24 Aug 2011

Kucing takde ekor (HOT)

Ini bukan tajuk kontroversi, melainkan hanya fakta semata-mata..Korang pernah tengok kucing takde ekor?Biasanya ade kucing yang ekor die bulat je,macam ekor arnab yang bulat tu..Aku pun dulu ade kucing yang ekor die bulat, bukan panjang, tapi dah kena curik sebab comel sangat, Akon nama dia.And guess what, kucing ni pun nama dia Akon..Kucing ni merupakan kepunyaan Cik Husna Nabilah , and this picture is credit tu her..Walaupun kucing tersebut pada mulanya dikurung didalam bilik air Tello supaya ia tidak diketahui oleh "ketua rumah", akhirnya Akon sekarang boleh bergerak bebas didalam rumah bersama abang angkat beliau, Tello..

Jom kita ushar sikit gambar-gambar kucing yang comel ini..



Hai, nama saya Akon..Walaupun saya takde ekor,tapi saya comel...


Tello : "Apa pandang-pandang??Tak pasal-pasal aku popular pulak"


Birdview..Huhuhu..


Melepak bersama abang angkat, si Tello yang pemalas..



Disebabkan handphone ni belum bertukar menjadi Vivaz lagi,so agak blur disitu..

Tau kenapa nama dia Akon??Asal Akon adalah Ekon, iaitu Ekor (E) Kontot (kon)..So jadilah Ekon..Tapi disebabkan untuk menunjukkan beliau ini merupakan seekor yang luar biasa dan popular, so nama pun mesti la glamer sikit..So,jadilah Akon..Dan pesanan untuk pemilik kucing ini, sila jaga dengan baik..Jangan kurung dia dalam bilik air lagi kalau taknak menerima cakaran kali kedua..Sekian..

22 Aug 2011

Kuchofuku si baju Air-conditioner

Jangan salah anggap, sebab Kuchofuku bukan merupakan gelaran seorang pornstar dari Jepun, sebab aku takkan review pasal mana-mana pornstar hatta Maria Ozawa seperti yang dilakukan Kosmo! dan jugak Blog Serius..Tetapi Kuchofuku merupakan baju yang sangat istimewa daripada Jepun kerana bertindak seperti penghawa dingin atau orang Negeri Sembilan panggil air-conditioner..

Seperti yang kita maklum, selepas gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 March 2011 (birthday Encik Adie,harap maklum) yang lalu, reaktor nuklear di Fukushima yang merupakan power plant untuk Jepun rosak teruk. Kerosakan reaktor nuklear yang menyalurkan tenaga elektrik untuk Jepun ini telah menyebabkan Jepun mengalami krisis tenaga..Jadi kerajaan telah mengarahkan pejabat-pejabat untuk meminimumkan penggunaan tenaga, salah satu arahan adalah tidak menggunakan penghawa dingin di pejabat..Kira kena catu la elektrik diorang ni..



Atas sifat orang-orang Jepun yang sangat produktif, mereka dengan pantasnya mengeluarkan satu produk yang boleh menggantikan tugas penghawa dingin ni, iaitu baju penghawa dingin, Kuchofuku..Pada Kuchofuku ini, terdapat 2 kipas ventilasi yang mengalirkan udara sejuk didalam baju yang membuatkan si pemakai berasa sejuk..Kebanyakannya dikeluarkan dalam bentuk jaket, tapi ade gak kemeja yang biasa..Walaupun bila kita gunakan Kuchofuku ni, akan nampak pelik sebab dia akan mengelembung macam baju angkasawan, tapi aku rasa kelebihan dia akan menutup rupa yang aneh tu..Dulu pun orang rasa pakai handphone pelik ye tak..

Kuchofuku ni sangat menjadi fenomena di Jepun disebabkan krisis tenaga..Dan aku tengok pelbagai variasi Kuchofuku dijual pada harga yang berlainan, daripada $100 hingga $500..Mungkin makin lama makin murah kot..

Ape-ape pun, two thumbs up kepada Jepun..Bila kita nak jadi macam ni pulak??

