28 Mar 2011

Pemandu wanita berbahaya??

Sebelum bermula, bagi aku kemas sawang-sawang kat blog ni dulu..Akibat internet yang "sangat laju" dan "sentiasa dapat" kat UiTM ni, aku jarang update..Hmm..Kalau perempuan baca tajuk ni, mesti semua naik angin ngan aku..Jangan salahkan aku, sebab statement ni bukan aku yang buat, tapi YB Kinabatangan (Bung Mokhtar, bukan Bung Marinus) yang keluarkan statement macam ni..Aku just menyokong je..

Dah lama aku nak suarakan benda ni, tapi sebab belum ada yang bersuara lagi, so aku tak berani sangat nak cakap pasal benda ni..Tapi skang ada YB da bukak mulut, boleh la aku mencelah skit..Nanti leh la salahkan Bung Mokhtar,huhu..

Sebagai bukti, kat depan bilik aku ni ade satu simpang yang sangat selalu jadi accident..Ade satu masa, hari-hari ada accident..Dan semuanya disebabkan kesalahan pemandu wanita yang main keluar simpang, tak tengok kiri kanan.Kami faham, banyak perempuan yang mampu pakai kereta, kami ni setakat bawak 2 tayar jer, tapi kami ni wujud gak..Aku sendiri dah 3 kali hampir nak kene langgar dengan kereta yang dipandu wanita (ayat novel)..Tapi yang baru ni aku tak pasti perempuan ke tak sebab dalam hujan lebat..Kalau aku jenis gelabah ayam, tak reti nak kwal motor, aku rasa dah tak nampak dah RXZ putih kat garaj belakang Kolej Perindu ni..

Nak tengok statement Bung Mokhtar, leh klik sini...

Aku bukan nak tuding perempuan, tapi kalau korang selalu perhatikan, tu lah kenyataan dia..Dan aku tak cakap semua pemandu lelaki ni perfect..Ada je yang mengarut..Dan tolonglah faham, bukan semua yang bawak motor mat rempit, terutama motor2 panas ni..Jangan sedap je cakap orang bawak macam mat rempit..Tapi bila bawak kereta tak bagi signal, pakat masuk je simpang tak tengok kiri kanan, itu nak panggi mat apa lak??

Okeh, habis membebel...Full stop..

No comments: