30 Oct 2010

Kelantan Merampas Piala Malaysia

Nampaknya skuad Rusa tak dapat mengekalkan Piala Malaysia di Seremban bila kalah dengan Kelantan dalam saingan akhir Piala Malaysia edisi ke-44 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil..Ape-ape pun, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana telah mencipta sejarah dengan membawa Piala Malaysia buat kali pertama ke Kelantan..Dan tahniah jugak kepada skuad Negeri Sembilan sebab dah berjaya sampai ke tahap akhir..Pencapaian jugak tu bai..

Nampak tak orang kat hujung kiri tu senyum tak ikhlas??Huhuhu..Lelax lah latuk..Taun depan ada lagi maaaa...

Skuad Negri jadi masalah bila pertahanan jadi kucar-kacir bila Aidil keluar..Aku bukan pandai sangat mengulas, tapi kalau tak silap aku, gol Kelantan dijaringkan masa Negri ada 10 pemain je..Bile dah score, down la, lansung kene lagi sebijik..Abih permainan jadi tak cantik, sume benda tak jadi..Lagipun, pmain utama habis sume injured masa perlawanan akhir..Tapi ape-ape pun,tu bukan alasan..Aku rasa skuad Negri dan bagi yang terbaik untuk game ni..

Taun ni aku tak dapat nak pergi lagi..Tengok lah taun depan kalau ada rezeki..Dan aku rasa tahun ni takde insiden yang tidak diingini..Tahniah kepada kedua-dua penyokong..Sukan ni untuk perpaduan, tapi kalau sebab sukan kite jadi bergaduh, apa guna kite bersukan, betul kan??So, semoga kita semakin bersatu dalam apa jua perkara, dalam apa jua bidang..

29 Oct 2010

Perkara pantang ketika memandu



Korang dah ade lesen?Kepada orang yang dah boleh kawen tapi belum pass lesen lagi,sila amik lesen sekarang,terutama Kopral Nurul Nadia (haip!!)..Kalau korang pernah drive, pernah tak korang rasa bila orang buat something, korang rase berapi je??Bak kate orang, pantang lah..Ni ade beberapa perkara yang menjadi kepantangan kat orang yang tengah drive kalau ade orang buat benda2 ni..

1. Orang tak bagi signal

Aku rasa, ni benda yang paling pantang kat sape-sape yang bawak kereta or kenderaan lain..Ye lah,menyusahkan orang je..Kite punye tunggu lame die nak melintas, rupenye die masuk simpang..Tak pun tengah nak laju, tibe-tibe die masuk simpang tak bagi signal..Ade orang yang sabar, sumpah seranah sikit je..Dapek orang macam laki Ayu,si Azmi dalam Lagenda Budak Setan tu, bukan takat jari tengah, ntah jadi ape lagi kluar..

2. Orang hon kat kite

Uih, aku kalau leh,bile ade orang hon kat aku, aku nak je pakai hon kapal hon kat die balik,huhuhu..Memekak je..Traffic light baru menyala 0.5 saat, die dah sibuk nak hon-hon kite.."Nak cepat lalu atas la brader" jerit Sham (bukan nama sebenar ketika beliau di hon...

3. Bagi lampu tinggi

Peristiwa ni biasenya berlaku kat highway.Pelaku dia, kereta harga atas Rm120,000 yang badget jalan tu die punye, dan sila berambus daripada jalan tu sebab die nak lalu..Kalau aku dapat kejar kete macam ni,memang sampai Johor la kau makan lampu tinggi aku..

4. Orang sebelah or belakang membebel..

Haaa..Kalau yang ni pulak, pelaku die biasenya adalah orang yang berlainan jantina dengan aku, dan orang yang sama jantina ngan aku tapi badget die perfect..Ade je die nak komen time kite bawak..Bawak tepi sangat la, laju sangat la, tolong potong kete tu lah,dan macam-macam lagi..Dan ini merupakan kepantangan utama aku..Heeee..Kalau nak komen-komen, bawak la sendiri hai..Aku bukan driver ko okeh..


5. TERKENTUT!!!!

Hahaha..Kalau orang lain yang kentut, sangat lah pantang..Privillage untuk kentut dalam kereta hanya untuk pemandu sahaja..Ifrat, sila take note..Hahahaa..(sori boss)..

p/s : Kalau korang rasa tanak orang buat benda2 ni kat korang, better korang jangan buat kat orang lain..Selamat memandu (^_^) <---(gaye gedik) . INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..Kalau korang takde orang yang korang sayang, orang yang korang nak langgar nanti banyak orang tersayang..Harap Maklum...

28 Oct 2010

Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)

Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara



Lagu pendek yang tersirat 1001 maksud..Bukan racist, bukan kolot..Tapi fikir tentang masa depan bangsa yang hebat tapi tenggelam dengan 'arus kemodenan zaman',yang kononnya mesti berfikiran terbuka, tapi menutup minda sendiri mengikut budaya orang lain..Peringatan untuk diri sendiri jugak..

25 Oct 2010

Rusa versus Kijang


Korang pun tau ape maksud tajuk ni kan?Of de kos la, pasal Piala Malaysia..Walaupun kali ni dapat tengok sekali je kat stadium masa semi aritu, tapi puas ati gilo..Memang berkobar nak gi tengok final kat Bukit Jalil 30/10/10 nanti..Tapi apakan daya, tiket masuk RM30..Kalau boss berbaik hati,dapat la aku gi,hahahaa..Or kok ado yang berbaik hati nak sponsor den,den ghoma amek-amek la..

Macam dah jadi tradisi plak, N. Sembilan berjumpa ngan Kelantan kat final Piala Malaysia..Tahun lepas pun macam tu gak..Dan macam biasa, N. Sembilan tak terkalahkan daripada start peringkat kumpulan sampai la separuh akhir..Atau sejarah mungkin berulang (sambil menyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang - Tomok), N. Sembilan tak dapat dikalahkan sampai final (menang la tu maksudnya)..Ape-ape pun, kite tunggu sabtu ni..

Bahang final dah terasa aku rasa..Kebanyakkan orang kat Malaysia dah sebut dah pasal final Sabtu nikat youtube pun, lagu Hoben Jang Hoben merupakan antara video yang paling banyak ditonton minggu ni.Tapi apa yang aku mintak, pada kedua-dua penyokong, tolonglah tunjukkan semangat kesukanan sebenar,dan jangan ada lagi peristiwa hitam mcam tahun lepas, yang aku rasa semua orang kat Malaysia tahu pasal benda tu..Malu kat orang lain tengok kita macam orang tak bertamadun..

So,all da best for Negri..And kepada yang pegi Bukit Jalil, selamat menghilangkan suara..Hoben Jang Hoben!!!!

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

12 Oct 2010

Proton ade Lancer Evo X??

Korang pernah mengidam nak pakai Lancer Evo X, tapi rasa korang bermimpi jer??Haaaa..Korang dah boleh bangun dari tidur dan jumpa ngan kenyataan sekarang..PROTON dengan bangganya akan mengeluarkan sebuah kereta yang disalin daripada Lancer Evo X,tapi of course la bukan sebijik..Apa yang lain nya adalah, lambang mestilah jadi proton, grill depan dan belakang, sistem gantungan (suspension) Proton yang diperkemaskan dan juga ciri-ciri pemanduan sebelah kanan Lotus..

Enjin pun mestilah garang kan.."Kuasa" untuk membuatkan Polis Trafik semakin banyak keje ni dijana oleh enjin MIVEC dengan sesaran 1.8L auto dan manual, dan juga dengan sesaran 2.0L untuk auto sahaja (berita baik kepada awek-awek yang nak buatkan mamat pakai RXZ macam aku ternganga)..Kalau dah besar mcam tu,jangan harap la nak dapat RM50,000 kan..Untuk sesaran 1.8L adalah dibawah RM80,000 dan sesaran 2.0L dibawah RM95,000..

Perasan tak aku tak sebut nama pun?Sebab dia belum ada nama lagi..Katenye namanya akan diumumkan esok (Khamis 14/10/10) diinspirasikan daripada nama tempatan, sama tarikh dengan hari boleh mula tempah dekat semua Proton Edar di seluruh negara (esok la tu maknanya)..Tapi pelancaran rasmi dia akan diadakan pada 10/11/2010,katanya.So kalau nak bawak balik Raya Haji nanti boleh la..Ape lagi, esok kita pakat ramai-ramai gi Proton Edar hokey?

Taraaa..Tapi leh tengok dari tepi je,siap sorok2 lagi..

Haa,ni lah gambar yang ada..Proton berahsia sangat nak bagi orang siarkan kereta ni..Aku pun malas nak tunjuk,kang kene saman lak..Kereta ni merupakan model gantian Waja..So kalau rasa dah boring bawak Waja, atau dok modified Waja tapi tak jadi Evo gak, baik beli je kete ni..Duit muka, RM1000,jangan risau..Lepas tu mampus nak bayar bulan-bulan..Hahahaha...

Satu lagi projek yang aku rasa sangat baik dan memberansangkan daripada PROTON..Tabik la lu PROTON!!Haip!!! (!_!)>

p/s : Kok korang beli, jangan lupe bagi aku tumpang eh..Aku mampu bawak Kuda Putih kesayangan je...

Kemalangan ngeri jalan Rembau - Melaka

Maybe berita ni macam dah basi, sebab kejadian ni berlaku semalam dan aku rasa dah kecoh dah kat berita..Bila aku terbace blog Richie pasal kejadian ni (klik sini), tibe-tibe aku terlintas nak post kat dalam blog.Sebelum tu, aku ucapkan takziah kepada keluarga 12 orang yang meninggal dunia akibat kemalangan ngeri ni..Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa.Al-Fatihah..


Kemalangan yang melibatan 2 bas, sebuah van ngan 3 buah kereta ni, aku rasa antara kemalangan paling ngeri yang pernah aku tau kot..Dengan kereta dihimpap dengan bas..Bayangkan macam mana keadaan penumpang kereta tu..Korang pernah tau jalan Rembau-Melaka tu?Memang jalan dia agak sunyi, tak banyak kereta,tapi agak bahaya la aku rasa..

Kat sini aku bukan nak salahkan pemandu bas semata-mata..Tapi korang pun akui macam mana bas sekarang kan..Kalau naik bas express, macam naik keranda express dah..Dan paling aku tak puas hati, skang macam dah berleluasa mat Indon jadi driver bas..Bawak macam diorang bwak kambing pulak..Tolong lah, kalau ada yang kene mengena ngan bas express, tolong la ingat, penumpang ni orang,ada family sume..Bukan anak kambing...

Kalau nak tengok gambar lagi, cuba bukak blog Suffer8zine ni..

Dan selagi lagi aku nak berseru (haish), tolong lah ingatkan driver bas, bawak baik-baik..Kalau diorang tak sayang famly diorang, bagitau driver tu yang kite sayang family kite..

Aku nak nanges tengok gambar-gambar masa kejadian ni..Hmmmm...

Perbezaan orang putih buat dengan orang Melayu buat

Pernah tak korang buat sesuatu atau pakai sesuatu, yang sama macam orang putih a.k.a Mat Salleh buat atau pakai, tapi orang pandang korang lain macam, tak pandang Mat Salleh tu lain macam? Aku rasa aku selalu sangat mengalami situasi macam ni..Kat Indon dulu lagi parah, naik angkot (sjenis kenderaan awam) pun die nak tengok je kite sampai kite duduk..Ni ada beberapa benda yang aku nampak benda dimana orang kita tak pandang pun kalau orang putih buat, tapi pandang macam nak makan kite kalau kite buat,walaupun benda tu tak salah..


1. Pakai sun glasses

Orang Putih pakai
Biar pun kalau dalam shopping complex hatta dalam wayang sekalipun, kalau Mat Salleh lah yang pakai sun glasses, tarak kisah la..Sumenye "ei,hnsem la mamat orang putih tu.Macam Rowan Atkinson"..Tak kisah la orang tu dari mane, Zimbabwe baik lah (tapi aku rase orang Zimbabwe tak putih eh?)
Orang Melayu pakai
Biarpun kat bawah panas matahari yang terik nak mampus, kalau orang Melayu la yang pakai sun glasses, kene pandang serong je,ditambah dengan ayat "ai,panas ke bang" tanpa diorang sedar mate masing-masing dah sepet mengalahkan Rain (bukan hujan,tapi ni mamat Korea,harap maklum) tahan panas..Tapi kalau dalam Mid Valley pun pakai sun glasses,harus lah kan kene gelak..


2. Pakai blazzer

Orang putih pakai
Weih, bak kate die, tulah paling segak di mate orang melayu..Macho betullah mamat orang putih tu, walaupun sebenarnya die beli kat PS je..Tapi, sebab yang pakai tu orang putih, takde pulak diorang kesah.Mungkin sebab diorang da biase pakai kat negara diorang.Tapi kalau orang putih datang sini, mesti rase panas gile, automatic tak pakai blazer kan??
Orang Melayu pakai
"Poyo lak ai mamat tu" sambil die menggigil kesejukan dalam shopping complex yang ada air-cond..Anda tahu tak bahwa blazer tu memang untuk dipakai dalam keadaan yang sejuk? Die tak sedar die pakai sweater kat tengah panas, tekinja-kinja macam beghuk..Memang betullah sweater "pemeluh" atau "penambah kuantiti peluh sedia ada"..


3. Makan pakai tangan

Orang putih buat
"Waaaa..Bagus lak ai Mat Salleh tu..Sanggup die pakai tangan die untuk makan ,maksudnya die dah belajar budaya kite..Tak sia-sia la kerajaan buat homestay, ajar Mat Salleh budaya Melayu ni.." bisik Mak Lina kepada Mak Siti..
Orang Melayu buat
"Ish budak tu..Kuno betullah..Ade ke pakai tangan makan kat kedai..Tak maju lansung..Die memang tak penah jumpe sudu ke eh?Ke kalau pakai sudu ayam die leh hidup balik??hahahaha.." kata Mak Siti sambil tergelak macam Mak Lampir sambil terlupa dia berasal dari kampung..


4. Pasangan berumur pegang tangan masing-masing

Orang putih buat
EEEEeeeeeee...Sweetnya couple orang putih tu..Dah tua-tua pun still pegang tangan masing-masing..Macam ni lah bagus..Walaupun dah ade anak bini, tapi diorang tak pernah pun lupekan pasangan diorang kan..Ayang nak kite macam ni eh bang..
Orang melayu buat
EEEEeeeeeee...Tak malu betullah nenek ngan atuk tu kan..Dah tua-tua pun macam nak orang muda lagi..Ntah ade berapa ntah cucu dia..Nak tunjuk kat orang lain lah tu die bahagia sangat..Geli lah ayang tengok..Tengok muka atuk tu pun ayang tak selera,macam orang tua gatal je..

Setuju tak ni lah realiti mentaliti melayu kite??Tapi aku akui, masih hanya ada segelintir je yang masih ada pemikiran macam ni..Tapi kalau kite berada didalam golongan segelintir tu, tak ke lebih bagus kite keluar dari golongan tu untuk meniadakan terus pemikiran macam ni?Ade banyak lagi pengalaman aku sebenarnya,huhu..Tapi kalau nak cerita semua nnti, banyak pulak korang nak bace..Blog aku ni dah la membosankan..

Ada banyak kebiasaan Mat Salleh, orang Korea, orang Jepun yang baik-baik..Ape kate kite same-same amik yang baik, than tinggalkan kbiasaan orang putih yang nampak cool, tapi sebenarnya tak cool lansung tu..

p/s : Aku bukan pakai sun glasses okeh..Spec aku memang gelap sebab aku silau..Harap maklum..

1 Oct 2010

Temanku si penggemar buntut


Aku ada teman, nama dia Syidie..Die hensem dan bergaya..Tapi selalu tukar awek..Mungkin sebab die penggemar buntut..

Orang lain tak suke buntut, tapi die suke..Orang pegi pasar malam, nak cari burger,nak cari yong tau fu, nak cari air tebu..Tapi Syidie lain..Die pegi pasar malam untuk carik buntut..

Syidie tak macam orang lain..Orang lain suke daging, tapi syidie tetap pilih buntut..Syidie kate,"Den tak kisah apo oghang nak koba,den tak kisah kalau korang tak suko.Den dah ghoma, nak buek macam mano"..Ibu Syidie pening dengan kegemaran Syidie, Syidie suke buntut..Tapi sebab syang kat ank bujang die ni, ibu Syidie biarkan je..

Ifrat pelik, Lan pelik, Ajim pelik, Encik Adie pun pelik..Kenape Syidie suke buntut?? Syidie kate buntut sedap..Tapi kami rase buntut tak best..Dahlah mahal, baik beli mee kat Ifrat, sedap dan murah..

