31 Dec 2010

Baby tahun dah datang

Alhamdulillah, sekrang kita dah masuk ke dalam tahun 2011..Dan diharapkan malam tadi takde anak yang bakal dibuang dalam masa 9bulan dari sekrang..Semakin banyak tahun, makin bnyak umur kita sebab umur kita takkan boleh gostan (tau ke??)..

Tapi apa yang kita dah buat spanjang tahun ni??Tu pandai-pandai lah kita fikir eh..Aku bukan motivator (penceramah untuk GPMS sahaja okeh), so taknak suruh muhasabah..Pandai-pandai lah korang fikir sendiri.Dalam 2010 dulu (ke semalam??), macam-macam benda jadi kat aku, kat persekitaran aku, kat negara kita Malaysia ni..Dan yang paling manis, Malaysia menang Piala AFF Suzuki!!! (Encik Adie, udah-udah ler tu bola nyer)..

Tahun 2010 gak menunjukkan jatuh bangun aku..Quit dari Medic USU tahun 2010, dan masuk UiTM Shah Alam pada 2010 gak, dan aku bertekad untuk gunakan ni sebagai batu loncatan aku untuk berjaya..Macam biasa, azam tahun baru supaya aku leh success dalam study aku, dan aku nak buat comeback dalam sukan!!!!Tolong doakan Encik Adie ye..

Dan semoga kita semua menjadi semakin hebat tahun ni..Yang lepas-lepas tu bukan bermaksud dah berlalu dan harus ditinggalkan, tapi amik yang baik untuk dijadikan teladan dan tinggalkan yang tak baik untuk dijadikan iktibar..Apa-apa pun, aku nak ucap terima kasih kat semua yang selalu baca blog aku yang tak seberapa ni..Dan insyaAllah aku akan bagi yang terbaik untuk blog Encik Adie tahun ni, walaupun aku tulis sebagai hobi dan untuk share, tapi aku hargai sebab ada orang sudi baca blog Encik Adie..

29 Dec 2010

Garuda dibaham Harimau


Garuda yang dikatakan sangat hebat dan tidak gentar dengan apa sahaja, akhirnya dibaham Harimau buas dengan rakus,4-2 pada Piala Suzuki AFF 2010..Penantian seluruh rakyat Malaysia, akhirnya berakhir dengan Piala Suzuki AFF dibawa pulang ke tanah air oleh Harimau Malaya yang semakin buas dari hari ke hari..

Walaupun aku tak dapat tengok game tadi (dan walaupun Sir Colonel KFC dah cuba nak tengok tivi pakai CSL dia time ceramah), bahang dia terasa..And aku sangat puas hati dengan permainan kat Stadium Bukit Jalil dan aku berpeluang tengok hari tu..Tapi penonton sangat mengecewakan..Dah sund awal-awal jangan main laser, tapi still main.Walaupun permainan disambung dengan kemenangan 3-0, tapi kejayaan Harimau Malaya terpalit dan tercemar akibat penonton yang pentingkan diri..Penyokong Indon boleh gunakan alasan tu untuk cakap yang Harimau Malaya bukan hebat sebenarnya..


Tapi apa-apa pun, diharapkan Harimau Malaya takkan pernah pandang langit dengan bongkak, tapi tunduk ke bumi dengan rasa rendah diri dan tingkatkan prestasi lagi..Seluruh rakyat Malaysia pandang Harimau Malaya sekarang sebagai hero negara..Tahniah buat skuad Rajagopal, dan semoga kita rakyat Malaysia terus menyokong Harimau Malaya..

Malaysia Boleh!!!!

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

24 Dec 2010

Perbezaan artis dulu dengan artis sekarang

Sebab kita dalam mood Anugerah Skrin 2010 malam tadi (yang aku tak berminat lansung untuk tengok), so aku ingat nak cerita sikit pasal artis..Tapi bukan pasal gosip artis..Kalau nak baca pasal gosip artis, baik korang layan Mat Kepoh..Tak reti aku nak gosip-gosip ni (wat muka innocent)..


