29 Apr 2010

Harapan Chong Wei pada Piala Thomas 2010


Datuk Lee Chong Wei dalam kenyataan beliau untuk Utusan, meminta seluruh rakyat Malaysia tak memberikan cemuhan atau kata-kata yang kesat apabila Malaysia gagal dalam saingan Piala Thoams 2010, tetapi tetap memberikan sokongan yang padu, bukan sahaja untuk Piala Thomas, malah setiap waktu..Lee Chong Wei menceritakan pengalaman beliau pada Piala Thomas 2000 dimana Malaysia kalah dalam saingan suku akhir, dan pemain nagara diberi cemuhan dan kata-kata kesat..Piala Thomas yang ketika itu berlansung di Stadium Putra Bukit Jalil gagal dibawa pulang oleh Malaysia..

Kejohanan antara paling berprestij dalam badminton tersebut sekali lagi akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil,dan diharapkan Malaysia mampu merampas kembali Piala Thomas yang kali terakhir dibawa pulang ke Malaysia pada tahun 1992..Aku sebagai peminat sukan tempatan, pun berharap yang sama dengan Lee Chong Wei..Kita kene mengubah mentaliti kita balik..Bukan bila dah kalah,terus cemuh dan kritik habis-habisan.Tak salah nak kritik,sebab memang itu lumrah.Tapi yang positive la,bukan hanya cemuh yang tak berasas..

Orang Malaysia ni ade satu sifat yang payah nak ubah,termasuk la aku sendiri.Bila pasukan kita menang,bukan main gembira,tapi bila dah kalah sekali,terus caci maki,sampai ke tahun depan.Patutnya kita kenelah bagi sokongan untuk mereka naik lagi..Tapi pemain-pemain pun,janganlah cepat lupa diri..Jadi,sama-sama lah kita ubah yer,dan bagi sokongan yang tak terhingga kepada skuad negara pada 9-16 Mei 2010 depan..Kalau berpeluang,marilah kita sama-sama memeriahkan lagi kejohanan tersebut..


Kita doakan pasukan negara dapat membuatkan Piala Thomas kekal di Malaysia,bukan hanya transit untuk diberikan kepada negara lain..Majulah sukan untuk negara..

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

Aku si bodoh

Dah lame,baru aku sedar..

Sekian terima kasih..

Tangled - Maroon 5

I'm full of regret
For all things that I've done and said
And I don't know if it'll ever be ok to show
My face 'round here
Sometimes I wonder if I disappear

Would you ever turn your head and look
See if I'm gone
Cause I fear

There is nothing left to say to you
That you wanna hear
That you wanna know
I think I should go
The things I've done are way too shameful

You're just an innocent
A helpless victim of a spider's web
And I'm an insect
Going after anything that I can get

So you better turn your head and run
And don't look back
Cause I fear

There is nothing left to say to you
That you wanna know
I think I should go
The things I've done are way too shameful

And I've done you so wrong
Treated you bad
Strung you along
Oh shame on myself
I don't know how I got so Tangled up

You better turn your head and look
See if i'm gone
Cause I fear

There is nothing left to say to you
That you wanna hear
That you wanna know
I think I should go
The things I've done are way too shameful

And I've done you so wrong
Treated you bad
Strung you along
Oh shame on myself
I don't know how I got so tangled ..up

Twisties ade lemak babi!!!!


Kenal gambar kat atas ni??Confirm sume tau Twisties dan ramai gile yang suke termasuk la aku (but not after this)..Korang pernah tengok ape ingredient die tak?Aku selalu je tengok,tapi aku tak penah tau apa benda tu semua..Apa yang wat aku tekejut besar,aku dapat tau TWISTIES ADE LEMAK BABI!!!

TIDAK!!!Kenapa la aku suke sangat ngan Twisties sebelum ni..Kalau menurut sumber yang aku bace, die dapat daripada majalah yang mengatakan bahawa Twisties mengandungi lemak babi..Bukti die dekat gambar bawah ni..

Majalah tu ada senaraikan kod-kod bahan yang mengandungi lemak babi,dan diantara bahan tersebut terdapat dalam pembuatan Twisties, iaitu Disodium 5'-Inosinat dengan kod E631..Aku tak boleh nak confirmkan sebab kat sini takde Twisties..Siapa-siapa yang ada kat Malaysia, tolong confirmkan boleh tak??Than kongsi sama-sama kat sini..

Apa yang buat aku yakin adalah, dulu ayung ku tercinta (akak aku) pernah bagitau yang jangan beli benda yang ade kod depan die E6++ (sebab die pun tak ingat) sebab ade lemak babi, mase die belajar dulu (Teknologi Makanan)..Bile aku bace je artikel kat FB yang dipost oleh member aku, aku terus teringat benda ni..

Than please kalau siapa-siapa ada info,kongsi sama-sama kat sini..Untuk ketahui lebih lanjut tentang Disodium Inosinat ni, check dekat sini :

Tentang Disodium Inosinat

Kalau ada apa-apa info,tolong share ye..Biar kite clarify benda ni..Kalau salah kang,aku boleh dituduh menfitnah pulak..Sebab benda-benda macam ni,sensitive sikit kan,huhu..Tapi jangan lupa tentang benda paling penting dalam hidup..

p/s : Bukan pernyataan,tapi pertanyaan..So,ada apa-apa just clarify okeh??

23 Apr 2010

Kejohanan Futsal Tertutup PMUSU 2010


Pada 25/04/2010 nanti,akan diadakan Kejohanan Futsal Tertutup 2010, bertempat di Village Futsal, Jalan Pembangunan..Kejohanan yang julung-julung kali diadakan sehingga malam ini akan dimulai pada jam 12.00 wib dan dijangkakan tamat pada jam 22.00 wib (10.00 malam)..
Panitia kejohanan adalah seperti berikut :

Abdul Hadi Ruslan FK 07 (Ketua Projek)
Nazrul Amar Husin FKG 07
Dzul Effendi Mohd Saidi FK 07
Faisal FKG 07
Mohd Danial FK 07
Khairul Hirzan FK 09
Mohd Fadzly FK 09
Nurulsyuhada FKG 07

*Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh bertanya kepada panitia

Walaupun pertandingan tersebut dijangkakan akan tamat pada jam 10.00 malam, tetapi perlawanan wanita mungkin akan tamat sebelum malam..Diharapkan tiada masalah kepada peserta wanita dan juga penonton wanita..

Tempat kejohanan : Berikut merupakan peta untuk ke Village Futsal (yang dibuat oleh aku sendiri menggunakan Paint,hehehehe)

Klik gambar untuk perbesar

Terdapat 3 jalan masuk utama, iaitu melalui Jalan Pembangunan, daripada Terminal Futsal ataupun Jln. Setia Budi..Paling mudah, melalui Jln. Pembangunan, jlan kecil dekat jambatan, sebelum Pondok Zam-zam.Atau dari Terminal Futsal, ikut signboard..Kalau ada-ada pertanyaan lagi boleh tanya komen disini atau mesej saya (+6283198069446)..

Saya mengharapkan sokongan daripada semua pelajar Malaysia di Universitas Sumatera Utara untuk datang dan memeriahkan lagi kejohanan ini, kerana daripada sukan, perpaduan terjalin..

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

22 Apr 2010

Signboard/iklan mintak pelempang - Part 1(Sumpah klakar)

Ingat lagi post aku pasal "Singboard yang buat orang berhenti untuk melihatnya"?Itu kat luar negara..Tapi kali ni aku dapat yang kebanyakannya dari negara kita sendiri,dan mungkin ada lah dari indonesia kot..Mase aku tengok gambar-gambar ni,seriously aku gelak macam nak pecah perut..Abih ilmu aku belajar selama 4 bulan ni (yang sememangnya kosong dalam otak aku) keluar semua..Isyk3..So,aku takkan biarkan ilmu aku keluar sorang-sorang..Aku nk korang rase gak apa yang aku rase.hahaha..Enjoy!!!

Peringatan!! : Kalau nak buat signboard or buat iklan tu,tengok-tengok la dulu..Kalau rasa Bahasa Melayu or English kat sekolah dulu dapat F,mintak lah tolong orang untuk buatkan atau checkkan balik..Dan kalau memang strategi pemasaran memang macam tu, nak buat macam mane..Tunggu je lah keluar dalam blog-blog orang macam dalam blog Encik Adie,hehehe..


Maybe sebab signboard ni 1st day keje, so die jadi gagap pulak..GGGGHARAJALELA..huhu..(jalan baru kat KL)

Maksud die,tujuan tutup pintu adalah untuk MENGGELAKKAN anjing yang datang,than tak dapat masuk sebab pintu dah tutup..Gelakkan anjing itu!!!

Tak sangka pulak yang rokok boleh BUNTING..Sampai hati sape yang sanggup buang rokok yang tengah bunting kat atas PERMAIDADI..

Errrr..Tak tau la ini orang mane..Maybe orang indonesia yang keje kat Malaysia kot..(Bahasa Melayu kuno pun tak macam ni..Mane lah die belajar BM ni)

Seriously, macam-macam cara aku buat untuk sebut menatang ni..Cube korang sebut apa die tulis tu..Secrind floor, Secrid floor,Twird floor??

Ini RAJA,bukan sebarang RAJA..Ini Raja K***..Hahahaha...

Ini kat Cuba ke,banyak sangat stock sampai leh derma-derma DADAH lak.Eh,tapi tu Bahasa Melayu??Aiyak...(ingat lagi cerita Sammy Vellu pasal laki ngan perempuan suke derma ape??Hehehe)

Korang pernah dapat goreng pisang yang dah koyak tak??Korang jangan risau, bawak je kat makcik ni..Die specialized jahit goreng pisang..

Orang Perak sebut Hotdog memang HOKDOK kaaa???


Aku tak pernah tengok iklan yang lebih worse dari ni kesalahan bahasa dan ejaan die..Ni Ah Long yang sekolah la ni..Malas belajar, last-last jadi bonzer Ah Long je..

p/s : Credit to Persatuan Salah Cakap

Kasut untuk Bush, Selipar untuk Blair


Masih ingat kejadian Bush dipaling kasut di Iraq?Kejadian tersebut mungkin berulang,tapi pada sekutu kuat Bush,iaitu bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair..Tetapi apa yang menarik adalah, kejadian tersebut mungkin akan berlaku di negara kita, Malaysia jika Tony Blair tetap datang ke Sunway Lagoon sabtu ini (24/04/2010) untuk memberi ucapan dalam acara National Achievers Congress..Kedatangan Blair ke Malaysia di sambut dingin oleh 53 NGO yang diketuai oleh Perdana Global Peace Organization (PGPO) yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir..

