23 May 2011

Jambatan kedua tertinggi di Malaysia

Kalau korang masih ingat post aku sebelum ni pasal Bukit Sambung (klik sini), sekarang dah jadi highway..Dan jalan tu still nama Jalan Bukit Putus, tapi jangan tanya aku kenapa nama dia kekal macam tu walaupun dah jadi jalan lain..Kena tanya Selia Senggara or JKR..Tapi sekarang aku nak share satu fakta menarik pasal jalan tu..Tahukah anda (ala-ala Discovery melayu sikit), salah satu jambatan yang melengkapkan jalan tersebut merupakan jambatan yang kedua tertinggi di Malaysia??

Kalau tak caya ushar sikit gambar kat bawah ni..Tapi kalau korang selalu ulang alik Kuala Pilah - Seremban, confirm korang selalu nampak punya benda alah ni..

Ini lah bukti yang jambatan ni merupakan jambatan kedua tertinggi di Malaysia..No doubt isn't it??

Ketinggian dia kalau korang tengok kat signboard gambar first tu, dia kata 48 meter, dan tengok gambar atas ni, dah paras bukit sikit dah,huhu..

Yang dalam bulatan tu dia punya dasar, senang cerita tiang yang paling tinggi lah..

Ini lah pemandangan jambatan tersebut yang hanya mampu diambil ketika matahari tengah tercacak kat atas kepala..Panas wooo...

Jambatan Pulau Pinang,in case kalau korang tak perasan...

Tapi aku ada kemusykilan lah..Kalau jambatan ni kedua tertinggi, jambatan tertinggi kat Malaysia kat mana?Mula-mula aku ingat Jambatan Pulau Pinang, tapi sebenarnya Jambatan Pulau Piang or Penang Bridge bak kata orang Negeri Sembilan, tinggi dia dari aras laut hanya 33 meter..Yang penting Penang Bridge jambatan terpanjang di Asia dengan panjang 14 kilometer..Tak dapat info ketinggian dia daripada paras dalam laut..Dan kalau jambatan kat Langkawi tu pulak, tu hanya jambatan untuk pejalan kaki (pedestrian bridge)..Tu ketinggian dia lebih kurang 700 meter dari aras laut (Encik Adie pernah naik jambatan tu, harap maklum)..

Aku ade dengar-dengar yang jambatan tertinggi ada kat Lebuhraya Karak, tapi celah mana aku tak tau..Kalau siapa ada info, leh la kita kongsi sama-sama eh..Aku rasa diorang kena letak signboard macam ni jugak lah dekat jambatan tertinggi tu, baru leh gebang kat orang kampung kan..Sekarang aku nak gebang, Kuala Pilah ada jambatan kedua tertinggi di Malaysia..Tempat korang ade ape??Jeng jeng jeng..

p/s : Den banggo jadi anak nogoghi piau, bukan colup punyo..





8 comments:

arif helmi said...

http://arifhelmi.blogspot.com/

♥ p a A n i ♥ said...

jejalan! :)

Miszlolipop said...

bgga jd ank nogori . hehe

cik obses ungu said...

hye. semlm sy baru je lalu kat sini untuk ke Muadzam, terpikir jugak mane la jambatan pertama tertinggi kat Malaysia. At first I thought Jambatan Pulau Pinang but ta yakin pon jawapan tu betol.. bdway, tengs for sharing with us...

http://lessanoorsheda.blogspot.com/

^basya^ said...

huhuhu....gua pernah lalu kt jambatan jalan bukit putus tu sekali mase nak g tampin. sje nk rasa jalan bru..terperasan gk signboard tu n wondering mne jmbtn tertinggi di mesia. i ask my fwens n all of them bgth kt highway karak. lau u all selalu guna h/way tu..laluan dr KL sblum smpai kt terowong tu kena mendaki kn?? mase mendaki tu akan lalu 1 jambatan...jmbatan yg tu la dorg ckp...dorg yg ckp la

tottet said...

everytime lalu jalan ni teringat nak google jambatan tertinggi kat Malaysia ni. Pastu jump to your page..BANGGA sekejap sebab JLN BUKIT PUTUS yg dorang dok HORRORkan selalu tu skang ni da jadi Hiway & the best part is jambatannya yg ke-2 tertinggi di Malaysia..hahahaa...so, just now google, result yg dapat untuk jambatan tertinggi di Malaysia ialah KLCC skybridge. Jambatan ini terletak 170 meter (558 ka) dari paras tanah dan panjangnya 58 meter (190 ka), dan beratnya 750 tan (750,000 kg). tapi bila pikir2 balik..betul ker KLCC ni sebab dalam kepala ni dok pikir jambatan pulau pinang ker or jambatan kat hiway...kalaula dorang buat signboard cam kat bukit putus tu kan senang..

Anonymous said...

x silap saya jambatan yg tertinggi di malaysia terletak di cameron highland dgn ketinggian 53 meter.

lullaby said...

true. jambatan tertinggi terletak di Hulu Perak berhampiran cameron highland