Aku bukan lah perfect sangat, dan entry ni pun bukan fakta sebenar, tapi aku rasa ada betul nya perbezaan artis dulu-dulu, zaman tv pun ade 2 kaler je, bahasa pun bahasa Melayu klasik punya (Hang Tuah tak masuk, sebab dah ada banyak kaler walaupun dia klasik,hehehee) dengan artis kite sekarang...Dan chill eh pagi-pagi ni, taknak stress-stress..

1. Asal kejayaan

Artis dulu

"Untuk menjadi seperti ini, saya bermula dengan Bintang RTM, Sinaran Pasport Kegemilangan, dan kemudiannya saya melangkah satu persatu untuk menjadi lebih popular.Saya mengambil lebih kurang 10 tahun untuk mendapatkan tempat seperti sekarang..Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu saya"

Artis sekarang

"Nak jadi artis?Senang je..Pergi daftar, beratur panjang-panjang, masuk reality show..Tak kisah pun kalau suara tak sedap sangat, yang penting pandai tarik perhatian juri, muka mesti hensem, lawa..Dah penuh??Jangan risau..Kat Malaysia je ada lebih 50 reality show.."

2. Baju

Artis dulu

"Wah, kamu nampak ramping la Joyah..Kamu pakai korset ya??Berat kamu dah turun nampaknya ni..Elok dengan baju ketat yang kamu pakai"

Artis sekarang

"Wah, gebunya peha you..Tangan you putih betul walaupun kat Malaysia ni panas, tapi nasib baik you cukur bulu ketiak you..Nice cleavage.."

3. Kahwin

Artis dulu

"Saya akan mencintai Sudin selama-lamanya..Doakan kami berkekalan"

Artis sekarang

"Saya dah tak serasi dengan dia..Minta semua jangan masuk campur urusan peribadi saya..Lagipun kalau tak cerai berai, bukan artis la..Mungkin bukan rezeki saya..Tapi dah ditakdirkan jodoh saya dengan Datuk, menteri, YB tu..Terima kasih yer"

4. Bersara

Artis dulu

"Selagi saya masih boleh mencurahkan hasil seni saya untuk peminat, saya akan terus menghasilkan karya yang berkualiti dan menghiburkan peminat sedaya saya"

Artis sekarang

"Belilah kosmetik, minuman untuk kurus, dan ubat saya..Terbaik dari ladang, confirm..Saya ada letak sikit peluh-peluh saya..Mahal tau ni"

Just for fun eh brader..Tapi kalau rasa betul, apa salahnya nak terima.Huhuhu...

23 Dec 2010

Nak menang ke nak gol??

Bahang Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki dah makin teghaso ni (eh,terkeluar kampung den)..Ahad ni, Malaysia ngan Indonesia (yang memang selalu bergaduh) akan beradu (bukan tido) untuk merebut Piala AFF, piala paling berprestij kat Asia Tenggara..

Tapi apa yang aku pelik, kalau korang ikut perkembangan media, setiap kali keluar statement pemain, semua cakap "Saya akan pastikan saya akan dapat gol nanti", atau "Saya akan memastikan saya akan menyumbangkan gol untuk Malaysia", dari erti lain, semua nak sumbat gol sendiri..Serius, aku tak rasa mentaliti ni sihat..Sama macam lawan Vietnam hari tu, statement yang sama aku dengar..Dapatlah semua orang gila gol, dah tak main untuk Malaysia, tapi main untuk populariti..Tapi tak taulah kalau korang rasa aku salah..

Berbeza dengan pemain luar negara, kebanyakannya akan cakap nak menang bersama-sama team sendiri, dan ada sedikit je yang komen pasal nak carik gol..Pemain kita tidak, highlight kan nak dapat gol dulu, baru cakap semoga team kita menang..Menang macam mana??Dengan dia mencetak gol..

Aku bukan lah orang yang hebat main bola, in fact leh la kata aku ni kaki bangku sikit, tapi kita boleh menilai kan..Tapi apa-apa pun, aku still support team Malaysia..Apa-apa pun jadi, kalah menang, yang penting kita sokong pasukan kita..Sebab kalau kita tak sokong, macam mana kita nak maju..Dan diharapkan mentaliti pemain kita boleh diubah..Malaysia Boleh!!!

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

Michael Milton : Si tempang yang angkuh

Korang pernah dengar Michael Milton??Aku pun sebelum ni pun tak pernah nama Michael Milton, sampai lah aku tengok ESPN kalau tak silap..Sebab keluar kat ESPN, sah-sah la si Michael Milton ni seorang atlet, coach or pengurus kelab..Tapi kenapa aku cakap Michael Milton ni si tempang yang angkuh??Chucerita,chucerita...

Mamat Michael Milton ni merupakan atlet ski paralimpik untuk Australia..Dan bukan tempang biasa, tapi Michael Milton hanya ada sebelah kaki!!Bayangkan macam mana ski dengan satu kaki..Betapa gigihnya si mamat Michael Milton ni..Walaupun kehilangan kaki dia masa kecik disebabkan oleh barah, Michael Milton merupakan pemegang rekod dan pingat emas paralimpik dunia..Selain dari itu, dia juga mencatatkan masa terpantas untuk ski di Australia!!Maksudnya, lumba dengan orang yang ada 2 kaki pun dia menang..


Bila dia dah boring dengan ski kot, dia pun cuba untuk masuk acara berbasikal, dan mamat Michael Milton macam biasa, menyerlah..Dengan hanya satu kaki, Michael Milton boleh mencatatkan masa yang baik..Dan beliau mendapat anugerah atlet terbaik Australia atas kecekalan beliau..
Kalau nak cakap orang istimewa tak mampu hidup normal, mamat Michael Milton ni ada 2 orang anak yang normal, dan mempunyai keluarga yang bahagia (as far as i concern la kan,huhuhu)..Dan Toyota merupakan penaja utama Michael Milton, maksudnya dia boleh hidup dengan selesa, walaupun mempunyai kekurangan..

Jadi, kita yang boleh dikatakan sempurna ni tak rasa tercabar ke dengan pencapaian Michael Milton??Walaupun ada satu kaki, tapi dengan "keangkuhan" beliau menafikan beliau hanya mempunyai satu kaki, beliau berusaha untuk menjadi seperti orang normal yang lain..Jadi, kekurangan bukan lah semboyan untuk kita menyerah kalah, dan kelebihan bukanlah lesen untuk kita merasa bongkak..Semoga kita menjadikan Michael Milton ni sebagai contoh dan ikon, bukan sibuk nak ikut artis, nak jadi macam artis..Artis,artis,artis..Walaupun kebanyakan artis mempunyai contoh yang lansung tidak patut dicontohi..

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Michael Milton, boleh lah melayari laman web rasmi beliau..Klik di sini..

Sila tahan telinga bila Encik Adie dah bertukar menjadi pakar motivasi..Hak,hak,hak...

Cantik yang membunuh

Dunia moden memperdayakan wanita dengan mengutarakan nilai-nilai baru yang kononnya boleh menjadikan kaum wanita maju lagi dihormati. Satu di antara asoe yang ditekankan adalah kecantikan dari kaca mata dan piawaian kaum lelaki, supaya dengannya seseorang wanita dianggap moden lagi progresif. Mengikut piawaian ini, saiz badan wanita mestilah mengikut ukuran tertentu, demikian juga dengan payu dara mereka. Bagi mencapai tujuan itu, mereka digalakkan memakan dan menyapu ubat-ubat tertentu yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat multinasional.

Pembedahan plastik yang mempunyai seribu satu risiko dianggap sebagai perkara biasa demi kecantikan. Alat-alat kosmetik yang juga dikeluarkan oleh syarikat-syarikat multinasional mestilah digunakan supaya wanita menjadi lebih anggun dan mempunyai kelas. Tanpa disedari, wanita moden menjadi hamba kepada nilai baru ini di atas nama kebebasan dan kemodenan atau liberated dan golongan yang mengikut batas-batas agama dan tidak mahu menjadi hamba kepada nilai ini dan syarikat-syarikat multinasional yang menaunginya, dianggap kolot dan tertindas atau oppressed.

Di Barat, Nancy Etcoff, seorang ahli sains dan pakar psikologi, di dalam bukunya, Survival of the Prettiest : The Science of Beauty menyelar budaya kecantikan ini. Beliau berkata, " Di dalam tahun 1996, 6996904 wanita menjalani pembedahan kecantikan di Amerika. Pembedahan mencantikkan payu dara yang suatu ketika dahulu hanya melibatkan pelakon-pelakon Hollywood dan pelakon adegan lucah, sekarang menjadi perkara biasa di kalangan suri rumah. Di Brazil, jumlah wanita yang menjadi ahli Avon adalah lebih ramai daripada bilangan tentera yang sanggup berkorban untuk negara. Di Amerika, perbelanjaan membeli barangan kecantikan melebihi perbelanjaan untuk pendidikan dan khidmat sosial. Melihat kepada gelagat manusia yang sanggup melakukan apsa sahaja demi kecantikan, dan untuk itu sanggup mendedahkan diri kepada risiko-risiko besar, seolah olah menampakkan kehidupan keseluruhannya hanya bergantung kepada kecantikan semata-mata.

Tanpa disedari, ramai wanita hari ini rela dipaparkan sebagai alat dan objek seks. Wanita yang sering mendapat tempat di dalam media massa adalah mereka yang digelar simbol seks. Mereka dianggap model yang ingin dicontohi. Kecantikan, pakaian dan tubuh badan mereka dicemburui oleh ramai wanita lain. Isu yang paling penting bagi ramai wanita hari ini adalah kecantikan.Di dalam The American Prospect, Wendy Kaminer dalam artikelnya bertajuk American Beauty berkata, " Saya kira kita sudah maju kehadapan. Suatu masa dahulu gerakan pembebasan wanita berpendapat, perjuangan menuntut hak di antara lelaki dan wanita akan membebaskan wanita daripada pengaruh tipu daya kecantikan dan fesyen. Itu dahulu. Sekarang golongan wanita menganggap berpakaian dengan menonjolkan dada di samping skirt pendek adalah lambang kebebasan. Ia seolah-olahnya menampakkan lambang penindasan yang berlaku ke atas wanita pada hari ini adalah bukan diskriminasi di tempat kerja ataupun keganasan seksual, sebaliknya lambangnya adalah kegagalan wanita memperoleh kasut yang sesuai..Wanit yang tidak cantik dipandang sebagai wanita yang tidak sempurna, wanita yang mundur!."

Kesan daripada keghairahan ini, pembedahan kecantikan atau plastic surgery bertukar menjadi sebuah industri perniagaan yang besar. Mengikut perangkaan tahun 1999, 89% daripada pembedahan ini melibatkan kaum wanita. Peratus prosedur kecantikan pula meningkat 27.5 peratus dalam jangka masa sedekad dan bagi tahun 1999 sahaja jumlah pelanggannya melebihi satu juta orang.

"Dipetik daripada teks Dr. Danial Zainal Abidin di dalam buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. "

Mangga Gergasi!!!!

Brape berat mangga yang korang pernah tengok depan mata??300gram??Lauk sangat..Korang percaya tak ada mangga yang berat dia boleh cecah lebih 1kg sebijik??Baru-baru ni aku gi rumah Pak Lang aku kat Seremban, tapi aku dah sampai malam..Than ibu aku nampak pokok mangga Pak Lang aku, ibu pun ushar buah dia..Ibu suruh aku tengok, terkejut beruk bai!!Tak penah aku tengok buah mangga besar macam ni..

Besar dia, hampir sama dengan saiz A4..

Sama tinggi dengan botol air 750ml..

Kalau tak caye gak, korang bandingkan lah benda-benda dalam ni..

