9 Nov 2011

Orang bangang dan kereta mahal

Dah lama betul tak menulis kat sini, rindu pulak rasa..InsyaAllah lepas ni nak menulis balik, nak dapatkan mood balik..Aku nak cerita satu benda yang pelik kali ni..Perkara ni berlaku masa aku pergi Klinik Kesihatan Kuala Pilah untuk ditusuk duburku (cilakak punya doktor)..Than aku nampak kereta Mercedes kat bawah ni..Kagum...

Disebabkan terlalu mahal,aku tak tau ni Merc apa..

Tapi masalahnya, bila perhati betul-betul, aku mula syak, mamat yang bawak kereta mahal ni sebenarnya buta huruf dan tak tahu membaca..Yang aku pelik, macam mana dia boleh lepas amik lesen??Kalau tengok kereta yang dia pakai, kalau bukan sebab dia menang loteri atau menang peraduan gores dan menang, aku rasa dia orang kaya..Lesen pun boleh beli macam tu je, ape de hal kalau buta huruf pun..Nak bukti dia buta huruf?

Kriss saing dengan Merc wa cakap lu..

Cuba perhatikan dalam bulatan tu, macam ada notis kan? Dan kenapa pulak ada motor Kriss kat sebelah dia??Ataupun Kriss ni memang sama taraf dengan Merc tu?Takpe,takpe..Kita bagi zoom sikit kat gambar tu, dia tulis apa..

Kalau tulisan tu kurang jelas,meh aku jelaskan.."TEMPAT LETAK MOTOR SAHAJA"

Notis tu bukan ada satu, tapi ada 4, iaitu kat semua tiang ada..Aku tak tau part mana yang dia tak faham dalam "Tempat letak motor sahaja"..Aku ada 2 kesimpulan je..Sama ada dia ni buta huruf, atau dia tak boleh nak bezakan, Merc dia tu kereta atau motor..Atau kesimpulan yang korang buat (bukan aku), orang yang bawak Merc ni otak dia kecik a..k.a BEBAL..Lebih malang lagi kalau pelaku dia adalah seorang doktor..

Sebenarnya, ada banyak lagi parking kereta yang kosong..Tapi mungkin disebabkan bumbung secoet yang mampu tutup bumper depan dia, dia suka letak kat parking motor dan berharap motor akan parking di tempat lain sebab kereta dia mahal, boleh suka hati letak mana dia nak letak..Kalau rasa-rasa pernah buat macam ni, fikir-fikir kan lah..Orang suka maki-maki motor, cakap bukan-bukan kat orang bawak motor, tapi kenapa layanan sebaliknya kepada orang yang bawak kereta dengan kesalahan yang sama??

p/s : One said, "The bigger you car, the smaller brain you have"..Ini lah salah satu bukti dia..

No comments: