30 Mar 2010

April Fool's Day - Hari pembantaian umat Islam Sepanyol


Pernah dengar April Fool??Aku rasa,semua orang pernah dengar pasal hari ni,yang lebih diingati daripada hari kelahiran Rasulullah,dan har-hari lain..Hari dimana orang-orang melakukan perkara yang bodoh,dengan mengusik teman,keluarga,guru dan sebagainya dengan 'prank' yang dianggap kelakar..

Tetapi pernah kah kita mengetahui sejarah sebenar April Fool's Day?Menurut sejarah yang ditulis oleh sejarah barat,terdapat banyak teori tentang awal April Fool.Antaranya adalah,menurut lagenda,tahun baru sebenarnya disambut lebih kurang pada 1 April,tetapi pada tahun 1582,tahun baru dipindah menjadi 1 Januari,yang membuatkan orang tidak dapat menerimanya,kemudian menggelarkan nya sebagai Fool's Day.

Ada juga yang mengatakan bahawa ulang tahun pertunangan King Richard II of England dengan Anne of Bohemia pada tahun 1832,yang dikatakan pada 32 hari selepas bulan Mac,iaitu pada 1 April,dan akibat salah faham tentang tarikh tersebut,mereka memanggil 1April dengan April Fool..Tetapi sejauh manakah kebenaran cerita ini??Setakat ini,teori ini merupakan teori semata,iaitu hanya lagenda,dan tanpa sejarah yang mendukung..

Ada apa disebalik Aprl Fool??April Fool sebenarnya adalah perayaan tentera salib setelah membantai seluruh umat Islam Sepanyol dengan kejam,tidak kira lelaki,perempuan dan kanak-kanak pada tahun 1487 atau 892 Hijrah..Setelah tentera Islam berhasil menakluk Sepanyol dan sebahagian Perancis, tentera salib tidak berpuas hati dan sentiasa mencari akal untuk menjatuhkan umat Islam di Sepanyol(Moors)..Akhirnya,mereka menemukan kelemahan umat Islam,dengan membekalkan arak secara percuma,mendendangkan lagu supaya pemuda melupakan Al-Quran dan menghantar ulama palsu untuk melakukan perpecahan antara umat Islam.

Usaha mereka membuahkan hasil,apabila tentera salib berjaya menakluk Sepanyol..Sepanjang penaklukan tentera salib,mereka bukan sahaja membunuh semua umat Islam,tetapi rakyat Sepanyol juga dengan kejam.Tetapi,masih ada umat Islam yang bersembunyi di dalam rumah mereka.Apabila mengetahui hal tersebut,tentera salib membuat pengumuman,bahawa mereka telah menyiapkan kapal untuk umat Islam yang masih tinggal untuk belayar keluar daripada Sepanyol dengan barang-barang keperluan mereka..

Setelah melihat sendiri kapal-kapal tersebut,pada 1 April 1487,umat Islam Sepanyol yang tersisa yang kebanyakannya perempuan dan kanak-kanak,menuju ke pelabuhan,tetapi akhirnya mereka dikepung oleh tentera salib.Kapal yang dijanjikan dibakar,dan seluruh umat Islam yang datang ke kapal dibunuh dengan kejam.Sedangkan yang masih dirumah kerana tidak percaya dengan janji-janji tentera salib tersebut,dibakar hidup-hidup di rumah masing-masing.

Orang Kristian merayakan kejayaan tentera salib menipu dan membunuh semua umat Islam Sepanyol dengan kejam itu pada setiap 1 April yang disebut dengan April Fool,dan sekarang,umat Islam nampaknya turut merayakan kejayaan tentera salib itu..Itu lah hebatnya umat Islam sekarang,mengikut membuta tuli tanpa melihat sejarah..

Untuk membaca lebih lanjut tentang artikel ini,boleh lah melayari :

Utusan Malaysia Online
Hizbut Tahrir Indonesia

Jadi,sedarkah apa yang anda sambut setiap kali 1 April??Fikir-fikir kan lah..

p/s : Aku bukan orang yang alim,tetapi hanya untuk memberitahu kebenaran tentang apa yang kita tak tahu...

Intimate caught on camera (18SX)

Pernah dengar intimate (betul ke eja ni??).Atau dalam bahasa melayu die,melakukan hubungan intim..Budak-budak tak leh ambik tau ni,belum cukup umur,huhuhu..Yang penting pasangan suami isteri yang sah je boleh buat ni..Tapi kene la di tempat yang sesuai..

Maksud tempat yang sesuai??Perlukan kamus??Oke lah,biar lagi clear, tempat yang sesuai adalah tempat yang tertutup dari umum,kat rumah ke,kat mana-mana lah..Tapi kalau dekat kereta macam mana??Kalau kereta tu kat dalam rumah,kire oke lagi,tapi kalau kereta tu luar rumah,jangan lah buat..Walaupun dah kawen..

Yelah,tak pasal-pasal kantoi ngan paparazi yang sebok je skang (sebab masing-masing dah ade phone kamera) macam yang jadi kat pasangan dalam gambar bawah ni.Kalau nak 'buat' outdoor pun,kena la pandai-pandai cover oke..Gambar ni diambil di Thailand..


Haaaa..Kan dah tecengang masing-masing..Dah la tumpang kereta orang,lepas tu siap buat hubungan intim lagi..Tak tau malu punye lalat..Eh,apsal korang pun tecengang jugak??

p/s : Takde porn-porn kat sini eh,hehehehe..

28 Mar 2010

Apa maksud sebenar pengganas??

Pernah terfikir soalan ni."Apa maksud sebenar pengganas" atau " Siapa sebenarnya pengganas"??Akta Patriot AS mendefinisikan keganasan sebagai ‘perbuatan jenayah yang bertujuan memaksa atau mengancam orang awam untuk mempengaruhi dasar atau menjejaskan tindakan kerajaan melalui pembunuhan atau penculikan.’..Tapi pernah tak korang terfikir,kenapa hanya bila pelakunya orang Islam,baru dipanggil pengganas,sedangkan kalau pelakunya bukan orang Islam, mereka bukan pengganas..

