31 Aug 2010

Budak kecik buat sex (real)

Semalam masa aku tengah-tengah berjalan meniti blog-blog otai, aku ada terbaca entri dengan tajuk budak buat sex..Mula-mula aku fikir,alah ni biase lah ni.Otai-otai ni memang kadang-kadang tajuk memang superb,tapi isi dia lain.Takkan lah dia nak letak gambar budak kecik buat sex.Lagipun ada ke kecik-kecik pandai buat sex ni.Takpe,takpe..Aku baca je lah dulu,mane tau boleh bagi inspirasi (bukan isnpirasi dikala sendiri eh,inspirasi mnulis blog)..

Bila aku bukak je, jiwa ku menjerit (aiyukkk),bia botul ni bai!!!!!Lu tengok la sendiri..




Gila kau!!Dah la budak kecik,yang aku rasa belum sunat pun..Ntah dah keluar ke belum burung die tu..Tapi dah boleh buat sex..Nauzubillah..Dah la buat kat public,takdak sorok-sorok punya..Menunjukkan dia tak tau pun apa yang diorang buat.Aku suspek ni semua sebab pengaruh persekitaran ni..

Sekrang ni macam-macam cerita untuk tontonan umum tapi ada adegan-adegan macam ni,dengan lambakan bahan lucah kat internet yang boleh access dengan sangat senang oleh semua orang..Macam entry aku dulu,pasal TEKKEN (klik sini) yang sangat tak masuk akal ada adegan sex..Makin risau aku fikir pasal anak-anak aku nanti (Encik Adie,kau blajar pun blom abih,nak fikir pasal kawen pulak),ape lah keadaan masa tu nanti..Kalau takde orang yang concern pasal benda ni,kita semua lah,sendiri kene pastikan benda-benda macam ni takkan berlaku kat Malaysia..

Gambar atas ni aku rasa bukan dekat Malaysia sebab kalau tengok no plat lori tu,pelik semacam je.Doa-doa lah selalu,agar keluarga kita dan sahabat-sahabat kita dijauhkan daripada benda-benda macam ni..Amin..

p/s : Aku tak reti nak censored kan gmbar ni..Tapi aku rasa tak censored pun bukan nampak ape pun..

30 Aug 2010

Kibarkan bendera atau hayati kemerdekaan??


Sori kalau entri kali ni agak bosan dan bukan sesuatu yang sedap untuk dibaca..Tapi untuk kesedaran aku sendiri dan untuk aku kongsi ngan orang lain.Alhamdulillah,esok,31 Ogos 2010,Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53..Dan panjatan syukur yang tidak terucap kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah menganugerahkan kemerdekaan yang berkekalan hingga hari ni..

Dalam masa lebih kurang seminggu daripada tarikh ulang tahun kemerdekaan,orang ramai berlumba-lumba untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menggantungnya di rumah-rumah dan dimana-mana tempat yang mudah kelihatan.Tapi apakah kita semua sedar akan erti kemerdekaan yang kita dah capai selama ni??Apakah dengan berpusu-pusu di KLCC atau mana-mana tempat berhimpun,countdown pukul 12 menunjukkan kita faham erti kemerdekaan?Apakah dengan mengibarkan Jalur Gemilang bererti kita menghargai kemerdekaan??

Dimanakah letaknya pengertian kemerdekaan kalau minda dan cara hidup kita masih dijajah oleh barat dan kita bangga dengan penjajahan tersebut?Mengapa kita lebih selesa mengenakan skirt pendek atau baju ketat dan terdedah sehingga menampakkan benda yang tak sepatutnya didedahkan daripada mengenakan baju kurung atau sekurang-kurangnya sopan dan menepati budaya Melayu?Mengapa kita lebih suka dan bangga apabila mengamalkan budaya barat daripada mengamalkan budaya Islam dan Melayu yang jauh lebih sesuai untuk kita?

Lebih 5 dekad kita merdeka,tapi apakah kita benar-benar mengerti maksud kemerdekaan?Kerajaan mengadakan kempen besar-besaran untuk mengibarkan Jalur Gemilang,tapi pernahkah ada kempen untuk memberikan kesedaran untuk kita menghayati kemerdekaan daripada bersuka ria yang tidak bermanfaat pada malam kemerdekaan?Sejurus selepas pertunjukan bunga api tamat,anak-anak Melayu berkeliaran dengan motor masing-masing,bangga membawa perempuan,dan berkesudahan memalukan diri sendiri,keluarga,agama dan bangsa??

Jangan kemerdekaan hanya diertikan dengan pengibaran jalur gemilang dan pembakaran bunga api tanpa dihayati..Belajarlah daripada sejarah kemerdekaan kita,kerana orang yang tidak belajar daripada sejarah akan mengulang kesilapan yang sama berulang kali tanpa tahu kesalahan mereka..Sama-sama kita menghayati kemerdekaan negara kita dan bersyukur dengan kemerdekaan dan kedamaian yang kita kecap sekarang untuk menjadi umat Islan yang lebih baik..Ingatan ni bukan untuk mengajar orang lain,tapi untuk diri aku sendiri gak,dalam melahirkan bangsa yang lebih baik..

p/s : Selamat Menghayati Kemerdekaan Malaysia

29 Aug 2010

Perbezaan sampuk real dengan dalam movie


Korang pernah tengok live orang kene sampuk tak??Kalau orang badget up sikit,panggil histeria..Sebenarnya histeria ni kalau dari segi medic,ianya boleh disebabkan oleh keletihan dan tekanan yang melampau..Tapi aku bukan budak medic,so jangan dengar cakap aku..And aku yakin korang pernah tengok macam mana movie yang ada orang kene sampuk (orang yang penakut macam Ifrat tak pernah tengok,yakin..)..Percaya tak,dua-dua keadaan ni ada perbezaan sebenarnya..You judge..Tapi ni apa yang aku nampak..

1. Muke orang yang kene sampuk

Real life - Kalau orang kene sampuk,kite akan tengok muke dia same je macam muke dia yang biase,tapi mungkin ada perubahan dari segi ekspresi je la kot..Bak kate orang putih,"muka dah takde seri"..Kalau orang tu lemah lembut,maybe muke die akan nampak ganas..Tu je lah..
Dalam movie - Haaa..Korang akan nampak perubahan yang sangat ketara kat orang yang kene sampuk tu..Kadang-kadang muke orang tu macam hantu da,dengan make-up hantu die..Orang yang kene sampuk dalam movie mmang sume kene tukar jadi hantu eh??

2. Hantu

Real life - Kalau tak silap aku,kalau semua orang lah dekat ngan orang yang kene sampuk tu nampak hantu dia,sah-sah takde orang yang nak tolong pegangkan dia,or semua sekali kene sampuk..So aku assume dalam real life,tak nampak hantu yang sampuk tu..
Dalam movie - Boleh kate stiap kali cerita hantu,hantu yang sampuk tu mesti akan ada kat tepi tu dan banyak orang yang boleh nampak sambil mengeluarkan peluh,badget berani nak teman orang tu halau hantu..Yelah,kalau tak nampak hantu dia,bukan cerita hantu la namenya,jadi cerita sampuk lak kan..

3. Suasana persekitaran

Real life - Suasana agak hening memang aku tak nafikan,atau biasa kite cakap,seram sejuk lah..Time ade orang kene sampuk,bulu roma kite mesti akan meremang..Paling sikit pun,mesti ada sikit perasaan takut,tapi biasenya tak melibatkan perubahan cuaca sekeliling..
Dalam movie - Boleh kate 98% mesti malam,lepas tu angin kuat-kuat,sampai rambut orang yang kene sampuk tu boleh terbang-terbang mcam cerita Hindustan..Pastu ada petir-petir,kadang-kadang hujan..Macam wajb lak,kalau kene sampuk je mesti kene hujan..

Aku baru beberapa kali je tengok orang kene sampuk secara live,tak lah selalu sangat..So kalau ada yang aku salah,kite kongsi yer..Dan ini sekadar bacaan sebelum buka je,bukan artikel fakta yang leh letak dalam frame yer anak-anak...

28 Aug 2010

Minah jacket VS Awek nampak buntut


Tengah semangat rasmikan streamyz rumah,so kite tulis blog..huhuhu..Entry ni bukan nak cerita kisah hidup sape-sape..Tapi aku nak kongsi sesuatu yang aku tengok..

Aku rasa semua orang tau yang filem Tekken yang diadaptasi daripada game Tekken dah keluar..Aku berkesempatan tengok baru-baru ni.Tapi apa yang aku tak bekenan,filem ni untut tontotan umum dan budak kecik suke tengok,tapi ada banyak sangat scene yang tak penting dan tak patut untuk budak kecik tengok..Korang pun faham..Ape kaitan having sex dengan cerita lawan??Dan kenapa cerita untuk tontonan umum harus ada benda tu??

Lagi satu,minah heroin tu,pakaian sangat seksi,dan buat pengetahuan korang,setiap pakaian yang dia pakai akan nampak alur buntut die(kasar sangat ke ayat ni??)..Jin Kazama,mamat hero tu,boleh pulak having sex ngan 2 orang perempuan..Awek nampak buntut tu ngan ade minah jacket ni..Macam nak suruh kita faham bahawa sex tak bermaksud ape2 pun dalam hidup..

Aku takde lah baik sangat,dan memang aku bukan orang baik pun.Tapi aku risau.Kalau skang ni pun dah mcam ni,byangkan zaman anak-anak aku nanti??Macam mane aku nak elakkan anak-anak aku tengok scene2 yang macam tu sedangkan masyrakat kita menerima perkara tersebut sebagai perkara biasa??

Aku emo sangat sebab cerita ni confirm-confirm untuk budak-budak juga.Bermaksud musuh-musuh Islam semakin berani mempengaruhi budak-budak kecik..Jadi,hati-hati dalam memilih cerita untuk adik-adik dan anak-anak kita yer..

24 Aug 2010

Tahik dibalas dengan duit


Dah lame tak tulis blog sebab aritu sibuk ngan program GPMS..Dan apa yang buatkan aku tulis blog ni adalah,tak lain tak bukan adalah disebabkan segelintir manusia yang tak pernah berhenti memperbodohkan diri sendiri.Aku rasa semua orang dah tau,apa yang berlaku di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia,dimana segelintir rakyat Indonesia yang gelabah dan takde keje,melakukan demonstrasi dengan membaling najis/tahik manusia ke Kedutaan Besar Malaysia,kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Polis Marin Malaysia menangkap pegawai kelautan mereka..

Aku tak tahulah mana diorang ni letak fikiran diorang..Ada ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR-macam ADUN juga) bersetuju dengan tindakan tersebut and meminta kerajaan Indonesia bertegas dengan Malaysia.Tak tau lah konteks tegas mereka adalah panggil balik semua rakyat Indonesia yang cari rezeki kat Malaysia untuk biarkan merempat takde keje kat negara mereka yang mereka cintai..

Dalam dunia yang serba moden ni,tak sangka masih ramai orang diseberang sana bersikap primitif (walaupun orang kita mempunyai sikap terbuka yang melampau dan tak kene tempat) dan tak menggunakan saluran yang betul untuk melahirkan melakukan bantahan..Orang Malaysia takde pulak nak pegi lempar tahik kat Kedutaan Malaysia atau menghalau rakyat mereka daripada Malaysia apabila mereka menangkap 7 nelayan kita..Nampak tak perbezaan mentaliti kat situ..

Orang yang tak dapat melihat pun aku rasa boleh faham and boleh gunakan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah..Aku tak pasti lah kat mana nak letak taraf mana orang-orang yang buat perkara memalukan diri sendiri and negara mereka..Mungkinkah mereka mempunyai otak sebesar otak burung onta??

p/s : Ingat lagi masa lab patologi klinik dulu,bila suruh bawak feses/tahik,bukan main jijik lagi masing-masing nak bawak..Tak dapat bayangkan macam mane orang-orang kat atas ni leh kumpulkan berbeg-beg tahik..Dasar pengotor..Ptuih..

3 Aug 2010

Beg Converse pink,pasar dan nenek separuh abad

Disebabkan tanaman anggur aku membosankan dan tidak memberi apa-apa manfaat,aku pun mengambil keputusan untuk menyibuk kat gerai pakcik aku kat Batu Kikir (sile tau tempat bersejarah ni)..Disebabkan aku pembantu berjaya,aku pun bangun seawal waktu subuh (dimana ibuku sayang akan kejut aku macam biase hari-hari)..Tapi aku tak sangka hari ni bukan seperti hari-hari biase yang aku tempuhi selama ni..Aku tak tau ape yang akan aku jumpe arini..

Dalam 5 jam aku jage kedai kat pasar tu,macam-macam perangai orang aku jumpa,dan majoriti mereka adalah nenek dan atuk setengah abad yang bertemankan tongkat dan anak-anak cucu..Biase lah,mane ade orang yang berkerja nak keluar pasar hari kerja macam ni..So memang golongan tersebut la yang banyak mendominasi tempat kejadian..

Tibe-tibe mata aku terlirik pada satu kilauan yang dihasilkan oleh seutas beg tangan Converse yang berwarna pink,dan disertakan plastik pada pemegang beg tersebut..Pandangan ku terpana dengan pembawa beg tersebut..NENEK??(bukan nenek aku,harap maklum)..Ye,tepat sekali..Seorang nenek dalam umur 60 tahun sedang menggalas beg Converse warna pink..Nak kate beli untuk cucu,aku rasa beg tu dah penuh dengan barang dapur dia..

Kesimpulan nya,bukan anda sahaja wahai Cik Nuyu Amirah yang obses dengan pink..Dan buat pengetahuan anda,anda tidak cumel,melainkan setelah anda papa jadikan sebagai anak papa,hahahaa..Sekian..

Buaya di Port Dickson!!!!


Tadi aku baca Utusan than aku ternampak ada satu berita yang sangat menarik..Diorang jumpa bangkai buaya kat Port Dickson(PD)!!!Kalau korang ingat lagi,sebelum ni ada berita orang kene gigit masa mandi kat PD,tapi semua orang nafikan yang dieorang kene gigit buaya..Macam-macam lah khabra angin keluar..Jerung la,ikan biasa la dan macam-macam lagi..

Ni dah jumpa buaya 1tan ni,nak cakap ape lagi..Bukan kecik bai,panjang nak dekat 6 meter,ukur lilit lbih kurang 2.5 meter..Malek Nor pun aku rasa selamber je die makan celah gigi.inikan pulak orang yang comel dan kurus kering (sape-sape yang terase,sile makan dengan lebih kerap dan banyak)..
Ni silap-silap haribulan,ade lagi anak-anak or sedare mare dia yang datang sekali kat situ,tapi belum mati lagi..Kerajaan negeri nafikan adanya buaya kat Port Dickson ni aku rasa mungkin sebab taknak orang panic,dan taknak kurangkan pelancong datang,tapi kalau jadi apa-apa,sape yang susah??Patutnya kerajaan negeri jalankan langkah berjaga-jaga dan langkah keselamatan,macma siapkan Bomba atau buat operasi besar-besaran untuk carik buaya ni..Ini tak,biarkan je..

Kalau nak baca berita lebih lanjut,klik kat link Utusan Malaysia bawah ni..Kepada orang PD,sila pulang ke rumah anda masing-masing sekarang sebab time ni lah nak mencapub kat pantai,mane tau ade orang surat khabar datang amik gambar,leh jaja satu kampung..

Berita Utusan Malaysia tentang penemuan bangkai buaya di Port Dickson


p/s : Sebenarnya banyak gila "buaya-buaya" kat PD tu,terutama waktu malam..Die suke makan "anak-anak ikan" yang rasa dah besar kalau suka lepak-lepak ngan laki,mabuk-mabuk,pastu menyusahkan orang..