29 Nov 2009

Teima kasih semua

Pertama-tamanya,saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengizinkan majlis qurban anjuran PMUSU dan BADAR PKMPI-CM dijalankan. Sejuta penghargaan dan terima kasih ingin saya sampaikan kepada Saudara Asyraf kerana sangat banyak membantu dan pihak konsulat yg memberikan kerjasama penuh untuk mnjayakan majlis tersebut. Special thanks kepada Nurulsyuhada(along), Murshidah, Nuyu dan Aliaa kerana telah bersengkang mata untuk mengupas bahan2 masakan. Dan terima kasih kepada Dzul,Amar,Sam,Adib,Acap,Apai dan bdak ACMS yg saye tak berape ingat,maaf, dan akak2 06 yang telah sanggup mengotorkan tangan untuk membantu dalam melapah daging..Dan juga kepada Acap n da geng yang sanggup tunggu sehingga majlis selesai dan mengemas konsulat.

Tak lupa juga terima kasih kepada semua yang hadir dalam memeriahkan majlis. Walaupun kecewa dengan kehadiran adik2 setambuk 08 dan 09 yang tidak hadir walaupun sorg (09 ade sorg), untuk membantu pada pagi hari..

Tentang sup yg tak cukup,saya minta maaf atas kekurangan tersebut.Yang memasak sup adalah staf konsulat dan ibu tersebut memasak sup berdasarkan orang yang datang,walaupun saya sudah beritahu bahawa akan ramai datang pada waktu petang untuk makan sahaja. Dan daging tidak dapat dimasukkan ke dalam sup kerana pembahagian daging hanye boleh dimsak stelah dibahagikan mengikut bhagian yg ditetapkan syarat.Daging hnya dapat dibhagikan pada pkul 4 kerana tenaga manusia yang sangat kritikal sedikitnya.Kemudian kita berkongsi dengan staf konsulat yg menolong dalam melapah,dan satu lagi kelemahan saya tidak sempat untuk meletakkan pembantu dalam menjaga sup kerana apabila saya sampai di konsulat,sudah ada yang makan dan sup pun sudah habis,saya sendiri harus berkongsi untuk merasa daging sup..

Saya meminta maaf atas segala kekurangan yang terdapat sebelum,semasa dan selepas majlis tersebut..dan sekali lagi saya mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhngga kepada sesiapa yang telah membantu secara lansung atau tidak lnsung dalam menjayakn majlis tersebut..

wassalam.

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

No comments: