Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

24 Aug 2011

Kucing takde ekor (HOT)

Ini bukan tajuk kontroversi, melainkan hanya fakta semata-mata..Korang pernah tengok kucing takde ekor?Biasanya ade kucing yang ekor die bulat je,macam ekor arnab yang bulat tu..Aku pun dulu ade kucing yang ekor die bulat, bukan panjang, tapi dah kena curik sebab comel sangat, Akon nama dia.And guess what, kucing ni pun nama dia Akon..Kucing ni merupakan kepunyaan Cik Husna Nabilah , and this picture is credit tu her..Walaupun kucing tersebut pada mulanya dikurung didalam bilik air Tello supaya ia tidak diketahui oleh "ketua rumah", akhirnya Akon sekarang boleh bergerak bebas didalam rumah bersama abang angkat beliau, Tello..

Jom kita ushar sikit gambar-gambar kucing yang comel ini..



Hai, nama saya Akon..Walaupun saya takde ekor,tapi saya comel...


Tello : "Apa pandang-pandang??Tak pasal-pasal aku popular pulak"


Birdview..Huhuhu..


Melepak bersama abang angkat, si Tello yang pemalas..



Disebabkan handphone ni belum bertukar menjadi Vivaz lagi,so agak blur disitu..

Tau kenapa nama dia Akon??Asal Akon adalah Ekon, iaitu Ekor (E) Kontot (kon)..So jadilah Ekon..Tapi disebabkan untuk menunjukkan beliau ini merupakan seekor yang luar biasa dan popular, so nama pun mesti la glamer sikit..So,jadilah Akon..Dan pesanan untuk pemilik kucing ini, sila jaga dengan baik..Jangan kurung dia dalam bilik air lagi kalau taknak menerima cakaran kali kedua..Sekian..

2 Jul 2011

Minggu gay sedunia

Seriously,aku rasa minggu ni minggu gay sedunia, tapi aku je yang tak tau..Korang bayangkan, dalam masa seminggu, 2 kali kejadian "gay" berlaku kat aku..Ni bukan gay = ceria..Tapi ni gay yang gay..

Mula-mula, 2 hari lepas, sebagai pam attendance yang berjaya (glemer tak keje aku??), aku pun menyapa la seorang mamat naik FZ150, dia pakai full face..Bukak2 helmet, tengok muka macam A Galak..Tak pa lah..Bila bercakap, auww la pulak..Ah sudah..Takpe, isi minyak macam biasa dan sembang seperti biasa..Tanya belajar kat mana semua, bila aku cakap kat UiTM Shah Alam, terus mintak no phone aku..Kata nak ajak minum sekali..What the fak??

Than dia pastikan nombor yang aku bagi tu betul dengan miskol aku..Lepas 5 minit, sampai mesej "salam..ni abg israj yg isi mnyak td.save oke"..Owh tidak pakcik, apa yang ko buat ni??Bukan abang, tapi pakcik dah aku rasa..

Tak cukup ngan peristiwa dasyat tersebut, tengahari tadi ada masalah kat pam, dan ada indon ni buat hal,dia tak cukup duit nak bayar minyak..Terpaksa la aku hantar dia kat tempat persembunyian dia..Aku bawak naik kuda putih aku (tercemar kuda putih aku ngan indon.kena samak balik)..Yang sialnya, dia boleh pulak pegang-pegang aku..Than siap urut-urut trapezius (cube google,nama otot ni) aku..Lagi what the fak..Masa ondaway balik ke stesen minyak, dok cium-cium badan aku pulak..Aku rasa mamat ni high tahap dewa..Geli geleman aku..

Tu belum nak cerita peristiwa bapuk India gunakan taktik "Pinjam phone kejap, I nak tengok phone I ade masalah ke tak"..Tup tup dia dapat no aku, than ajak keluar Bahau..Nasib baik aku tak keja kat Pizza Bahau tu..

Aku rasa aku takde lah buatkan aku ni nampak macam gay ke,pe ke..Nak kate hot, jauh daripada hot..Tapi kenapa ini terjadi kepada Encik Adie??Tidak!!!!!!Tolonglah, aku dah ade awek okeh..Sian sayang, dok risau..Huhuhu..Ape-ape pun, i'm straight okeh..Kalau aku gay pun, orang-orang tadi bukan taste aku..Hak3..

p/s : Tolong doakan keselamatan Encik Adie eh...

22 Jun 2011

Ayam bulu terbalik

Sebelum aku start ni,amaran kepada member-member kat Universitas Sumatera Utara, post ni bukan pasal diri aku.Sebarang bentuk kutukan tidak akan dilayan.Hahaha..Kali ini memang pelik punya cerita, tapi tarak tipu punya..Pernah tengok ayam bulu terbalik?

Aku tak tau ape nama spesis ayam ni, tapi sebagai pembela mereka, atuk aku bagi nama ayam-ayam ni ayam bulu terbalik..Sebab apa?Tidak disangkal lagi, kerana mereka mempunyai bulu-bulu yang terbalik..Terbalik disini membawa maksud bulu yang biasanya akan tumbuh ke bawah, tertumbuh ke arah atas..Faham disitu??Tak faham cuba tengok gambar bawah ni..

"Auuw,malu la saya.Jangan la tangkap gambar saya"

Haa..Faham tak apa maksud aku??Bila dia tumbuh ke arah atas, automatik bulu dia akan jadi macam menggulung sikit, ala-ala curly gitu lorh..Tengok gambar kat bawah ni, dan bandingkan bulu dia dengan ayam-ayam yang lain..

"Ape pandang-pandang.Tau la gua hensem"

Kalau nampak ayam yang lain, bulu dia macam kemas je, tapi ayam bulu terbalik ni, nampak serabut sikit..Dan tahniah kepada beliau, ayam bulu terbalik kini mempunyai anak-anak kecil..Tapi aku tak dapat nak snap gambar dia, sebab dok lari je..Yang ayam ni pun hamkong dapat amik gambar dia, sebab nak dekat je, dia lari..

Aku tunggu hari je ade saintis datang rumah atuk aku, than beli ayam ni dengan harga yang mahal lagi mahal daripada harga sebuah Accord..Eh,jap..Rasa-rasa kalau aku bagi kat Sinar ke, Metro ke, aku leh jadi popular tak eh??Sape-sape ade link ngan Sinar Harian, leh contact aku eh..Aku nak gak popular instant.Hehehhe..

16 Feb 2011

Weird hobby


Korang pernah jumpa member-member yang ada hobi pelik tak??

Aku rasa aku ada banyak je member yang ada hobi pelik,macam makan taik idung sendiri, bau cagu sendiri, dan macam-macam lagi hobi yang aneh smpai aku tak sanggup nak cakap kat sini..Tapi aku ade member yang ada hobi lagi pelik, yang aku tak pernah nak expect..

Aku tanya member aku aritu, apa hobi dia..Than dia cakap :

"Hanging around with my friends"



Weirdo..

Pergi carik hobi lain la..Hobi macam ni pun ade ke??

p/s : Gambar tu hasil kerja tangan Encik Adie sendiri yer, no plagiarism..Harap maklum..

24 Jan 2011

UFO mendarat di Indonesia??

Jakarta Post melaporkan ada mahkluk asing mendarat kat Yogyakarta, Indonesia semalam berdasarkan penemuan bulatan yang aneh pada sawah padi sebanyak 7 petak..Kalau bak kata orang putih, crop circle (klik kat sini) lah, dimana kat negara orang putih biasanya bulatan ni orang jumpa kat ladang gandum or ladang barli..Tapi ni kat sawah padi Joe..Tak macam rare pulak kan..Dan pakcik yang jumpa dia msetilah petani yang sedang menyanyi-nyanyi kecil time nak pergi sawah, tiba-tiba dia nampak bulatan ni (tapi tak tau dia nampak tang mana..Kalau tengok dari bawah, takkan dia nampak bulat kot??)..

Penduduk tempatan cakap, takde pulak aksi-aksi yang mencurigakan malam tu, selain daripada bunyi bising yang datang daripada sawah padi tersebut (tapi takde sape pun yang pergi tengok malam tu,walaupun dengar bunyi bising)..Dan sekarang ni tempat tu menjadi tumpuan orang ramai yang nak tengok ngan pemberita yang nak buat liputan, walaupun polis dah tutup tempat tu, takut orang ramai datang and rosakkan padi yang ada kat situ..

Pendapat aku lah, takde makna alien tu nak datang kat Bumi ni, than tulis-tulis kat sawah orang..Alien tu ada banyak lagi benda lain nak buat..Kalau korang pernah tengok dokumentari pasal crop circle ni, korang akan berpendapat sama macam aku, bahawa crop circle hanya lah satu hasil seni terbaik yang dilakukan oleh orang-orang yang sangat kreatif tapi takde kerja untuk tujuan tertentu..

Ramai persoalkan, macam mana manusia boleh tinggalkan geometri yang sangat besar dan unik lagi indah tu dalam masa satu malam jer..Dan sebab takde saksi yang tengok, diorang kata tu sume alien yang buat..Dokumentari pasal crop circle ni membuktikan bahawa geomtetri ni boleh sangat disiapkan dalam masa satu malam, dengan bantuan alat-alat tertentu, dibantu oleh beberapa orang..Yang buat tu, seorang pensyarah ngan anak-anak murid dia..Dan kenapa takde saksi mata, sebab siape lah nak datang sawah padi tengah-tengah malam brader..

Dan kalau betul lah ada kapal angkasa alien yang mendarat, corak dia tu dapat tang mana?Dapat daripada api kapal angkasa??Tapi takde pun padi yang terbakar..Ke daripada kesan tapak kapal tu??Memang besar dan berat nak mampus UFO tu..Tapi kenapa tanah sawah yang berlumpur tu tak tenggelam sekali??Korang pun boleh berfikir sendiri..Tapi kalau nak baca berita lanjut, leh klik kat sini..

Aku suspek la, ni sume keje penduduk yang nak meng'glamer'kan tempat tu ngan publisiti murahan..Tak mengejutkan eh, lepas ni nak masuk kat situ kena bayar kat penduduk tempatan, sebab tu perkara biasa kat indonesia..Duit,duit dan duit..Segalanya adalah duit brader..

13 Dec 2010

Rahsia di sebalik hompage Facebook

Korang perasan tak kalau korang nak log in Facebook, akan keluar gambar yang ada peta dunia, than nanti ada gambar orang-orang yang leh sambung-sambung, walaupun takde tanda kat Malaysia.huhuhu...

Tapi korang pernah perasan tak apa yang ada disebalik sambungan gambar tu??Meh kita ushar sikit...



You judge..Ada orang kata "You illuminattfreak,stop fooling yourself and others"..Tapi apa-apa pun, kita lah yang kawal..Tak gitu Cik Kiah...

Sumber : Blog Serius

23 Jul 2010

Budak 2 tahun atas pokok kelapa


Semalam aku pergi mesyuarat dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk briefing program yang diorang nak buat Sabtu dan Ahad ni..Aktiviti die aku rasa sangat menarik,program untuk bawak budak-budak sekolah untuk ajak buat kebaikan..Tapi aku jadi fasci je la,sebab aku pun bukan baik sangat pun..

Tapi apa yang aku nak kongsi adalah,ketua program ni,Tn Guru Yahaya(Pak Ya) (laman Facebook beliau) ada cerita something yang aku rasa terpanggil nak cerita kat korang..Sebelum dia mulakan meeting tu,dia ada bagitau yang dia ni sibuk sangat,pukul 11 malam nanti dia dah janji ngan orang, orang tu nak mintak tolong..Orang tu kata ada bayi atas pokok kelapa..Aku dalam hati sumpah seranah mak bapak budak tu.Dah la buang anak yang tak berdosa,lepas tu siap campak atas pokok lagi..Memang takde sifat manusia betul..

Tapi Pak Ya betulkan ayat dia balik..Dia kata bukan bayi,tapi budak kecik 2 tahun..Pak Ya pun cakap,kenapa tak suruh budak tu turun je..Aku dalam hati pun cakap,power betul budak kecik ni,baru umur 2 tahun dah pandai panjat pokok kelapa,tapi masalahnya dah pandai panjat,tak pandai nak turun pulak..Masalah jugak..

Pak Ya sambung cerita..Orang kampung tak dapat nak turunkan budak tu,sebab takde sape yang berani nak turunkan budak tu..Pak Ya tanya kenapa??Orang kampung cakap, budak tu dua hari lepas nak beli air kelapa,than masa dia nak melintas jalan,ada kereta langgar dia..Dan malangnya nyawa budak tu tak dapat diselamatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan kat kampung tu..

Tapi masalahnya,lepas 2 hari kebumi,budak tu duduk atas pokok kelapa tu..Orang kampung panggil Pak Ya,Pak Ya cakap tunggu kejap,nak habiskan meeting,biarkan budak tu minum air kelapa puas-puas dulu..

p/s : Tibe-tibe aku meremang

14 Jul 2010

Pekerjaan yang korang tak sangka ada


Korang mesti dah ada yang keje kan..Kalau tak pun,korang sume akan keje gak satu hari nanti..Tapi korang pernah terfikir tak perkerjaan yang pelik-pelik,tapi pekerjaan tu sebenarnya ada??Bagi aku,keje-keje yang aku nak cakap ni agak aneh sebenarnya dan aku tak pernah fikir ada pun,tapi aku pernah tengok..haaa...

1. Tukang kutip sampah kat highway

Kalau korang pernah tengok,dekat highway akan ada pekerja yang potong rumput,yang baiki jalan.Tapi pernah tengok tukang kutip sampah??Korang bayangkan kene berjalan berkilo-kilo meter tengah panas..Dah la kalau jalan 400meter belum tentu dapat sampah..Tapi yang aku hairan,macam mana mamat tu (Sri Lanka kot),selamba je dengan tak pakai cap ngan sunglasses, kental je jalan tengah-tengah panas tu..Nak tambah pigmen melanin ke??

2. Tukang sapu jalan raya

Yang ni banyak kat kawasan pembinaan..Tukang sapu bukan takat sapu halaman je,dia sapu jalan yang lori-lori bawak tanah tu..Kira macam dia taknak jalan kat situ berhabuk kot.Tapi bukan satu tempat je aku tengok,dah banyak kawasan pembinaan ada orang tukang sapu jalan ni..Memang wajib ada ke macam mana??Tapi nasib baik dia bukan kene sapu tapak pembinaan tu..Kalau tak,lepas bini dia bersalin pun tak habis-habis..
3. Tukang tabur paku tengah jalan

Ni adalah pekerjaan paling celaka aku rasa..Dah la menyusahkan orang,silap-silap haribulan boleh buat accident..Kalau mati orang tu,macam mana??Kalau korang perasan,kat highway ada sangat banyak nombor telefon orang untuk ganti tiub tayar motor..Aku rasa tak mustahil diorang sendiri yang tabur paku tengah jalan..Baru ni aku kene.Mase aku tengah bawak Suria Baja Hitam WME 7151 milik Hj Ma'arof,tiba-tiba semua motor berhenti kat lorong nak masuk lorong motor yang ada kat tol tu..Sepanjang 50 meter ada paku kat kat tengah jalan,dan paku tu berselerak..Kalau ada orang terjatuh pun,tak kan la paku-paku tu dah praktis,kalau jatuh tak bertindih and sampai 50 meter..Macam setan..

Kesimpulannya,tak kisah la apa-apa pun kerja korang,berapa pun gaji korang,yang penting pekerjaan tu halal disisi syarak dan tidak menyalahi syriat agama..Dan jangan pernah pandang rendah kat pekerjaan orang lain walaupun tukang sapu,sebab kalau takde diorang,kotor la Malaysia ni..Dan paling penting,enjoy your job!!!