17 Aug 2011

Jumpa jugak akhirnya

Minggu ni mood mengenang sejarah sempena bulan kemerdekaan ni,huhu..Aku dok kutip pingat-pingat aku yang berhabuk dan berkarat tu, letak dalam plastik satu-satu sebab nak simpan balik..Kesian dia..Dan aku kumpulkan balik keratan-keratan akhbar yang pernah siarkan cerita pasal aku dan ada gambar aku.Tapi yang paling aku sedih, cerita pasal aku muntah kat MSSM Penang 2005 dalam The Star takde,tak tau kenapa aku tak potong pulak paper tu..Dan semua paper yang ade cerita pasal aku, tu pun ibu aku yang gunting (terima kasih ibu)..

Carik punya carik, tak jumpa gak..Tiba-tiba aku teringat, kat The Star online mesti ada simpan cerita-cerita lama..Dengan semangatnya, aku pun carik..Dan yang manisnya, aku jumpa..

Sebahagian daripada berita tu je aku amik..

"There were surprise winners in both the boys' and girls' Under-18 400m races.

Negri Sembilan's Abdul Hadi Roslan finally got his first victory over his closest opponent, Amran Raj of Perak, in an exciting finish yesterday.

Just as the runners were getting into position at the starting blocks for the 400m final, the 17-year-old Abdul Hadi got so nervous that he had to rush to the side of the track to vomit. The restart was held up for a few minutes to enable him to regain his composure.

But once the starter's gun went off, Abdul Hadi showed no sign of nervousness and shot off the blocks quickly.

He was overtaken by Amran at the final bend but Abdul Hadi had enough power in his reserves to burst past on the final stretch to win by a photo finish. Abdul Hadi clocked 49.44 against a 49.47 by Amran.

CLOSE RACE: Boys U-18 400m winner Abdul Hadi Roslan (left) of Negri Sembilan overcomes his nervousness to beat rival Amran Raj of Perak.
“I had been beaten by Amran all through my running career. So it feels great to finally beat him for the first time,” said Abdul Hadi.

“I threw up because I was so nervous before the race. I was afraid because I have been training so hard for this meet and I don't want to lose to Amran again.”

The pre-race favourite Amran pipped Abdul Hadi to the Sukma silver medal and the Under-18 MSSM gold medal last year. And on both occasions in Seremban.

Abdul Hadi, who trains under his personal coach, Raimee Mansor in Kuala Pilah, will represent the country in the world junior championships in Venezuela in July. The 18-year-old Amran is not eligible to compete in the Under-17 world meet.



Kalau nak cerita penuh, klik kat sini..Tapi jangan nak komen sangat gambar tu..Orang tengah semangat, memang la macam tu..Hak3..

p/s : Correction - The World Junior Championship 2005 was held at Marakesh, Morocco, not Venezuela as mentioned..

16 Aug 2011

Tambah 2kg!!

Semalam aku hantar uwan aku gi klinik untuk regular check up..So,dengan hati yang senang dipagi hari, aku pun bawak uwan aku gi Klinik Kesihatan Kuala Pilah..Masa tengah tunggu nak kena panggil tu, aku dengan berbesar hati ingin mengetahui berat badan sewaktu berpuasa ini..Mana la tau perut aku yang dah melepasi paras dada ni hanyalah ilusi semata-mata, sebenarnya aku slim lagi..So aku pun pergilah ke suatu sudut yang ada benda kat bawah ni..

"Hai,nama saya penimbang berat badan"

Memang nampak macam biasa je kan?Takpelah, aku melangkah dengan penuh yakin..Dan dengan hensemnya sambil diperhatikan oleh berbelas-belas mata veteran kat sekeliling, aku naik timbang tu..65kg!!Wah, berat aku dah turun..Memang tak sia-sia puasa penuh (tak macam Snep)..

Tapi tiba-tiba mata aku tertarik dengan satu tulisan warna merah yang ada kat atas penimbang tu..Meh kita usha sikit..

Aku suspek mula-mula tambah 1kg, lepas tu jadi 2kg..

Yer betul,kena tambah 2kg lagi!!!Tension betul aku..Bacaan awal tu memang dah cantik dah..Boleh pulak suruh tambah 2 kg..Same je lah nampaknya berat aku..Tapi seriously aku curious sangat-sangat dengan tambah 2kg tu..Dan buat pengetahuan semua, kat Pusat Perkhidmatan Komuniti Klinik Kesihatan Kuala Pilah, penimbang yang macam tu,semua ada tulis "Tambah 2kg" atau "Tambah 1kg"..Memang dari kedai macam tu ke??

