27 Jun 2011

Bersalin di bilik bersalin?

Korang pernah tengok BILIK BERSALIN kat kompleks sukan??Macam pelik sangat-sangat dengar kan, bilik bersalin kat komplek sukan.Tapi tu lah hakikat dia..Kat Gimnasium 2 Majlis Sukan Negara, diorang ada banyak BILIK BERSALIN,huhuhu..Bukan takat 1,2 tapi 3.Ramai betul orang yang BERSALIN kat MSN ni eh..

Tak nak cakap banyak la..Cuba korang ushar sendiri gambar kat bawah ni...


Ni lah dia..Walaupun kalau tengok papan ni ,macam kat hospital je, tapi ni kat MSN eh sebenarnya..

Nampak tak High Perfomance Training Centre - Asia tu..Tapi sori tak dapat nak tunjuk bukti kat korang ni adalah MSN,tapi percayalah kepada Encik Adie,huhu..

Mesti korang tengah tergelak kan sekrang?Sebenarnya aku assume benda yang sama ngan korang gak bila aku nampak papan ni..Tapi, apa kata kalau korang gelak kat diri sendiri balik..

Sebab, sebenarnya apa yang ada kat papan tanda tu adalah betul..Kita selalu sebut BILIK PERSALINAN, tapi tau ke apa maksud PERSALINAN??Menurut Kamus Pelajar Edisi kedua, persalinan bermaksud hadiah yang berupa selengkap pakaian..Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat BERSALIN pulak bermaksud melahirkan anak dan juga MENUKAR PAKAIAN..Jadi betul ke tak BILIK BERSALIN yang dimaksudkan MSN ni??

Kita guna Kamus Dewan Edisi Keempat je lah semua eh..BILIK BERSALIN bermaksud bilik untuk melahirkan anak..Dan BILIK PERSALINAN pulak membawa maksud bilik kecil yang digunakan untuk menukar pakaian..

Confuse??Haa..Jangan ingat Bahasa Melayu ni senang dan boleh assume everything..So adik-adik, janganlah pandang rendah kat BM eh..(tibe)

p/s : Aku pun confuse awal-awal sebenarnya..

22 Jun 2011

Ayam bulu terbalik

Sebelum aku start ni,amaran kepada member-member kat Universitas Sumatera Utara, post ni bukan pasal diri aku.Sebarang bentuk kutukan tidak akan dilayan.Hahaha..Kali ini memang pelik punya cerita, tapi tarak tipu punya..Pernah tengok ayam bulu terbalik?

Aku tak tau ape nama spesis ayam ni, tapi sebagai pembela mereka, atuk aku bagi nama ayam-ayam ni ayam bulu terbalik..Sebab apa?Tidak disangkal lagi, kerana mereka mempunyai bulu-bulu yang terbalik..Terbalik disini membawa maksud bulu yang biasanya akan tumbuh ke bawah, tertumbuh ke arah atas..Faham disitu??Tak faham cuba tengok gambar bawah ni..

"Auuw,malu la saya.Jangan la tangkap gambar saya"

Haa..Faham tak apa maksud aku??Bila dia tumbuh ke arah atas, automatik bulu dia akan jadi macam menggulung sikit, ala-ala curly gitu lorh..Tengok gambar kat bawah ni, dan bandingkan bulu dia dengan ayam-ayam yang lain..

"Ape pandang-pandang.Tau la gua hensem"

Kalau nampak ayam yang lain, bulu dia macam kemas je, tapi ayam bulu terbalik ni, nampak serabut sikit..Dan tahniah kepada beliau, ayam bulu terbalik kini mempunyai anak-anak kecil..Tapi aku tak dapat nak snap gambar dia, sebab dok lari je..Yang ayam ni pun hamkong dapat amik gambar dia, sebab nak dekat je, dia lari..

Aku tunggu hari je ade saintis datang rumah atuk aku, than beli ayam ni dengan harga yang mahal lagi mahal daripada harga sebuah Accord..Eh,jap..Rasa-rasa kalau aku bagi kat Sinar ke, Metro ke, aku leh jadi popular tak eh??Sape-sape ade link ngan Sinar Harian, leh contact aku eh..Aku nak gak popular instant.Hehehhe..

