13 Feb 2013

Hukum Beli Superbike : WAJIB

Salah satu cita-cita aku adalah nak beli sebijik superbike..Paling koman pun dapat sportbike sebijik pun dah puas hati. Masa aku start pasang cita-cita tu, 2 tahun lepas, hukum dia baru harus. Tapi sebab sekarang ni makin aktif kat atas motor, jadi hukum angkat sebijik superbike/sportbike dah jatuh WAJIB. Bukan kat aku sorang, tapi kat semua penunggang motorsikal kat Malaysia ni. Kenapa aku cakap macam tu? Ni antara reason kenapa penunggang motorsikal wajib pakai superbike.


1. Nyawa penuggang motorsikal ibarat nyawa katak
- Sedar atau tak, percaya atau tak, mengaku atau tak, tapi itulah hakikat. KEBANYAKAN pemandu di Malaysia (banyak, bukan semua, tapi majoriti) mengaggap nyawa penunggang motorsikal adalah seperti katak. Kalau nak keluar dari simpang, nampak kereta mereka akan tunggu dulu. Tapi kalau setakat nampak motor, pakai terus keluar je. Kadang-kadang signal pun tak bagi. "Pergi mampus sama itu motor, dia boleh cari tanah-tanah kat tepi jalan tu untuk mengelak aku" fikir mereka. Kalau nak memotong pun macam tu gak. Motor tu nak masuk longkang ke, "aku pedulik apa" fikir mereka lagi. Tapi situasi berbeza kalau mereka nampak superbike/sportbike.

2. Pemandu lebih menghormati penuggang superbike/sportbike
- Again, KEBANYAKAN pemandu lebih memilih untuk menghormati atau memberi perhatian kepada penunggang superbike/sportbike. Senang cerita, mereka akan lebih diberi perhatian, secara tak lansung kewujudan mereka di atas jalan raya disedari dan membuatkan keselematan mereka lebih terjamin. Penunggang kapcai? Minta maaf. Setakat nak tukar lorong tapi ada kapcai kat belakang, selamba ayam je pemandu tukar lorong, dengan harapan pandai-pandai lah engkau kapcai nak tersumbat kat mana pun. "Bukan aku nampak kau pun", bisik hati kecil pemandu angkuh terbabit. Kalau bawak RXZ,125Z or EX5 lagi lah. Sikit-sikit "Accidentlah kau mat rempit". Ingat Mat Rempit je bawak motor??

3. Boleh berada selain di lorong paling kiri / kecemasan di lebuh raya.
- Pemandu di Malaysia ada satu stigma yang sebati dengan mereka dan payah untuk diubah, iaitu lorong motorsikal di lebuh raya adalah LORONG KECEMASAN atau LORONG PALING KIRI. Lorong kecemasan adalah untuk kecemasan dan bukannya untuk motorsikal. Dan apa logik suruh motorsikal selaku kenderaan paling kecil atas jalan raya berkongsi jalan dengan lori-lori besar dan bas yang merupakan kenderaan paling besar atas jalan raya??Bila kapcai duduk kat lain tengah, bawak 110km/h pun, sedap-sedap je kereta mahal Kancil bagi-bagi lampu suruh ketepi. Tak boleh pergi lorong kanan ke nak memotong?At least kalau bawak superbike, kereta-kereta mahal dan power seperti Kancil dan Viva boleh makan asap je la.

4. Kacak, bergaya dan menawan.
- Tidak perlu huraian panjang lebar. Cuma anda perlu lihat Encik Adie, lalu interpretasikan kenyataan di atas. Taknak ke jadi macam Encik Adie =)

Aku respek kat Suria.fm kerana telah membuat satu-satunya iklan yang prihatin terhadap penunggang motorsikal. Linda Onn punya ayat lebih kurang beginilah "Prihatin terhadap penunggang motorsikal kerana nyawa mereka terletak di tangan anda". Kalau ikutkan,memang lah salah sebab nyawa kita di tangan Allah, tapi maksudnya pemandu bertanggungjawab ke atas keselamatan penunggang motorsikal, sebab kami ni kecik je..Lain-lain iklan, semua salahkan penunggang motorsikal. Macam semua kesalahan terletak kepada kami yang takda kuasa kat atas jalan raya..Kami tau kami tak mampu beli kereta MAHAL dan POWER macam Kancil, Viva, Myvi dan apa-apa kereta anda, tapi nyawa kami mungkin lebih berharga daripada nyawa anda. Jadi tolong bertimbang rasa yer semua..

Kalau tanya aku, pilihan hati aku sportbike je..Kire reasonable dan mungkin mampu milik..Ni mamat hensem kat bawah ni..


CBR 250. Harga dia boleh kata affordable, jimat minyak, mesra alam, comel lotey dan paling kena ngan jiwa aku compare dengan motor lain satu kelas dengan dia. Tapi idaman kalbu??



DUCATI 1199 Panigale..Hehehehe...Angan-angan yo bai, ntah mampu ntah tidak..Tapi sapo tau yo tak, joki oghang...

1 comment:

Anonymous said...

haha aku sokong statement ko, orang malaysia memang respect kat superbike/sportbike, aku pun tengah plan nak sambar 1, minat kawasaki versys tapi dapat hyosung a.k.a blade 250 pun jadi