16 Aug 2011

Tambah 2kg!!

Semalam aku hantar uwan aku gi klinik untuk regular check up..So,dengan hati yang senang dipagi hari, aku pun bawak uwan aku gi Klinik Kesihatan Kuala Pilah..Masa tengah tunggu nak kena panggil tu, aku dengan berbesar hati ingin mengetahui berat badan sewaktu berpuasa ini..Mana la tau perut aku yang dah melepasi paras dada ni hanyalah ilusi semata-mata, sebenarnya aku slim lagi..So aku pun pergilah ke suatu sudut yang ada benda kat bawah ni..

"Hai,nama saya penimbang berat badan"

Memang nampak macam biasa je kan?Takpelah, aku melangkah dengan penuh yakin..Dan dengan hensemnya sambil diperhatikan oleh berbelas-belas mata veteran kat sekeliling, aku naik timbang tu..65kg!!Wah, berat aku dah turun..Memang tak sia-sia puasa penuh (tak macam Snep)..

Tapi tiba-tiba mata aku tertarik dengan satu tulisan warna merah yang ada kat atas penimbang tu..Meh kita usha sikit..

Aku suspek mula-mula tambah 1kg, lepas tu jadi 2kg..

Yer betul,kena tambah 2kg lagi!!!Tension betul aku..Bacaan awal tu memang dah cantik dah..Boleh pulak suruh tambah 2 kg..Same je lah nampaknya berat aku..Tapi seriously aku curious sangat-sangat dengan tambah 2kg tu..Dan buat pengetahuan semua, kat Pusat Perkhidmatan Komuniti Klinik Kesihatan Kuala Pilah, penimbang yang macam tu,semua ada tulis "Tambah 2kg" atau "Tambah 1kg"..Memang dari kedai macam tu ke??

Ketahuilah status kesihatan anda dengan menambah 2kg..

Kat dalam gambar tu takde pun tulis tambah 2kg..Penipu betullah penimbang ni..Moral of da story, kalau korang nak rasa kurus, beli lah penimbang yang cap ni, sebab confirm berat korang kurang daripada yang dulu,huhu..

p/s : Haaaa,sayang..Ape lagi..Wink3..

2 comments:

Anonymous said...

hahahaha....adi lg boghek dr ayong.. :p

Encik Adie said...

nak buek cano yung..muscle ni boghek bona la..hahaha..