13 Dec 2010

Rahsia di sebalik hompage Facebook

Korang perasan tak kalau korang nak log in Facebook, akan keluar gambar yang ada peta dunia, than nanti ada gambar orang-orang yang leh sambung-sambung, walaupun takde tanda kat Malaysia.huhuhu...

Tapi korang pernah perasan tak apa yang ada disebalik sambungan gambar tu??Meh kita ushar sikit...



You judge..Ada orang kata "You illuminattfreak,stop fooling yourself and others"..Tapi apa-apa pun, kita lah yang kawal..Tak gitu Cik Kiah...

Sumber : Blog Serius

11 Dec 2010

Hantu Kak Limah rasuk Dr Rozmey

Still dalam mood siri kekecewaan 2Alam Dr Rozmey yang telah berjaya memalukan diri sendiri apabila kutipan jualan tiket untuk 2Alam sangat lah memberansangkan, iaitu 1% daripada kutipan yang diharapkan..


Hantu Kak Limah Balik Rumah yang merupakan sambungan daripada Zombie Kampung Pisang (yang dah buat ramai orang jadi kurus sebab dok gelak jer,termasuk Encik Adie) berjaya mengutip kira-kira RM1.2 juta pada hari kedua tayangan (klik sini), jauh daripada kutipan 2Alam yang hanya mampu mengutip RM430,000 sehingga 8 Disember ni (klik sini) walaupun Dr Rozmey yakin boleh sampai RM40 juta..

Nak tau apa beza cerita Hantu Kak Limah ngan 2Alam??Bile orang tengok iklan cerita Hantu Kak Limah, orang tak sabar-sabar nak tengok wayang.Tapi kalau tengok iklan 2Alam?Kalau ada yang ekstrem tu, sampai ada nak ludah kat muka Dr Rozmey...So, tak terkejut dengan perbezaan kutipan yang aku rasa buatkan Hitler mengamuk lagi,muahahaha...

So, Hantu Kak Limah bukan takat buat penduduk Kampung Pisang je kene rasuk, tapi aku rasa tak lama lagi Dr Rozmey pun boleh meroyan kene rasuk ngan Hantu Kak Limah..Kesian Dr Rozmey..Well played bro...

p/s : Aku support cerita Melayu okay, ni bukti dia...Bila cerita best, orang pun berduyun nak pergi tengok, bukan berduyun nak kutuk..

10 Dec 2010

Sudah terang lagi bersuluh

Let the picture speaks

Lembaga atas syiling

Korang tau kan apa itu syiling??Aku tak tau betul ke tak eja macam ni..Yang pasti, bukan duit syiling..Semenjak dua menjak ni, kami sekeluarga dihantui dengan kelibat beberapa lembaga kat atas syiling rumah aku..Lebih spesifik, kat bahagian dapur.Kalau korang ingat lagi, aku pernah cerita yang ada "budak kecik" kat rumah aku yang suka kacau perempuan jer dalam family aku..Tapi bila benda tu dah kurang kacau (atau takde sape nak cerita lagi), anda benda baru pulak yang datang...
Ibu aku cakap, pernah jumpa 6 kelibat yang berbeza-beza..Tapi adik aku cakap pulak, dia pernah nampak 5 je..Sebab aku jarang balik rumah, aku selalu nampak 4 je..Masa awal-awal hari tu, aku memang seram sejuk gak lah..Bayangkan, tengah-tengah malam, syiling kau berbunyi-bunyi, dan paling angker, macam ada bunyi tapak kaki orang berlari..Aku nak tengok bola pun tak senang, dok ushar dapur je..Kadang-kadang ada bunyi pinggan berdenting..Berderau darah aku bai..

Yang paling tak boleh blah, kat dapur aku macam ada syiling yang berlubang..Dan benda tu pulak berani tinjau-tinjau kitorang kat bawah..Tak seram pulak kan, kalau gi dapur sorang-sorang, tiba-tiba benda tu tinjau kau dari atas..Dia julurkan kepala dia je..

Tapi dah lama-lama ni, bukan seram sejuk dah, tapi rasa menyampah pun ada..Sampai aku ngan family aku dengar je bunyi tapak kaki berlari atas syiling, siap sound "uih, jangan lah berlari sangat"..Than ibu ngan adik aku siap leh berborak ngan benda tu kalau dia julurkan kepala dia..Sampai aku pun join borak ngan benda tu kat atas syiling..Dan aku berjaya tangkap gambar lembaga-lembaga tu..Kalah Uncle Seekers, sebab dia penipu..Gambar aku gambar real..

Inilah dia lembaga yang telah membuat onar kat syiling dapur aku..Lubang kat syiling tu, diorang lah yang buat..Dah tau gemok,duduk atas syiling, apa lagi, roboh la..Dah roboh pun, still dok kat situ, sampai skang satu slot syiling tu dah jatuh..Kitorang makan je, dok bising mengiau..Bukak pintu, terus terjun pegi tempat makan diorang..

Itu Akon, tapi pronounce dia "Ekon" = Ekor kontot, sebab die je adik beradik dia yang ekor pendek..Yang lain sume ekor panjang..

Ni lah yang kat atas tadi..Yang hitam tu Tiggy, yang putih tu Pearl..

Ha, yang mulut kat pinggan tu, Comot..Sebab muka dia comot..Dia paling penakut..Tak leh nampak orang, terus tekangkang-kangkang lari..Yang besar tu Mummy die..

Mummy die pun suke bertenggek kat situ..

Nasib baik lah korang semua comel..Kalau tak dah lame aku jerit-jerit kat korang..Hehehehe....