Tun Dr. Mahathir mengecam hebat kedatangan Blair ke kongres tersebut kerana mengatakan, Blair yang kita semua tahu telah mengaku berbohong untuk melancarkan perang terhadap Iraq bersama-sama sekutunya Bush, yang telah meragut ribuan nyawa yang tidak berdosa, yang turut memusnahkan bumi Iraq tanpa ada alasan yang munasabah..

Atas dasar itu, Tun. Dr. Mahathir menegaskan pandangan beliau bahawa Blair tidak layak untuk memberikan nasihat kepada usahawan di negara kita, kerana Blair diketahui merupakan seorang penipu, dan jika usahawan di negara kita mengambil nasihat daripada seorang penipu, apa akan jadi dengan negara kita??Pendapat aku,macam dah takde orang lain yang lebih layak untuk memberikan ceramah di kongres tersebut..

Dengan itu, Tun Dr. Mahathir menggesa rakyat Malaysia yang meluat dan jijik terhadap tindakan Blair tersebut untuk mengutuk dan memalukan Blair dengan cara menyertai perhimpunan aman di Sunway Lagoon pada sabtu ini dengan membawa selipar yang menjadi simbol kebencian terhadap keganasan..

NGO yang telah bergabung dengan Tun Dr. Mahathir memberikan amaran kepada Blair,bahawa jika Blair berani menjejakkan kaki ke Malaysia, maka bersedialah dengan hujan selipar dari rakyat yang membencikan pengganas sebenar..

Artikel Utusan Malaysia tentang kedatangan Blair ke Malaysia

p/s : Aku tak tau tindakan ini betul atau tidak..Mungkin ada pro and cons dia..Tapi sebagai seorang Muslim, aku mengutuk tindakan Bush,Blair dan sekutu menyerang saudara seIslam kita di seluruh dunia tanpa alasan yang munasabah..Dan aku berpendapat bahawa Bush, Blair dan sekutunya merupakan PENGGANAS SEBENAR!!!!

Serba Putih di Makmal Komputer

Tau kan Makmal Komputer?Aku sampai skang tak faham kenapa ianya dipanggil makmal,sedangkan kita tak buat apa-apa eksperimen pun dalam Makmal Komputer..Dan dari kite sekolah sampai la masuk universiti, mesti ada praktikum komputer..Dan tadi juga merupakan praktikum komputer paling aneh dalam hidup aku,sepanjang aku hidup..

KENE PAKAI LAB COAT DALAM MAKMAL KOMPUTER!!!

Seriously aku tak faham kenapa kene pakai lab coat,sebab kite takkan pernah handle bahan kimia dalam makmal komputer,apatah lagi nak letupkan syiling (macam Abang Japri buat)..Jadi apa tujuan lab coat dalam makmal komputer??Lepas kami kaji dan bincang di meja bulat, kami dapat beberapa sebab kenapa harus pakai lab coat :

1. Untuk mengelakkan makanan jatuh pada baju
- Seperti yang kita tahu, praktikum komputer sangatlah bosan, dan biasanya kita akan surf internet,daripada dengar apa yang pengajar ajarkan..Dari pengalaman,layan Facebook mesti ade air ngan makanan..So untuk elakkan baju kotor, harus pakai lab coat..

2. Lap air liur
- Fungsi die lebih kurang macam yang pertama tadi..Lab komputer yang membosankan membuatkan kita mengeluarkan "saliva" (faham kan??)..Daripada saliva anda dengan kapasiti 500ml itu terlekat kat baju atau lebih teruk,kat seluar waktu bangun nanti,lebih baik kene kat lab coat..

3. Poket tambahan
- Ada berapa poket kat baju korang selalu pakai?1 je kan?Dengan adanya lab coat,poket akan menjadi 3, dan dengan itu, anda lebih mudah untuk menyorokkan PSP,handphone, malah Tamagochi apabila pengajar round kat belakang nak tengok korang buat ke tak Adobe yang die suruh buat tadi,atau adakah anda sedang melayari "Melayu Boleh".TETTTTT!!!!

4. Of course, sebab ia adalah merupakan praktikum
- Dah name pun praktikum a.k.a lab,so secara automatic korang kene pakai baju untuk lab,iaitu lab coat..One day aku nak tukar praktikum komputer jadi "santai di makmal komputer"..

Ini adalah merupakan keadaan di mana praktikum komputer serba puith,in case korang tak pernah tengok (kat Malaysia aku rase takde macam ni kot,hahaha...)

Ini lah dia keadaan praktikum komputer dengan lab coat..Tak rase aneh ke??

Gadget pertama di kesan : Handphone di tangan kanan..Heeeee

Nampak yang baju biru tu??Aku taknak masukkan gambar dia,tapi dia paksa dengan ugut nak cubit aku sampai biru..So aku terpakse.Sori semua..

Aku dah lame tak nampak game ni..Aku rase last aku main taun 1999 kot..Hebat teknologi indonesia ni..