10 May 2010

Fight without rules (18 SG)

Mesti korang biase tengok filem,yang tunjuk lawan tanpa peraturan (fight without rules), dimana fighter dia confirm koyak kulit sana-sini,berdarah banyak,dan ada jugak yang kalau nak kasik drama sikit,sampai mati..Tapi korang tahu tak yang benda tu ada kat dunia betul sebenarnya??

Kalau ada masa,korang bukak la sherdog.com.Kalau tengok gambar-gambar kat bawah ni,macam tak caya yang itu bukan make-up..Tapi tu lah dunia sekarang..Orang lagi suka kalau tengok lawan-lawan sampai darah-darah gitu..Dari segi medic,aku rase maybe mereka dibagi sesuatu dulu sebelum lawan..Kalau tak,cuba bayangkan muka korang yang dah koyak rabak tu kene pukul ngan kuat??Maunye pengsan on da spot..

Nih antara gambar yang aku dapat kat laman web tu..

Tak tau kaki mamat ni kene makan ke tak ngan lawan dia,huhu.....

Dah tak macam orang aku tengok..

Peratikan darah die..Macam crime scene kan??

Korang rasa mamat sluar hitam oren tu dapat pukul mamat tu tak??

Aiyak..macam lanun daaa..

Tau pulak sakit..

Macam ni pun boleh steady lagi??

Tak sabar nak bunuh orang agak eh ni..

BAU KETIAK AKU!!!

Jangan nanges eh..

Kesudahan mamat tadi..Mamat sluar pink ni dapat tepis tumbukan tu,hehee...

Menang gak,walaupun muka dah penuh darah dah..

24 Feb 2010

Melihat breast boleh jadi sihat??

Aku dapat artikel ni daripada member-member kat facebook sebenarnye,saje nak kongsi..Aku pelik gak sebenarnye,macam mane lah orang putih ni boleh kaji pasal ni..Sebelum tu,aku nak ingatkan kat sume,aku pun suruh korang buat bende ni,tapi nak suruh korang fikir,macam mane hebatnya orang barat nak salurkan budaya yang tak sihat mereka kepada orang lain,terutama orang timur..



Sebenarnye,kalau pergi bersukan adalah lebih baik,dan lebih sihat.Takde maknenye pandang breast orang je same dengan exercise 30minit..Janganlah jadi pemalas..Kalau betullah ape artikel ni,takde kat eropah orang obesiti..Tengok la sume gemuk2 je,so kajian ni sangatla tak valid..HORMATILAH WANITA..

p/s : Post ni just for fun okay,jangan pkir bukan2..Nak tnjukkan betape takde keje nye orang sekarang..

22 Feb 2010

Most Bizarre Body Modification (Part 2)

Still ingat post-post aku sebelum ni??Aku pernah post pasal Most Bizarre Body Modification ni sebelum ni,tapi atas permintaan ramai (cewah,mcam la best sangat aku ni),aku pun google la,than surf net untuk carik-carik lagi orang yang tak bersyukur dengan kesempurnaan yang dah tuhan bagi..So,aku dapat beberapa lagi body modification untuk korang tau..Ni antaranya.Tapi kalau ade lagi,leh lah kite kongsi same-same ye..

1. Black Light Tattoo



Okeh,ni name die je..Tapi aku lebih suke gelarkan "Glow In The Dark Tattoo",huhu..Mongok betulla orang ni..Buat glow in the dark kat baju sudah la..Ni siap nak nak ade kat badan pulak..Tapi aku rase ade gak keuntungan die..First,kalau dalam gelap senang,lintas jalan takde la kene langgar sebab orang nampak kite..Tapi kalau buat yang macam mamat dalam gambar ni,confirm kene langgar,orang ingat jelankung mane la melintas,huhu..

2. Burning



Teknik ni untuk orang yang tak bersyukur ngan kulit yang indah,tapi takde badget nak buat kat kedai yang mahal-mahal,so bakar je kulit tu..Biasenye diorang akan tonggang dulu,untuk hilangkan rase sakit katenya,than cucuh ngan besi,atau paling senang ngan puntung rokok.Tapi ade yang nak membuktikan cinta kononnya,tak tonggang,terus cucuh.Macam berkorban untuk buktikan cinta la..Bangang..

3. Giant labret



Pernah tengok tak,orang asli kat mane ntah aku pun tak pasti,yang diorang letak piring kat telinga,than ade gak yang letak kat bibir tu?Aku pun tak pasti kat mane,tapi konsep Giant Labret ni macam ni la,tapi beza die,die menggunakan ring,kire nanti boleh nampak bahagian dalam mulut melalui ring tersebut..Kire lagi teruk dari orang asli la diorang ni..Cait..Tapi macam mane die nak makan eh??Aneh,aneh..

4. Microdermal Implant





Manusia ni sangat obses dengan perhiasan,seperti berlian..Kalau rappest,suke letak berlian kat gigi,dan kat mane-mane lagi la..Tapi yang ni aneh sikit.Letak berlian kat dalam badan.Mereka akan menanam batang die dulu,yang biasenye titanium dibawah kulit,than butang die leh tukar-tukar,macam Crocs la ni..Dikatakan bahawa microdermal implants ni leh dicabut tanpa masalah jikan penggunanya taknak pakai lagi.Tapi kesemua proses mesti dilakukan oleh tukang tindik profesional dan berpengalaman..

5. Saline inflation



Ketahuilah,mamat 2 orang kat atas ni bukan cacat dari lahir..Muka dah sempurna,tapi gatal tangan nak rosakkan muka sendiri.Teknik ni dikenali sebagau Saline Inflation,dimana sebuah beg/belon akan ditanam di bawah muka,kemudian cairan Saline akan dimasukkan ke dalam belon tersebut secara beransur-ansur.Teknik ini digunakan dalam bidang perubatan sebagai bedah plastik terhadap penderita barah payudara yang payudaranya telah dibuang.Mamat 2 ekor ni pulak,dah takde keje.Takde penyakit nak carik penyakit..

6. Subdermal implant



Ni lagi lah takde keje..Teknik dermal implant ni ade 2..Yang pertama,Subdermal Implant,dimana logam yang biasenya titanium dengan bentuk tertentu akan dimasukkan kedalam kulit,yang akan menghasilkan imej 3D terhadap kawasan tersebut..Yang kedua,dipanggil Totaldermal Implant,dimana titanium akan diletakkan secara tetap/permanent didalam kulit,dan kulit harus ditebuk sebagai jalan keluar titanium tadi.Teknik yang ni biasenye digunakan untuk menjadikan efek tanduk,macam tanduk setan..Elok-elok jadi manusia,nak jadi setan gak..Aneh manusia ni..

7. Implanted Magnet



Ni sah memang dah takde keje..Kalau die magician takpe gak..Kalau saje-saje,memang lah nak menyusahkan diri je mamat ni..Magnet akan ditanam terus dibawah kulit.Cube bayangkan kalau die ade barah otak,camne nak buat MRI??

p/s : Bersyukur la dengan ape yang kite ade,dengan ape yang dah tuhan bagi kat kite..Cube renungkan orang yang kurang sempurna diciptakan tuhan..

18 Feb 2010

Jenama makanan pelik kat Indonesia

Aritu aku gi lah jalan-jalan kat Hypermart,mart dalam Sun Plaza kat Medan..Macam biase lah,nak carik barang-barang nak makan and masak(kerana ekonomi mendesak,so makan spaghetti rp5000 ari-ari)..Jalan punye jalan,aku terpandang tin kacang hijau,dengan name yang aku rase nak gelak,sebab ade kat Indonesia..Kang kite tengok kat bawah..So,aku pun rase nak ushar sume bahagian makanan dan carik ape yang pelik lagi..

Dan daripada penelitian aku ni,hahaha,dapat la aku beberapa makanan yang korang pikir 2 3 kali kot sebelum nak beli...

1. Maling

Maling,maksud die kat Indonesia adalah pencuri.Aku rase korang sume tau kot,sebab mase gaduh dulu,orang Indonesia suke panggil orang Malaysia maling,tanpa alasan yang munasabah dan tak berasas..Tak sangke pulak yang diorang boleh pasarkan jenama macam ni,huhu..Kire macam diorang mengaku yang mereka adalah maling yang sesungguhnya,dengan mengeluarkan dan memasarkan product yang macam ni,haha..(aku gelak pecah perut tengok menatang ni aritu).


2. Roti KadetAku tak tau la roti ni hanya untuk para kadet je ke,atau sape yang makan roti ni taraf kadet je ke,atau yang paling kejam,roti ni dibuat daripada kadet-kadet yang tak lepas rintangan,huhu..Tapi aku suke teori no 3 tu je..(skolah kat sini takde kadet polis,kadet bomba atau badan-badan beruniform lain.Ade pramuka=pengakap je..bosan betul)

3. Selamat

Bagus betul Encik Selamat ni..Takyah nak pening-pening kepala nak fikir name ape nak letak kat jenama biskut die..Tahniah Pak Selamat..Tapi korang rase selamat ke kalau makan biskut ni??Cube tengok tanda halal die..hmmm..Selamat ke tak selamat ni En Selamat??

4. Pondan
Haaa..Yang ni pun aku ade teori gak..Pondan ni adalah jenama kek span..Teori aku adalah,kalau kau nak buat kek ni kau kene jadi pondan dulu baru jadik kek tu,atau kek ni diasaskan oleh persatuan pondan,atau paling ngeri kalau korang buat kek ni atau makan kek ni,korang terus jadi pondan..Mane satu korang nak??

5. Kornetku

Okay,aku taknak komen banyak-banyak pasal yang satu ni..Kang aku cakap lebih-lebih kang kate aku pervert plak kang,huhu..Kalau tak faham,tanye je Odan,kawan baik Jepp..Confirm die tau..

p/s : Kalau nak bukak bisnes,buat la name yang senegheh sikit..

4 Feb 2010

Budak perempuan 9 tahun melahirkan anak??


Aku tak tipu,ni cerita betul..Bayi yang dilahirkan oleh budak perempuan 9 tahun tu selamat di lahirkan pada 27 Januari 2010 yang lalu,baru je beberapa hari lepas,dengan berat 2.75kg dan dilahirkan secara bedah Caesar (Caesarian)..Dan budak perempuan tersebut dan anaknya yang merupakan bayi lelaki dalam keadaan stabil selepas pembedahan..

Budak perempuan berusia 9 tahun tersebut berasal daripada Songyuan,di Cina..Identiti budak perempuan tersebut dirahsiakan.Dipercayai budak perempuan 9 tahun tersebut,di rogol,tetapi identiti pelakunya masih belum diketahui..Kalau tak dirogol a.k.a kehendak perempuan tu pun,undang-undang Cina mengatakan kalau melakukan hubungan seks dengan budak bawah umur 14 tahun secara automatik dinyatakan dengan kesalahan merogol..Tapi ape lah yang budak perempuan 9 tahun tahu kan..Confirm-confirm la lelaki yang tak bertanggungjawab dan berjiwa binatang tu bertanggungjawab penuh dengan kejadian ni..

Tapi bukan ni satu-satunya kes 'ibu muda'..Setakat ni rekod dunia ibu paling muda adalah Lina Medina yang berasal dari Peru pada tahun 1939,dan melahirkan anak pada umurnya 5 tahun 8 bulan,dimana organ reproduksi wanita biasanya belum berkembang dengan sempurna lagi..Dan Peru merupakan pengeluar 'ibu muda terbanyak',dimana terdapat kes yang sama pada budak perempuan berumur 9 tahun pada tahun 1957,dan seorang lagi berumur 8 tahun pada tahun 2006 yang lalu..

Ape yang aku nak cakap adalah,berhati-hati lah kepada sesiapa yang mempunyai anak kecil..Dunia sekarang semakin parah,dan banyak kejadian rogol melibatkan anak-anak kecil yang tak berdosa dan belum tau ape-ape lagi..Datuk sendiri pun sanggup merogol cucu nya seperti yang berlaku di Rusia pada tahun 1930 sehingga budak perempuan berusia 6 tahun hamil dan melahirkan anak,tetapi bayi malang tersebut tidak sempat melihat dunia..Jagelah anak-anak atau adik-adik dengan baik,dan berilah sepenuh perhatian kepada mereka..

Hodohnya dunia sekarang..Kite lah yang bertanggungjawab untuk menukar wajah hodoh dunia kite sekarang kepada dunia yang lebih baik..Tiada yang mustahil dalam dunia ni..

3 Feb 2010

Extreme Job,sanggup ke korang buat??

Sekarang ni,macam-macam keje yang ade kat dunia ni..Kat Malaysia pun leh kate berlambak keje (walaupun bukan diisi oleh tenaga kerja tempatan), inikan lagi kat seluruh dunia..Tapi yang aku pelik,walaupun berlambak keje kat Malaysia,ramai jugak anak-anak mude yang tak nak keje..Nak jugak merempit,menyusahkan orang..Than ade geng-geng ragut beg tangan orang la,pecah rumah,bawak lari anak dare orang,dan macam-macam laa..

Bile suruh carik keje,kate takde keje yang sesuai..Kalau mase sekolah tak pernah jejak kaki kat sekolah,than kau nak keje pegawai gaji RM18,000,better kau kene penyepak ngan kasut size 11 dulu,biar sedar diri sikit..Tapi lainlah kalau ade masalah ape-ape,tapi still berusaha nak dapatkan pendapatan sara diri,dan tak nyusahkan orang lain..Tu lah terbaik..

Kalau taknak bersyukur,tengok sikit keje-keje kat bawah ni..Sanggup ke korang keje macam ni untuk dapatkan duit??Sampai gadai nyawa nak dapatkan duit..Ini budak-budak zaman sekarang gadaikan nyawa orang lain untuk dapatkan duit..Dunia,dunia..

Korang bayangkan,mamat ni dah la tak pakai tali ape-ape,siap tak pakai kasut lagi..Elok mat rempit yang suke nyusahkan orang tu,letak je kat tiang letrik macam ni..

Ni pulak,nak carik makan,kene letak kepala dalam mutut buaya.Silap aribulan,buaya tu yang dapat makan..

Ni lagi otai,siap pijak tali letrik tu lagi..

Okeh,ni paling extreme,pegang target face..Better korang ade jawatan tinggi kalau nak jadi askar..Kalau tak jadi la macam ni..Sikit jam,kau pulak jadi target face..

Ni pun kerja gak sebenarnye..Die kene bayar tu untuk wat stunt gini..

Ni pun same gak,mamat letrik Kamikaze..

p/s : Bersyukur la dengan ape yang kite ade,dan jangan la jadi mat rempit,jadi la orang yang berguna untuk agama,bangsa dan negara..Carik la kerja yang bermanfaat dan tak nyusahkan orang..

25 Jan 2010

Perempuan pakai kondom?

Biar betul???Bukan kondom hanya untuk lelaki je ke??Jangan tak tau,perempuan pun pakai kondom.Cube faham betul-betul ayat aku.."Pakai",bukan "guna"..Pe maksud eh??Huhuhuhu..Okeh,kite tengok sikit macam mane rupe die kalau perempuan pakai kondom..
AMARAN : Budak kecik jangan tengok..


Bagi sesiapa yang mengharapkan ade gambar perempuan nude,harap maaf..Sile layari web lain,hahaha..Ye,anda memang jenius..Maksud tajuk diatas adalah perempuan memakai kondom sebagai baju..Pelik la manusia ni..Macam dah tak cukup kain dah nak buat baju..Ade ke kondom dibuat baju..Korang sanggup ke nak pakai??Pertunjukan fesyen ni kat Cina..Aku rase pasni Indonesia pun ade kot,sebab buat iklan kondom selamber je..Siap sponsor konsert lagi(realiti kat Indonesia)..

Jom kite tengok lagi fesyen-fesyen yang ade mase pertunjukan tu..










p/s : Sekarang kan kite tengah buat kempen amalkan kitar semula dan guna semula..Elok sangatlah kalau guna semula untuk buat pakaian ni..Takde la besepah kondom kat KLCC lepas New Year..