Aku ada baca artikel tentang tajuk ni kat Utusan Malaysia, dan aku rasa sangat menarik dan bermanfaat..Nak baca lebih lanjut,baca kat sini :

Artikel Utusan Malaysia tentang "Siapa sebenarnya pengganas"

'Negara-negara tertentu' dah berjaya mempengaruhi dunia,untuk melabel umat Islam sebagai pengganas,hatta untuk mempertahankan negara sendiri,sedangkan jenayah yang dilakukan oleh orang bukan Islam,sedikit pun tak dikatakan orang pengganas.Sebagai contoh,jika dijumpai selaras senapang dalam kereta seorang Muslim,dengan pantas dan tanpa usul periksa atau tanpa bukti,terus dia dilabel sebagai pengganas dan dilokap,diseksa,dan disoal siasat,termasuk orang-orang terdekatnya.Kalau situasi yang sama berlaku pada orang bukan Islam,pasti situasi dia berbeza kan?

Apa yang aku paling sedih adalah,negara yang mengaku negara Islam dengan jumlah penduduk Islam ke-4 terbesar,sangat senang menjoloki umat Islam di negara mereka sendiri dengan "teroris"..Orang yang hanya disyaki sebagai 'teroris',ditembak mati.Dah tembak,baru cari fakta tentang orang tersebut..Kemudian,bangga menggunakan perkataan 'teroris' didada-dada akhbar dan segenap berita di televisyen..Walaupun kelompok yang diperangi oleh kerajaan mereka adalah kadet yang dilatih untuk berjihad di negara Islam yang lain seperti Afghanistan,Palestin dan sebagainya,tanpa segan silu beribu-ribu tentera dan polis diarahkan untuk memusnahkan markas mereka..

Adilkah ini semua untuk dunia Islam??Aku bagi lagi contoh..Tengok gambar kat bawah ni..

Gambar 1

Gambar 2

Apa yang korang boleh beza kan antara 2 gambar ni??Kalau tengok Gambar 1,orang akan berfikir,"oh,gambar seorang lelakui dengan senapang"..Tapi bila tengok Gambar 2,tanpa tahu siapa sebenar orang dalam gambar tersebut,terus merespon,"PENGGANAS!!!"..Lihatlah dunia sekarang.Umat Islam makin ditindas,seperti yang berlaku di Kanada,dimana undang-undang Kanada tidak membenarkan penggunaan purdah,dan sedang dikemukakan cadangan untuk mengharamkan terus tudung di Kanada..

Umat Islam kena bersatu untuk memantapkan lagi dunia Islam.Di negara kita sendiri,umat Islam terpecah-pecah..Tolong lah,siapa-siapa jadi pemimpin nanti,ketepikan ego masing-masing..Ijazah terbaik daripada Oxford pun tak menjaminkan kepandaian dan keimanan seseorang..

p/s : Kalau nk mengubah dunia,mulai dari kita sendiri

26 Mar 2010

Tips memperbaiki meja kayu

Ada meja kayu tak??Tak kisah la meja makan ke,meja tulis ke,meja tv ke,yang penting meja kayu..Biase tak,dekat kaki meja tu,ada calar kat bucu-bucu die??Tak faham??Cube tengok gambar bawah ni..

Okeh,biasa tengok kan kerosakan macam ni??Aku ada tips untuk buatkan die nampak seperti baru balik.Maybe tak sama macam 100% sama,tapi better daripada gambar kat atas ni..Tapi tips ni hanya untuk kaki meja yang berwarna coklat,dan tidak dicat oleh apa-apa warna..Kalau dah kene cat dengan cat warna coklat,sama jugak hasilnya dengan warna lain nanti,huhuhu..Okeh,apa yang perlu anda buat??


Step 1 : Carik batu kapur,atau yang sewaktu dengannya,yang bentuk die lebih kurang macam ni..Tak yah lah carik yang 100% same,tapi yang penting tu ade lekokan yang muat untuk bucu kaki meja korang tu..

Step 2 : Geserkan lekokan batu tersebut kat bucu yang dah rosak tu..Tapi jangan terlalu kasar,dan mesti dalam satu arah sahaja (dari atas ke bawah sahaja atau dari bawah ke atas sahaja).Tetapi lebih disyorkan digeserkan dari atas ke bawah,dan dilakukan berulang kali sehingga warna bucu yang rosak tadi menyerupai warna asal kaki meja.


Haaa..Mudah kan??Skang dah jadi macam warna yang asal..Macam yang aku cakap tadi,tak lah sama macam 100% asal,tapi cukup untuk membuatkan anda berfikir 8 kali balik untuk habiskan RM500 untuk meja baru kat EKIA untuk gantikan meja kesayangan anda..Dan kalau nak cantik lagi,sapukan balik syelek (betul ke eja??) kat kaki meja tu..

Konsep die adalah kikis lapisan luar kulit kayu tadi,untuk dapatkan lapisan yang baru,yang sama dengan warna asal kayu..That's why aku cakap tak sesuai untuk meja yang warna lain dari warna asal kayu..

SELAMAT MENCUBA!!

p/s : Kalau dah cuba,leh kongsi kat sini eh..Kire macam testimoni pengguna la..Hik3..

25 Mar 2010

CInta itu buta dan membutakan

Ketahuilah,ini bukan merupakan luahan perasaan okeh,we're doing just fine..Tapi ini aku nak cakap yang remaja sekarang sangatlah asyik tengah bercinta,sampai apa yang jadi kat sekeliling pun tak tahu..huhu..Mendalam tak ayat tu??

Kite selalu dengar ayat "Cinta itu buta","Cinta membuatkan kita lupakan segala-galanya",dan macam-macam lagi lah ayat (aku tak tau,sebab aku jantan hati keras,huhuuhu)..Tapi sejauh mane kebenaran dari ayat-ayat tersebut?Okeh,aku ade 1 bukti nyata..Ayuh..

Aiyak,ade couple tengah sedap manja-manja..Eh,apa yang mamat kat belakang tu buat??

Aha!!!Kantoi curik beg!!

Tapi,dengan selambe die tegur couple ni tanpa rasa bersalah.huhuii..


Okeh,boleh sambung apa yang tertunda (tanpa perasan apa yang terjadi)..

Haaa..Nampak apa yang berlaku??Pencuri tu siap leh cakap terima kasih kat couple (yang sedang seronok dalam dakapan masing-masing,cewah) tu tadi..Terbukti kan??Apa kata dunia??Huhuhu..Ni belum kantoi tengah buat projek tapi tak sedar kene snap lagi ni..

p/s : Jangan la jadi macam mamat 2 ekor ni..Kene la perhatikan apa yang berlaku disekeliling kita.

p/s : Post ni ada maksud tersembunyi..Carik sendiri..

23 Mar 2010

PADAMKAN LAMPOOO!!!


Oke,macam sangat melampau tajuk ni,huhhu..Takde kene mengena dengan kestressan terhadap jiran sebelah rumah yang pasang spotlight saban hari buat dangdut mahupun laki yang dah tak tahan..Tak tahan sebab ape??Sebab bini die dok karaoke,padahal dah kol 2 pagi..Tapi ni pasal Earth Hour..

Apa yang dikatakan dengan Earth Hour??Dalam kempen Stop Global Warming, WWF atau World Wide Fund for Nature atau dahulunya dikenali dengan World Wildlife Foundation, mereka memperkenalkan Earth Hour, dengan meminta kerjasama seluruh penduduk Bumi,untuk memadamkan seluruh lampu (gulap gulita kayak hutan nanti) selama 60 minit pada setiap hari Sabtu minggu terakhir pada setiap tahun, bermula pada tahun 2007..Bererti,untuk tahun ini akan dilakukan pada 27 Mac 2010,iaitu Sabtu akan datang..

Earth Hour pada Sabtu akan datang akan bermula pada jam 20.30-21.30 waktu Malaysia, dan untuk Indonesia jam 20.00-21.00 WIB..Untuk negara lain,aku tak berapa pasti,huhuhu..Pemadaman semua letrik didunia ini bukan hanya dilakukan di Malaysia dan Indonesia,tetapi di 88 buah negara yang terdapat WWF..

Ada pro dan kontra daripada kempen ni sebenarnya..Dari apa yang aku baca,memang besar impak die kalau seluruh penduduk kat Bumi ni padam lampu,walaupun hanya dalam masa 60 minit atau 1 jam..Tetapi ada sesetengah tempat tertentu, kempen ni tak berapa sesuai dilakukan..Macam tempat yang kadar jenayah die tinggi..Bayangkan kalau dalam terang pun banyak kejadian yang tak diingini berlaku, ini kan lagi dalam gelap..Dan banyak lagi benda-benda yang aku tak perlu sebut,korang pandai-pandai lah fikir sendiri boleh jadi..

Tapi kat Medan,aku rase tak yah kite nak padamkan lampu,abang-abang yang jage letrik pandai padamkan sendiri..Bukan sejam,tapi 4 jam.Bukan sehari setahun,tetapi hari-hari setiap tahun,huhuu..Sape nak bet ngan aku,kat Medan confirm black out sabtu nanti??Hahahaha..(gurau je,atuk aku tak bagi main judi)..

Jadi same-same lah kita sokong kempen ni eh..Jangan ingat 60 minit tak memberi apa-apa..Kalau kita leh disiplinkan diri kita selama 60 minit,barulah kita boleh teruskan dengan 70,80,90 dan seterusnya..Kalau 60 minit pun tak boleh,inikan lagi 2 jam..Bukan dalam hal mematikan lampu je,tapi semua hal.Jadikanlah kempen ni sebagai batu loncatan untuk kita mendisplinkan diri..

Nak tau lebih lanjut,layari :

Profile Facebook Earth Hour

Laman Web Rasmi Earth Hour Malaysia

SELAMAT MEMATIKAN LAMPU!!!

p/s : Abihla semua ketua kampung,kene kerja keras sikit,bawak RELA jalan-jalan..Huhuhhu..

Michael Buble — Haven't Met You Yet lyrics


Michael Buble — Haven't Met You Yet lyrics

I'm not surprised.
Not everything lasts.
I've broken my heart so many times I stopped keeping track.
Talk myself in.
I talk myself out.
I get all worked up, then I let myself down.

I tried so very hard not to lose it.
I came up with a million excuses.
I thought I thought of every possibility.

And I know someday that it'll all turn out.
You'll make me work so we can work to work it out.
And promise you, kid, that I'll give so much more than I get.
I just haven't met you yet.

Mmmm...

I might have to wait.
I'll never give up.
I guess it's half timing,
And the other half's luck.
Wherever you are.
Whenever it's right.
You'll come out of nowhere and into my life.

And I know that we can be so amazing.
And baby your is gonna change me.
And now I can see every possibility.

Mmmm...

But somehow I know that it'll all turn out.
And you'll make me work so we can work to work it out.
And I promise you, kid, that I'll give so much more than I get.
I just haven't met you yet.

They say all's fair.
And in love and war.
But I won't need to fight it.
We'll get it right and,
We'll be united.

And I know that we can be so amazing.
And being in your life is gonna change me.
And now I can see every single possibility, mmmm.

And someday I know it'll all turn out.
And I'll work to work it out.
Promise you, kid, I'll give more than I get,
Than I get, than I get, than I get.

Ohhh!

You know it'll all turn out.
And you'll make me work so we can work to work it out.
And I promise you, kid, that I'll give so much more than I get.
I just haven't met you yet.

I just haven't met you yet.
Ohh, promise you, kid, to give so much than I get.

(I said love, love, love, love...)
I just haven't met you yet

I just haven't met you yet.

Lady Ga-Go going agogoooooo!!!!

Kenal Lady Gaga??Sape tak kenal kan..Sekarang ni dengan kes die ngan bekas kekasih die lah..Tapi bukan tu yang aku nak cakap sekarang..Tapi aku nak cakap pasal jelmaan die,huhu..Dengan gelaran Lady Ga-Go,ade seorang,aku pakai 'seseorang' la,mungkin obses terhadap Lady Gaga sampai nak jadi macam Lady Gaga..Tapi apa yang menarik adalah,cuba tengok gambar ni dulu..

Ni lah die Lady Ga-Go nyer,huhuhuhu..'Seseorang' ni bukan memiliki profile biase dalam facebook,die siap pakai fan page sendiri,macam artis wa cakap lu..Fan die bukan main,setakat aku tengok dah ade dalam 2ribu lebih dah..Mengalahkan artis aku tengok,huhu..Gambar-gamar die dalam fan page tu sangat lah buat "hidung berdarah"..Tapi 'seseorang' ni memang sangat confident ngan diri die..Tabik beb!!!

Tapi yang aku semangat nak tulis ni,sebab ramai member dalam friends list aku jadi fans die!!!Serious tak leh terima (sebab 'seseorang' ni jelmaan Lady Gaga yang ada "belalai")..Kalau menurut Richie, die ada dengar yang 'seseorang' ni orang Filipina,dan ada orang cakap orang Malaysia..Tapi aku tengok fans die ramai orang Malaysia..

Korang nak tahu lebih lanjut Lady Ga-Go,jelmaan Lady Gaga versi ada belalai ni?Ini fan page die

Lady Ga-Go fan page

p/s : Errr..aku tak tau nak support ke tak..Kalau aku supprt kang,tibe-tibe anak aku jadi macam ni pulak..Menyesal angan tak sudah kang..

p/s/s : Bagus nak jadi confident a.k.a percaya diri,tapi salurkan lah kat tempat yang betul sikit...

p/s/s/s : Sori Richie,post ni terinspirasi dari post kau..Jangan pukul aku..

22 Mar 2010

The best english ever

Korang pernah jumpa orang Malaysia,tak kire lah bangsa apa, yang tak reti nak cakap Bahasa Malaysia atau at least diorang rase diorang tak tahu nak cakap Bahasa Malaysia,padahal mulut bau budu,cencalok,tempoyak or wat so ever..Biasanya selain daripada bangsa Melayu,memang payah sikit nak cakap Bahasa Malaysia ni..Tapi kalau mereka menggunakan bahasa ibunda mereka,tak pelah kot..

Tapi yang masalahnya,orang kat Malaysia pun nak jadi macam Singapura dah..Lebih senang bercakap dengan Bahasa Inggeris a.k.a English..Macam yang aku cakap tadi,mulut bau budu,bila bercakap BI,nak satu LRT dengar yang die bukan cakap Bahasa Malaysia,kononya Bahasa Malaysia ni tak standard,kolot..Tapi yang klakanya,kalau betul tak pe gak..Ini terabur habis,tapi confident je,macam orang lain datang dari coghuk banir mano ntah (pedalaman habis)tak tau lnsung English..Tak kisah la Melayu ke,Cina ke,India ke..(orang lain SPM BI A1 gak)..Mentaliti macam ni lah kite nak buang..

Ini ade satu contoh,aku ternampak dari facebook,orang yang confident ngan BI die,tapi kalau nampak kat orang putih,mati kat situ gak orang putih tu,sebab patah tulang belikat,guling-guling gelak punya pasal..Tapi takde kene mengena ngan orang yang tengah bercakap,just die letak sebagai papan tanda je...


Duduk banglo,budget kene standard laa..Dah la suruh dengar cakap mee (Maggi atau Mamee kot),dah tu tak leh kacau kat situ je,kat dalam rumah leh kot..Nak tunjuk die ade banglo,sampai eja BANGOLOW,ade HOUSE lagi pulak..aduiyaiii...Ape punye orang la..Macam ni punye orang pun ade ke??

Cintailah bahasa kebangsaan kita..Sebab kita semua tau yang bahasa menyatukan negara..Ambil contoh seperti Indonesia,yang cinta akan bahasa sendiri..Tapi ada msalah lain pulak,iaitu tak mnguasai English pulak..Yang penting,kene lah kuasai bahasa lain gak,tanpa lupakan bahasa ibunda kita..Jangan jadi macam Singapura yang tak ada identiti..

p/s : Teringat lagu "BAHASA JIWA BANGSA" yang sekarang dah tak dinyanyikan kat SMSTJ lagi..

21 Mar 2010

Yahoomail Spam Alert!!Take note


Korang guna Yahoomail??Kalau korang rajin tengok emel korang (yang penuh dengan notification Facebook sahaja tu,tak padam-padam 2 taun), korang akan perasan ada 1 emel yang suruh korang notify emel korang,dengan emel password ngan dengan reply emel tersebut..Emel die macam ni

Yahoo! Customer Care Satisfaction Survey


Dear Valued Member,


YAHOO ACCOUNT VERIFICATION ALERT !!! (KMM69467VL055834KM)

Due to the congestion in all Yahoo Accounts, Yahoo would be shutting down all unused Accounts, You will have to confirm your E-mail by filling out your Login Information below after clicking the reply button, or your account will be suspended for security reasons..


Yahoo! ID Card

Name: .........................................................


Yahoo! ID: .........................................................

Yahoo! Mail Address: .........................................................

Password: .........................................................

Member Information

Gender: .........................................................

Birthdate: .........................................................

Occupation: .........................................................

Country: .........................................................


If you are a Yahoo! Account Premium subscriber, We will refund the unused portion of your Premium subscription, if any. The refund will appear as a credit via the billing method we have on file for you. So please make sure that your billing information is correct and up-to-date. For more information, please visit https://billing.yahoo.com.

After following the instruction on this sheet your account will not be interrupted and will continue as normal

We appreciate your being a Yahoo! Account user.

Sincerely,

Yahoo! Customer Support


Tapi apa yang aku pelik adalah,aku dapat lebih dari 1 emel yang macam ni,dan datangnye dari alamat emel yang berbeza..Mane ade Yahoo admins nak pakai emel sendiri,mesti die akan menggunakan emel yahoo secara rasmi..Dan yang paling aku syak, die mintak password emel kite..Jangan lupa, JANGAN PERNAH BAGI PASSWORD EMEL KAT SAPE-SAPE..Dah la suruh reply kat emel die,bukan klik kat mane-mane link untuk notify emel kite.. Aku tak tau la,aku sorang je ke tak tau pasal ni..Dan aku tak pasti betul ke tak ape yang aku cakap ni..Tapi menurut ape yang aku dah belajar kat dunia cyber ni,ape yang aku cakap ni ade asas..Dan kalau ade info lebih,tolong lah kongsi same-same..

p/s : Ke aku sorang je tak tau pasal benda ni??


Green Day — 21st Century Breakdown (lyrics)

Green Day 21st Century Breakdown Lyrics

Born into Nixon I was raised in hell
A welfare child
Where the teamsters dwelled
The last one born
The first one to run
My town was blind from refinery sun

My generation is zero
I never made it
As a working class hero

21st Century Breakdown
I once was lost but never was found
I think I am losing
What's left of my mind
To the 20th century deadline

I was made of poison and blood
Condemnation is what I understood

Videogames of the towers fall
Homeland security
Could kill us all

My generation is zero
I never made it
As a working class hero

21st Century Breakdown
I once was lost but never was found
I think I am losing
What's left of my mind
To the 20th century deadline

We are the class of the 13
Born in the era of humility
We are the desperate in the decline
Raised by the bastards of 1969

My name is no one
The long lost son
Born on the 4th of July
Raised in the era of heroes and cons
That left me for dead or alive

I am a nation
A worker of pride
My debt to the status quo

The scars on my hands
And the means to an ends
Is all the that I have to show

I swallowed my pride
And I choked on my faith
I've given my heart and my soul
I've broken my fingers
And lied through my teeth
The pillar of damage control

I've been to the edge
And I've thrown the bouquet
Of flowers left over the grave
I sat in the waiting room
Wasting my time
And waiting for judgement day

I praise liberty
The "freedom to obey"
Is the song that strangles me
Don't cross the line

Dream, America dream
I can't even sleep
From the light's early dawn

Scream, America scream
Believe what you see
From heroes and cons

20 Mar 2010

Dapat bezakan lelaki ngan perempuan?

Korang rase dah handal sangat nak bezakan lelaki ngan perempuan??Aku ade 1 test untuk korang cuba,tengok korang tau ke tak bezakan lelaki ngan perempuan..Kalau korang rase korang casanova,meh test tengok betapa hebatnya korang (ayun tak payah,dah tau die confirm kantoi ngan test ni)..

Kat bawah ni ade beberapa gambar..Korang bezakan perempuan atau lelaki setiap gambar yang aku bagi ni..Nanti jawapan ade kata bawah post ni.Tapi jangan main tipu..Teka dulu yang mane satu,than baru tengok jawapan..Kire jawab dalam hati je lah..

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6






Okeh,dah tengok dah?Dah dapat jawapan untuk semua gambar??

Jawapan die : SEMUA ORANG KAT GAMBAR ATAS NI ADALAH LELAKI..

HAHAHA..Kalau korang rase sangat lah dapat bezakan antara lelaki ngan perempuan zaman sekarang,fikir balik..Gambar ni diambil kat pertandingan ratu cantik golongan pondan kat Thailand..Ape yang aku nak cakap dari post ni adalah,tengok lah dunia kita sekarang,sampai lelaki pun dah tak ubah macam perempuan dengan teknologi.Kadang-kadang lelaki yang convert ni mengalahkan perempuan..Macam tu jugak sebaliknya..So,jage lah keluarga kita daripada benda-benda yang macam ni..

19 Mar 2010

Patuhi lampu isyarat atau papan tanda??

Peristiwa ni berlaku kat Medan,Indonesia..Ingat lagi tak post aku pasal Perbezaan Asam Garam Pemanduan Malaysia-Indonesia??Mesti korang ingat aku main-main je kan..Tapi sebenarnya,itulah yang terjadi..Dan aku ada satu bukti untuk menunjukkan betapa kelakarnya jalan raya di Indonesia ni..Ni salah satu je lah..
Kalau korang duduk kat Medan, belum tentu korang perasan benda ni..Sebab banyak benda lain nak tengok mase kat jalan raya (elak semua knderaan atas jalan,cover line dari polis,dan macam-macam lagi)..Senang cerita,aku pakai gambar la..


Kalau korang tengok dari jauh,papan ni tak ubah macam papan-papan tanda yang lain..Kalau aku pun malas nak tengok,sebab mesti nak suruh ikut peraturan jalan raya..Tak nampak ape die tulis??Meh kite datang dekat lagi..


Perlu nak translate??Tak payah aku rasa,sebab semua dah tahu maksudnya,berhenti bila lampu isyarat warna merah..Tapi kejap..Ape benda benda warna hijau kat bawah signboard ni??Jap,jap,jom usha same-same..

Buat pengetahuan korang,tiang traffic light ni,betul-betul ada kat belakang papan tanda tu..Dan kat seberang sana,takde tiang traffic light lagi..Bayangkan macam mane nak patuhi traffic light..Untuk abang polis,tolong la letak traffic light kat tempat-tempat yang betul sikit..Macam ni ha,pemandu nak tengok traffic light macam mane??Tau la pemandu yang patuh kat undang-undang jalan raya kat sini 5% je,tapi kesian la kat yang 5% tu..

p/s : Traffic light ni,baru je menyala,sebelum ni hanya sebagai tiang je..Dan aku tengok,orang tak pernah pun nak ikut traffic light ni..Menyala ke tak,same je..

16 Mar 2010

Adegan cium Dewi Persik dan Indra Brugman


Ape nak jadi dengan perfileman Indonesia,yang mempunyai jumlah penduduk Islam teramai kat Asia Tenggara ni..Semuanya sekarang dah nak ikut barat,termasuk pembikinan filem/movie..Kalau perasan,lebih banyak adegan panas yang berani dilakukan oleh pelakon Indonesia,dan modal filem Indonesia sekarang takde lain dah,cerita remaja (kononnya) yang ala American Pie dan etc,dan jugak cerita hantu yang akan lebih banyak adegan panas seksi meksi pelakon yang tak tau malu daripada seramnya..