Aktivit pertama dikesan : Baca buku yang takde kene mengena ngan komputer..

Wah..Mamat ni nampak macam rajin je..Macam tekun je belajar,walaupun ilmu komputer..Bagus2,macam ni lah kite nak..

Cait..Salah bagi kesimpulan awal lah..Rupanya main Solitaire..

Aktiviti kedua dikesan : Mengorat awek kat komputer sebelah,weeewwwww...

p/s : Kat screen saver die tulis " For FK USU (fakulti kedokteran universitas sumatera utara) 'jenious' only"..Ah yer..Sangat la 'jenious' eh orang yang buat tu..Buat malu kaum (indonesia okay) je..Telebih blaja agak eh..

21 Apr 2010

Keagungan Islam zaman dahulu


Tadi aku ada terbaca satu link yang orang post kat wall grup Anti Akademi Fantasia,dengan tajuk Look What Muslim Did,Hard To Swallow The Truth..Dari tajuk,mula-mula aku fikir macam nak kutuk Islam ni.So aku tengok la link YouTube tu,sebab kalau kita nak pertahankan diri,kite kene tau apa yang musuh kita buat..

Tapi ternyata aku salah..Video tersebut adalah berkisarkan tentang keagungan Islam zaman para nabi dan para sahabat..Maksud Look What Muslim Did adalah apa yang para sahabat dah buat yang sangat mengalahkan dunia barat hari ini,than Hard To Swallow The Truth pulak adalah,kejayaan para sahabat tu.ramai yang tak tau sebab kita dah dkaburi oleh Barat tentang sejarah..Mereka dah ubah sejarah dengan menyatakan mereka yang mencipta dan menghasilkan segala-galanya.Dan seluruh dunia percaya dengan semua tu (termasuk lah aku)..

Kita semua terlupa yang AL-Khawarizmi merupakan orang yang mencipta angka 0 dan mengasaskan Algebra, kita lupa bahawa Ibnu Nafis merupakan orang yang pertama menjumpai Pulmonary Circulation (peredaran darah dalam badan) bukannya William Harvey,kita lupa Ibnu Batutah merupakan pelayar yang agung mengalahkan Vasco da Gama dan pelayar-pelayar Portugis dan Barat yang lain, dan kita sangat lupa bahawa tokoh Islam yang tak asing lagi,Ibnu Sina merupakan Bapa Perubatan Moden, dengan karya agung beliau, Al-Qanun Fit Tib (kalau budak amik medic tak tau pasal ni tak tau nak cakap ape la) yang masih digunakan sebagai buku teks di Eropah (tetapi tidak di kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia dan Indonesia) dan macam-macam lagi..

Tapi apa yang paling aku tak sangka, Laksmana Cheng Ho yang dikenali sebagai seorang laksamana dari China yang sangat terkenal merupakan seorang Muslim.Tak hairan beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan Kesultanan Melayu Melaka..Kadang-kadang terasa sayang,sebab di Malaysia mata pelajaran Sejarah lebih kepada mengagungkan tokoh-tokoh dari Barat (yang hakikatnya merupakan penciplak karya-karya tokoh-tokoh Islam) daripada bercerita tentang tokoh-tokoh Islam..

Video ini merupakan satu video yang mesti ditonton oleh semua, tak kita Muslim ataupun tidak..Dan diharapkan kepada sesiapa yang menonton video ini diharapkan dapat menyebarkannya kepada orang lain..Walaupun hanya 9 minit 59 saat, aku rasa input dia cukup untuk membuka mata semua tentang KEAGUNGAN ISLAM YANG SEBENARNYA..

Video tersebut dapat ditonton di link dibawah..Aku dah cuba upload,tapi disebabkan oleh video tersebut sangat besar dan "internet indonesia tak mengizinkan", tengok kat link bawah ni je eh..

Video "Look What Muslim Did,The Truth Is Hard to Swallow"

p/s : Tentang Ibnu Sina, beliau merupakan tokoh perubatan terkenal..Buku-buku beliau merupakan sumber rujukan di sesetengah negara, terutama di Eropah, hingga ke saat kini..Al-Qanun Fit Tib atau dikenali dengan Canon of Medicine atau Hukum Kanun Ilmu Perubatan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa,tetapi belum dalam Bahasa Melayu rasanya..Tokoh-tokoh Barat banyak menggunakan Al Qanun Fit Tib sebagai sumber rujukan dan kemudiannya mengemukakan teori-teori yang kononnya baru ditemui tanpa mengatakan bahawa semua asas diambil daripada karya agung Ibnu Sina..Lebih lanjut, Google saja,kerana banyak info tentang Ibnu Sina..

19 Apr 2010

Rakyat Malaysia zaman sekarang


Tadi tengah-tengah aku layan FB,aku terbace 1 link yang aku tertarik nak tengok berdasarkan tajuk dia..Aku dapat link tu kat wall Anti Akademi Fantasia..So aku klik kat link tu,dan nampak lah artikel yang panjang berjela,dan aku rasa abih masa aku 15 minit nak baca..Aku kalau panjang-panjang mcam tu malas nak baca..Buku pun aku malas,ini kan lagi artikel-artikel ni..Tapi aku try baca, dan tau apa yang berlaku?Aku baca habis artikel tu dan mengharapkan ada lagi,dan aku baca lagi post-post lain yang ditulis oleh penulis blog tersebut..

Tulisan beliau sangat mantap, berkisahkan rakyat Malaysia zaman sekarang..Sakit hidung aku arini,sebab banyak sangat artikel tu terkena kat batang hidung sendiri.Dan aku akui, apa yang penulis tu tulis,sangatlah betul, dan harus diubah..Nampak sangat beza tulisan orang yang berilmu dengan orang yang rasa-rasa penuh ilmu di dada padahal tak..

Antara ayat-ayat yang aku suka adalah :

"Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing."

Betulkan??Ada berapa banyak rancangan realiti kat Malaysia?Dan boleh kata untuk setiap peringkat umur ada..Dan ada lagi ayat yang aku suka :

"Nasyid menjadi wadah ‘mempromosikan’ Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan ‘memperkenalkan’ Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang ‘membeli’ Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan."

Aduh,baru je sikit aku ambik,dah banyak dah kene kat batang hidung..Percayalah, habis je korang baca artikel dia, habis berdarah hidung,tak tahan beban..Dan ini yang paling aku suka :

"Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. “Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!”, Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan… AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!"

Kalau korang nak baca lebih lanjut tentang artikel ni, boleh baca dekat sini :

Laman web saifulislam.com tentang "Trend Mengurangkan Rasa Berdosa"

Kalau korang malas nak baca panjang-panjang,isi kat atas ni antara isu penting yang ingin dibawa oleh penulis blog tersebut..Tapi aku rasa better baca seluruh artikel sebab sangat menarik..

Dan peringatan ini untuk aku sendiri khususnya dan kepada semua yang membaca post aku ni amnya..Semoga mendapat berkat..

Seether - Careless Whisper lyrics


Careless Whisper Lyrics

I feel so unsure,
As I take your hand and lead you to the dance floor.
As the music dies...
Something in your eyes,
Calls to mind a silver screen,
And all those sad goodbyes.

I'm never gonna dance again,
Guilty feet have got no rhythm.
Though it's easy to pretend,
I know you're not a fool.

I should have no better than to cheat a friend,
And waste the chance that I'd been given.
So I'm never gonna dance again,
The way I danced with you.

Time can never mend,
The careless whispers of a good friend.
To the heart and mind,
If your answer's kind...
There's no comfort in the truth,
Pain is all you'll find.

I'm never gonna dance again,
Guilty feet have got no rhythm.
Though it's easy to pretend,
I know you're not a fool.

I should have no better than to cheat a friend,
And waste the chance that I'd been given.
So I'm never gonna dance again,
The way I danced with you.


Tonite the music seems so loud,
I wish that we could lose the crowd.
Maybe it's better this way,
We'd hurt each other with the things we want to say.

We could have been so good together,
We could have made this last forever...
But now, who's gonna dance with me?
Please stay.

I'm never gonna dance again,
Guilty feet have got no rhythm.
Though it's easy to pretend,
I know you're not a fool.

I should have no better than to cheat a friend,
And waste the chance that I'd been given.
So I'm never gonna dance again,
The way I danced with you.

18 Apr 2010

Bahana Facebook (FB)



Tadi ada member aku post kat wall dia,tentang member dia yang sound dia dulu sebab selalu main FB,skang pun dah start berjinak-jinak ngan FB dah..Macam tu lah besarnya pengaruh FB dalam hidup masyarakat sekrang..Tak kira kat Malaysia,Indonesia,malahan seluruh dunia..
FB yang kononnya diasaskan oleh Mark Zuckerberg (Artikel tentang pencipta sebenar Faceboook disini)memberi kesan positive dan negative pada kita.Kalau betul cara dia,memang sangat bagus sebenarnya.Macam menghubungkan teman yang dah lama lost contact.Ataupun untuk mengumumkan apa-apa maklumat dalam sesuatu intitusi atau badan, dan juga mengumpulkan golongan tertentu,seperti golongan yang membantah Akademi Fantasia (Golongan Anti AF klik disini), dan macam-macam lagi..


Tapi banyak juga negative,macam orang akan menghabiskan masa depan FB,tanpa membuat kerja yang sepatutnya dilakukan (macam aku)..Masa kerja,dok FB,masa kuliah dok FB,tengah buat assignment dok FB,pokok nya kalau tak dapat FB sehari tak senang duduk.Itu belum kira tumbuh golongan yang menghina negara,menghina agama dan macam-macam lagi,yang anehnya tidak diblok oleh FB,dengan alasan kebebasan bersuara..

Dan ada gak yang tinggal tanggungjawab macam tinggal kewajipan kita,tinggal anak bini/suami,dan macam-macam lagi..Dan melalui FB jugak,macam-macam jenayah dilakukan,seperti penipuan dan seperti yang berlaku di England kalau tak salah,budak perempuan dirogol dimulai dari perkenalan di FB..

Jadi,ada pro and cons yang besar dalam penggunaan FB ni..Bukan aku kata tak leh nak pakai FB,sebab kalau betul cara dia,FB ni sangat berguna..Tetapi, janganlah sampai FB membuatkan kita lari dari tanggungjawab, lupa benda lain, hidup tak bergaul..Jangan biarkan FB menghubungkan yang jauh,tapi merenggangkan yang dekat..

p/s : Post ni adalah untuk peringatan bagi aku khususnya,dan kepada semua amnya, sebab aku rasa aku dah makin parah dengan penggunaan FB ni,aku kene sedar dari sekarang..FIGHTING!!!!

p/s/s/ : Thanks to anne a.k.a katak sebab bagi inspirasi untuk post ni,huhuhu

17 Apr 2010

Achik Spin meninggal dunia


Setelah Allahyarham Din Beramboi, Achik Spin atau nama sebenar beliau Abdillah Murad Md. Shari pergi bertemu Illahi semalam, 17 April 2010 dalam kemalangan ngeri di KM 14 Lebuhraya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS). Vokalis kumpulan Spin itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabas dan terbakar.Mayat beliau di bawa ke Hospital Tuanku Ja'afar malam tadi.

Ajal maut tak dapat kita nak predict, boleh sampai bila-bila masa, di mana-mana pun kita,dan siapa pun kita..Dengan pergi nya 2 seniman tanah air dalam masa tidak sampai sebulan, diharapkan kita dapat mengambil iktibar, dan sama-sama kita renungkan..

Kepada keluarga Allahyarham,saya mengucapkan takziah.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak..

Mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham..

Al-Fatihah

Artikel Utusan tentang pengesahan kematian Achik Spin

p/s : Semoga kita mengambil iktibar

16 Apr 2010

Episod Dam Batu

Pernah main dam?Dam ular,dam aji,dan macam-macam dam ade termasuk dam dam dum..Tapi pernah main dam batu?Ianya bukanlah dam yang dimainkan diatas batu,atau dam yang diperbuat daripada batu melainkan dam yang aku pun tak tau ape name sebenarnya.Tapi orang Indonesia panggil "dam batu"..Maybe sebab diorang hempas dam tu sampai pecah macam nak pecahkan batu kot..Nak tengok dam batu tu ape?
Ni lah die dam batu..Aku rase omputih panggil domino kot..Die macam mahjung,tapi aku rasa mahjung sangat lain daripada dam batu ni kot..Sebab aku tak penah main mahjong,so aku taknak cakap banyak pasal mahjung,kang kene saman plak kang..

Ramai dah tau cara main die kot.Tapi bagi yang tak tau,cara main die macam ni..Kalau dimainkan oleh 4 orang,setiap pemain akan diberikan 7 buah dam macam gambar kat atas ni..Than sape yang dapat buah double 6,die jalan dulu,macam gambar bawah ni :

Letak kat tengah-tengah,than susun ikut no yang ada kat kiri atau kanan buah tu..Kalau tak dapat nak jalan,kite pass..At the end,kalau ada yang dah habis,mana yang belum habis tu kira..Sapa nilai yang paling banyak die kalah.


Nanti jadi la panjang susunan buah tu..Tapi apa yang menarik adalah,cara nak letak benda ni..Syarat die,korang kene hempas buah tu kat meja (pastikan meja yang digunakan sekuat batu) kuat-kuat, macam orang tak bertamadun.Makin sakit telinga korang,makin hebat korang..Jadi,macam-macam gaya lah keluar,hanya untuk susun buah-buah dam tu..Menarik kan?Kalau tak menarik, mana ada mamat-mamat kacak kat bawah ni naik main menatang ni..

Para pemain veteran dam batu, peringkat TASBI :

1. Khir Soi Lek

Menteri Penerangan dan juga Pengerusi Kelab Badminton pertama..Jangan tertipu dengan gaya lembutnya..Hempasan buah dam batu ke meja oleh beliau mampu menghalau awek-awek Malboro yang seksi yang cuba untuk menggoda Latep (tapi Latep hati bersih,die tak suka awek seksi-seksi) yang mampu menghalang konsentrasi. Beliau hampir menjadi pemain dengan nilai kekalahan paling worse a.k.a loser,sebelum Latep mengambil alih gelaran tersebut..

2. Latifi Iqramie

Beliau merupakan orang yang paling banyak masa dalam dunia.Untuk melakukan sesuatu move dam batu, beliau harus berfikir sekurang-kurangnya selama 5 minit..Gambar diambil setelah 6 minit setengah statik untuk menunggu beliau berfikir..Beliau iri hati apabila Khir memegang title loser, jadi dengan rakusnya beliau merampas title tersebut..Tahniah!!

3. Mat Djoe

Merupakan seorang pemain yang paling tamak, kerana sering mengambil buah dam orang lain,untuk menunjukkan bahawa beliau boleh menang walaupun mempunyai buah dam yang banyak..Secawan kopi dihadapan nya dapat menenangkan fikiran beliau..

4. Abang Hensem


TIdak perlu memberi info lebih lanjut tentang pemain yang satu ini..Melihat dari penampilan beliau, kita semua sudah tahu bahawa beliau merupakan lelaki yang kacak, paling cerdas dan bergaya di antara semua pemain.Sekian terima kasih..

5. Tan Sri Azizi


Merupakan pendatang baru, tetapi misi beliau jelas ; menjadi penghempas maja paling disegani.Beliau berusaha dengan gigih (seperti yang telihat gambar) untuk menarik perhatian awek-awek seksi (lagi skali), tetapi kali ini daripada Syarikat "3"..Tetapi kecewa kerana awek tersebut berusaha menjual starter pack dengan harga Rp.25,000..

p/s : Orang ngantuk punye post,gini lah..

