30 Jul 2011

Check list untuk menggunakan tandas awam

Sebagai seorang pengguna tegar tandas awam, aku still rasa kebersihan kebanyakan tandas awam kat negara kita adalah dibawah tahap memuaskan..Dan sebagai seorang pengguna tegar, aku ada checklist yang aku buat sebelum, semasa dan selepas menggunakan tandas awam akibat tahap kebersihan yang kurang memberansangkan tersebut..Dengan ini, Encik Adie secara live dan exclusive dengan tanpa segan silu ingin berkongsi checklist tersebut..

Langkah 1 : Periksa kunci pada pintu
Perkara pertama yang kite kena buat adalah, check pintu tu boleh kunci atau tak.Sebab membuang air merupakan perkara yang sangat private (mintak maaf kepada lelaki yang suka kencing beramai-ramai diruang legar toilet sambil berdiri kemudian tak istinjak,it is so gross)..Anda pasti tidak mahu diganggu ketika anda membuat muka yang aneh ketika meneran..

Langkah 2 : Flush toilet bowl
Tak kira tandas duduk atas tandas cangkung, bila ada masalah dengan flush, mesti akan ada pelampung yang terapung di ruang toilet bowl..Supaya sisa-sisa pepejal tersebut tidak memercik kepada anda ketika anda menjatuhkan bom, adalah lebih baik anda double tap, dengan cara flush toilet bowl tu..

Langkah 3 : Check air
Ini merupakan langkah terpenting semasa menggunakan tandas awam..Bagi yang berbangsa bukan minoriti, anda akan menangis keseorangan didalam tandas tersebut kalau lepas je hajat ditunaikan,anda mendapati air takdak..Jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, jangan sesekali mengabaikan langkah 3 ini..

Langkah 4 : Basuh tempat duduk
Bukan kerusi, tapi tempat duduk untuk bernyahtinja..Langkah ini khusus untuk penggemar tandas duduk.Untuk mengelakkan ada anasir yang tidak diperlukan berada diatas tempat duduk tersebut, anda harus membersihkan ia dengan mantap..Berkesan juga untuk menghapus bakteria..

Langkah 5 : Buang air dengan aman
Setelah langkah 4, anda boleh mula menunaikan apa-apa hajat yang tertunda, sama ada kecil atau pun yang besar..

Langkah 6 : Flush kembali toilet bowl
Untuk mengelakkan anda disumpah dengan sumpahan seperti "Bodoh betulla sape yang b**ak kat sini tadi,otak takde ke nak flush", dan demi mencerminkan jati diri anda yang bersih, tolong flush balik kerana tiada siapa yang mahu melihat sisa pepejal yang ditinggalkan oleh anda..

Langkah 7 : Melangkah keluar dengan bergaya
Setelah semua 6 langkah telah ada lakukan dengan jayanya, maka langkah yang terakhir adalah, melangkah keluar dengan bergaya dan hati yang senang..

Jadi, untuk memudahkan pembaca, aku buat ringkasan sikit checklist tu (ingat sayang je wat ringkasan,hehehe)..

Langkah 1 : Periksa kunci pada pintu
Langkah 2 : Flush toilet bowl
Langkah 3 : Check air
Langkah 4 : Basuh tempat duduk
Langkah 5 : Buang air dengan aman
Langkah 6 : Flush kembali toilet bowl
Langkah 7 : Melangkah keluar dengan bergaya

Semoge checklist ni dapat membantu semua yang ada diluar sana..Renung-renungkan lah, dan selamat membuang air..

p/s : Checklist ni memang aku praktikkan..Setakat ni, aku dapat membuang air tanpa ada gangguan, Alhamdulillah..hehehehe

29 Jul 2011

Tow truck atas tow truck

Kalau tengok tow truck tengah bawak kereta eksiden or kereta rosak, mesti korang semua dah naik jemu, even ade yang pernah kena tarik ngan tow truck..Tapi korang pernah tengok tow truck bawak tow truck??

Lokasi : PETRONAS Ampangan 2, dekat dengan Bukit Putus,Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Bayangkan lah, kalau kena tarik ngan tow truck dah kena berapa ratus..Kalau yang kecik tu tengah bawak kereta rosak gak, agak-agak berapa owner kereta nak bayar, untuk 2 tow truck??Hahaha..Tak mungkin la kan...Tapi kat Malaysia sekarang ni,macam-macam leh jadi..

So,berhati-hati di jalan raya..(tibe)

27 Jul 2011

L'Oreal Paris yang fail

Bukan setakat syarikat dan produk-produk yang kurang ternama dan tak popular je boleh buat kesalahan pada produk diorang, nama-nama besar macam L'Oreal Paris pun boleh fail..Tapi hanya kesalahan ejaan kat kotak je lah..Meh kite tengok sikit celah mana fail nye tu..

Nampak dalam kotak tu??Ada ke AND dalam Bahasa Melayu??

Dan dalam kes L'Oreal Paris ni,Encik Adie ada 2 teori macam mana benda ni boleh jadi..

1st : Orang-orang Paris ni tak reti Bahasa Melayu, so diorang tak tau AND dalam Bahasa Melayu tu apa..So diorang pun pakat cincai, letak je AND instead of DAN..

2nd : Orang yang buat ni, dia tulis pakai Microsoft Word, so bila ada auto correction tu, diorang tak perasan, so dengan selamba je letak kat kotak diorang..

Kesimpulannya, macam aku pernah cakap dulu, double check dulu before nak buat something..Bukan setakat nak buat produk je,tapi korang yang nak kena hantar assignment ke, nak hantar paperwork ke, check balik spelling or wat so eva..Encik Adie takpe kalau ade typo,hehehe..

p/s : Padahal nak eksyen je pakai L'Oreal Paris yang Aaron Aziz pakai..Sudahlah Encik Adie, orang tau sangat tembelang kau tu..

26 Jul 2011

Cakap tak serupa bikin 2 (Harga Ayam)

Korang ingat lagi aku ada tunjukkan cakap kerajaan yang tak serupa bikin?Kalau lupa, leh klik kat sini, pasal harga minyak..Masa tu kerajaan janji takkan naikkan sampai akhir tahun..Tup tup tak lama lepas tu harga minyak naik..Kerajaan suruh salahkan harga minyak dunia..

Tapi ini ada lagi satu benda yang aku rasa kerajaan cakap tak serupa bikin..Sebagai rakyat bawahan yang kurang mampu, aku rasa kenaikan harga barang sangat mempengaruhi aku..Tapi kenapa dok berjanji,tapi habuk pun tarak??Tengok je gambar ni, malas nk explain banyak-banyak..


Surat khabar bertarikh 22/03/11, Datuk Seri Noh Omar berjanji harga ayam yang naik macam roket tu, akan kembali stabil dalam bulan April...

Tapi surat khabar yang bertarikh 11/04/11 (bulan April) ni pulak, tak menunjukkan harga ayam semakin stabil, seperti yang dijanjikan pada bulan Mac..Dan kita pun sedia maklum, harga ayam di pasaran sekarang masih belum munasabah, bermaksud kerajaan sampai sekarang gagal mengawal harga ayam, seperti yang dijanjikan..


Dan ini adalah keratan akhbar bertarik 25/07/11..Kerajaan berjanji untuk mengawal harga ayam die bulan Ramadhan ni..Kerajaan menyediakan PasarRamahdan yang akan menawarkan barangan keperluan harian 10-15 peratus lebih murah daripada biasa..Ada konspirasi ke??Maybe aku je fikir lebih-lebih..Takpelah..Kite tunggu je Ramadhan nanti..Kite tengok,sape yang cakap tak serupa bikin...

p/s : Encik Adie berpendapat bahawa, kalau kerajaan betul-betul faham kehendak rakyat dan melakukan apa saja mengikut kepentingan rakyat, takkan ramai pihak yang menentang kerajaan seperti sekarang..

25 Jul 2011

Perbaharui lesen semasa hari lahir


Tadi aku nampak ada kawan aku yang post kat wall Facebook pasal cerita ni..Dia dapat daripada satu blog, Arena Kereta, yang mengatakan bahawa ada cadangan daripada JPJ untuk menggunakan tarikh lahir sebagai tarikh untuk memperbaharui lesen..Aku tak dapat sumber ni direct daripada surat khabar atau mana-mana statement daripada menteri pengangkutan..So kalau ada keraguan dengan cerita ni, jangan salahkan aku eh..

But the point is, aku rasa idea ni sangat bernas dan munasabah..Kalau ikutkan logik, kita semua selalu lupa bila nak renew lesen kita, or at least tu lah yang kita cakap dekat brader polis or JPJ yang buat road block or time kite kena tahan..Kalau yang betul-betul lupa tu, lepas ni senang la kita nak ingat bila nak renew lesen, sebab time birthday kite je, kite tau la kite dah kena renew lesen..So kalau jadi benda ni, lepas tiup kek or lepas kena lumur ngan tepung and telur tu, pegi la JPJ terus..

Nak baca lebih lanjut, klik kat sini..

Sebenarnya kalau apa yang kerajaan kita buat munasabah dan memang untuk kepentingan rakyat tanpa memikirkan kepentingan kroni dan tempolok diri sendiri, tak survive Pakatan Rakyat aku rasa, dan takkan ada Bersih 1 pun..

24 Jul 2011

Selamat Pengantin Baru

Arini, abang ngan kakak aku dah selamat melansungkan perkahwinan mereka, Alhamdulillah..Dalam masa dua hari, Encik Adie terima abang ipar dan akak ipar sekaligus. Pertambahan keluarga yang cukup memberansangkan..So, dengan ini Encik Adie ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Amir dan isteri Puan 'Adilah (24/07/11), ngan Puan Nurul Salma Munirah dan suami Mohd Edeazry (23/07/11)..

Sori sobab tak dapek nak bagi hadiah, disebabkan penanaman anggur tidak menghasilkan apa-apa untuk dibanggakan..Nanti kok sompek, ado joki lobih, adi carik an la yo..Huhuhu..Apo yang adi leh bagi skang, tolong doa yo lah, semoga bahagio sampai akhir hayat..Dan jugak semoga dogheh adi dapek anak buah, and ibu dapek cucu..

Kita ushar sikit majlis mereka..


Akad nikah Edeazry dan Nurul Salma Munirah - my sis(23/07/11)..

My sis yang dah tak sabar nak tunggu akad nikah..

My sis and hubby (dua dua chubby,hak3..)

My bro tengah akad nikah (24/07/11)

My sister in law tengah tunggu dengan senyuman yang payau-payau nervous..

My bro and wife yang dah sah..

Makan beradab..Nampak keris tercacak tu..

Dan kepada sesiapa yang baca blog Encik Adie, same-same lah kite doakan kebahagian mereka..Semoga kekal sampai akhir hayat..Amin..




19 Jul 2011

Kereta terbang??

Korang ingat lagi tak masa sekolah rendah dulu, time Pendidikan Seni adalah time yang best untuk kite merapu, sebab takde lah pressure kena menghafal ke pe (tapi cikgu PS yg pening,kan Cik Nurhusna Nabilah??)..And aku rasa sangat tipikal, bila cikgu suruh lukis gambar masa depan atau tahun 2020, mesti kita akan lukis kereta leh terbang, orang dengan pakaian yang pelik-pelik,ada bangunan dengan tulisan 2020, dan macam-macam lagi la..Tapi yang paling wajib adalah kereta terbang..Tapi budak-budak zaman sekarang aku tak tau lah cane..

Kalau ikutkan, sekarang dah 2011, 2020 tinggal 9 tahun je lagi..Dan ada orang yang badget tahu semua, pertikaikan benda tu,sebab tak mungkin dalam masa 9 tahun kita akan cipta kereta terbang memandangkan belum ada lagi percubaan buat kereta terbang..Sebenarnya betul ke takde percubaan untuk buat,atau kita je tak pernah tau??

Kalau tak pernah dengar,sebenarnya kita tak pernah tau pun sebenarnya ada usaha ke arah itu..Buktinya, di Britain sekrang, dah ada kereta terbang yang dipanggil Terrafugia Transition..Dan kereta ni dah diluluskan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat,dan dijangka akan dipasarkan dalam masa 5 tahun lagi..

Dalam bulatan tu, tu la Terrafugia Transition..Yang sebelah die tu kapal terbang kecik untuk assist je,in case..

Paling laju, kereta ni boleh pergi adalah 184 km/jam kat udara, dan 104 km/j kat atas daratan..Jangan expect dia akan boleh pergi laju la,sebab kita pun tau dia direka bukan untuk laju, tapi untuk terbang..Tapi mungkin satu hari nanti, kereta ni makin berkembang, ada model yang boleh pergi lagi laju..

Kalau nak baca lebih lanjut, klik kat sini..

Sebenarnya, banyak je kereta yang aneh-aneh a.k.a kereta masa depan yang dah dibina..Kereta yang boleh masuk dalam air pun da ade..Nanti korang google Aquaduct, kalau tak silap aku..Jangan jadi malas,huhuhu...

So, bila lagi Proton nak buat ni??Tak sabar nak tunggu ni..huhuu...

2 Jul 2011

Minggu gay sedunia

Seriously,aku rasa minggu ni minggu gay sedunia, tapi aku je yang tak tau..Korang bayangkan, dalam masa seminggu, 2 kali kejadian "gay" berlaku kat aku..Ni bukan gay = ceria..Tapi ni gay yang gay..

Mula-mula, 2 hari lepas, sebagai pam attendance yang berjaya (glemer tak keje aku??), aku pun menyapa la seorang mamat naik FZ150, dia pakai full face..Bukak2 helmet, tengok muka macam A Galak..Tak pa lah..Bila bercakap, auww la pulak..Ah sudah..Takpe, isi minyak macam biasa dan sembang seperti biasa..Tanya belajar kat mana semua, bila aku cakap kat UiTM Shah Alam, terus mintak no phone aku..Kata nak ajak minum sekali..What the fak??

Than dia pastikan nombor yang aku bagi tu betul dengan miskol aku..Lepas 5 minit, sampai mesej "salam..ni abg israj yg isi mnyak td.save oke"..Owh tidak pakcik, apa yang ko buat ni??Bukan abang, tapi pakcik dah aku rasa..

Tak cukup ngan peristiwa dasyat tersebut, tengahari tadi ada masalah kat pam, dan ada indon ni buat hal,dia tak cukup duit nak bayar minyak..Terpaksa la aku hantar dia kat tempat persembunyian dia..Aku bawak naik kuda putih aku (tercemar kuda putih aku ngan indon.kena samak balik)..Yang sialnya, dia boleh pulak pegang-pegang aku..Than siap urut-urut trapezius (cube google,nama otot ni) aku..Lagi what the fak..Masa ondaway balik ke stesen minyak, dok cium-cium badan aku pulak..Aku rasa mamat ni high tahap dewa..Geli geleman aku..

Tu belum nak cerita peristiwa bapuk India gunakan taktik "Pinjam phone kejap, I nak tengok phone I ade masalah ke tak"..Tup tup dia dapat no aku, than ajak keluar Bahau..Nasib baik aku tak keja kat Pizza Bahau tu..

Aku rasa aku takde lah buatkan aku ni nampak macam gay ke,pe ke..Nak kate hot, jauh daripada hot..Tapi kenapa ini terjadi kepada Encik Adie??Tidak!!!!!!Tolonglah, aku dah ade awek okeh..Sian sayang, dok risau..Huhuhu..Ape-ape pun, i'm straight okeh..Kalau aku gay pun, orang-orang tadi bukan taste aku..Hak3..

p/s : Tolong doakan keselamatan Encik Adie eh...