21 Feb 2011

The Rocketpocketman - The Invincible!!!

Pernah dengar gelaran The Rocketpocketman??Yuppa, beliau bukanlah seorang angkasawan kerek yang rasa naik roket, tapi beliau merupakan seorang "roket"..Tapi roket beliau ni special sikit, sebab tak pakai bahan api nak "terbang", tapi dengan kuasa diri sendiri..

Aku rasa semua orang familiar ngan gelaran ni, yang merujuk kepada jaguh lumba basikal trek kita, Azizulhasni Awang..Orang Dungun, Terengganu ni memenangi gelaran Juara Dunia lepas dia dapat no 3 kat Manchester, England..Walaupun dapat no 3, tapi still johan sebab sebelum tu dia dah kutip mata kat tempat lain, yang buatkan dia dapat johan, kalahkan Chris Hoy, pingat emas Olimpik Beijing..

Tapi bukan tu aku nak hightlight..Korang bayangkan dia kayuh basikal dengan kayu tercacak kat betis..Bukan setakat selumbar kayu, tapi kayu tu tembus betis dia, tapi dia still leh kayuh basikal untuk dapat no 3..Dah abih tu, baru dia sedar yang ada kayu tercacak kat betis dia..

SALUT 100% !!!! (berdiri dengan bersungguh, sambil tabik spring)..Bayangkan macam mana tingginya semangat kesukanan ngan semangat nak menang dia tu atasi rasa sakit dia..Seriously, tabik hormat kat mamat ni..Tapi setakat ni, pengarah MSN yang ada kat Manchester kata, dia oke je, kire tak serious sangat lah..

Ape-ape pun, respek lah lu The Rocketpocketman - The Invincible!!Dapat gelaran World Champion lak tu..Double respek!!!

p/s : Ingat lagi masa SUKMA 2004, tiba-tiba datang tenaga kuda masa last 100meter, leh la dapat pingat..

18 Feb 2011

Anak buaya dalam longkang

Kalau jumpa anak katak dalam longkang memang tarak hal lah, memang "beghombik" bak kate orang Nesemilan..Anak ikan toksah cakap la, memang carik anak ikan dalam longkang..Macam kat Medan dulu, memang orang-orang dia suka sangat carik ikan dalam longkang..Tapi kalau anak buaya??Tak ghajin dengo....

Kat Kajang, budak-budak sekolah jumpa anak buaya dalam longkang..Bukan buaya mainan, tapi buaya betul-betul..Tapi tengok gambar tu, buaya dia takde lah besar sangat..Kecik-kecik pun, kot dia tengah lapar, kaki korang lah dia baham..JPAM amik masa 4 jam nak keluarkan anak buaya tu..

Dari gambar, aku rasa panjang buaya tu dalam 1 meter la kot..Diorang suspek anak buaya ni sesat (macam cite Wild tu) dari Sungai Langat yang ada kat sebelah sekolah tu..Tapi lah kan.Kalau macam tu, maksud dia sungai kat negara kita ni dah ada banyak buaya la??Ingat lagi dulu ada buaya besar nak mampus kat Sungai Muar, kat Kuala Pilah..Heboh satu kampung..Tambah lagi jumpa buaya kat Port Dickson..Aku rasa manusia dah kacau banyak tempat wildlife ni, sampai diorang kene masuk tempat manusia pulak..

Kalau nak baca berita penuh, klik kat sini (Utusan Malaysia)..

So, kepada semua, be caution kalau nak turun sungai ke, main kat tempat yang ada air ke, pegi masuk hutan ke..Sebab kita tak jangka apa yang leh jadi, sebab sekarang wildlife kita dah kena kongsi tempat tinggal ngan manusia..Salah siapa???

17 Feb 2011

Yusry KRU ngan Lisa Surihani warga UiTM??

Okeh, sebenarnya benda ni dah sangat lama diperkatakan..Sebab aku malas nak cakap ape-ape, aku takde lah tulis kat dalam blog..Tapi bila aku tanya orang, takde orang pun yang tau pasal ni.So aku nak jugak tulis..Korang bayangkan, kebanyakan lecturer yang masuk kelas, diorang akan cakap, "Korang tau tak yang Yusry KRU tu jadi pensyarah kat MASSCOM(pengajian media dan komunikasi kalau tak silap)?"Dan MASSCOM ni sebelah fakulti aku jer, so memang popular lah cerita tu..

Tadi aku ada baca, yang Yusry ditawarkan menjadi tenaga pengajar..Tapi kalau korang ada apa-apa info lagi menarik, leh la share..Sebab aku bukan paparazzi yang nak kejar dia kulu kilir...Yang aku pelik, takde pulak paparazzi kat dalam UiTM ni dok kejar Yusry, dan paling obvious aku tak nampak pun Lamborghini die..Ke dia pergi ngajar bawak SAGA FL je??

Dan pasal Lisa Surihani pulak, aritu ade member aku, yang bernama Mat Pao (den petik namo kau, kalau salah kau yang kono,hahahaha)..Die cakap Lisa amik engineering kat UiTM tapi tak bagitau fakulti yang mana satu..Dan kalau betullah, memang bagus sebab lecturer tak payah nak pening-pening macam mana nak bagi markah 10% untuk kedatangan, especially laki, sebab confirm kelas penuh..Sape taknak gebang kat FB yang die jumpa Lisa Surihani ari-ari, ye tak..

Tapi kesahihahan benda ni pun masih diragui sebab dalam FB Lisa (klik sini), aku tak jumpa lagi yang dia cakap dia tengah belajar kat UiTM..Tapi apa-apa pun, apa kene mengena ngan aku, ye tak..So, jom sambung tido balik...

p/s : Kata gossip, so betul ngan salah tu 50-50 la..Kalau betul semua, dah jadi berita dah..(Encik Adie pun nak bergossip sekali-sekala)

16 Feb 2011

Weird hobby


Korang pernah jumpa member-member yang ada hobi pelik tak??

Aku rasa aku ada banyak je member yang ada hobi pelik,macam makan taik idung sendiri, bau cagu sendiri, dan macam-macam lagi hobi yang aneh smpai aku tak sanggup nak cakap kat sini..Tapi aku ade member yang ada hobi lagi pelik, yang aku tak pernah nak expect..

Aku tanya member aku aritu, apa hobi dia..Than dia cakap :

"Hanging around with my friends"



Weirdo..

Pergi carik hobi lain la..Hobi macam ni pun ade ke??

p/s : Gambar tu hasil kerja tangan Encik Adie sendiri yer, no plagiarism..Harap maklum..

8 Feb 2011

Kenapa Matematik harus dimansuhkan

Korang pernah blaja Math??Confirm pernah, sebab dari kecik lagi dah blaja Math, even simple math..Tapi bila da masuk institusi pengajian tinggi, korang still blajar math lagi??Aku bersyukur dulu sebab medic memang tak blaja math ni, blaja statistik je untuk thesis..Tapi skang amik Sport Sc kene pulak amik math..Walaupun math tu lauk, tapi aku berpendapat math diperingkat tertinggi harus dihapuskan..Kenapa?

1. Penghasilan adrenalin terlampau
- Kalau tak dapat jawab math, mesti perah otak gila-gila..Kadang-kadang orang cakap sampai bermandi keringat, nak perah otak punye pasal..Pupil mata akan dilate, penghasilan pelih melampau, penggunaan simpanan glukosa dengan banyak..Tarak baik ooo..Silap-silap aribulan boleh colapse kat dalam bilik sorang-sorang masa tengah buat math..

2. Kadar penceraian meningkat
- Bila tengah stress, kita akan senang naik angin, sebab tenaga banyak akibat pemecahan glukosa berlebihan (macam aku cakap tadi)..So orang yang paling dekat adalah pasangan kita (ade ke korang yang dah kawen??Saye jeles,okeh..).Jadi kalau ada apa-apa, mesti pasangan kita yang kena..Kalau jenis yang fikir kepala dia lagi keras, memang dapat "surat resign" la nanti..

3. Otak bersepai semakin banyak
- Otak tidak dapat keluar sendiri daripada tengkorak kepala kita yang sangat keras ni..So,macam mana nak keluar??Kalau tak dipecahkan tengkorak,manakan dapat otaknya..Macam mana nak pecahkan??Lompat dari tingkat 5 Kolej Perindu lepas stress sebab tak dapat buat math,tapi kene make sure kepala jatuh dulu..

See, i've told you..Math ni bahaya..So ade sape nak ikut aku buat demonstrasi kat Kementerian Pengajian Tinggi, untuk mansuhkan math???

(Mood : Tension tak dapat nak jawab soalan math yang mudah giler)

p/s : Sila jangan terpengaruh..Dan Utusan, jangan kau cakap aku menghasut pulak..

5 Feb 2011

Borang kehabisan??

Ini adalah contoh orang yang tak habis blaja Bahasa Melayu..Takpun tak pernah blaja Bahasa Melayu..Huhuhu...Aku suspek la, tokey dia suruh mamat bangla yang keje kat situ buat..Tu yang jadi borang kehabisan tu..

Mata aku tak salah kan??

Dan kelihatan lambang Shell disitu..Gambar ni aku amik kat Stesen Minyak Shell Kinrara kalau tak silap, yang sbelah dia ade construction apa ntah..Aku rasa kat "Sertai Pasukan Kami" tu kena tambah sikit la, fasih dan tahu MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU DENGAN BETUL...Kesian den nengok, buek kono golak dek oghang yang baco eh..Ke sebenarnya memang betul penggunan tu, borang kehabisan??Ada cikgu BM nak tolong saya??

p/s : Kalau perasan, Shell banyak amik Bangla jaga pam minyak..Tak faham aku..Orang Malaysia dah takde agak eh,sibuk "jadi Superman kat jalan raya" dan berlumba-lumba nak "mati di jalan yang lurus" agak eh..

4 Feb 2011

Hangat : Gambar terbaru Luna&Ariel!!!!

Korang kenal sape kat bawah ni??

Haaaa..Ni gambar yang biasa korang tengok..Aku dapat gambar baru yang sangat lah megancam yang korang tak pernah tengok kat mana-mana..Kalau korang rasa video lucah diorang tu dah leh buat berdarah hidung, tunggu ko tengok gambar ni dulu..

Tapi aku pelik la, diorang ni macam tak serik-serik..Dah la macam tak setaraf, sebab dua-dua macam lain je, tak tau tang mana yang samanya..Boleh pulak nak berkasih-kasihan..Dan yang aku paling tak puas hati, dua-dua boleh pengaruh budak-budak..

Tapi kalau boleh,jangan la jadi macam diorang ni eh..Senonoh la sikit perangai tu..

Jom kite tengok sikit gambar Ariel-Luna yang tak berapa nak senonoh ni..

3 Feb 2011

Jepun yang fail English

Korang pun tau macam mana teruknya English orang Jepun,sebab dia pandang tinggi bahasa diorang..Tapi yang aku pelik, syarikat besar pun boleh salah ke??Atau ada maksud tersendiri??Korang pernah pergi makan kat Sushi King?Kalau korang seorang pengamat yang baik, korang akan perasan satu benda yang pelik...Cekidaut gambar ni..




Haaa..Kalau korang perasan, nama syarikat Sushi King, adalah Sushi Kin Sdn. Bhd.Mula-mula aku ingat dia salah tulis, rupenya memang nama syarikat tu macam tu..Aku suspek la, orang Jepun ni,masa nak tulis dulu die tak tau macam mana nak eja King, sampai terlupa nak huruf "G"..

So,macam biasa..Nasihat untuk CEO to be, kalau nak buat nama syarikat tu, tengok la balik..Tapi,ada kemungkinan tak, sebenarnya owner Sushi King tu nama dia Kin, than asal nama dia Sushi Kin, tapi macam tak style, die tukar jadi Sushi King??hmmm..Who knows...