12 Apr 2010

Mengapa insurans sangat penting di Indonesia

Korang ade insurans??Mesti ramai yang dah ada,dan aku rasa kebanyakannya parents yang tolong bayarkan.Tak dinafikan,insuran sangat penting,tapi aku rasa di indonesia,insuran sangat lah penting,dan ia menjadi kewajipan rakyat indonesia,selain membayar cukai..Nak tau kenapa??

1. Banyak rusuhan

Frekuensi rusuhan kat sini,kalau yang dapat diketahui adalah dengan purata 50 kali sehari,tapi belum kira yang tak dapat tau..Kalau dalam berita dia,setiap kali berita di semua stesen tv akan dimulai dengan berita rusuhan,wajib ade 3..Mereka ada 13 stesen tv, dan mereka akan melaporkan berita rusuhan yang berlainan..13x3??Kire sendiri..Ape yang aku nak cakap adalah,kat mana-mana leh ada rusuhan..Walaupun korang tak join,kalau ada kat situ pun leh kene belasah gak..So,kalau ada apa-apa,insuran sangatlah berguna.


2. Kemungkinan kemalangan jalan raya

Kalau korang datang kat sini,sape-sape yang ade heart attack tu boleh mati kot,tengok macam mana diorang bawak kereta dan motor,lebih-lebih lagi pemandu pengangkutan awam..Kalau tak biasa,confirm selalu kene langgar.Tu satu hal,kalau jalan kaki pulak,kalau korang nak melintas,kene tunggu jalan kosong dulu (biar ade angin hembus-hembus kat jalan dulu),baru boleh lintas.Pemandu dia takkan bagi laluan kat korang..Mereka lebih rela bunyikan hon sampai battery kong sambil bawak laju daripada bagi laluan..Ambulans bising pun dia buat tak tau,ini kan pulak korang yang senyap-senyap kat tepi jalan tu..


3. Tidak ada yang percuma

Perkhidmatan kat indonesia,boleh dikatakan semuanya harus dikenakan bayaran.Kalau takde duit,jangan banyak cakap..Di hospital sekalipun,memang ada hospital kerajaan yang percuma (tapi tak banyak,dengan fasiliti yang terbatas) tapi ubat still kene beli sendiri..Orang bagi kereta,tapi kite tak mampu nak beli minyak,leh jalan ke?So kalau jadi sesuatu yang tak diingini,tak de lah kene gadai macam-macam nak bayar bil hospital..

4. Risiko ditembak

Ini terutama untuk orang Islam..Kat sini,kuat je Islam,semua kene cop pengganas..Obses sangat dengan US..Orang-orang mereka sendiri sanggup menembak orang sendiri.Baru jadi suspect,tanpa bukti yang kukuh,ditembak di khalayak ramai.Seolah-olah perkataan "PENGGANAS" menjadi lesen untuk menembak orang Islam,dam mereka membenarkan perkara tersebut..Dah tembak,baru cari bukti untuk sabitkan kesalahan..Aneh kan??Tapi negara Islam??Aneh,aneh..

p/s : Hujan batu di negeri orang,hujan emas di negeri sendiri..Of course la negeri sendiri lagi best..

8 Apr 2010

Penghawa dingin (air-conditioner) menggemukkan

Biasa tengok benda ni?Boleh kate semua orang nak duduk dalam air-cond tak kira masa.Kalau leh 24 jam nak ada air cond, nak-nak sekarang tengah panas (tanpa kita sedar yang air-cond sendiri menyumbang kepada pemanasan global) kat negara kita.Tapi korang tau tak,air cond boleh mendatangkan banyak keburukan kepada kita?Dan air cond jugak boleh membuatkan kita gemuk..Nak tau fakta pasal ari cond??

1. Membuatkan kita gemuk
Ada penelitian mengatakan, udara yang selesa antara 10 penyebab kegemukan.Kenapa?Bila dah sejuk, malas nak buat apa-apa..Lepas makan je,terus rasa ngantuk.Than tambah lagi air cond, confirm lelap sampai Maghrib..Tak payah hari-hari,cukup 3 kali seminggu.3 bulan lepas tu,leh daftar Biggest Loser.

2. Sick Building Syndrome
Sindrom ni merupakan akibat daripada pertukaran suhu secara tiba-tiba.Samada dari sejuk ke panas atau panas ke sejuk.Sebagai contoh, kita baru lepas berpeluh-peluh sebab panas kat luar,than tiba-tiba masuk rumah,bukak ari cond 16..Badan kita tak boleh nak berkompensasi (err,macam sesuaikan diri la), jadi akan timbul lah sakit kepala, rasa sesak nafas dan macam-macam lagi..

3. Senang terserang jangkitan kuman
Biasanya,ruangan yang dilengkapi air cond adalah ruangan tertutup, dan mempunyai pengudaraan yang minimum..Dan korang tau ada berapa banyak kuman kat udara?Belum tambah bila bersin lagi, yang kita bawak dari luar lagi (plus bau yang harum bak kasturi lagi)..Dan kalau sesorang terkena jangkitan virus,sangatlah mudah untuk berjangkit dalam ruangan ari cond (kalau selsema,jangan duduk dalam bilik ada air cond).

