27 Jul 2010

Pink warna diraja


Korang pernah terfikir tak kenapa kuning dijadikan warna diraja,bukan warna lain??Masa kelas agama semalam,ada sentuh pasal warna..Tiba-tiba saudara Zullhafiz atau panggilan manja beliau Achoy mengutarakan soalan,kenapa raja dulu tak pakai pink??

Dan soalan tersebut bermain dibenak Encik Adie yang kacak selama beberapa minit sebelum beliau membuat keputusan untuk komersialkan soalan tu,hahaha..Kalau korang perasan,kat jata negara atau bendera mana-mana,belum pernah jumpa yang ada warna pink..Kenapa eh??

Dari hasil perbincangan kami,kalau nak diikutkan logik akal lah,zaman dulu belum ada lagi warna-warna macam pink,peach,cyan, dan macam-macam lagi warna yang memerlukan campuran (ijau campur merah jadi biru tak kira eh)..Jadi,raja-raja zaman dulu die selalu dapat emas sebagai pertukaran atau urus niaga,so diorang rasa warna emas merupakan warna kemegahan..Bile kuning nampak seakan-akan warna emas,jadi kuning digunakan sebagai warna diraja..(agaknye lah)

Tapi korang boleh bayangkan kalau dulu pun dah ada warna pink,dan dijadikan warna diraja??Than ada bendera-bendera negara berasaskan warna pink..Maka berbahagialah wanita-wanita dan tak ketinggalan lelaki gedik yang suke pink,sebab warna kegemaran mereka diiktiraf,hehehe..Dan berdukacitalah orang yang tak suka pink macam Cik Shyrah Ramli..

p/s : Tak suke pink!!!!

26 Jul 2010

Syarikat makanan yang mencurigakan



Korang pernah tengok nutrition fact kat mana-mana makanan yang korang pernah beli??Kalau korang tengok,bagus sebab kita tau apa yang kita makan.Tapi aku rasa benda yang paling orang suka tengok kalau dia beli makanan adalah berapa harga dia (ofkos la kan) than bile expired dia..Ade la kot 5% yang tengok nutrition fact dia,so that apa yang diorang beli tu berkhasiat..

Kalau korang pernah tengok,paling simple adalah syarikat roti..Baru-baru ni aku terbaca Roti Gardenia,yang sedap dimakan begitu saja bak kate iklan tu,yang roti Gardenia tu diperkaya dengan kalsium..Begitu jugak dengan Horlick..Nutrition fact kata Horlick kaya dengan kalsium..

Tapi korang pernah tahu satu fakta tak,bahawa kalsium boleh menghambat penyerapan ferum/iron/zat besi yang sangat penting untuk pembentukan darah??Jadi,dengan mengambil sumber zat besi dan kalsium sekaligus,menyebabkan zat besi ni akan kurang penyerapan dalam darah,membuatkan zat besi kurang dalam badan,kurang pmebentukan darah,dan akhirnya akan menyebabkan anemia (iron defeciency anemia)..

Menurut sunnah Rasullullah,kita tidak digalakkan memakan daging dengan susu..Apa rasional dia??Sebab daging merupakan antara sumber zat besi,dan susu pulak macam yang kita tahu merupakan sumber utama kalsium..Jadi kalau ada yang badget lahir kat negara 4 musim dengan mata biru tu,suka minum susu time makan biasa,percayalah,sunnah Rasulullah adalah cara hidup terbaik untuk semua manusia,bukan untuk orang Islam sahaja..


Tapi yang aku pelik,kenapa kebanyakkan syarikat makanan akan menggabungkan kedua-dua mineral ni??Atau dalam makanan ni,diorang dah set,kalsium jalan dulu,than baru zat besi jalan dulu..Tapi aku tak rasa macam tu,sebab ubat pun kene letak coated untuk dia tak habis dalam satu masa,ini kan roti..Adakah dietitian diorang tak perasan pasal benda ni?Ataupun diorang perasan tapi nak menipu mata pengguna supaya beli produk mereka??

Semua tu,korang yang nilai yer..Tapi nasihat aku,jangan lah campur sumber kalsium dengan sumber zat besi kalau tak nak kurang darah bak kate orang, terutama perempuan yang sedang dalam tempoh menstruasi (datang bulan)...

p/s : Kalau ada maklumat yang salah dan aku tak tahu,tolong la kongsi yer




23 Jul 2010

Budak 2 tahun atas pokok kelapa


Semalam aku pergi mesyuarat dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk briefing program yang diorang nak buat Sabtu dan Ahad ni..Aktiviti die aku rasa sangat menarik,program untuk bawak budak-budak sekolah untuk ajak buat kebaikan..Tapi aku jadi fasci je la,sebab aku pun bukan baik sangat pun..

Tapi apa yang aku nak kongsi adalah,ketua program ni,Tn Guru Yahaya(Pak Ya) (laman Facebook beliau) ada cerita something yang aku rasa terpanggil nak cerita kat korang..Sebelum dia mulakan meeting tu,dia ada bagitau yang dia ni sibuk sangat,pukul 11 malam nanti dia dah janji ngan orang, orang tu nak mintak tolong..Orang tu kata ada bayi atas pokok kelapa..Aku dalam hati sumpah seranah mak bapak budak tu.Dah la buang anak yang tak berdosa,lepas tu siap campak atas pokok lagi..Memang takde sifat manusia betul..

Tapi Pak Ya betulkan ayat dia balik..Dia kata bukan bayi,tapi budak kecik 2 tahun..Pak Ya pun cakap,kenapa tak suruh budak tu turun je..Aku dalam hati pun cakap,power betul budak kecik ni,baru umur 2 tahun dah pandai panjat pokok kelapa,tapi masalahnya dah pandai panjat,tak pandai nak turun pulak..Masalah jugak..

Pak Ya sambung cerita..Orang kampung tak dapat nak turunkan budak tu,sebab takde sape yang berani nak turunkan budak tu..Pak Ya tanya kenapa??Orang kampung cakap, budak tu dua hari lepas nak beli air kelapa,than masa dia nak melintas jalan,ada kereta langgar dia..Dan malangnya nyawa budak tu tak dapat diselamatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan kat kampung tu..

Tapi masalahnya,lepas 2 hari kebumi,budak tu duduk atas pokok kelapa tu..Orang kampung panggil Pak Ya,Pak Ya cakap tunggu kejap,nak habiskan meeting,biarkan budak tu minum air kelapa puas-puas dulu..

p/s : Tibe-tibe aku meremang

21 Jul 2010

Kisah sang semut


Korang suke semut tak??Mungkin sesetengah orang tak kisah pun kalau ada semut kat bilik or kat rumah.Tapi aku agak pantang dengan semut ni..Aku rasa rimas sangat bila ade banyak semut kat tempat aku..Terutama kat rumah aku..Biasa lah rumah kampung,bersepah semut..

Tapi yang aku tak boleh terima,2 hari lepas tibe-tibe semut banyak kat bilik aku..Nescafe 3in1 pun dia nak hurung..Siap beratur je diorang berusaha nak makanan yang aku ada,walaupun sume bertutup..Kat atas meja aku pun jadi penuh ngan semut,kat nota-nota..Hantu aku naik dah,nasib tak tukar jadi hijau je..Dengan berbekalkan Ridset yang dikatakan berkesan nak bunuh nyamuk (pening-pening lalat je aku rasa), aku sembur satu bilik aku,tak pasal-pasal bau sampai 30minit..

Berpuas hari untuk seketika,bila semua dah mati..Esoknya datang balik.Tak tau la diorang marah aku ke sebab bunuh member-member diorang semalam.Jadi serba salah pulak aku..Aku pun mengeluh kat depan diorang,"janganlah kacau aku.Aku pun nak makan gak"..Haa,lebih kurang macam tu lah dialog antara Encik Adie dan semut..Alih-alih,die dah tak datang dah lepas tu..Diorang faham ke eh??

Tapi ape yang aku nak cakap adalah,macam mana kegigihan semut-semut tu carik makanan..Diorang sanggup panjat sampai tingkat 2 nak carik makanan aku..Dah tu,aku dah sembur racun,boleh datang lagi.DAn diorang tak datang sekor-sekor,diorang mesti datang ramai-ramai..Kalau manusia boleh contohi sikap semut yang macam ni,oke lah..Maksudnye sifat yang tak putus asa,dan sentiasa berkerjasama.Tapi jangan contoh sifat suke amik barang orang lain lak.Masalahnye,tulah yang manusia suke tiru..

p/s : Jangan balik ni tibe-tibe ade balik semut sudahlah..

19 Jul 2010

Packet or ala-carte ???


Korang selalu makan fast food??Confirm la ramai kan,terutama Cik Shyrah Ramli yang dok makan McD je bile Kak Ani melancarkan mogok tak masak bila tak dapat jumpa boipren die,bak kate Shana..Bukan setakat McD,KFC,Pizza Hut,tapi macam-macam restoran makanan segera(fast food) dah ada sekarang,tak termasuk mee segera lagi..Dan kalau kat bandar-bandar,fast food dah menjadi pilihan ibu bapa berkerja untuk disajikan kepada anak-anak mereka..

Kalau nak beli,korang selalu beli macam mana??Suka beli ikut packet/set atau yang ala-carte/asing-asing?Biasanya aku rasa orang akan beli yang packet/set la,sebab ada makanan,air dan benda lain,dalam keadaan yang murah.Kalau beli ala-carte,macam mahal sikit sebab kalau kat McD,burger paling-paling Rm5, air RM2, fries RM4, dah dalam RM 11..Kalau beli paket,baru dalam RM8-RM9..

Tapi korang sedar tak packet apa yang korang beli tu??Sebenarnya seiring dengan packet tu,korang dapat peacket lain pulak..Burger(tinggi kadar kolesterol) - menyumbang kepada penyumbatan pmbuluh darah,awal kpada sakit jantung, fries(banyak garam) - darah tinggi, air(tinggi kandungan gula) - kencing manis..


So,dalam tak sedar,korang beli jugak set penyakit darah tinggi,kencing manis,dan paling menakutkan masalah jantung apabila korang beli packet kat restoran makanan segera..Itu baru makan tengahari.Kalau pagi,tengahari,malam pun makan benda yang sama,lagi banyak la penyakit yang korang beli..Belum ditambah dengan junk food (makanan sampah) macam keropok-keropok dan macam-macam lagi..

Bagi aku,tak salah nak makan apa saja,asalkan makanan tu berkualiti dan jugak kita kene seimbangkan dengan bersenam dan juga aktiviti-aktiviti yang sihat,so kadar yang masuk dalam badan sama atau lebih sikit je dari kadar yang keluar dari badan..Tapi jangan sampai tak makan,dengan alasan diet.Sebab diet sendiri bermaksud makan..Dietetik bermaksud pemakanan,dietitian pulak bermaksud "pakar pemakanan",bukan "pakar tak makan"..Tapi apa yang kita makan tu mesti lah seimbang dan sesuai untuk diri kita..

So,selamat mengamalkan cara hidup yang sihat!!!!!

15 Jul 2010

Train - Hey Soul Sister (lyrics)


Train - Hey Soul Sister (lyrics)

Hey Hey Hey

Your lipstick stains

On the front lobe of my left side brains
I knew I wouldn't forget you
And so I went and let you blow my mind
Your sweet moonbeam
The smell of you in every single dream I dream
I knew when we collided you're the one I have decided
Who's one of my kind

Hey soul sister, hey there mister, mister
On the radio, stereo
The way you move ain't fair you know
Hey soul sister, I don't wanna miss a single thing you do tonight

Hey Hey Hey

Just in time, I'm so glad you have a one track mind like me
You gave my life direction
A game show love connection, we can't deny
I'm so obsessed
My heart is bound to beat right out my untrimmed chest
I believe in you, like a virgin, you're Madonna
And I'm always gonna wanna blow your mind

Hey soul sister, hey there mister, mister
On the radio, stereo
Hey soul sister, I don't wanna miss a single thing you do tonight

Well you can cut a rug
Watching you is the only drug I need
So gangster, I'm so thug
You're the only one I'm dreaming of
You see I can be myself now finally
In fact there's nothing I cant be
I want the world to see you'll be with me

Hey soul sister, hey there mister, mister
On the radio, stereo
Hey soul sister, I don't wanna miss a single thing you do tonight
Hey soul sister, I don't wanna miss a single thing you do tonight
Hey Hey Hey (tonight)
Hey Hey Hey (tonight)

14 Jul 2010

Pekerjaan yang korang tak sangka ada


Korang mesti dah ada yang keje kan..Kalau tak pun,korang sume akan keje gak satu hari nanti..Tapi korang pernah terfikir tak perkerjaan yang pelik-pelik,tapi pekerjaan tu sebenarnya ada??Bagi aku,keje-keje yang aku nak cakap ni agak aneh sebenarnya dan aku tak pernah fikir ada pun,tapi aku pernah tengok..haaa...

1. Tukang kutip sampah kat highway

Kalau korang pernah tengok,dekat highway akan ada pekerja yang potong rumput,yang baiki jalan.Tapi pernah tengok tukang kutip sampah??Korang bayangkan kene berjalan berkilo-kilo meter tengah panas..Dah la kalau jalan 400meter belum tentu dapat sampah..Tapi yang aku hairan,macam mana mamat tu (Sri Lanka kot),selamba je dengan tak pakai cap ngan sunglasses, kental je jalan tengah-tengah panas tu..Nak tambah pigmen melanin ke??

