24 Jan 2011

UFO mendarat di Indonesia??

Jakarta Post melaporkan ada mahkluk asing mendarat kat Yogyakarta, Indonesia semalam berdasarkan penemuan bulatan yang aneh pada sawah padi sebanyak 7 petak..Kalau bak kata orang putih, crop circle (klik kat sini) lah, dimana kat negara orang putih biasanya bulatan ni orang jumpa kat ladang gandum or ladang barli..Tapi ni kat sawah padi Joe..Tak macam rare pulak kan..Dan pakcik yang jumpa dia msetilah petani yang sedang menyanyi-nyanyi kecil time nak pergi sawah, tiba-tiba dia nampak bulatan ni (tapi tak tau dia nampak tang mana..Kalau tengok dari bawah, takkan dia nampak bulat kot??)..

Penduduk tempatan cakap, takde pulak aksi-aksi yang mencurigakan malam tu, selain daripada bunyi bising yang datang daripada sawah padi tersebut (tapi takde sape pun yang pergi tengok malam tu,walaupun dengar bunyi bising)..Dan sekarang ni tempat tu menjadi tumpuan orang ramai yang nak tengok ngan pemberita yang nak buat liputan, walaupun polis dah tutup tempat tu, takut orang ramai datang and rosakkan padi yang ada kat situ..

Pendapat aku lah, takde makna alien tu nak datang kat Bumi ni, than tulis-tulis kat sawah orang..Alien tu ada banyak lagi benda lain nak buat..Kalau korang pernah tengok dokumentari pasal crop circle ni, korang akan berpendapat sama macam aku, bahawa crop circle hanya lah satu hasil seni terbaik yang dilakukan oleh orang-orang yang sangat kreatif tapi takde kerja untuk tujuan tertentu..

Ramai persoalkan, macam mana manusia boleh tinggalkan geometri yang sangat besar dan unik lagi indah tu dalam masa satu malam jer..Dan sebab takde saksi yang tengok, diorang kata tu sume alien yang buat..Dokumentari pasal crop circle ni membuktikan bahawa geomtetri ni boleh sangat disiapkan dalam masa satu malam, dengan bantuan alat-alat tertentu, dibantu oleh beberapa orang..Yang buat tu, seorang pensyarah ngan anak-anak murid dia..Dan kenapa takde saksi mata, sebab siape lah nak datang sawah padi tengah-tengah malam brader..

Dan kalau betul lah ada kapal angkasa alien yang mendarat, corak dia tu dapat tang mana?Dapat daripada api kapal angkasa??Tapi takde pun padi yang terbakar..Ke daripada kesan tapak kapal tu??Memang besar dan berat nak mampus UFO tu..Tapi kenapa tanah sawah yang berlumpur tu tak tenggelam sekali??Korang pun boleh berfikir sendiri..Tapi kalau nak baca berita lanjut, leh klik kat sini..

Aku suspek la, ni sume keje penduduk yang nak meng'glamer'kan tempat tu ngan publisiti murahan..Tak mengejutkan eh, lepas ni nak masuk kat situ kena bayar kat penduduk tempatan, sebab tu perkara biasa kat indonesia..Duit,duit dan duit..Segalanya adalah duit brader..

22 Jan 2011

Dadah dijual serendah RM1.00??

Ape nak jadi lah dengan dunia sekarang ni..Kalau dulu, dengan 20 sen kite boleh boleh jajan (makanan ringan) je..Paling-paling kalau dapat RM1.00 tu, beli eskrem la, beli asam ke..Tapi zaman skarang ni, dengan RM1.00, dah boleh beli dadah??Biar betol ni bai..

Tu yang aku kecewa tu..Yang paling aku tak leh terima, dadah tu dijual secara terbuka, ditempat terbuka, kat cafe student..Isyk,isyk,isyk..Tapi nak buat macam mana..Dadah yang die jual tu sedap la pulak..Sampai kalau makan memang nak tambah lagi la..


Cuba baca sendirik..

DADAH yang sedap!!!Hak,hak,hak..

P/s : Bang,jangan lah buat kontroversi macam ni bang..Kan dah keluar dalam blog saye..

15 Jan 2011

Kisah Mat Pao, Brader 7eleven dan awek hot

Sedang Abang Jufri, Encik Zali Zakri jr. dan Encik Adie berbual ringan, Mat Pao a.k.a Jampaui a.k.a Saudara Ahmad Kamil pulang daripada pembelian topup beliau..Dengan muka yang beriya, Saudara Ahmad Kamil menarik kerusi lalu duduk sambil membuat muka yang sangat confuse seperti melihat ex-girlfriend keluar date ngan member baik..

Saudara Ahmad Kamil a.k.a Castello

Saudara Ahmad Kamil memulakan cerita beliau..

"Tadi aku beli topup rm10 kat 7e (sambil merujuk 7eleven).Aku pun bagi la dia duit rm50"

Okeh, Abang Jufri tidak nampak apa yang saudara Ahmad Kamil isukan disitu..

"Lepas tu, dia kate takde duit kecik.Tapi ape yang best, brader tu macam desperate giler bagitau aku yang payah betul macam ni, macam mane eh nak buat (sambil saudara Ahmad Kamil melakonkan semula cerita tersebut)"

Saudara Ahmad Kamil menyambung lagi cerita beliau..

"Tapi tiba-tiba ade awek hot giler masuk, tiba-tiba brader 7e tu kate kat aku,saye cuba bang..Korang faham tak ape kaitan aku dengan awek tu??"

Dengan selamber, Encik Zali Zakri jr. mencelah," Dio nak sughuh kau beghambuih dogheh la tu Pao, tu yang dio maleh nak layan kau, dio boghi yo duit lobih tu (translate la sendiri)..

Kesimpulan : Saudara Ahmad Kamil tidak ada kena mengena ngan awek hot tersebut, sebab saudara Ahmad Kamil tak hot macam awek tu..

12 Jan 2011

Buang bayi dalam tandas UiTM

Sebelum ni aku dengar cerita jer, yang kat UiTM ni macam-macam benda jadi..Aku takde lah nak percaya sangat, sebab tak pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri..Ye lah, kalau takde bukti macam mana nak percaya..Tapi apa yang aku alami pagi tadi betul-betul buat aku terkilan..Dan aku tak percaya plak jadi depan mata aku (tadi kata nak percaya, sekrang taknak percaya plak..Ape-ape je lah Encik Adie)..Kejadian ni berlaku kat tandas Kolej Perindu, salah satu kolej kediaman kat UiTM Shah Alam..

Yer, aku duduk Perindu..Dan aku tak sangka benda ni dilakukan oleh budak kolej aku..Kolej aku memang takde perempuan, tapi still adi bayi yang kene buang dalam tandas, dan tandas tu sebelah je bilik aku!!!!Memang korang takkan jumpa berita ni kat dalam paper or berita Utama yang dikendalikan oleh Karam Singh Walia, sebab orang UiTM taknak hebohkan cerita ni..Tapi aku rasa terpanggil nak bagitau korang..

Mana boleh hal-hal macam ni dibiarkan!!Ni semua dah melampau lah der!!Biar lah aku kene buang ke, kene saman ke, yang penting aku kene bagitau kebenaran..

Kalau sorang pun tak boleh terima, bayangkan berjuta-juta bayi dibuang kat dalam tandas!!!

Aku sedih sangat-sangat bila aku tengah melabur saham ASB tadi, aku nampak ada cecair putih yang agak likat kat lantai tandas aku melabur tu..Terbantut hajat aku..Sial punye TNB!!!

p/s : Brader, kalau nak 'buat' tu pun, tolong la siram baik-baik..Takde lah aku nak rasa stress sebelum pergi kelas Management..

8 Jan 2011

Perlukan perangsang??

Korang ada masalah dengan libido atau ghairah seksual??(wah,sopannya Encik Adie)..Sekarang ni, macam-macam ubat, macam-macam produk dihasilkan syarikat multinasional yang masing-masing cakap boleh buat kita tambah power..Tapi sebenarnya semua hampeh (Encik Adie tak pernah try lagi, terima kasih) dan hasilnya tak seperti yang orang nak..Kalau berkesan pun, sangat lah kejap, tapi kesan sampingan dia beratus kali ganda daripada khasiat dia..

Korang jangan risau, aku ada tips yang paling berkesan untuk tambahkan libido atau ghairah seksual ni..Dan buat pengetahuan korang, tanpa alat, tanpa perlu makan ubat, tanpa perlu mengurut, dan macam-macam lagi benda mengarut yang mu
ngkin akan membuatkan korang tak dapat anak nanti..Jom cekidaut..

Korang tengok gambar kat bawah...

Okeh..Macam mana perasaan korang??Tak rasa ape-ape??Okeh, mungkin belum apa-apa lagi tu..Jangan risau, korang masih normal kalau belum rasa apa-apa..Oke, kita pergi ke terapi yang seterusnya..Tengok gambar bawah ni pulak..

Okeh, sekarang??Apa perasaan korang??Still sama??Jangan risau..Kita pergi ke stage yang berikutnya..

Sekarang??Kalau korang perlukan perangsang, jangan risau..Korang datang je sini, Plaza Perangsang, Shah Alam, sebelah Kompleks PKNS ngan Plaza Alam Central..Masuk je sini, confirm terangsang punya lah..Tak caye, try lah..Hahahahaha..

Untuk tips tingkatkan libido(ini serius eh), klik sini..

p/s : Aku tak tau tang mana perangsang nye..Tengok bangunan pun dah tak selera nak masuk, apa tah lagi untuk terangsang..Ntah apa-apa nama..

7 Jan 2011

Arahan tambahan

Sebenarnya dah sangat lama aku simpan gambar ni..Gambar ni aku amik kat salah satu bilik mesyuarat dalam Wisma Persekutuan, Seremban.Sebelum dia menjadi pekasam, baik aku post je kat Encik Adie ni..Kalau tengok dari jauh, nampak macam signboard biasa jer..


Tapi kalau tengok dekat-dekat, dia ada arahan tambahan sebenarnye..Cube ushar sikit gambar dia..
Haaaa..Kalau korang tengok betul-betul, korang boleh nampak apa yang dia tulis kat situ.."MELANCAP" a.k.a onani..Means Dilarang Melancap (sori ayat kasar sikit,hehehe)..Yang aku pelik, dah la ni bilik mesyuarat kat dalam bangunan kerajaan..Takkan lah tak pernah perasan benda tu..Nampak sangat masuk untuk tidur je..Ke memang dah ada kes sebenarnya??Hahaha..Nasty you..

6 Jan 2011

Drama Pak Guard UiTM


Situasi 1 : Orang atasan UiTM dengan kereta besar dan cermin gelap melalui pintu gerbang

Pak Guard : Eh, Datuk VC (Vice Chanselor) lah..Kena betul-betul ni..
Pak Guard : Datuk !!! (sambil mengangkat tangan dengan bukaan ketiak selebar 210 darjah, badan bongkok 45 darjah)
Kereta Datuk VC : Pin,pin!!

Situasi 2 : Lecturer dengan kereta melalui pintu gerbang

Pak Guard : Puan!!Apa khabar puan..Senyum je nampak..
Lecturer : Alah kamu tu, pandai,pandai je..Huhuhu..Saya pergi dulu yer..
Pak Guard : Okeh,okeh..Selamat jalan yer puan (sambil mengangkat tangan, dengan bukaan ketiak sekadar 120 darjah, badan bongkok 20 darjah)

Situasi 3 : Mahasiswa perempuan yang cumel dengan kereta MyVi putih

Pak Guard : Kejap,kejap..Kamu nak pergi mana ni??Duduk kolej mana..
Awek cumel : Saya nak pergi S2 jap, nak makan..Saye duduk Mawar..
Pak Guard : Nama awak siapa ni?Awak nak masuk kol bape??
Awek cumel : Nama saya Lisa Surihani..Kalau masuk lambat sikit boleh ke pakcik??
Pak Guard : Abang tak kisah kalau awak nak masuk lambat,tapi jangan lambat sangat eh..lagipun, bahaya kamu sorang-sorang..Abang nak nombor telefon boleh??
Awek cumel : okeh..Terima kasih yer pakcik..

Situasi 4 : Mahasiswa kacak dengan RXZ putih no plat B** 89**

Jajaka kacak : Pakcik!!! (Angkat tangan dengan bukaan ketiak 180 darjah)
Pak Guard : .........................................

p/s : Realiti atau bukan, korang yang judge..hahahaha..

3 Jan 2011

Poops n go

Betulkan poops adalah najis??Kang jadi salah macam aritu lagi kang..Poops jadi boobs (opsss)..Ni bukan pasal ada tandas teknologi baru or perkhidmatan baru ala-ala touch n go..Tapi ni berita pasal pencuri yang tinggalkan poops lepas mencuri..Style giler okay..

Ikut berita dalam Kosmo! arini, ada pencuri ni pecah masuk kedai, curik duit syiling, than tinggalkan "najis" (Encik Adie seorang yang sopan dan pemalu) dia kat kedai tu..Mungkin trade mark dia kot, ala-ala Joker gitu..Tak pun dia nak nganjing tokey kedai tu..Tapi aku suspect la, mesti banyak gila syiling yang dia tibai, sampai tekincit-kincit nak angkat..Seguni ke ape..

Hmmm...Ade 2 benda yang paling pelik..Kenapa dia nak curik duit syiling..Dan satu lagi, kenapa dia bernyahtinja (carik dalam kamus dewan) kat kedai tu, sedangkan dia masuk ikut tandas..padahal boleh je dia nak lepas hajat sebelum masuk..

Ape-ape pun, well played eh pencuri sebab dah berjaya bawak lari seguni duit syiling, dan berjaya melepaskan trademark anda yang sangat cool..Yeahh!!!

Nak baca lebih klik kat sini..