Tapi Syidie berkeras, kate buntut ayam sangat sedap..Apatah lagi apabila digoreng dengan rempah..Syidie suke pegi beli sate buntut ayam kat pasar malam..Aku pun tak tau mane sedap nye..Korang suke buntut ayam macam Syidie??

Petai,buah busuk yg banyak khasiat (must read)

Masih dalam mood pencinta alam, Encik Adie kali ni nak cakap pasal petai..Aku pun terkejut ngan penemuan yang aku jumpa ni.Aku ade terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang doktor daripada UKM, dan tulisan die ni sebenarnya dah banyak orang post..Korang percaya tak, ulam yang buatkan kencing and kentut korang dibenci ramai,apatah lagi bau mulut korang dapat dibau dari 100 meter jaraknya ni,banyak gila manfaat die!!??Bersedialah untuk mengetahui kebenaran!!!


Petai ada sukrosa, fruktosa dan jugak glukosa, dimana tiga-tiga ni merupakan gula semulajadi, yang boleh menjadi sumber tenaga instant.Dua papan petai mampu buat korang workout selama 90 minit!!Daripada korang makan Power Bar (sori tokey Power Bar), baik korang makan 2 papan petai (kalau sanggup la).Ada atlet antarabangsa makan petai je untuk training..Petai jugak ada banyak serat (fiber)..Kalau korang ade masalah tak boleh nak buang air besar sampai 3 hari (sembelit la tu), bawak-bawak la makan petai..Lebih elok,jadikan petai untuk sarapan, dimana korang leh buang ape yang tak patut pagi-pagi..


Jangan tak caye, petai ada banyak Vit. B..Antaranya adalah vit. B6 ngan vit. B12, yang merupakan berita baik kepada perokok yang nak berhenti merokok..Kedua-dua vitamin B ni dapat mengurangkan ketagihan terhadap nikotin..Untuk perempuan pulak, kalau korang datang bulan, makan je petai, sebab vit. B6 dapat mengawal kadar glukosa dalam darah,sekaligus mengawal mood korang (perempuan yer) daripada memarahi pakwe atau suami anda yang tidak bersalah..

Triptofan bukan ada kat susu budak-budak macam daalm iklan tu je,dalam petai pun banyak..Korang pun tau, triptofan merupakan protein yang dapat ditukar menjadi serotonin (terdapat dalam coklat gak), yang boleh membuatkan korang rasa lebih happy (tapi bukan "high" okay). Dalam masa yang sama, boleh hilangkan stress..Dan tak lupa juga depression..

Untuk yang obesiti pulak,ini berita baik..Kajian menunjukkan orang yang obesiti ni biasanya ada darah tinggi, dan kalium yang tinggi tapi rendah garam pada petai dapat melawan darah tinggi. Selain dari itu, kalium juga membantu kepekaan pupil (pupil alertness) untuk membantu pelajar lebih tumpuan (focus) masa belajar. Pupil peka + Lebih tumpuan masa belajar + Dapat apa yang cikgu ajar = Cemerlang!!! Menurut kajian yang terdapat dalam The New England Journal of Medicine, makan petai dapat mengurangkan risiko untuk mendapat stroke sebanyak 40%!!

Bukan untuk dimakan je, petai juga dikatakan merupakan penawar untuk kulit yang digigit nyamuk..Kalau orang kampung macam aku cakap, tangan bintat kene gigit nyamuk..haaa..Sesuai sangat, lumurkan petai yang dah dihancurkan kat tempat bintat tu..Selain bintat, leh buang kutil (warts) gak..Senang-senang, tampal je petai tu ngan kain kasa kat tempat ada kutil tu..

Sebenarnya ade banyak lagi benefit dari petai ni..Tapi aku rasa, yang aku dah tulis dah ni pun mesti dah jauh sangat membuatkan korang bertukar persepsi korang pasal petai..Dari buah kentut and kencing busuk kepada buah terbaik!!Siap leh ganti epal tau..Patutnya, peribahasa epal tu kene jadi "A petai a day keeps doctor away"..Huhuhu..

p/s : Ini bukan rekaan aku sendiri atau aku main-main,tapi aku dapat daripada artikel yang ditulis oleh Dr. Aminuddin, daripada Departmen Fisiologi, Fakulti Perubatan UKM.