28 Nov 2010

Orang Gomen pakai Proton Hibrid

Aku tak tau la, orang lain pakai ke tak perkataan "gomen"..Kalau kat Negeri Sembilan (yes,saya orang Negeri Sembilan), gomen refer to government a.k.a kerajaan..Yer betul, orang kerajaan pasni boleh pakai Proton Hybrid..Tapi biar betul aku ni??Tak pernah keluar pun Proton Hibrid?Sebab belum keluar lah, kita semua belum dapat rasa lagi kereta ni..Tapi orang gomen untung laa, dapat rasmikan..Huhuhu..
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Dato Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (brape lama korang amik masa sebut nama ni??) berkata, Proton Hibrid ni dah masuk peringkat kedua dah, dimana peringkat pertama adalah menyertai Brighten to London Future Challenge kat UK dan memenangi Best Range Extender Electric Vehicle pada 6 November lepas..So, untuk peringkat kedua, Proton akan keluarkan kereta hibrid ni dalam skala yang kecil, iaitu 50 hingga 200 buah unit..

Dan Kabinet dah luluskan pengeluaran kereta ni untuk kegunaan kerajaan..Maksudnya disini, bukan kalau kerja kerajaan, boleh beli kereta ni, tapi kegunaan rasmi kerajaan..Kalau nak kamus lagi, maksudnya untuk kegunaan jabatan, dengan cop jabatan besar-besar kat hood depan ngan kat tepi pintu..Nak yang bersih dan suci, kene tunggu dia keluarkan secara besar-besaran lah dulu..

Aku tak pasti kereta apa yang diorang nak buat hibrid ni, sebab kebanyakan artikel yang aku baca, tak sebut pun model apa..Kalau korang tau, tolong kongsi yer..Ada gak benda yang aku tak tau dan terlepas pandang kan..Tapi, aku suspek Proton EMAS la..Nak baca pasal Proton Emas, klik kat sini ...

So, kalau berhajat nak rasmikan kereta ni, than snap gambar letak kat Facebook pastu tunjuk kat orang kampung, tapi korang still kerja ngan company swasta, aku rasa sempat lagi ni kalau korang nak apply gomen..Katanya nak keluarkan dalam bulan Januari..Mungkin bulan Februari 2011 baru rasa..So, selamat apply gomen, selamat interview, dan selamat rasmikan kereta baru...

27 Nov 2010

Hari yang aneh

Ini bukan cerita bodoh Hari Yang Aneh yang dihoskan oleh Uya Memang Kuya yang Kuat Auta..Tapi pasal aku, Encik Adie punya cerita..Kenape aku cakap aneh??Aku mengalami banyak benda aneh hari ni..Kalau pasal blog aku, masuk ni dah 3 kali aku update.Korang tak rasa aneh ke??Mana penah aku update sampai 3 kali..Lepas tu lepas Subuh aku tak tido, sampai tengahari..Aneh tak?(walaupun aku tido lepas zuhur samapi asar,hahaha)..

Aku rasa semua tak kena hari ni..Aku suspek aku kene kenan budak kecik la (tau ke kenan tu pe)..Cerita dia macam ni..Hari aku memang dah plan ngan family aku nak pergi Seremban, nak tengok baby Makndah aku..Nak pergi pagi lepas pergi pasar, tak jadi sebab baby masuk wad..

Than ingat nak pergi tengahari..Tapi tak dapat contact my aunt..Hmmm.Tu yang tido tak hengat dunia tu..Tapi aku dapat rasa lain je badan aku ni..Macam ada tak kena lah..Aku abaikan je, sebab mungkin takde apa-apa kot..Tunggu punya tunggu, petang baru aunt aku cakap dia ada kat rumah, so dah boleh datang dah..Aku pun drive la keluar bawak family aku..Tapi bila aku dah keluar, aku rasa lain macam giler..

Tibe-tibe aku rasa kaki kiri aku rasa lain daripada lain, kira macam aneh la..Bila aku tekan je clutch, macam ada benda yang mencucuk..Bila aku tengok je kaki kiri aku, rupenye....

AKU PAKAI SELIPAR JEPUN SEBELAH!!!Sebelah lagi selipar yang aku selalu pakai untuk keluar..Hahaahahaha...Tibe-tibe rasa macam orang penan..Terus aku pusing kereta, tukar balik selipar..Ibu ngan adik aku gelakkan aku, termasuklah aku sendiri.Heboh nak amik gambar sangat, sampai tak perasan pakai selipar sebelah lain, sebelah lain..

Ni lah bukti tempat kejadian..Hak3..

Gambar yang telah melalaikan aku seketika..

"Hai,saya Aqeel Helmi yang cumel"

Kesimpulannya, sebelum buat apa-apa, sila pastikan korang tak memalukan diri sendiri..Hahahaha..Selamat menjalani hari-hari tanpa perkara yang aneh-aneh yer..