Antara cerita tersebut,adalah Tiran yang merupakan singkatan kepada Mati di Ranjang,atau mati atas katil.Cerita ni adalah hasil daripada Maxima Production,yang terkenal dengan filem-filem yang banyak adegan kontroversi..Aku tak tau macam mane jalan caerita die,sebab belom tengok lagi,dan aku tak tengok cerita Indonesia kat wayang..Cerita tersebut dibintangi oleh Dewi Persik dan Indra Brugman..Tetapi apa yang aku nak highlight kat sini bukan pasal cerita tu,tapi adegan ciuman (yang real,bukan edit,bukan camera trick) Dewi Persik dengan Indra Brugman dalam filem tu..Ini ada sikit gambar adegan tu..




Dewi Persik,yang pernah mengeluarkan kenyataan "Jangan ganggu saya.Saya mencari rezeki yang halal",tanpa segan silu mengakui bahawa adegan tersebut adalah nyata,tetapi macam biasa la artis,menyatakan adegan tersebut hanya untuk filem,nothing personal,dan dia tak kekok sebab dah rapat ngan Indra Brugman (maksudnya dah biasa buat ape eh)..Kalau tak caye,klik disini untuk lebih lanjut..

Dunia,dunia..Boleh pulak,untuk berlakon "dihalalkan" adegan-adegan macam tu..Kalau macam tu,takpe lah artis melakukan aksi ranjang (faham-faham sendiri) dalam filem,sebab kalau dalam filem,jadi halal..Inilah die manusia-manusia jahil yang hancurkan agama kita..Macam mane tak datang bala bertimpa-timpa kat Indonesia ni,tapi masih tak sedar lagi masing-masing..

Bukan Indonesia je,Malaysia pun same..Macam cite Remp-it tu,dan macam-macam filem lagi la..Filem Adnan Sempit,seriously best gile bagi aku..Memang aku ngan budak-budak ni (Richie,Mario,Patay) tergelak la..Tapi terus aku tak respect filem tu sebab ade adegan yang bagi aku tak penting pun,dimana ada sekolompok remaja tengah menikmati "pemandangan badan wanita tanpa pakaian".Tak tau lah camera trick ke,betul-betul bogel ke.Walaupun sensored,tapi still aku rase adegan tu tak penting langsung,dan tak sesuai untuk kanak-kanak..

Aku tak de kuasa nak betulkan,maybe boleh cakap-cakap camni lah,Tapi kalau ada yang bace ni orang yang boleh ubah,tolong la sedarkan orang lain..Kalau cerita berkualiti,takde adegan panas pun leh pecah panggung la..

p/s : Moga Malaysia takde cerita-cerita macam ni..

14 Mar 2010

Indonesia negara rasuah terbesar di Asia Pasifik


Baru-baru ni,aku ada terbace satu artikel yang sangat menarik perhatian aku di VIVAnews dan juga di nusantaranews, dimana artikel tersebut,menyatakan bahawa Indonesia merupakan negara paling banyak aktiviti rasuahnya,menurut servey sebuah syarikat consultant daripada Hong Kong,“Political & Economic Risk Consultancy” (PERC).Penilaian didasarkan atas pandangan ekskutif perniagaan yang menjalankan urusan di 16 negara Asia Pasifik yang terpilih. Total responden adalah 2,174 dari pelbagai kalangan eksekutif kelas menengah dan atas di Asia, Australia, dan Amerika Syarikat.

Hasil survey PERC ini mengatakan bahawa Indonesia mendapat nilai 9,07 dari angka 10 sebagai negara paling banyak rasuah 2010. Ini bererti selama 2 tahun terakhir pemerintah Susilo Bambang ,tingkat rasuah di Indonesia semakin membimbangkan. Pada tahun 2008, Indonesia menduduki kedudukan ke-3 dengan nilai tingkat rasuah 7.98 setelah Filipina (tingkat rasuah 9.0) dan Thailand (tingkat rasuah 8.0).

Berikut adalah ranking daripada survey tersebut.
  1. Indonesia (paling banyak rasuah)
  2. Kamboja
  3. Vietnam
  4. Filipina
  5. Thailand
  6. India
  7. China
  8. Taiwan
  9. Korea
  10. Macau
  11. Malaysia
  12. Jepun
  13. Amerika Syarikat
  14. Hong Kong
  15. Australia (bersih)
  16. Singapura (terbersih)
Catatan * : Negara Asia-Pasifik yang disurvei adalah negara yang memiliki kemajuan ekonomi cukup pesat di kawasannya dalam beberapa tahun terakhir.

Tujuan aku buat ni bukan untuk merendahkan Indonesia,tapi sekadar untuk pengetahuan umum,dan iktibar bagi kita gak,sebab kedudukan Malaysia pun agak membimbangkan,dan kita pun tahu,rasuah di Malaysia semakin menjadi-jadi,cuma ada beberapa negara tingkat rasuahnya bertambah lebih pesat dari Malaysia..

Dan sebab lain aku post pasal ni adalah,aku sangat muak dengan rasuah kat Indonesia,dalam setiap urusan,yang selalu aku kene..Muak nak berurusan dengan setiap jabatan dan bahagian kat Indonesia yang tak ramah lansung dan suka menyusahkan orang,muak dengan sistem yang tidak memikirkan kesusahan orang lain.

So,kalau nak buat sesuatu tu,buatlah dengan ikhlas..Bila orang senang dan suka dengan keihklasan kita,insyaAllah ada imbalan lain..Tunggu je lah..

12 Mar 2010

Manohara,si penipu besar

Dewi,Daisy(ibu Manohara),Manohara

Pernah dengar nama Manohara?Maybe 99% tahu siapa Manohara..Nama sebenarnya Manohara Odelia Pinot,merupakan model yang berasal daripada Indonesia pernah membuatkan hubungan kedua negara menjadi renggang,dengan menuduh Putera Raja Kelantan, Tengku Fakhry Sultan Ismail Petra melakukan kekerasan seksual terhadapnya,walaupun lansung tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh untuk memastikan dakwaannya tersebut..Tapi apa yang pelik,rakyat Indonesia kebanyakannya menyokong Manohara,dan menyambut Manohara pulang ibarat wira yang baru mendamaikan 2 negara (padahal melancarkan perang antara 2 negara),dan mendapatkan gelaran (macam Datuk gak lah) atas alasan dianiaya..Pembantu rumah yang dianiaya serata dunia tidak pernah mendapat gelaran-gelaran seperti yg didapat Manohara,hanya kerana mereka bukan model yang seksi-meksi..

Pada 11 Mac 2010 yang lalu,Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenakan denda sebanyak RM6juta terhadap Manohara dan ibunya yang terbukti bersalah menfitnah Tengku Fakhry..Tapi Manohara si penipu besar ni sangat pandai,kerana hukum di Malaysia tak diterima pakai di Indonesia,melainkan Tengku Fakhry mendakwa Manohara si penipu besar di mahkamah di Indonesia,yang mungkin akan menyokong Manohara..Dan pihak Tengku Fakhry dikatakan akan mendakwa Manohara di mahkamah di Jakarta..

Apa yang aku tak faham adalah,macam mana rakyat Indonesia menyokong Manohara..Tanpa ada sebarang bukti,nama Tengku Fakhry diangkat sebagai Phsychopat,dan Malaysia terus dihina dan dikeji tanpa sebab..Tapi bukan semua macam tu,ada jugak yang mengutuk Manohara..Bayangkan,kalau dah tahu Tengku Fakhry bersalah,kenapa tak terus dakwa di mahkamah?Atau buat laporan polis,atau buat pemeriksaan kesehatan..Apa yang Manohara buat bila sampai di Indonesia adalah memburukkan nama Malaysia di media-media massa,sibuk menghadiri undangan majlis,sibuk mendapatkan gelaran,dan yang paling tak leh terima,sibuk berlakon sinetron (drama)..Itulah TRAUMA BERAT yang disebut-sebut pihak media massa,tetapi trauma berat versi Manohara (dengan klasifikasi macam yang aku nyatakan tadi)..

Kalau nak artikel lebih lanjut tentang Manohara didapati bersalah dan dikenakan denda RM6juta,klik saja disini..Dan aku berharap rakyat Indonesia tidak lagi bermusuhan dengan Malaysia,sebab takde sape yang mahukan perbalahan..

p/s : Malaysian for peace

9 Mar 2010

Adam Lambert - Whatya want from me (lyrics)

Adam Lambert - Whatya want from me

Hey, slow it down
Whataya want from me
Whataya want from me
Yeah, I'm afraid
Whataya want from me
Whataya want from me

There might have been a time
I would give myself away
(Ooh) Once upon a time
I didn't give a damn
But now here we are
So whataya want from me
Whataya want from me

Just don't give up
I'm workin' it out
Please don't give in
I won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Whataya want from me

Yeah, it's plain to see
That baby you're beautiful
And it's nothing wrong with you
It's me... I'm a freak
But thanks for lovin' me
Cause you're doing it perfectly

There might have been a time
When I would let you step away
I wouldn't even try but I think
You could save my life

Just don't give up
I'm workin' it out
Please don't give in
I won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Whataya want from me

Just don't give up on me
I won't let you down
No, I won't let you down

So
Just don't give up
I'm workin' it out
Please don't give in
I won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me

Just don't give up
I'm workin' it out
Please don't give in
I won't let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
(Whataya want from me)
Whataya want from me
Whataya want from me

8 Mar 2010

Tips tingkatkan libido (ghairah seksual)


Hubungan suami isteri menjadi faktor yang sangat penting dalam kebahagian dalam rumah tangga, dan tidak boleh dinafikan lagi,walaupun kebahagian bukan hanya bergantung kepada hubungan suami isteri..Antara lain kepercayaan,kesefahaman dan lain-lain lagi.Tapi pasangan suami isteri sering melupakan yang satu ini..Mereka sibuk dengan urusan lain,lupa untuk bermesra sesama..Faktor utamanya adalah terlalu sibuk,dan merasa letih dan lesu setelah pulang kerja atau membuat aktiviti lain,sehingga libido pasangan menjadi rendah..

Ada petua untuk menambahkan libido dengan memakan makanan penambah libido yang dikenali dengan aphrodisiac, dipercayai diambil daripada nama dewi Yunani Aphrodite, yang dikenali sebagai dewi kecantikan dan cinta.Ada beberapa jenis minuman dan makanan yang telah lama dikenal sebagai aphrodisiac,antaranya adalah :

1. Nenas

Nenas mengandungi enzim bromelain,yang dipercayai dapat meningkatkan libido lelaki secara lansung. Selain itu,ia juga termasuk sumber kalium dan beberapa vitamin b seperti riboflavin, yang boleh meningkatkan tenaga tubuh. Selain itu,suap-menyuap nenas sebelum melakukan hubungan suami isteri juga boleh digunakan komunikasi pra-seksual.

2. Avocado

Kandungan asid folik yang tinggi boleh membantu metabolisme protein untuk memberikan tenaga yang lebih pada tubuh. Avocado juga mengandungi vitamin B6, yang boleh meningkatkan penghasilan hormon pada lelaki, dan juga kalium, yang membantu meregulasi tiroid pada wanita yang membantu dalam proses metabolime.Secara automatik,avocado dapat meningkatkan libido lelaki dan perempuan.

3. Tiram mentah

Tiram memiliki zink yang banyak, yang boleh meningkatkan produksi sperma dan hormon testosterone. Tiram juga mengandungi dopamine, yang boleh meningkatkan libido. Untuk menghilangkan rasanya yang aneh,anda boleh meletakkan limau segar diatasnya sebelum memanakannya.

4. Ginseng

Berkhasiat menambah kekebalan tubuh, meningkatkan ghairah seksual, fungsi otak, menambah tenaga,vitalitas dan stamina.Ginseng juga memperlancar sirkulasi darah. Tetapi minum ginseng berlebihan yang tidak ditapis boleh membahayakan buah pinggang.

5. Telur

Kaya dengan vitamin B6 yang boleh membantu menyeimbangkan tingkat produksi hormon dan menurunkan ketegangan yang sangat penting untuk kesihatan libido. Telur juga simbol dari kesuburan dan tunas kehidupan. Sebahagian orang memakan kuning telur untuk meningkatkan libido dan mendapatkan energi tubuh yang maksimal. Semua telur ayam,burung dan ikan mengandungi vitamin B5 dan B6.