Ketahuilah status kesihatan anda dengan menambah 2kg..

Kat dalam gambar tu takde pun tulis tambah 2kg..Penipu betullah penimbang ni..Moral of da story, kalau korang nak rasa kurus, beli lah penimbang yang cap ni, sebab confirm berat korang kurang daripada yang dulu,huhu..

p/s : Haaaa,sayang..Ape lagi..Wink3..

14 Aug 2011

Kepentingan meluruskan dan merapatkan saf

KEPENTINGAN MELURUSKAN DAN MERAPATKAN SAF

Bulan Ramadhan datang menjelma, dan umat Islam berlumba-lumba mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau untuk melaksanakan solat sunat tarawikh yang menjadi sunnah Rasulullah. Umat Islam lebih memilih untuk mengerjakan solat sunat tarawikh secara berjamaah untuk mendapatkan lebih keberkatan. Tetapi kita sering lupa untuk melaksanakan satu tuntutan yang sangat penting ketika melakukan solat berjemaah, iaitu merapatkan dan meluruskan saf.

Rasulullah amat menitik beratkan soal saf yang rapat dan lurus, buktinya sebelum baginda mengimamkan solat berjemaah, baginda akan berkata "Luruskan saf dan rapatkanlah kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari belakangku."(Riwayat Bukhari)

Tuntutan merapatkan dan meluruskan saf ini disokong lagi dengan hadith :

Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan.
Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

Terdapat beberapa kepentingan mengapa kita harus merapatkan dan meluruskan saf. Antara kepentingan tersebut adalah ia akan menambahkan lagi keakraban dan ikatan antara sesama Muslim. Ia dapat dilihat melalui hadith nabi yang berikut :

Dari Bara' bin azib ia berkat: Adalah Rasulullah SAW mendatangi salah satu sudut saf & baginda meluruskan antara bahu & dada orang-orang yg berbaris seraya Baginda bersabda: "Jangan kamu berselerakkan kelak hatimu akan berselerak" "dan Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah & malaikat-Nya mendoakan orang-orang yg menempati saf yg pertama."

(Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Selain daripada itu, saf yang lurus dan rapat juga akan mengelakkan daripada syaitan dapat menyusup diantara celah-celah saf kita untuk mengganggu kita ketika kita sedang solat, kerana menurut sabda Rasulullah:

Rapatkanlah saf kamu sekalian, dekatkanlah antara saf, tegakkanlah tengkuk kamu. Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman Tangan-Nya, sesungguhnya aku melihat syaitan menyusup di celah-celah saf seperti anak kambing. (Riwayat Abu Daud).

Bukan sahaja Rasulullah,tetapi para sahabat juga mengikut sunnah Rasulullah ini. Pada zaman Umar al-Khattab, beliau mewakilkan tugas meluruskan saf kepada seseorang. Beliau tidak akan bertakbir (memulakan solat) sehingga orang yang membantunya dalam meluruskan saf itu memberitahu bahawa saf telah benar-benar lurus. Begitu juga dengan Uthman al-Affan dan Ali bin Abu Talib, mereka berdua bersepakat melakukan apa yang telah dilakukan oleh Umar. Dulu, Ali selalu mengatakan: "Maju wahai si fulan! Mundur sedikit wahai si fulan!"

Cara merapatkan dan meluruskan saf yang betul

Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)

Secara ringkasnya, cara yang betul untuk merapatkan dan meluruskan saf adalah seperti berikut :

1. Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan dengannya.

2. Merapatkan lutut dengan lutut orang yang solat bersebelahan dengannya.

3. Merapatkan buku lali dengan buku lali orang yang solat bersebelahan dengannya.



Kedudukan dalam saf dengan cara yang betul

Kedudukan dalam saf dengan cara yang salah

Kesalahan yang sering dilakukan ketika solat berjamaah

Semoga artikel ini dapat memberi gambaran sedikit sebanyak tentang betapa pentingnya untuk kita merapatkan saf dan meluruskan saf. Kata-kata yang dilafazkan imam sebelum memulakan solat bukan hanya sekadar pemanis, melainkan satu tuntutan yang wajib kita lakukan. Wallahualam

“Sesungguhnya Allah menyukai jika perjuangan dijalannya dilakukan secara tersusun seperti satu saf seolah-olahnya nerepa merupakan sebuah bangunan yang kukuh.”