26 Nov 2010

indonesia semakin hilang

Selepas letusan Gunung Merapi di indonesia yang meragut nyawa dan memusnahkan harta bernda dan infrastruktur, kini Gunung Bromo di Jawa Tengah pulak aktif..Gunung Bromo dikatakan memuntahkan kepulan asap putih dan abu sejak Selasa lalu..Gunung Bromo meletus buat kali terakhir pada tahu 2004, tetapi tidak sampai meragut nyawa..Walaupun belum meletus lagi, tapi pihak berkuasa dah meletakkan amaran berjaga-jaga kepada penduduk dan penduduk dah disiapkan untuk dipindahkan jika Gunung Bromo meletus..Sehingga hari ini, Gunung Bromo masih diletakkan di bawah status bahaya..

Gunung Merapi, Yogjakarta

Dan aku pernah dengar berita masa aku still kat indonesia dulu, bahawa kalau indonesia tak melakukan apa-apa tindakan untuk menghadapi bencana, dalam masa 1-2 tahun lagi, sebahagian indonesia akan musnah akibat letusan gunung berapi, banjir dan gempa bumi..Tapi sejauh mana kebenaran dia, tak pasti, sebab orang putih tu bukan tuhan, tahu bila pulakada bencana..Dan aku pasti orang indonesia tak setuju dengan apa yang aku cakap ni (walaupun sama-sama tengok berita ngan aku)..Dan macam biasa, kalau ada yang baca blog aku ni, dok kutuk Malaysia tanpa berfikir..

Gunung berapi Bromo, Jawa Tengah

Aku kesian kat sukarelawan kita yang pergi beri bantuan kat mangsa-mangsa ni.Kita pergi sebagai saudara, tapi mereka tak pernah nak menghargai kita macam saudara..Kita hantar bantuan macam-macam, yang kita dapat balik ; caci-maki, carutan, fitnah yang tak pernah habis, dan paling best, TAHIK...Bukan nak suruh diorang sanjung, tak cakap apa-apa pun takpe..Tapi siap kutuk Malaysia terang-terangan menerusi media massa..Aku pun tak tau bila semua ni nak habis..

Walaupun 3 tahun aku kat indonesia dulu, makin bertambah benci aku ngan indonesia, tapi kalau diorang boleh berbaik dengan kita, sambut tangan yang lagi satu untuk bersatu, aku boleh terima..Tapi sampai sekrang still berlaku perang carut-caruta.Isu dia, ntah apa-apa..Sama-sama lah kita doa, dua-dua ni baik, walaupun ada konflik dari dulu lagi..Dan sama-sama kita doa mangsa-mangsa letusan gunung berapi ni selamat..Amin..

2Alam : Punggung dah pecah

Kalau cakap pasal Datuk Dr. Rozmey (DDR), aku rase satu Malaysia kenal dia.Sape tak kenal dengan producer 2Alam yang dikatakan akan mengutip RM 40juta, dengan sasaran RM2juta pada hari pertama. Pada pembaca Metro, gambar DDR ni memang tak asing lagi, dimana HARI-HARI ada iklan pasal 2Alam dan kehebatannya,mengambil 2 page surat khabar. 1/4 daripada muka, ada gambar DDR tengah tunjuk best berbekalkan rambut cendawan beliau..Company besar macam Maxis pun amik 1 page je untuk Daulat Tuanku..Kau bayangkan berapa banyak DDR ni habiskan duit untuk promosi (ni lah contoh orang kaya, duit tak tau nak buat apa)..


Tau kenapa aku cakap punggung dah pecah?Menurut Finas, kutipan untuk 2Alam sampai 24 November (seminggu selepas ditayangkan) hanya mampu mencecah RM230,000 (klik sini). You do the math, berapa banyak lagi nak sampai RM40 juta..Paling kelakarnya, DDR boleh confident untuk tayangkan 2Alam sekali dengan Harry Potter dan mampu mengalahkan Harry Potter..Nak tengok nombor?Harry Potter kutip lebih kurang RM388juta pada hari pertama ditayangkan, 2Alam kutip RM230,00 dalam seminggu.Jauh panggang dari api der..

Aku rasa kalau dia punya publisiti tak melampau sangat mungkin ada je orang nak pegi tengok..Tapi mamat cendawan ni (haip Encik Adie, jage mulut) confident habis dengan diri sendiri.Bagus confident, tapi kalau ada harapan palsu je, jangan lah berharap dapat beli langit.Tengok muka dia pun tak selera, ini kan pulak nak tengok cerita dia sampai 86 minit tu..Punyalah orang benci dia, sampai buat fanpage "Kami benci dr rozmey dan 2alam"(klik sini)..Tapi DDR ni tak rock la, dia delete semua orang yang komen pasal dia, dan delete semua komen..Tak gentle lah brader..