4. Penuaan kulit
Tau macam mana air cond berkerja?Ia mengambil partikel-partikel air kat udara dan proses jadi udara dingin.Tak terkecuali air yang ada kat kulit korang,kat dalam mulut (kecuali air yang tersembunyi dan air yang susah nak tersejat macam air "duit").Jadi, bila air kat kulit korang tersejat,kulit jadi kering,senang la proses penuaan berlaku..Jadi kalau tak dapat elakkan air cond, pakai lah pelembap tambahan (macam Abang Jafreyy kita buat), dan jangan lupa untuk minum air banyak-banyak..

Tak salah sebenarnya mempunyai air cond,tapi kalau sayang alam kita yang indah ni,dan sayang kepada generasi yang akan datang, jarang-jarang kan lah bukak air cond tu, agar karbon monoksida kat udara tak banyak..

6 Apr 2010

Mark Zuckerberg bukan pengasas sebenar Facebook


Mark Zuckerberg dikenali sebagai pengasas jejaring sosial nombor 1 dunia, Facebook.Dengan mengasaskan jejaring sosial tersebut, pelajar dari Havard University ini telah menjadi antara orang yang paling kaya dan berpengaruh dunia.Tetapi sejauh manakah kebenaran bahawa Mark Zuckerberg merupakan pengasas sebenar Facebook?

Cameron dan Tyler Winkelvoss, pasangan kembar yang belajar bersama Mark Zuckerberg mengatakan bahawa idea asal daripada Facebook adalah dari mereka,yang telah menghasilkan laman web ConnectU pada tahun 2003,dan menyangka Mark Zuckerberg, seorang pelajar jurusan komputer berkerjasama dengan mereka.

Tetapi pasangan kembar yang merupakan atlet yang mewakili Havard dalam pertandingan perahu layar ini, terkejut apabila Mark Zuckerberg menghasilkan laman web yang sama dengan ConnectU, yang diberi nama thefacebook.com.Laman web tersebut menjadi terkenal di Havard,dan kemudiannya terkenal di seluruh dunia dengan nama Facebook. Perkara ini mengejutkan pasangan kembar Winkelvoss ini.

Pasangan kembar Winkelvoss ini membuat tindakan mahkamah dengan mengajukan hak mereka dalam Facebook dalam segi saham,dan pada tahun 2008,Facebook menawarkan US$65juta, tetapi ditolak oleh Cameron Winkelvoss.Perkara tersebut masih berlanjut kerana peratusan saham dalam Facebook masih belum dikeluarkan secara umum.

Untuk info lebih lanjut,boleh cari cerita tersebut di Google,atau layari laman web ini :

Cerita di sebalik Facebook

Jadi,sudah tahu siapa pengasas Facebook sebenar?

5 Apr 2010

Budak kecik mempermainkan kematian DIn Beramboi dan Islam

Mesti sangat ramai dah tahu pasal benda ni.Seorang budak sekolah menghina ayat Al-Quran dengan mengatakan sesuatu yang aku tak sanggup nak cakap,dalam Facebook.Dia juga menghina kematian Arwah Din Beramboi..Budak tu nama dia Rafiqin Darwisy,tapi die dah delete FB die,so aku tak boleh nak bagi link FB die..
Apa yang aku sedih adalah, budak ni menghina Al-Quran,dan mengatakan diri sendiri malaikat yang diutus Tuhan..Macam mana la akidah budak-budak sekarang ni..Dan aku pun risaukan diri aku sendiri gak..Macam mana la akidah aku..

Kalau nak mencari publisiti murahan pun,jangan sampai iman kita yang digadaikan..Buatlah sesuatu yang berfaedah dan mantap, supaya orang melihat kita, bukan dengan cara memperbodohkan diti..Orang takkan pandang kita,tapi orang akan ludah kita..Ambik lah pengajaran daripada budak ni..
Ini ada diantara post-post budak ni kat FB yang mendatangkan kemarahan ramai orang :


Inilah permulaan dari tangan yang gatal nak carik publisiti murahan..


Bila orang bagi nasihat,macam ni pulak balasan die..

Okeh die tak boleh terima cara orang tu,tapi perlu ke dia mengatakan bahawa dia adalah malaikat yang diutuskan Tuhan??Apa hukum dia bila dah cakap macam ni??

Bila dah mainkan ayat Al-Quran macam ni,siapa tak marahkan?Aku terus emosi,rase nak cekik-cekik je budak kecik ni..

Sebenarnya,mula-mula budak ni sangat angkuh,bangga ramai caci maki die..Malas aku nak tunjuk,menyampah..Tapi lama-lama,jadi macam ni pulak..Macam orang lain bodoh sangat..

Tak habis-habis,die ingat semua orang nak percaya dengan ayat bodoh die tu..


Last-last,tau jugak die nak mintak maaf.Tapi pada siapa yang perlu die mintak maaf??Bukan orang-orang yang benci ngan die,tapi ada "yang lebih penting" lagi..

Semoga kita dan orang-orang terdekat kita dijauhkan daripada benda-benda macam ni..

Ini merupakan grup yang membenci dia :

Grup Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk KEMATIAN DIN BERAMBOI!!

p/s: Umat Islam makin tak bersatu,dan itulah punca kelemahan umat Islam..