Kereta ini telah direka oleh jurutera PROTON sendiri,syarikat di bawah naungan PROTON,iaitu LOTUS dan juga pereka design daripada Itali,Italdesign Giugiaro (IDG). Kereta ini dipasangkan dengan enjin hybrid 3 silinder 1.2 liter yang mampu menjana sehingga 54 kuasa kuda (38kW) pada 3,500 rpm.EMAS juga datang dengan enjin standard,dan dengan harga yang lebih murah.
EMAS didatangkan didalam 3 model,iaitu :
1. EMAS - kereta sedan 4 pintu dengan 5 tempat duduk yang bakal memberikan keselesaan MPV pada sebuah sedan,dan kalau mengikut apa yang aku nampak,seperti konsep Honda Freed,tapi Honda Freed sendiri adalah MPV.EMAS sesuai untuk orang berkeluarga.
2. EMAS COUNTRY - kereta sedan 2 pintu dengan 5 tempat duduk yang lebih sedikit kompak berbanding EMAS.Konsep EMAS COUNTRY ini seperti Proton Satria dan Satria Neo.
3. EMAS3 - EMAS3 adalah percubaan yang berani dari PROTON,dengan menampilkan rekaan kereta '3plus1' pintu dengan 2 tempat duduk,yang seakan-akan Smart For Two..
Harga untuk setiap EMAS masih belum diumumkan,dan dijangkakan EMAS kan boleh dinikmati penggemar mulai tahun 2012.PROTON telah menjanjikan bahawa walaupun EMAS dihasilkan untuk pasaran global,tetapi rakyat Malaysia akan terlebih dahulu menikmati ciptaan anak bangsa untuk bangsa..
Tahniah kepada PROTON dan diharapkan PROTON akan terus maju dan terus mengharumkan nama anak bangsa..
Ni ada sedikit gambar daripada model yang datang dengan 2 warna (Emas dan Putih) tersebut...
Rekaan dalaman yang sangat kemas dan dilengkapi dengan kelengkapan yang berteknologi tinggi untuk hiburan pemandu dan penumpang..
Model yang bakal menggemparkan industri permotoran antarabangsa,dan bakal menjadi kebanggaan rakyat Malaysia keseluruhannya..
p/s : Sokonglah industri dan hasil kerja rakyat kita sendiri,tak perlu nak bangga dengan hasil dan buatan daripada negara lain..
3 comments:
proton memang makin lama makin best..cayalah!!
tapi tak reti gak driving
EMAS macam katak.
bH : tu la psal..bangga dgan kjyaan bngsa sndiri..tp klau kite pun x sppoert,sape lagi kan..
choi : mane ade la choi,cumel je aku tgok..
Post a Comment