Pak Lang aku bagi 3 bijik, 2 bijik muda, than ibu aku buat jeruk mangga..Dapat satu tupperwer besar kot..Buah mangga ni sesuai untuk orang yang tamak, baru tau macam mana rasa seorang penamak,huhu..Orang paggil mangga ni, mangga King..Mungkin sebab dia raja segala mangga kot..Tapi nama saintifik dia aku tak dapat..

Siapa yang rajin menanam tu, korang pergi kat kedai, tanya anak pokok mangga King..InsyaAllah korang tak menyesal kalau tanam pokok ni..Aku pun nak carik gak anak pokok dia..Hehehe..

Kepada Cik Nurul Salma Munirah, ketika anda pulang ke rumah nanti, mangga ini telah pun selesai dimakan..Pergi amik sendiri kat rumah Pak Lang..

21 Dec 2010

Pulau Tali Kail, Gerik, Perak

Korang pernah dengar Pulau Tali Kail?Tak pernah?Tasik Banding?Tak pernah gak?Hmmm..Kalau Tasik Temenggor??Tak pernah dengar jugak?Boleh lah suruh Menteri Pelancongan letak jawatan ni..(kidding, sori Datuk Seri)..Pulau Tali Kail ni terletak kat Gerik, Perak..Dan ia merupakan salah satu daripada gugusan pulau yang ada kat Tasik Banding atau Tasik Temenggor..Tasik Temenggor merupakan tasik semulajadi untuk menjana elektrik daripada Empangan Temenggor, dan macam biasa lah, kalau ada empangan, maksud dia, Tasik Temenggor ni merupakan tasik buatan, macam Tasik Kenyir...Pulau Tali Kail ni diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak, yang aku rasa korang semua taknak tau pasal benda ni..


Pulau Tali Kail ni terletak kira-kira 50km daripada pekan Gerik, dan kalau korang daripada Kuala Lumpur, lebih kurang 400km..Dalam 4 jam perjalanan la..Baru-baru ni aku berpeluang pergi Pulau Tali Kail ni..Mula-mula aku rasa macam malas nak pergi, tapi bila dah sampai, macam malas nak balik..

Walaupun pulau, tapi Pulau Tali Kail ada kemudahan asas yang baik dan cukup..Air, elektrik, tandas, tempat tidur, kemudahan rekreasi, trail untuk jungle trekking, dan macam-macam lagi..Jom aku tunjukkan apa yang ada kat Pulau Tali Kail ni dengan menggunakan phone cap ayam kesayangan (sape nak gambar lagi cantik, sila sponsor aku kamera baru)

Kalau nak berkayak, memang dah ada perkhidmatan kayak dah..

Dan bukan takat nak suka jer, tapi seruah Illahi kene jawab gak..Musolla disediakan..

Ni chalet A-frame, untuk 2 orang.Tapi ada chalet besar untuk 1 family, 3 bilik kalau tak silap..

Yang ni bukan Wishing Stairs, tapi tangga nak pergi trail hutan..

Kalau nak buat aktiviti, ada dewan, tapi tak besar mana lah..

Dan tandas dia lengkap dan bersih, tak payah nak risau..

Kalau nak adventure, taknak duduk kat chalet, ada disediakan tapak perkemahan..Kau tahan ke dok luar???

Dapur nak masak pun ada..Tapi tong gas kene bawak sendiri lah..Boleh je nak mintak tolong yang uruskan pulau ni untuk sediakan tong gas..

Yang ni kira kesimpulan kemudahan yang ada kat sini lah..

Tapi kalau perlukan maklumat lebih lanjut, boleh layari web Jabatan Perhutanan Negeri Perak (klik sini)...Boleh buat tempahan semua..Tapi kalau korang nak aku uruskan pun, takde hal lah..Bagitau je aku, nanti aku bagi number contact..Bukan semua kemudahan yang ada kat Pulau Tali Kail aku letak, sebab jenuh gak nak upload banyak-banyak..Nak puas kan hati, pergi alami sendiri..Dan aku leh jamin, tak rugi..Sejuk, nyaman, jauh dari bising bandar, jauh dari pencemaran..Meh kita tengok gambaran sekitar pulau...







Selamat datang brader...

Hati-hati kalau pergi sini, ada 2 ekor raksaksa yang berkeliaran kat pulau ni..Raksaksa 2 ekor ni, rakus gile (KOI!!!!!!)

Gambar raksaksa ada, gambar orang hensem mesti lah ada jugak kan (kalau aku tak puji diri sendiri, sape lagi jo)

p/s : Kita heboh nak pergi oversea, sedangkan tempat sendiri tak terjalan..InsyaAllah, aku akan sentiasa tunjuk tempat menarik kat Malaysia yang aku pergi..Hoben Jang Hoben!!! (tibe)

13 Dec 2010

Aku di offer dadah

Tadi aku pergi beli surat khabar, tiba-tiba aku teringat peristiwa semalam..Peritiwa ni berlaku kat Pilah, masa tu aku nak beli surat khabar, ngan Saudara Roslan bin Ma'arof (member baik dari kecik yang nama sebijik ngan arwah abah aku)..Than aku berhenti lah kat satu kedai surat khabar yang ada jual majalah gak..Macam biasa, kedai Cina, sebab orang Melayu malas nak bukak kedai kot..


Lepas aku bayar surat khabar aku, tiba-tiba apek tu macam berbisik aku.."Pssst,pssst" die pnggil aku.."..... mau ka?", aku tak dengar apa yang dia cakap..Than apek tu pandang sekeliling, cover line, than dia bisik lagi kat aku..".... mau ka?" still aku tak dengar..Than dia ulang benda yang sama, tapi aku still tak dapat dengar apa yang apek tu cuba nak jual kat aku..

Tiba-tiba fikiran aku dah berubah, fikir yang bukan-bukan..Apek ni nak jual apa kat aku..Macam nak jual dadah je kat aku..Aku cuak tiba-tiba ada polis lalu kang, tak pasal-pasal kene hukum gantung..Apek ni still tanya aku..Aku suspek apek ni tak jual dadah kot, sebab muka innocent..Tapi mungkin kot dia nak jual majalah lucah ke ape ke kan..Aku memang tak pernah beli oke (sumpah), so aku nak chow je lah, takut maaa...

Tapi apek ni tak puas ati gak, dia still nak jual benda tu kat aku..Aku pun datang dekat kat dia, nak dengar betul-betul apa yang apek tu nak jual..Than apek tu ulang lagi tawaran dia, kali ni lebih jelas..

"Suara Keadilan mau ka?",hahahahaha..Rupenya apek tu nak jual surat khabar Suara Keadilan kat aku..Macam nak jual dadah je bisik..Nampak sangat pembangkang ni memang tak dapat nak kawal media..Ntah mana demokrasi bersuara aku pun tak tau...Masuk kete, terus tegelak dengan Lan..Akhirnya aku drive tanpa membeli dadah dan majalah lucah..Hebat kan???

Rahsia di sebalik hompage Facebook

Korang perasan tak kalau korang nak log in Facebook, akan keluar gambar yang ada peta dunia, than nanti ada gambar orang-orang yang leh sambung-sambung, walaupun takde tanda kat Malaysia.huhuhu...

Tapi korang pernah perasan tak apa yang ada disebalik sambungan gambar tu??Meh kita ushar sikit...



You judge..Ada orang kata "You illuminattfreak,stop fooling yourself and others"..Tapi apa-apa pun, kita lah yang kawal..Tak gitu Cik Kiah...

Sumber : Blog Serius

11 Dec 2010

Hantu Kak Limah rasuk Dr Rozmey

Still dalam mood siri kekecewaan 2Alam Dr Rozmey yang telah berjaya memalukan diri sendiri apabila kutipan jualan tiket untuk 2Alam sangat lah memberansangkan, iaitu 1% daripada kutipan yang diharapkan..


Hantu Kak Limah Balik Rumah yang merupakan sambungan daripada Zombie Kampung Pisang (yang dah buat ramai orang jadi kurus sebab dok gelak jer,termasuk Encik Adie) berjaya mengutip kira-kira RM1.2 juta pada hari kedua tayangan (klik sini), jauh daripada kutipan 2Alam yang hanya mampu mengutip RM430,000 sehingga 8 Disember ni (klik sini) walaupun Dr Rozmey yakin boleh sampai RM40 juta..

Nak tau apa beza cerita Hantu Kak Limah ngan 2Alam??Bile orang tengok iklan cerita Hantu Kak Limah, orang tak sabar-sabar nak tengok wayang.Tapi kalau tengok iklan 2Alam?Kalau ada yang ekstrem tu, sampai ada nak ludah kat muka Dr Rozmey...So, tak terkejut dengan perbezaan kutipan yang aku rasa buatkan Hitler mengamuk lagi,muahahaha...

So, Hantu Kak Limah bukan takat buat penduduk Kampung Pisang je kene rasuk, tapi aku rasa tak lama lagi Dr Rozmey pun boleh meroyan kene rasuk ngan Hantu Kak Limah..Kesian Dr Rozmey..Well played bro...

p/s : Aku support cerita Melayu okay, ni bukti dia...Bila cerita best, orang pun berduyun nak pergi tengok, bukan berduyun nak kutuk..

10 Dec 2010

Sudah terang lagi bersuluh

Let the picture speaks

Lembaga atas syiling

Korang tau kan apa itu syiling??Aku tak tau betul ke tak eja macam ni..Yang pasti, bukan duit syiling..Semenjak dua menjak ni, kami sekeluarga dihantui dengan kelibat beberapa lembaga kat atas syiling rumah aku..Lebih spesifik, kat bahagian dapur.Kalau korang ingat lagi, aku pernah cerita yang ada "budak kecik" kat rumah aku yang suka kacau perempuan jer dalam family aku..Tapi bila benda tu dah kurang kacau (atau takde sape nak cerita lagi), anda benda baru pulak yang datang...
Ibu aku cakap, pernah jumpa 6 kelibat yang berbeza-beza..Tapi adik aku cakap pulak, dia pernah nampak 5 je..Sebab aku jarang balik rumah, aku selalu nampak 4 je..Masa awal-awal hari tu, aku memang seram sejuk gak lah..Bayangkan, tengah-tengah malam, syiling kau berbunyi-bunyi, dan paling angker, macam ada bunyi tapak kaki orang berlari..Aku nak tengok bola pun tak senang, dok ushar dapur je..Kadang-kadang ada bunyi pinggan berdenting..Berderau darah aku bai..

Yang paling tak boleh blah, kat dapur aku macam ada syiling yang berlubang..Dan benda tu pulak berani tinjau-tinjau kitorang kat bawah..Tak seram pulak kan, kalau gi dapur sorang-sorang, tiba-tiba benda tu tinjau kau dari atas..Dia julurkan kepala dia je..

Tapi dah lama-lama ni, bukan seram sejuk dah, tapi rasa menyampah pun ada..Sampai aku ngan family aku dengar je bunyi tapak kaki berlari atas syiling, siap sound "uih, jangan lah berlari sangat"..Than ibu ngan adik aku siap leh berborak ngan benda tu kalau dia julurkan kepala dia..Sampai aku pun join borak ngan benda tu kat atas syiling..Dan aku berjaya tangkap gambar lembaga-lembaga tu..Kalah Uncle Seekers, sebab dia penipu..Gambar aku gambar real..

Inilah dia lembaga yang telah membuat onar kat syiling dapur aku..Lubang kat syiling tu, diorang lah yang buat..Dah tau gemok,duduk atas syiling, apa lagi, roboh la..Dah roboh pun, still dok kat situ, sampai skang satu slot syiling tu dah jatuh..Kitorang makan je, dok bising mengiau..Bukak pintu, terus terjun pegi tempat makan diorang..

Itu Akon, tapi pronounce dia "Ekon" = Ekor kontot, sebab die je adik beradik dia yang ekor pendek..Yang lain sume ekor panjang..

Ni lah yang kat atas tadi..Yang hitam tu Tiggy, yang putih tu Pearl..

Ha, yang mulut kat pinggan tu, Comot..Sebab muka dia comot..Dia paling penakut..Tak leh nampak orang, terus tekangkang-kangkang lari..Yang besar tu Mummy die..

Mummy die pun suke bertenggek kat situ..

Nasib baik lah korang semua comel..Kalau tak dah lame aku jerit-jerit kat korang..Hehehehe....

2 Dec 2010

Tuan Rumah FIFA World Cup 2018 & 2022

Sekarang ni tengah diadakan pemilihan untuk tuan rumah FIFA World Cup untuk tahun 2018 dan 2022 yang berlansung di Zurich..Semua negara yang melobi FIFA World Cup 2018 dan 2022 telah pun habis membentangkan persembahan masing-masing ketika artikel ini ditulis..

Penganjur untuk FIFA World Cup 2018 adalah :


Russia

Penganjur untuk FIFA World Cup 2022 adalah :


Qatar

p/s : Bagi yang belum tau, FIFA World Cup 2014 akan diadakan di Brazil..

p/s/s : Sori sebab pendek sangat, nak update cepat, biar korang baca cepat..

Padah ponteng kelas bahasa

Aku rasa, lebih separuh daripada kita kata kelas bahasa itu adalah sangat tidak penting..Kalau dalam PMR ke, SPM ke, hatta final exam kat IPT, kita pandang remeh kat paper bahasa..Tak kiralah bahasa apa.Melayu ke, Inggeris ke, German ke, Arab ke, Tamil ke, Arzabaijan ke..Asalkan ada nama "bahasa" je kat depan, terus badan jadi lemah gemalai nak belajar..Tapi korang sedar tak betapa pentingnya kelas bahasa dan apa natijahnya kalau ponteng kelas bahasa??


Memonteng kelas bahasa bukan setakat bakal membuatkan korang melupakan bahasa tersebut, tapi jugak boleh mendatangkan kecacatan kekal!!Mesti korang tak percaya??Aku ada bukti..Mesti Cikgu Hasmiza berbangga dengan aku sebab dapat dedahkan semua bukti ni..

Kedai Seberneka??Ni name kedai ke apa??(Lokasi = Terminal 2 Seremban)

Rashidah, Kalidah, jalan D.A.H..Huhuhu..Tak tahu la tak sengaja ke, memang sengaja..(Lokasi : Puchong)

Yer, Encik Adie dah check, ejaan dia adalah "ANEKA".Anika adalah nama orang..Harap maklum..(Lokasi = Senawang).Eh, ni iklan free ni..

Mula-mula aku ingat orang Jarman, tapi Iraq rupanya..Patut lah tak jumpa lagi pasport dia..(Lokasi = Library UPM)

Cuba tengok tarikh dia..10/09/10 Hari Raya Aidil Fitri la mamak!!!Nampak sangat tak pernah beraya..(Lokasi = Subang)

Puas aku amik angle, biar nampak..Tulisan kecik sangat..Tapi dia tulis, "Sila catakan rujukan surat ketika membuat temujanji"..Tak tau apa maksud dia.(Lokasi = Surat Kementerian Kesihatan)

Okeh, cuba tengok ni..Ini adalah lift..Eh,apa tulis kat lift tu??

Owh, dia suruh kau naik tangga lah..Aina, sila take note..(Lokasi = Rumah Sakit/Hospital Haji Adam Malek, Medan, Indon)

Eh,eh.."Ter"riak pulak disitu..Hehehe..Sape kenal aku, tau lah menatang ni apa..

So korang dah tau apa akibat tak masuk kelas bahasa??Djoe,Khir,Jijie,Latep, kelas bahasa indonesia pun termasuk sekali eh..Hahahaha...

p/s : Semua gambar ditangkap sendiri menggunakan camera cap ayam kesayangan..