2 Dec 2010

Tuan Rumah FIFA World Cup 2018 & 2022

Sekarang ni tengah diadakan pemilihan untuk tuan rumah FIFA World Cup untuk tahun 2018 dan 2022 yang berlansung di Zurich..Semua negara yang melobi FIFA World Cup 2018 dan 2022 telah pun habis membentangkan persembahan masing-masing ketika artikel ini ditulis..

Penganjur untuk FIFA World Cup 2018 adalah :


Russia

Penganjur untuk FIFA World Cup 2022 adalah :


Qatar

p/s : Bagi yang belum tau, FIFA World Cup 2014 akan diadakan di Brazil..

p/s/s : Sori sebab pendek sangat, nak update cepat, biar korang baca cepat..

Padah ponteng kelas bahasa

Aku rasa, lebih separuh daripada kita kata kelas bahasa itu adalah sangat tidak penting..Kalau dalam PMR ke, SPM ke, hatta final exam kat IPT, kita pandang remeh kat paper bahasa..Tak kiralah bahasa apa.Melayu ke, Inggeris ke, German ke, Arab ke, Tamil ke, Arzabaijan ke..Asalkan ada nama "bahasa" je kat depan, terus badan jadi lemah gemalai nak belajar..Tapi korang sedar tak betapa pentingnya kelas bahasa dan apa natijahnya kalau ponteng kelas bahasa??


Memonteng kelas bahasa bukan setakat bakal membuatkan korang melupakan bahasa tersebut, tapi jugak boleh mendatangkan kecacatan kekal!!Mesti korang tak percaya??Aku ada bukti..Mesti Cikgu Hasmiza berbangga dengan aku sebab dapat dedahkan semua bukti ni..

Kedai Seberneka??Ni name kedai ke apa??(Lokasi = Terminal 2 Seremban)

Rashidah, Kalidah, jalan D.A.H..Huhuhu..Tak tahu la tak sengaja ke, memang sengaja..(Lokasi : Puchong)

Yer, Encik Adie dah check, ejaan dia adalah "ANEKA".Anika adalah nama orang..Harap maklum..(Lokasi = Senawang).Eh, ni iklan free ni..

Mula-mula aku ingat orang Jarman, tapi Iraq rupanya..Patut lah tak jumpa lagi pasport dia..(Lokasi = Library UPM)

Cuba tengok tarikh dia..10/09/10 Hari Raya Aidil Fitri la mamak!!!Nampak sangat tak pernah beraya..(Lokasi = Subang)

Puas aku amik angle, biar nampak..Tulisan kecik sangat..Tapi dia tulis, "Sila catakan rujukan surat ketika membuat temujanji"..Tak tau apa maksud dia.(Lokasi = Surat Kementerian Kesihatan)

Okeh, cuba tengok ni..Ini adalah lift..Eh,apa tulis kat lift tu??

Owh, dia suruh kau naik tangga lah..Aina, sila take note..(Lokasi = Rumah Sakit/Hospital Haji Adam Malek, Medan, Indon)

Eh,eh.."Ter"riak pulak disitu..Hehehe..Sape kenal aku, tau lah menatang ni apa..

So korang dah tau apa akibat tak masuk kelas bahasa??Djoe,Khir,Jijie,Latep, kelas bahasa indonesia pun termasuk sekali eh..Hahahaha...

p/s : Semua gambar ditangkap sendiri menggunakan camera cap ayam kesayangan..

1 Dec 2010

Kedah perang ngan Pulau Pinang?

Korang pun tau sekarang ni tengah hot pasal Korea Utara asyik perang ngan Korea Selatan, dan baru-baru ni, pengarah perkhidmatan perisikan kebangsaan Korea Selatan cakap, ada kemungkinan besar Korea Utara akan menyerang Korea Selatan lagi, selepas puas membedil Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan yang menempatkan lebih kurang 1000 askar marin (betul ke askar marin?Bukan askar laut eh?)...


Tapi yang paling hot aku rasa, kalau Kedah ngan Pulau Pinang perang..Tak macam haru pulak brader,huhu..Belum ada nak perang pun sebenarnya..Ikut cakap Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof, Pulau Pinang tu Kedah yang punya..Lepas dia bukak buku-buku dia yang dah berhabuk dan layak masuk muzium, dia buat kenyataan yang sebenarnya dulu Pulau Pinang bawah Kedah. Tapi British buat perjanjian ngan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, Sultan Kedah masa tu..Jadi, Pulau Pinang dipajak (kira British bukak kedai pajak gadai la,agak eh kot) oleh Sultan Kedah dengan harga 4000 matawang Sepanyol, yang aku tak tahu apa,huhu..Tetapi sampai sekarang Pulau Pinang tak pernah dipulangkan kepada Kedah, tetapi terus dijadikan sebuah negeri..


Siapa Datuk Shamsudin ni?Kalau nak tahu, dia ni Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah..Walaupun aku baru dengar persatuan ni, aku rasa dengan title "sejarah"dia tu,boleh pengaruh orang lain untuk mendesak Pulau Pinang yang dikatakan masih membayar pajak RM10,000 kepada Kedah sehingga sekarang, masuk ke bawah Kedah balik, macam 200 tahun dahulu..

Tapi sebelum tu, saya ada pendapat sikit lah Datuk..Apa untungnya untuk Malaysia turun tarafkan Pulau Pinang menjadi sebuah daerah didalam Kedah?Maksud saya Datuk, kepentingan kepada rakyat Kedah khasnya, kepada rakyat Malaysia amnya..Kenapa tak carik buku daripada 1511 dulu? Mana tahu Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka nak suruh satu tanah Melayu ni jadi Negeri Melaka, atau Negara Melaka pulak..Tapi apa-apa pun, kena lah lawan dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor pulak, tapi Johor pun sampai Riau tu, bukan main-main..

Maaf Datuk, saya buta sejarah..Tu yang saya tanya tu..Peace!!!