Aku belum tengok cerita dia, tapi menurut wartawan yang pergi preview dia, ramai yang kutuk habis-habisan..Bila wartawan dah komen macam tu, ada pulak orang nak serah diri pergi tengok..Aku rasa, yang RM230,000 tu pun pergi bukan sebab minat, tapi sebab nak carik point untuk kutuk filem ni dalam blog, kat member, hatta bahan gossip makcik-makcik kat pasar ikan..

Bukan orang Melayu taknak tengok atau support cerita Melayu, tapi kalau kualiti dia sama macam persembahan Bahasa Melayu mingguan kat sekolah, macam mana orang nak support. Sebab wayang kene bayar boss, persembahan tak payah bayar..Cerita Melayu yang biasa-biasa pun still boleh untung dalam RM2-3 juta.Menampakkan daripada keadaan sekarang ni, aku tak rasa dia boleh kutip RM2juta pun..Tapi tengoklah..Mana tau ada keajaiban..

Kalau nak baca review pasal cerita 2Alam, boleh tengok kat sini dan sini..

Sori DDR, bukan nak kutuk, tapi membina semangat,hehehe...

25 Nov 2010

Gaya Hidup Anda kembali lagi!!!!

Pernah dengar Gaya Hidup Anda??Kalau korang sangat baik hati, korang pernah baca blog aku yang satu lagi, Gaya Hidup Anda (klik sini). Dalam blog ni, aku cerita pasal kesihatan, tips-tips berguna, cerita pasal gadget yang aku rasa best, dan juga movie baru yang aku rasa best (sebab korang semua best,kene la carik yang best-best)..Beza dengan Encik Adie, Gaya Hidup Anda ni aku gunakan ayat yang agak skema (walaupun kalau cikgu BM check, dia bagi aku D untuk karangan) sebab aku rasa, benda yang serius, kene guna ayat yang serius..Tapi nanti tengok feed back macam mana..Kalau ramai yang selesa dengan ayat skema, teruskan ayat skema..Tapi kalau suka tak skema, aku gunalah sarcasim, weh,weh,weh (gelak baru malam tadi cipta)..


Blog ni sangatlah dah lama aku tak update.Sebab utama dia, aku ada satu buku dewa pasal petua dan tentang info kesihatan. Tapi buku tu hilang masa aku balik Malaysia hari tu..Maybe ade kat Medan lagi kot..So aku jad malas nk tulis..Tapi lepas my beloved sis, Cik Nurul Salma Munirah belikan aku satu buku, aku jadi semangat balik nak tulis..Dan ada jugak orang tanya, kenapa dah tak update blog kesihatan tu..So, aku jadi semangat balik..

Lepas ni kalau ada masa, singgah-singgah la..Aku tak fikir profit ape-ape pun.Aku just nak share apa yang aku tahu, dengan harapan korang jugak akan share ngan semua orang apa yang korang tahu..Bayangkan kalau semua orang bagi satu info kat orang lain, macam mana berpengetahuannya orang Malaysia ni, hanya mendengar info dari orang lain.Tapi bukan info gossip artis eh..Info yang bermanfaat, Insya-Allah..So, selamat membaca..

p/s : Thanks kat semua yang baca blog aku selama ni..Tanpa korang, takde lah aku semangat nak tulis blog ni..ARIGATO!!!!

22 Nov 2010

Mengapa Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan

Sekarang ni Temasya Sukan Asia masih berlansung kat Guanzhou,China..Dan setakat aku tulis blog ni, Malaysia baru ada 6 emas, 3 lagi nak penuhi sasaran 9 emas..Kita doa lah sama-sama eh, semoga atlet kita dapat capai sasaran pingat emas tu..Tapi aku bukan nak komen semua pasal tu..Korang tengok final badminton perseorangan lelaki? Lee Chong Wei lawan Lin Dan, dan keputusan dia mungkin bukan seperti yang kita harapkan, Chong Wei kalau 2-1 dengan Lin Dan..Sebagai pengomen sukan ala-ala Hasbullah Awang, meh aku komen sikit kenapa Chong Wei boleh kalah..


1. Mimik muka
Lin Dan
Kalau korang perasan, Lin Dan akan sentiasa tersenyum sepanjang perlawanan..Haaa..Senyum tu mahal sebenarnya..Chong Wei smash, dia senyum je ambik bola tu..Lepas ni kalau korang kena smash, ingat, senyum je..InsyaAllah leh amik bola tu..
Chong Wei
Pernah tengok "Muka Ketat Seluar Ketat" kalau tak salah aku??Macam tu lah muka Chong Wei..Bila kene bola kat muka, ngan kat badan dia, semakin ketat muka dia..Muka ada otot, kalau muka ketat, maksdunya otot pun ketat la kan..Tu yang tak leh perform tu,huhuhu (apabila Dr. Adie blajar tak habis bercakap)..

2. Awek
Lin Dan
Mana tak terbakar semangat boss, awek ada kat atas, tepuk-tepuk untuk kau..Kalau kalah kang, malu boss..Silap-silap kene postpone dating 3 bulan..Tapi terbalik ngan aku..Tak boleh buah hati tengok aku main ragbi...Kalau tak, memang aku bawak bola tu gi tepi padang je lah, pergi kat dia..
Chong Wei
Awek-awek yang biasa sokong dia, semua ada kat Malaysia..Yang ada pun, teammate je..Mane boleh berselera ngan teammate maaa..Kang kene buang skuad kang, tak pasal-pasal je..So,kira Chong Wei ni takde pembakar semangat la ni..Tu yang muncung kedepan je tu (En. Adie, jage sikit percakapan tu eh..)

3. Baju
Lin Dan
Dia pakai baju lengan panjang sikit dari Chong Wei..So takde lah sejuk sangat dalam dewan tu..Walaupun zip kat dada dia terbukak je ala-ala cerita Tamil (macam Khir), tapi still boleh tahan sejuk lagi..
Chong Wei
Dia silap pakai sleeveless aritu..Sejuk tu satu lah..Lagi satu, dia amik banyak masa untuk cover bulu ketiak daripada amik bola tu..Line nak jaga, raket nak jage jangan bagi terlepas..Tambah lagi nak cover ketiak..Memang tak dapat la jack..

4. Aksesoris
Lin Dan
Dia tak pakai apa-apa pun kat tangan, kat leher dan kat mana-mana..Tapi tak taulah kalau Lin Dan ada tindik kat pusat..Tapi masa dia bukak baju tu (auuwwww,caer nyah), takde pun aku tengok apa-apa tindik..
Chong Wei
Ni aku rasa antara faktor utama dia kalah.Masa main pakai jam, nampak sangat tak sabar-sabar nak habis..Lepas tu kat leher pulak ada 2 rantai..1 rantai emas ala Ah Long, 1 lagi rantai magnet ajaib (sponsor suruh agak eh)..Than, kat tangan kiri ada cincin pulak..Bang, nak main badminton ke nak ngurat neh..

*Entry ni sebagai hiburan je..Lin Dan ada banyak kelebihan, tempat sendiri, dengan crowd yang penuh sokong dia..Chong Wei pun bukan kalah bodoh dengan dia, tapi 3rd round tu dia down sikit, mungkin sebab tangan dia yang luka tu, atau tu sekadar alasan..Tapi apa-apa pun, still bangga dengan Chong Wei sebab sampai tahap tu, walaupun sekadar menyumbang pingat perak..Semoga skuad kebangsaan dapat lebih daripada apa yg disasarkan..

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

19 Nov 2010

Perbezaan cerita Melayu ngan indonesia

Korang pernah tengok cerita indonesia??Tipu la kalau tak pernah tengok..Petang-petang mesti korang ada lepak depan tivi tengok sinetron (drama indonesia)..Sebenarnya aku ada gak tengok dulu, cerita Bawang Putih Bawang Merah, dan sampai skang aku menyesal aku pernah tengok cerita tu,hahaha..Korang perasan tak yang sinetron ni sangat lah mengarut sebenarnya??Walaupun korang rase drama Melayu mengarut, sila sedar yang sinetron adalah sangat bosan dan tak best,hahaha..Nak tau ape perbezaan dia?


1. Bahasa
Drama Melayu
Sah-sah la cakap bahasa Melayu kan??Walaupun bahasa dah macam budak sekolah rendah tak tau bahasa Melayu, tapi still kita bleh faham lagi kan..Tak payah nak tengok-tengok sari kata kat bawah tu..Tapi kalau orang Melayu badget omputeh, menyampah gak tengok..
Sinetron
Kalau takde sari kata, jangan harap korang nak faham apa yang dia cakap..Aku ingat lagi, dulu tengok Ada Apa Dengan Cinta takde sari kata..Berpiau kepala nak faham apa yang diorang cakap..Sampai skang, still ada sari kata lagi, walaupun aku tengok Choi a.k.a Munirah Ismail dah pandai cakap indon dah lepas layan Cinta Kirana ngan Safa dan Marwa hari-hari..


2. Cerita hantu
Cerita Melayu
Skang ni aku rasa cerita hantu Melayu dah dahsyat..Kira takde lah hantu nampak tali or hantu pocong nampak kaki dah..Sampai Jangan Pandang Belakang Congkak pun Cik Shyrah Ramli takut nak tengok..Pelakon dia pulak, memang kadang-kadang yang cantik-cantik jadi hantu,tapi takde lah sampai ada scene hangat-hangat..
Cerita indonesia
Dahsyat, memang dahsyat..Sape taknak tengok Tamara, Dewi Persik, ngan pelakon-pelakon yang seksi meksi yang lain..Hantu dia memang menakutkan..Tapi msalahnye hantu dia kluar dlam masa 15 minit je dalam cerita, tapi scene perempuan pakai baju yang tutup 1/4 badan je, nak dekat sejam..Yang tak pakai apa-apa pun banyak..Porn ke cite hantu, aku pun tak tau..

3. Fokus
Cerita Melayu
Kalaubab fokus kat muka ni, macam kurang sikit..Sebab cameraman melayu suka shoot tang jauh je..Ye lah,tak bleh datang dekat-dekat, kena jauh-jauh..Bukan muhrim..Bak kata orang, hanya pilih yang halal..Huhuhu...
Cerita indon
Weih,bab fokus ni diorang paling handal..Kalau korang biasa tengok,waktu yang cemas, diorang akan fokus sorang-sorang pelakon..Kalau masa scene tu ada 20 watak, 20 orang tu lah diorang fokuskan, termasuk tukang kebun yang muka nampak sebelah je..Pastu mesti ada bunyi "jeng,jeng"..Bayangkan kalau tengok cerita perang..20 minit lah tengok muka sorang-sorang..


4. Level suara
Cerita Melayu
Tengok mood cerita laa..Kalau tengah sedey sore macam cool je..Kalau tengah marah, memang menjerit-jerit la sikit, tapi takde lah sampai gegendang telinga korang sakit..Tapi yang sakit hati, kadang-kadang sampai tak boleh dengar apa yang diorang cakap..
Cerita indon
Kalau diorang cakap biase pun korang kene kecikkan volume tivi, bayangkan kalau diorang tengah ada scene marah-marah..Korang tutup telinga pun still leh dengar apa yang diorang cakap lagi..Kalau tak caya, cuba korang tengok Cinta Kirana tu..Nia Ramadani punya cute, bila bercakap, mulut mengalahkan serombong kapal besar dia..Fail..

So, kesimpulan dia, Malaysia is better than indonesia..Lepas 3 tahun kat indon, bukan takat aku rasa sinetron tu bosan, tapi aku menyampah ngan sinetron tu..Tapi kalau korang suka tengok sinetron lagi, apa boleh buat..Huhuhu...

18 Nov 2010

Atuk yang hebat!!!

First of all, Selamat Hari Raya Aidil Adha kat semua umat Islam..Okeh, tajuk ni bukan nak cerita ada orang tua yang buat benda pelik-pelik, tapi aku nak cakap pasal atuk aku yang hebat!!Ye, betul..Atuk kandung aku..Atuk belah arwah abah aku, nama dia Maarof bin Hassan..Kenapa aku cakap dia hebat??Meh aku cerita sikit..

This is my atuk and uwan masa muda dulu..

Tahun ni (2010), atuk aku dah umur 83 tahun..Biasanya dalam umur tu, dah ada masalah ingatan dan macam-macam lagi..Tapi Alhamdulillah, atuk aku still ada ingatan yang tajam, kecuali dia ada masalah nak ingat nama orang.. Ingatan dia tu yang aku tabik spring (toing,toing,toing) tu..Aku boleh lepak dengar atuk aku cerita berjam-jam..Korang bayangkan, dalam masa 83 tahun tu, berapa banyak peristiwa atuk aku dah lalui..

Antara benda yang aku paling kagum adalah, atuk aku merupakan seorang pengemudi Landing Craft Loader yang membawa trak2 askar dan kereta askar untuk landing kat pantai..Korang pernah tengok cerita Saving Private Ryan??Haa,mesti korang pernah tengok menatang alah tu..Masa tu atuk aku keje ngan British..Die keje kat Singapore masa tu, kat Pulau Blakang Mati,atau nama skarang dia Pulau Sentosa (tak caya, korang Google)..Menurut atuk aku, masa tu British nak serang Jepun kat Tanah Melayu, so dia hantar banyak kerete kebal, jip dan macam-macam kenderaan dan bersiap untuk menyerang.Tapi Jepun dah surrender awal..So semua tu tersadai kat Pulau Sentosa..

Ni lah menatang Landing Craft Loader tu..

Masa zaman Jepun dulu pulak, atuk aku keje kampung je..Tapi atuk aku cakap, memang teruk Jepun tu..Kene hafal lagu dia, dan kene tahu bahasa Jepun..Dan jangan tak caye, atuk aku sampai sekarang boleh nyanyi lagu kebesaran Jepun, dan dia boleh cakap Jepun!!Ternganga ibu, abang aku, ngan akak aku dengar atuk aku cakap Jepun, siap dengan maksud sekali..Kalau nak menuntut bahasa Jepun kat atuk aku, call je aku..Hehehe..Hmm..Atuk aku keje ngan British masa dah lama sikit Jepun jajah..Tu yang keje ngan British tu..Tapi bila nak mintak askar, tak lepas, sebab atuk aku agak rendah, walaupun dia betul semua masa ujian bertulis..Masa kerja ngan orang putih, atuk aku belajar gak bahasa Inggeris..So atuk aku tau Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ngan Bahasa Jepun..Hebat kan??

Ada banyak sejarah aku dapat daripada atuk aku..Dan bile aku cakap apa yang aku belajar, atuk aku cakap, ada sejarah-sejarah yang aku belajar tu lain daripada sejarah yang sebenar..Kenapa macam tu??Sebab British nak tunjukkan diorang ni baik, dan juga untuk menjaga hati ramai pihak..Tapi korang rasa, patut ke sejarah yang sebenar diubah??

Yang pakai serban tu atuk aku masa dah tua sikit..Tapi dah lama gak ni..Budak comel berbaju Melayu tu plak, Encik Adie Ruslan..Harap maklum..Heeeee...

Apa-apa pun, aku bangga ada atuk yang hebat..Walaupun dia tak dapat tengok aku jadi doktor macam yang dia nak, tapi aku akan buat yang terbaik untuk aku..Korang pun, sayanglah atuk korang dan horamati orang lebih tua..Kalau ada yang dah pergi, doakan untuk kebahagian mereka kat sana..Amin..

15 Nov 2010

60% rakyat Malaysia "overweight"!!!

Sebelum tu, artikel ni bukan nak tuju kat siapa-siapa atau nak kutuk siapa-siapa..Tapi aku just nak berkongsi satu benda yang semua orang patut risau.Menurut Utusan Malaysia 16 November 2010 (klik sini), 60% daripada rakyat Malaysia merupakan overweight, dengan separuh daripada peratusan ni merupakan obes (30% rakyat Malaysia adalah obes)..


Aku rasa, ramai yang rasa statistik ni tak penting..Tapi bagi aku, statistik ni mencerminkan gaya hidup rakyat Malaysia.Nampak sangat rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran tentang penjagaan kesihatan, terutamanya orang Melayu..Kalau ada yang jogging pun, siap pakai cantik-cantik macam nak pergi shopping..Yang perempuan pulak selalu aku jumpa, wangi je, letak perfume sebotol..So, aku tak rasa tujuan sebenar jogging nak jaga kesihatan. Tapi yang da berumur tu mungkin oke la..


Tau tak sakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia sebelum barah, diabetes dan darah tinggi?Maksudnya, faktor pemakanan pun berpengaruh gak..Majoriti daripada overweight kat Malaysia adalah kanak-kanak..Ibubapa sekarang ni sangat lah sibuk nak carik duit, sampai takde masa nak masak untuk anak-anak..Jadi, Mc Donald, KFC dan macam-macam fastfood jadi sasaran..Tau tak fastfood ni didatangkan dengan pakej penyakit sekali?(klik sini)..Orang dewasa pun sama gak, sebab kita tau masakan Melayu ni memang terkenal dengan penambah stok lemak..Garam, gula, santan jangan cakap..

Jadi apa yang kita kene buat?Dua benda paling penting kita kena buat..Amalkan gaya hidup sihat, amalkan pemakanan sihat.Apa gaya hidup sihat?Bersukan at least 3 kali seminggu 20 minit setiap sessi ngan tak merokok dan mengambil alkohol. Simple kan??Kite je yang payah sangat nak buat..Apa pemakanan sihat? Kurangkan gula, garam dan kolesterol, banyakkan buah dan sayur..Paling penting,kurangkan fastfood macam Mc Donald ngan KFC..

Macam mana nak tau kita overweight?Ada sistem yang dinamakan BMI (Body Mass Index) untuk tentukan kita dalam kelas yang mana..Cara nak kira adalah :

\mathrm{BMI} = \frac{\mbox{mass} \ \mbox{(kg)}}{\left( \mbox{height}(\mathrm{m})\right)^2}

BMI* What your BMI result indicates
Less Than 18.5 UNDERWEIGHT
Your are under optimum weight for your height. You could afford to gain a little weight.
18.5-22.9 NORMAL RANGE
You have a healthy weight for your height.
23-27.4 OVERWEIGHT
You are over optimum weight for your height. You may be facing health problems, so losing some weight would be a good idea.
27.5 and above OBESE
You are over optimum weight for your height. You may be facing health risks, so see your doctor to help you achieve a healthier weight.

So,lepas ni korang dah boleh timbang sendiri dan kira sendiri..Aku menyeru kat semua rakyat Malaysia, jom lah mengamalkan gaya hidup sihat..Jangan salahkan keturunan kalau overweight..Keturunan ada je yang overweight, tapi Alhamdulillah aku boleh mantain macam sekarang..Bukan suruh buat badan ketul-ketul pun, just jangan overweight je sebab biasanya orang yang mempunyai berat berlebihan mempunyai masalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian..

So,selamat mengamalkan gaya hidup sihat..

12 Nov 2010

Mitos mandi malam

Korang pernah tak mak or sape-sape lah tak bagi mandi malam dan mendatangkan macam-macam ancaman.Yang paling popular adalah takut nanti selsema, or nanti jadi paru-paru berair.Yang mengarut sikit, nanti ada hantu air culik (miahahahaha)..Yang hantu tu, kalau dulu mandi kat perigi buta malam-malam, mungkinlah kot..Tapi sejauh mana kebenaran statement ni??

Percaya tak kalau aku cakap yang mandi malam leh buat jadi selsema adalah mitos,dan bukannya fakta? Diakui oleh Prof Aznan Lelo kesayangan Hajar, mandi malam atau jalan kat tempat yang sejuk malam-malam boleh buat korang selsema hanya merupakan mitos..Kenapa?Sebab selsema atau Common Cold adalah merupakan jangkitan virus atau akibat alahan, bukan sejuk..Sejuk tu virus ke?Tidak sama sekali..Jadi sejuk boleh buat selsema?Tidak sama dua kali..Tapi ada ketika kita akan selsema kalau sejuk..Itu merupakan akibat sistem imun kita rendah, so senang la nak kene jangkitan virus..

Kalau kene virus apa ubat dia?Antibiotik?Paracetamol?Tidak sama tiga kali..Bak kata Prof Aznan Lelo,"Bego(bodoh) kali dokternya.Orang kena virus kok malah di bagi antibiotik.Apa gunanya?".Sebab antiobiotik untuk jangkitan kuman, bukan virus.Dan Paracetamol merupakan analgesik antipiretik (ubat tahan sakit,ubat penurun panas), jadi tak berguna untuk jangkitan virus.Kadang-kadang kita makan antihistamin (ubat anti alahan) macam Piriton ngan Cetrizin,tapi itu hanya untuk selsema akibat alahan.Jadi apa kita kena buat?Terima kasih saudari disana!!Tingkatkan imun kita..Paling senang,VITAMIN C!!!!
Nak baca lebih tentang Common Cold tekan sini dan tekan sana..Tak pun tanya je Cik Kiah a.k.a Ezakiea Aaina, sebab FYP dia pasal Common Cold..

Pasal peparu berair plak, aku tak pasti apa yang orang maksudkan ngan istilah ni.Tapi yang aku faham, mungkin pneumonia (radang paru-paru) sebab nanti peparu macam ada air (abses)..Kalau jangkitan, mestilah kuman, fungus atau virus ye tak?Tapi macam mana mandi malam boleh kene peparu berair??Sekali lagi, ianya hanya mitos..Selain jangkitan kuman, pneumonia juga boleh disebabkan terhirup benda beracun atau tersedut bendasing masa kita tidur yang boleh masuk kedalam paru-paru..Orang yang ada masalah dengan sistem imun lagi senang nak kena pneumonia..

Baca lebih lanjut tentang pneumonia kat sini..

Jadi korang dah tau pe kisah disebalik mandi malam?Mungkin dulu macam tak baik kot mandi malam, sebab selalu mandi kat perigi kan..Nak-nak anak dara, memang kena intai la..Tapi yang penting, mandi malam boleh buat kita jadi tough..Macam mana?Kan kalau mandi malam sejuk,nanti kita akan keraskan perut..Lama-lama, dapat lah 6 pix.Mwahahahaha (jangan caye yang ni..Nak 6-pax, pergi workout,jangan jadi pemalas)..
p/s : Kalau ada salah, tolong betulkan aku eh..Belajar pun tak habis, so bukan tau sangat pun..

6 Nov 2010

Jadi ayam lebih baik dari kambing

Pernah tak korang rasa bosan jadi manusia, than tiba-tiba nak jadi benda lain? Kalau korang pernah merasa macam tu, tapi berbelah bagi nak pilih sama ada nak jadi ayam ke nak jadi kambing, aku sarankan korang jadi ayam je..Kenapa??Meh aku story sikit kenapa jadi ayam lebih baik dari jadi kambing..

Encik Kambing dan Mek Ayam..

1. Glamer
AYAM
Kalau korang perasan, ayam mempunyai tahap populariti yang lebih baik daripada kambing..Buktinya??Kentucky Fried Chicken, AYAMAS, The Chicken Rice Shop dan macam-macam lagi, just name it..Jalil Hamid sendiri menyanyikan lagu ayam..
Tapi kalau KAMBING
Pernah dengar nama kedai ada sebut "goat" ke, "kambing" ke?Nak jadi tajuk lagu?Jangan harap..Bukan takat Jalil Hamid, Iwan Dangdut pun pening nak pikir macam mana nak buat lirik dan lagu pasal kambing..

2. Dibelai dan dimanja
AYAM
Kalau ayam katik ke, ayam laga ke, ayam hutan ke, memang kene sayang lah..Selalu kena mandi dengan tuan dia, kene bawak gi jalan-jalan hatta ke kedai kopi..Punye lah sayang kat ayam..Siap boleh leh letak nama lagi, dan seperti biasa Jalak menjadi pilihan..Sampai ada tu bawak tidur lagi ayam die..Bak kata orang, ditatang bagai minyak yang penuh..
Tapi kalau KAMBING
Jangan harap nak dapat tidur ngan tuan dia..Nak jejak kaki kat rumah pun payah, inikan nak masuk dalam bilik..Kalau masuk dalam laman rumah je pun, ajaib la kalau dia dapat bertahan 15 minit dalam laman rumah tu tanpa kene baling..

3. Difitnah dan dihina
AYAM
Belum pernah ada benda yang tak baik pasal ayam lagi, kecuali "Jangan melintas seperti ayam"..Selalu kita kaitkan ayam dengan kejutkan orang pagi-pagi, jaga anak dia dalam reban sampai bising-bising..
Tapi kalau KAMBING
Busuk macam kambing,macam kambing takut air, penyebab darah tinggi datang, bodoh macam kambing, korang pun boleh tambah sendiri sebab tak larat nak tulis..Dan benda paling tidak boleh diterima oleh pihak kambing adalah dilabel sebagai simbol Black Metal..

4. Kemungkinan disembelih
AYAM
Kalau ayam, dia tak boleh jangka bila nak kena sembelih..Kira hari-hari boleh kene sembelih..So, pihak ayam boleh relax je, sebab tak payah nak pikir pasal kene sembelih..Silap-silap baru je nak besar dah kene sembelih..
Tapi kalau KAMBING
Bila dekat dengan Raya Haji je, pihak kambing semua dalam ketakutan..Sebulan lah tak lalu nak makan, asyik sakit perut je..So kalau nak bercinta ke, kene sebelum Raya Haji sebab nanti tak dapat nak carik awek plak..Nak berdoa banyak-banyak tak boleh, takde guna gak tau bile diorang nak kene semelih..

Daripada apa yang aku cakap ni, aku harap korang akan memilih untuk menjadi ayam daripada menjadi kambing..Hahahahahaha..

p/s : Sentiasa lah bersyukur menjadi manusia dan bersyukur dengan apa yang korang ada..Walaupun korang rasa korang ada yang kurang, sebenarnya korang lebih bertuah daripada orang lain sebab ada lagi yang lebih teruk daripada korang..

Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel

Kalau korang lahir pangkal 8 (maksudnye lhir 80-an), korang mesti familiar dengan tajuk ni kan?Yang pangkal 9 tu,mase tu baru nak knal ABC kot..Tepat sekali,cerita ni merupakan cerita klakar kat ntv7 pasal Sukan Komenwel 1998 Kuala Lumpur..Dan kalau korang gunakan ilmu math korang yang superb tu, cite ni dah masuk 12 tahun dah..Kalau budak lahir baru lahir, dah amik UPSR dah taun ni..Punye la lame...

Antara scene dalam cerita ni..

Meh aku cite sikit kalau korang tak pernah tengok cerita ni..Cerita ni pasal satu rombongan JKKK kampung kat Perak, yang semangat gile nak pergi rombongan (nak pegi KL wa cakap lu) ke Kompleks Sukan Bukit Jalil, nak tengok pembukaan Sukan Komanwel dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.."Gorganizer" rombongan ni name die Cik Kiah, tu yang tajuk dia macam tu..Tapi sepanjang perjalanan nak ke KL tu,macam-macam rintangan diorang hadapi..Bukan kecik, bukan setakat 1,2 masalah..Tapi kebanyakkannya besar dan sangat la banyak masalah..Tapi akhirnya diorang sampai jugak kat Stadium Nasional Bukit Jalil..

Apa yang aku suke pasal cerita ni adalah cerita ni walaupun merupakan propaganda kerajaan untuk mempromosikan Sukan Komanwel, tapi dia ada banyak menyelitkan unsur nasihat dan pengajaran dalam setiap perkara yang berlaku, ditambah dengan lawak bersahaja yang tidak dibuat-dibuat dan tidak berlebihan..Boleh buatkan pipi korang cramp sebab banyak sangat gelak kot..Tapi ade gak part yang touching..

Dan cerita ni jugak mengigatkan nostalgia 90-an, dimana masa zaman tu, kalau kau ada handphone baling anjing yang ada antenna tu pun orang kampung berduyun-duyun datang nak datang rumah kau macam muzium..Kalau dapat pergi KL, macam dapat pergi oversea lah..Tapi aku rasa zaman dah banyak berubah sekarang..Budak baru lahir pun dah boleh pegang handphone..Diorang dah tak main dengan kawan-kawan lagi, sebab sibuk ngan PSP, PS2, Nintendo, Komputer dan macam-macam lagi..Sampai parents pun diorang dah tak peduli dah..Konsep menghormati orang tua dah jauh kene tinggal dah..

So,cerita ni aku bagi 5 bintang daripada 5 bintang kot..Mesej dia jelas: walaupun kita mempunyai niat yang berbeza (yang baik je oke), tapi kalau kita mempunyai matlamat yang sama, kita kene berkerjasama dan bertolak ansur..Cerita ni bukan sekadar lawak bodoh yang orang malas nak gelak..So, sape yang tak pernah tengok lagi cerita ni, aku ada simpan lagi,credit tu Saudara Ahmad Kamil Zainal a.k.a Encik Mat Pao..Kalau nak tengok, aku leh bagi la,tade hal punya..Ko hello je aku..Huuuuu..

p/s : Aku leh tengok cerita ni banyak kali kot,hahahaha..