2. Tukang sapu jalan raya

Yang ni banyak kat kawasan pembinaan..Tukang sapu bukan takat sapu halaman je,dia sapu jalan yang lori-lori bawak tanah tu..Kira macam dia taknak jalan kat situ berhabuk kot.Tapi bukan satu tempat je aku tengok,dah banyak kawasan pembinaan ada orang tukang sapu jalan ni..Memang wajib ada ke macam mana??Tapi nasib baik dia bukan kene sapu tapak pembinaan tu..Kalau tak,lepas bini dia bersalin pun tak habis-habis..
3. Tukang tabur paku tengah jalan

Ni adalah pekerjaan paling celaka aku rasa..Dah la menyusahkan orang,silap-silap haribulan boleh buat accident..Kalau mati orang tu,macam mana??Kalau korang perasan,kat highway ada sangat banyak nombor telefon orang untuk ganti tiub tayar motor..Aku rasa tak mustahil diorang sendiri yang tabur paku tengah jalan..Baru ni aku kene.Mase aku tengah bawak Suria Baja Hitam WME 7151 milik Hj Ma'arof,tiba-tiba semua motor berhenti kat lorong nak masuk lorong motor yang ada kat tol tu..Sepanjang 50 meter ada paku kat kat tengah jalan,dan paku tu berselerak..Kalau ada orang terjatuh pun,tak kan la paku-paku tu dah praktis,kalau jatuh tak bertindih and sampai 50 meter..Macam setan..

Kesimpulannya,tak kisah la apa-apa pun kerja korang,berapa pun gaji korang,yang penting pekerjaan tu halal disisi syarak dan tidak menyalahi syriat agama..Dan jangan pernah pandang rendah kat pekerjaan orang lain walaupun tukang sapu,sebab kalau takde diorang,kotor la Malaysia ni..Dan paling penting,enjoy your job!!!

Hilangkan kutil dengan berkesan


Korang pernah dengar "kutil"??Aku tak tau lah kalau tu bahasa Negeri Sembilan ke pe,tapi aku tanya orang semua tau je pasal kutil,so aku assume itu adalah Bahasa Melayu standard..Korang pernah ada kutil atau ada kutil kat korang sekarang??Bukan nak merendahkan korang,tapi aku nak kongsi satu tips..

Dulu masa aku sekolah rendah,aku pernah ada kutil,dan aku sangat malu sebab ada banyak kat tangan aku..Setiap hari aku buang ngan ketip kuku,sampai ada masa tangan aku berdarah-darah,malu punya pasal..Tapi still tak hilang gak..Ada gak aku gesel-gesel kat atas jalan tar yang panas..Pedih je dapat,kutil tu still ada gak..

Than aku ada terbaca satu petua kat majalah ke mana entah,aku lupe..Petua dia adalah amik kapur sirih (yang orang tua selalu sapu kat sirih makan ngan buah pinang tu), than campur dengan detergan (sabun basuh baju serbuk,bukan sabun buku),tak kisah la Daia ke,Boom ke,Cap Ayam ke,asalkan detergan..Gaulkan,than letak kat kutil tu..Tapi jangan sampai kene kat kulit yang normal..Memang agak panas dan pedih,tapi dalam masa 15 minit,semua kutil kat tangan aku tertanggal..Aku tak pasti kalau orang lain macam mana kesan dia..

Secara ilmiah nya,kapur sirih mengandungi Asid Salasilat,bila dicampur dengan detergan yang bersifat alkali,campuran tu akan menjadi alkali pekat yang bersifat menghakis..Campuran ni mirip dengan ubat kutil yang korang dapat daripada hospital,tapi berkesan dalam masa 1bulan paling awal dengan penggunaan teratur..

So kalau korang ada masalah yang sama,cuba la ni..Kita berihktiar,Allah jua yang menyembuhkan kita..Nanti kalau ada yang berkesan,boleh la kongsi sama-sama yer..Aku bukan reka cerita,sebab kalau aku tak pernah cuba benda ni,maybe Cik Shyrah Ramli tak nak kat aku sekarang ni,huhu..Selamat mencuba...

11 Jul 2010

Sotong oh sotong


Aku rasa boleh kata semua orang akn bercerita pasal final World Cup 2010,dengan Spain muncul sebagai juara lepas Iniesta jaringkan gol pada masa tambahan,so takdelah kene tunggu penalti yang membuatkan aku kene tunggu sampai pukul 630 and mengurangkan peratusan aku escape kelas..

Dan satu lagi yang berjalan seiring dengan berita kemenangan Spain,sah-sah la Paul si sotong kurita,yang predict Spain sebgai juara(parrot lauk,sebab salah..hahaha..dasar publisiti murahan)..Daripada ntah sape-sape,Paul tibe-tibe jadi ikon dan juga merupakan bahan ancaman orang yang tak puas hai dengan dia..Korang pun tau kan reputasi Paul World Cup tahun ni,dia predict semua betul..

Tapi apa yang aku nak cakap bukan aku kagum dengan si Paul,cuma aku nak ingatkan,jangan sampai akidah kita lari sudahlah,bila kita percaya yang Paul ni lah penyebab Spain menang..Kalau macam tu dah kira syirik dah tu..So pandai-pandai la yer..

Anyway,aku rasa berbaloi gak tido lambat arini,sebab Spain menang dengan Netherand yang dah kalah tiga kali berturut-turut masa final..hahaha..

p/s : Yang pasti,aku rasa saudara Hazuan a.k.a Juan Pablo sedang tersenyum riang sekarang ni walaupun Netherland kalah..btul tak KN??

9 Jul 2010

Paul si sotong popular

Sebelum bermula,sukalah saya ingatkan disini bahawa Paul merupakan seekor sotong yang sebenar dan bukanlah merupakan manusia..Boleh kate sume orang tengah dok sibuk cite pasal si Paul ni,bukan Peter Paul oke..Mase first aku bace kat Kosmo pasal Paul ni,aku buat tak tau je,sebab aku rasa mengarut,sebab percaya kat sotong nak tentukan nasib..

Tapi si Paul ni,setakat ni ramalan yang dia buat betul sepanjang Piala Dunia 2010 yang melibatkan pasukan German, dan paling malang, Paul meramalkan German kalah di tangan Spain..Akibatnya,Paul yang menjadi kesayangan orang German tu,tibe-tibe menjadi kemarahan orang ramai pulak..Berlumba-lumba orang nak goreng dia..Dah la masa German menang lawan Argentina, ada chef Argentina beriya nak masak Paul,sebab ramal Argentina kalah ngan German..

Paul ni lahir kat England sebenarnya,tapi kemudian di bawa ke German..Umur dia lebih kurang 2 tahun sekarang ni..Aku pelik sebenarnya kenapa orang percaya ngan sotong ni..Menurut orang yang jaga dia ni,sotong merupakan haiwan yang bijak dan mempunyai ingatan yang sangat tinggi..Tapi aku nak tanya..Bukankan statement tu dan tindakan orang ramai yang percaya kat dia mengakui bahawa sotong lebih bijak dan lebih hebat daripada manusia??

Sebab orang percaya kat sotong ni la,aku rasa orang ramai lagi nak berjudi..Ntah apa lah tujuan sebenar diorang perkenalkan Paul ni..Nak publisiti mungkin faktor terbesar kot..Tapi untuk final Piala Dunia 2010 ni,Paul si sotong dah ramal bahawa Spain akan mengatasi Holland..Apa kata anda??


p/s : Kimpit patut ikut cakap Paul la,takde la team keluar awal,hahahaha...



6 Jul 2010

Bapak kencing berdiri,anak kencing melompat


Korang pernah dengar "Guru kencing berdiri,murid kencing berlari"??Mesti macam agak mustahil benda tu nak jadi,sebab dia hanya nak tunjukkan yang cikgu ni banyak pengaruh kat anak-anak murid..Tapi aku rasa,ibu bapa lagi penting untuk corakkan anak dia..

Apa yang aku ckap ni,bukan peribAhasa nak menggambarkan apa-apa,tapi ni apa yang aku nampak..Korang bayangkan,pakcik tu,ajar anak dia kencing berdiri..Lepas tu budak tu dah la pendek,siap dia suruh lompat-lompat lagi..Aiyoh la..Tak terfikir kat akal aku..Pakcik tu tengah kencing,boleh pulak dia tengok-tengok anak dia,suruh guna tempat kencing berdiri tu..

Kok yer pun,guna la tandas..Macam mana la anak dia nak disiplin,kalau bapak die pun kencing berdiri,depan orang ramai..Bagi aku,tempat kencing yang kat dinding tu tak sesuai kat Malaysia,sebab kalau ikut logik,benda tu sama ngan kencing kat khalayak ramai..Betul tak??Dah la kencing secara berjemaah..Geli aku..

So kalau korang ada adik kecik,jangan la ajar dia guna tempat kencing berdiri tu,baiklah ajar dia guna toilwt bowl..Lagipun Rasulullah tak bagi kita kencing berdiri ni,apatah lagi secara berjamaah di tempat orang ramai..huhuu