So, aku jadi semangat balik..

Lepas ni kalau ada masa, singgah-singgah la..Aku tak fikir profit ape-ape pun.Aku just nak share apa yang aku tahu, dengan harapan korang jugak akan share ngan semua orang apa yang korang tahu..Bayangkan kalau semua orang bagi satu info kat orang lain, macam mana berpengetahuannya orang Malaysia ni, hanya mendengar info dari orang lain.Tapi bukan info gossip artis eh..Info yang bermanfaat, Insya-Allah..So, selamat membaca..

p/s : Thanks kat semua yang baca blog aku selama ni..Tanpa korang, takde lah aku semangat nak tulis blog ni..ARIGATO!!!!

22 Nov 2010

Mengapa Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan

Sekarang ni Temasya Sukan Asia masih berlansung kat Guanzhou,China..Dan setakat aku tulis blog ni, Malaysia baru ada 6 emas, 3 lagi nak penuhi sasaran 9 emas..Kita doa lah sama-sama eh, semoga atlet kita dapat capai sasaran pingat emas tu..Tapi aku bukan nak komen semua pasal tu..Korang tengok final badminton perseorangan lelaki? Lee Chong Wei lawan Lin Dan, dan keputusan dia mungkin bukan seperti yang kita harapkan, Chong Wei kalau 2-1 dengan Lin Dan..Sebagai pengomen sukan ala-ala Hasbullah Awang, meh aku komen sikit kenapa Chong Wei boleh kalah..


1. Mimik muka
Lin Dan
Kalau korang perasan, Lin Dan akan sentiasa tersenyum sepanjang perlawanan..Haaa..Senyum tu mahal sebenarnya..Chong Wei smash, dia senyum je ambik bola tu..Lepas ni kalau korang kena smash, ingat, senyum je..InsyaAllah leh amik bola tu..
Chong Wei
Pernah tengok "Muka Ketat Seluar Ketat" kalau tak salah aku??Macam tu lah muka Chong Wei..Bila kene bola kat muka, ngan kat badan dia, semakin ketat muka dia..Muka ada otot, kalau muka ketat, maksdunya otot pun ketat la kan..Tu yang tak leh perform tu,huhuhu (apabila Dr. Adie blajar tak habis bercakap)..

2. Awek
Lin Dan
Mana tak terbakar semangat boss, awek ada kat atas, tepuk-tepuk untuk kau..Kalau kalah kang, malu boss..Silap-silap kene postpone dating 3 bulan..Tapi terbalik ngan aku..Tak boleh buah hati tengok aku main ragbi...Kalau tak, memang aku bawak bola tu gi tepi padang je lah, pergi kat dia..
Chong Wei
Awek-awek yang biasa sokong dia, semua ada kat Malaysia..Yang ada pun, teammate je..Mane boleh berselera ngan teammate maaa..Kang kene buang skuad kang, tak pasal-pasal je..So,kira Chong Wei ni takde pembakar semangat la ni..Tu yang muncung kedepan je tu (En. Adie, jage sikit percakapan tu eh..)

3. Baju
Lin Dan
Dia pakai baju lengan panjang sikit dari Chong Wei..So takde lah sejuk sangat dalam dewan tu..Walaupun zip kat dada dia terbukak je ala-ala cerita Tamil (macam Khir), tapi still boleh tahan sejuk lagi..
Chong Wei
Dia silap pakai sleeveless aritu..Sejuk tu satu lah..Lagi satu, dia amik banyak masa untuk cover bulu ketiak daripada amik bola tu..Line nak jaga, raket nak jage jangan bagi terlepas..Tambah lagi nak cover ketiak..Memang tak dapat la jack..

4. Aksesoris
Lin Dan
Dia tak pakai apa-apa pun kat tangan, kat leher dan kat mana-mana..Tapi tak taulah kalau Lin Dan ada tindik kat pusat..Tapi masa dia bukak baju tu (auuwwww,caer nyah), takde pun aku tengok apa-apa tindik..
Chong Wei
Ni aku rasa antara faktor utama dia kalah.Masa main pakai jam, nampak sangat tak sabar-sabar nak habis..Lepas tu kat leher pulak ada 2 rantai..1 rantai emas ala Ah Long, 1 lagi rantai magnet ajaib (sponsor suruh agak eh)..Than, kat tangan kiri ada cincin pulak..Bang, nak main badminton ke nak ngurat neh..

*Entry ni sebagai hiburan je..Lin Dan ada banyak kelebihan, tempat sendiri, dengan crowd yang penuh sokong dia..Chong Wei pun bukan kalah bodoh dengan dia, tapi 3rd round tu dia down sikit, mungkin sebab tangan dia yang luka tu, atau tu sekadar alasan..Tapi apa-apa pun, still bangga dengan Chong Wei sebab sampai tahap tu, walaupun sekadar menyumbang pingat perak..Semoga skuad kebangsaan dapat lebih daripada apa yg disasarkan..

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"