21 Feb 2011

The Rocketpocketman - The Invincible!!!

Pernah dengar gelaran The Rocketpocketman??Yuppa, beliau bukanlah seorang angkasawan kerek yang rasa naik roket, tapi beliau merupakan seorang "roket"..Tapi roket beliau ni special sikit, sebab tak pakai bahan api nak "terbang", tapi dengan kuasa diri sendiri..

Aku rasa semua orang familiar ngan gelaran ni, yang merujuk kepada jaguh lumba basikal trek kita, Azizulhasni Awang..Orang Dungun, Terengganu ni memenangi gelaran Juara Dunia lepas dia dapat no 3 kat Manchester, England..Walaupun dapat no 3, tapi still johan sebab sebelum tu dia dah kutip mata kat tempat lain, yang buatkan dia dapat johan, kalahkan Chris Hoy, pingat emas Olimpik Beijing..

Tapi bukan tu aku nak hightlight..Korang bayangkan dia kayuh basikal dengan kayu tercacak kat betis..Bukan setakat selumbar kayu, tapi kayu tu tembus betis dia, tapi dia still leh kayuh basikal untuk dapat no 3..Dah abih tu, baru dia sedar yang ada kayu tercacak kat betis dia..

SALUT 100% !!!! (berdiri dengan bersungguh, sambil tabik spring)..Bayangkan macam mana tingginya semangat kesukanan ngan semangat nak menang dia tu atasi rasa sakit dia..Seriously, tabik hormat kat mamat ni..Tapi setakat ni, pengarah MSN yang ada kat Manchester kata, dia oke je, kire tak serious sangat lah..

Ape-ape pun, respek lah lu The Rocketpocketman - The Invincible!!Dapat gelaran World Champion lak tu..Double respek!!!

p/s : Ingat lagi masa SUKMA 2004, tiba-tiba datang tenaga kuda masa last 100meter, leh la dapat pingat..

No comments: