16 Sept 2009

Jika aku menjadi

Pada suatu hari,aku berjalan-jalan di sebuah taman yang sangat indah. Aku terlihat ada sepasang burung merpati sedang terbang bebas di udara. Aku berasa sungguh iri hati terhadap pasangan burung tersebut. Aku terus mengidamkan kehidupan seekor burung, bebas terbang di udara. Bebas kemana sahaja tanpa masalah. Tiba-tiba datang seorang budak lelaki dengan membawa lastik, lalu menembak jatuh pasangan burung tadi. Alangkah malangnya menjadi burung, walaupun terbang bebas di udara, tetapi terlalu banyak ancaman dan bahaya yang harus ditempuhinya, tanpa sedar apa yang akan dilaluinya.
Setelah puas berjalan, aku berhenti di tepi tasik. Aku dapat melihat sekumpulan ikan yang bebas berenang di dalam tasik tersebut, berenang dengan lancar secara berkumpulan, tanpa ada halangan. Tiba-tiba aku mengidamkan kehidupan seperti seekor ikan. Kemana-mana ditemani oleh teman-teman yang akan sentiasa bersama. Tetapi apalah daya seekor ikan, yang pasti akan memakan umpan pemancing tanpa boleh berfikir. Dan ikan yang bebas berenang tadi, kini hanya bebas berenang di dalam plastik yang sangat kecil sendirian tanpa teman-teman yang biasanya bersamanya.
Puas sudah aku berehat, mungkin tiba masanya untuk aku menyambung perjalananku. Setiba aku di pintu keluar taman, aku terlihat sekumpulan arnab sedang bermain dengan anak-anak kecil. Kegembiraan terlihat di wajah anak-anak kecil itu. Alangkah beruntungya arnab-arnab itu, disayangi oleh banyak orang, walaupun mereka tidak mengenalinya. Jika aku menjadi arnab, pasti aku akan sentiasan bahagia, disayangi oleh semua orang disekeliling ku, tanpa ada yang memilih bulu. Tidak semena-mena, datang seorang budak lelaki, memukul dan mengejar arnab-arnab itu. Kini mereka harus melarikan diri tanpa tahu apa yang akan berlaku.
Akhirnya aku sedar, aku tidak perlu menjadi burung merpati untuk terbang bebas diudara, aku tidak perlu menjadi ikan-ikan didalam air untuk berteman, aku tidak perlu menjadi arnab untuk disayangi oleh semua orang. Aku hanya perlu mejadi diriku sendiri, dan memperbaiki diriku untuk menciptakan segala-galanya, kerana aku adalah manusia, sebaik-baik ciptaan di muka bumi.

8 Sept 2009

Keanehan manusia

Aku ade 1 kemusykilan la...
ape negara,yg menggalakkan teori Islam itu adalah teroris,pntang janggut lebih skit,pkai serban,pkai jubah,teroris??apa negara yang suke sngat kondem negara lain,dan anggap die sangat hebat,tanpa fkirkan kelemhan dan kekurangan diri sndiri?apa negara yg suke sangat membsarkan bnde yg kecik,dan mengadakan benda yg xde?
hmm..klau perhatikan,mcam AS kan..tpi ade tmbahan skit..
apa ngara Islam yg mengagungkan AS,smpai ade promosi plihan raya AS kat ngara X ni,dan sangat bangga klau jlinkan hubungan dgan AS..
tak perlu la kot nak terangkn kat sni name ngara X tu coz rasenye sume da tau..
Wallahualam..