21 Jun 2011

McD yang sengal

Biasa kita tengok kesalahan ejaan or tatabahasa kat iklan ah long je kan?Tu standard lah sebab diorang memang keja pau orang je, sekolah bukan tinggi sangat pun..Tapi jangan terkejut kalau kat McDonald pun leh jumpa benda macam tu..Kalau korang perasan, dekat dinding McD akan ada tulisan-tulisan macam ayat semangat agak eh, yang diorang badget cool..Tapi diorang tak sedar yang ada kesalahan ejaan yang fatal, yang aku dapat discover satu benda yang boleh memalukan McD..Hehehe..Cekidaut..


Ni semua pengaruh bahasa SMS la ni, tinggal EVR je,huhuhu...


Tau la bunyi dia lebih kurang je, tapi jangan la jadi FOLOW je,malu kat orang..


FOE or FOR??You decide..hehehe..

Kalau nak tengok sendiri semua ni, pergi kat McDonald yang dekat Esso, dekat dengan Tol PLUS Sungai Besi arah Seremban.Mane la tau,ada lagi yang aku terlepas pandang, sebab nak cepat masa tu..Orang dah ushar semacam dah kami ambik gambar kat situ,huhu...


Ha, McD kat ESSO tau..Yang sebelah dia ada Shell..


Kalau nak senang tau lagi, nampak Nouvella Hotel tu..Kat tepi highway tu dah leh nampak..

p/s : Sape suruh tak check balik..Kan dah boleh jadi modal dalam Encik Adie dah...

20 Jun 2011

Persaingan kerja dengan warga asing

Percaya tak kalau aku kata rakyat Malaysia sekarang terpaksa bersaing dengan warga asing untuk dapat kerja?Mungkin ada sesetengah orang rase ini bukan satu benda yang pelik,dan aku sendiri setuju, isu ni sepatutnya di ketengahkan lama dulu lagi, bukan sekarang..Buktinya, Utusan Malaysia hari ni keluarkan berita tentang bancian kat Pahang, dimana nisbah lelaki warganegara Malaysia dengan warganegara asing adalah 13:1 (klik kat sini)..Tapi kita kena ingat, bancian dan nisbah dibuat keatas warganegara asing yang mempunyai status imigresen yang sah..Belum dicampur dengan yang haram lagi..Aku suspek, leh cecah 13:5 (setiap 13 warganegara ada 5 orang warga asing)..

Bayangkan, kadar pengangguran kat negara kita sendiri agak tinggi, tapi kita masih bawak masuk buruh asing lagi, yang kebanyakan daripada mereka disumbangkan oleh Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan macam-macam lagi..Kita sebagai warganegara, terpaksa pulak bersaing dengan orang asing untuk dapatkan pekerjaan..Tak aneh ke tu??

Memang sesetengah syarikat akan bagi alasan yang pekerja asing ni murah, dan tak banyak demand.Tapi kesan dia kat negara kita, aku tak rasa semua tu berbaloi..Berbaloi kat syarikat tu untuk masa pendek, tapi merugikan negara dalam jangka masa panjang..Bayangkan semua mat rempit tu bagi peluang kerja kat binaan, aku rasa semua pendatang asing boleh bungkus baju balik negara sendiri..

Tengok trend pembantu rumah je lah..Baru indonesia bekukan penghantaran pembantu rumah, abeh orang Malaysia gelabah..Kenapa tak pernah nak fikirkan, bagi peluang tu kat rakyat tempatan?Masalah dia sekarang, kita dah diasuh dengan melabel kerja pembantu rumah tu adalah kerja orang indonesia, Myanmar..

Aku mengharapkan satu hari nanti, kerajaan kita sedar betapa rugi dan rosaknya ekonomi Malaysia ni kalau pekerja asing ni masih mendominasi pasaran kerja kat Malaysia..Itu belum cerita peningkatan jenayah samun, rogol,bawak lari anak dara dan bini orang, bunuh yang melibatkan pendatang asing ni lagi..Lagi banyak aku nak cerita lagi..Kalau betullah kerajaan kita berfikir jauh dan mementingkan rakyat dengan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", benda ni tak jadi macam ni..Baik tukar jadi "Kroni didahulukan, pencapaian tengok keadaan"...


Semoga apa yang aku tulis ni, akan merubah kalau tak dapat banyak, sikit mentaliti orang tentang benda ni, dan sebarkan idea ni, supaya didengar oleh pihak bertanggungjawab...

p/s : Cuba korang carik satu tempat kat Malaysia ni takde orang asing..Aku tak rasa korang akan dapat carik..

p/s/s : Sori sebab skema sikit..Aku pantang sikit kalau isu-isu melibatkan rakyat ni, sebab nanti efek dia kat anak-anak aku, dan anak-anak korang sume gak nanti...