Penipuan Facebook???

Korang pernah tengok awek cun punye profile picture kat Facebook,than tak sabar-sabar nak tunggu die approve,bak-nak kalau die buat gambar jadi private..Sebelum komen ape-ape,cube tengok gambar kat bawah ni..

Leh tahan gak awek kat atas ni kan..Putih,rambut lembut,comel je tengok..Kalau orang Sungai Tawang tengok,die cakap,"Sojuk ati wan nengok kau,dagho.."Kalau dengan keadaan macam ni,confirm senarai friends die beribu-ribu,orang sibuk je nak berkenalan dan mintak approve,nak tengok gambar lagi..Tetapi...

.................

.............

.........

......

....

...

.Tapi bile korang dah add die,korang pun dapat tengok diri sebenar minah ni,huhuhu..Itu lah ape yang berlaku dalam facebook..Sume orang nak buat good impression kat profile picture,sampai sume lurah dendam kelihatan (macam gambar Khir yang menampakkan lurah dendamnya)..Dan ini lah salah satu cara,bagi nampak muka je..Ade satu kes aku pernah bace,mamat ni dah habis berpuluh ribu dolar kat ade minah yang die kenal kat Facebook..Kire dah couple melalui dunia siber je la..Bile mase nak jumpa,rupenya minah tu obesiti,dan sume gambar yang die gunakan adalah gambar member baik die yang hot dan comel gile..

Mamat tadi frust gile,sampai sumpah seranah minah tu,sebab die rase perempuan tu perbodohkan die selama ni (yang sememangnya bodoh itu,huhuhu)..So,jadilah diri kita sendiri..Dan kita haruslah menghormati kekurangan orang lain,sebab kita pun bukan perfect..Dan kalau berkawan,jangan pilih yang menarik je,sebab hati kita tak tau..

p/s : OBESITI(kegemukan) BUKAN KEKURANGAN,sila harap maklum..Jangan salahkan genetik,bila kita makan McD hari-hari tak berenti,24 jam mengadap PC,tak keluar bersukan lansung,bila member ajak main futsal da siapkan 50 alasan..Obesiti adalah orang yang aku cakap kat atas ni..So,FIGHT OBESITI!!!

7 Mar 2010

Proton's Concept Car "EMAS" (Eco Mobility Advance Solution)

Seperti yang kebanyakan rakyat Malaysia dah tau,PROTON telah melancarkan model kereta konsep atau "Consept Car" pada 18th International Geneva Motor Show yang telah berlansung pada 4 mac 2010 dan akan berakhir pada 14 Mac 2010. Model tersebut diberi nama EMAS (Eco Mobility Advance Solution) yang diinspirasi daripada emas(gold) sendiri,dengan harapan PROTON mampu bersaing dengan pengeluar kereta yang lainnya.

Kereta ini telah direka oleh jurutera PROTON sendiri,syarikat di bawah naungan PROTON,iaitu LOTUS dan juga pereka design daripada Itali,Italdesign Giugiaro (IDG). Kereta ini dipasangkan dengan enjin hybrid 3 silinder 1.2 liter yang mampu menjana sehingga 54 kuasa kuda (38kW) pada 3,500 rpm.EMAS juga datang dengan enjin standard,dan dengan harga yang lebih murah.

EMAS didatangkan didalam 3 model,iaitu :

1. EMAS - kereta sedan 4 pintu dengan 5 tempat duduk yang bakal memberikan keselesaan MPV pada sebuah sedan,dan kalau mengikut apa yang aku nampak,seperti konsep Honda Freed,tapi Honda Freed sendiri adalah MPV.EMAS sesuai untuk orang berkeluarga.

2. EMAS COUNTRY - kereta sedan 2 pintu dengan 5 tempat duduk yang lebih sedikit kompak berbanding EMAS.Konsep EMAS COUNTRY ini seperti Proton Satria dan Satria Neo.

3. EMAS3 - EMAS3 adalah percubaan yang berani dari PROTON,dengan menampilkan rekaan kereta '3plus1' pintu dengan 2 tempat duduk,yang seakan-akan Smart For Two..

Harga untuk setiap EMAS masih belum diumumkan,dan dijangkakan EMAS kan boleh dinikmati penggemar mulai tahun 2012.PROTON telah menjanjikan bahawa walaupun EMAS dihasilkan untuk pasaran global,tetapi rakyat Malaysia akan terlebih dahulu menikmati ciptaan anak bangsa untuk bangsa..

Tahniah kepada PROTON dan diharapkan PROTON akan terus maju dan terus mengharumkan nama anak bangsa..

Ni ada sedikit gambar daripada model yang datang dengan 2 warna (Emas dan Putih) tersebut...

Ini EMAS COUNTRY warna emas, 2 pintu 5 tempat duduk
EMAS COUNTRY dari pandangan belakang..

EMAS COUNTRY yang dah jadi,posing dengan awek no 38 aku yang datang dari Malaysia,weeewittt..

Yang ni pulak EMAS,yang sangat sesuai sebagai kereta keluarga..

EMAS daripada pandangan tepi..

EMAS daripada pandangan belakang,lebih kurang sama dengan EMAS COUNTRY..

Ini depan EMAS COUNTRY,yang menyerupai EMAS..

Yang terakhir,EMAS3 yang kelihatan comel dengan 2 pintu..

Ini EMAS3 yang telah diproduksi..comel kan??

EMAS3 dari pandangan sisi..

Rekaan dalaman yang sangat kemas dan dilengkapi dengan kelengkapan yang berteknologi tinggi untuk hiburan pemandu dan penumpang..

Enjin yang telah direka hasil kerjasama jurutera tempatan PROTON dan jurutera LOTUS..

Taraaaa...

Model yang bakal menggemparkan industri permotoran antarabangsa,dan bakal menjadi kebanggaan rakyat Malaysia keseluruhannya..

p/s : Sokonglah industri dan hasil kerja rakyat kita sendiri,tak perlu nak bangga dengan hasil dan buatan daripada negara lain..