( As-Saff : 4)

13 Aug 2011

Ulat dalam perut

Perut korang pernah berbunyi tak??Comfirm kalau korang lapar korang akan menggosok-gosok perut korang yang tengah menyanyikan ghazal untuk Rabiah tu (kecuali wife abang aku,yang bunyi perut time kenyang,huhuhu..sori Abang Amir)..Aku ada cerita pasal benda ni.Masa sekolah rendah dulu, aku pernah tanya ustaz aku, kenapa perut kita berbunyi time lapar, tapi time bulan pose takde pun perut kita berbunyi-bunyi?Dengan selamba ayamnye, ustaz aku jawab "Sebenarnya perut kita ni ada ulat.Bila dia tak dapat makan, nanti dia akan berbunyi, nak mintak makanan.Tapi ulat tu baik, time bulan Ramadhan dia faham kita tak makan,so dia duduk diam-diam je dalam perut tu..

Dan sebagai budak kampung yang innocent, aku percaya benda tu selama 3 tahun, sampai lah aku masuk sekolah menengah bila aku tau yang sebenarnya, apa yang ustaz aku bagitau tu hanyalah cereka untuk anak-anak diwaktu petang..Kalau secara bahasa kampung, memang sistem pencernaan (digestive system) kita ada ulat, tapi bukan ulat yang biasa korang tengok kat sampah, melainkan bakteria yang merupakan flora normal dalam saluran pencernaan kita..Bak kata orang kampung, bakteria baik (in fact, takde bakteria yang baik,sebab kalau dia banyak dan bukan ditempat yang sepatutnya,dia jahat gak)..

Menjawab kepada persoalan perut berbunyi tadi, sebenarnya bunyi tu dihasilkan oleh pergerakan udara dan cecair, pemecahan makanan dan juga fermentasi bakteria..Dalam kes bulan pose, ulat-ulat yang ada dalam kita tidak beragama Islam, tapi sebab kita takde keinginan nak makan sebab puasa, otak kita tak akan menghantar isyarat kat perut untuk melepaskan cecair pencernaan..Pada hari-hari biasa yang kita rasa nak makan, otak akan menghantar isyarat kat saluran pencernaan untuk menyediakan saluran pencernaan kita untuk menerima makanan..Time tu lah cecair pencernaan di rembeskan,yang akhirnya akan berinteraksi dengan udara dan gas yang terhasil daripada fermentasi bakteria, dan menghasilkan bunyi ulat yang ustaz aku cakap tu..

Disebabkan aku ni doktor tak habis, so maybe ape yang aku cakap ni masih boleh ditambah dan diperbetulkan, kalau aku ada salah bagi penerangan..Bunyi perut ni jugak biasanya dipanggil borborygymus dalam istilah perubatan.Kalau still confuse, boleh la korang google sendiri eh..

Yang pastinya, tiada ulat dalam perut korang yang akan keluarkan signal bagitau korang lapar ke tak..Huhuhu..

12 Aug 2011

Lebih baik mati daripada dibicarakan???


Disebabkan Encik Adie kurang produktif musim puasa ni, so jarang la nak update blog skang (padahal memang dah jarang pun)..Tapi senyap tidak bererti dok diam, aku skrang tengah kumpul post-post yang menarik je (konon eh la), sebab takut korang bosan baca blog Encik Adie yang sememangnya bosan..

Sekarang ni tengah heboh pasal penangkapan Umar Patek, antara "pengganas" (istilah orang putih kepada orang Islam) yang terlibat dalam pengeboman di Bali pada tahun 2002..Kita sedia maklum, Indonesia merupakan antara "negara Islam" yang merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat dalam memusuhi "pengganas"..


Ape yang menarik perhatian aku, adalah cara Utusan mengulas tentang hukuman yang akan dikenakan terhadap Umar Patek ni..

Tak nampak sangat kot..Tapi dia tulis yang dalam biru tu "Umar tidak akan didakwa dibawah undang-undang ketat anti pengganas Indonesia"..Yang dalam merah tu pulak, "dia bagaimanapun mungkin berdepan dengan hukuman mati"..Faham tak pe yang aku cuba sampaikan kat sini??

Anyway, tak sangka Utusan yang kuat mengampu ni pun ade sense of humor gak,huhuhu..