22 Jun 2011

Ayam bulu terbalik

Sebelum aku start ni,amaran kepada member-member kat Universitas Sumatera Utara, post ni bukan pasal diri aku.Sebarang bentuk kutukan tidak akan dilayan.Hahaha..Kali ini memang pelik punya cerita, tapi tarak tipu punya..Pernah tengok ayam bulu terbalik?

Aku tak tau ape nama spesis ayam ni, tapi sebagai pembela mereka, atuk aku bagi nama ayam-ayam ni ayam bulu terbalik..Sebab apa?Tidak disangkal lagi, kerana mereka mempunyai bulu-bulu yang terbalik..Terbalik disini membawa maksud bulu yang biasanya akan tumbuh ke bawah, tertumbuh ke arah atas..Faham disitu??Tak faham cuba tengok gambar bawah ni..

"Auuw,malu la saya.Jangan la tangkap gambar saya"

Haa..Faham tak apa maksud aku??Bila dia tumbuh ke arah atas, automatik bulu dia akan jadi macam menggulung sikit, ala-ala curly gitu lorh..Tengok gambar kat bawah ni, dan bandingkan bulu dia dengan ayam-ayam yang lain..

"Ape pandang-pandang.Tau la gua hensem"

Kalau nampak ayam yang lain, bulu dia macam kemas je, tapi ayam bulu terbalik ni, nampak serabut sikit..Dan tahniah kepada beliau, ayam bulu terbalik kini mempunyai anak-anak kecil..Tapi aku tak dapat nak snap gambar dia, sebab dok lari je..Yang ayam ni pun hamkong dapat amik gambar dia, sebab nak dekat je, dia lari..

Aku tunggu hari je ade saintis datang rumah atuk aku, than beli ayam ni dengan harga yang mahal lagi mahal daripada harga sebuah Accord..Eh,jap..Rasa-rasa kalau aku bagi kat Sinar ke, Metro ke, aku leh jadi popular tak eh??Sape-sape ade link ngan Sinar Harian, leh contact aku eh..Aku nak gak popular instant.Hehehhe..

21 Jun 2011

McD yang sengal

Biasa kita tengok kesalahan ejaan or tatabahasa kat iklan ah long je kan?Tu standard lah sebab diorang memang keja pau orang je, sekolah bukan tinggi sangat pun..Tapi jangan terkejut kalau kat McDonald pun leh jumpa benda macam tu..Kalau korang perasan, dekat dinding McD akan ada tulisan-tulisan macam ayat semangat agak eh, yang diorang badget cool..Tapi diorang tak sedar yang ada kesalahan ejaan yang fatal, yang aku dapat discover satu benda yang boleh memalukan McD..Hehehe..Cekidaut..


Ni semua pengaruh bahasa SMS la ni, tinggal EVR je,huhuhu...


Tau la bunyi dia lebih kurang je, tapi jangan la jadi FOLOW je,malu kat orang..


FOE or FOR??You decide..hehehe..

Kalau nak tengok sendiri semua ni, pergi kat McDonald yang dekat Esso, dekat dengan Tol PLUS Sungai Besi arah Seremban.Mane la tau,ada lagi yang aku terlepas pandang, sebab nak cepat masa tu..Orang dah ushar semacam dah kami ambik gambar kat situ,huhu...


Ha, McD kat ESSO tau..Yang sebelah dia ada Shell..


Kalau nak senang tau lagi, nampak Nouvella Hotel tu..Kat tepi highway tu dah leh nampak..

p/s : Sape suruh tak check balik..Kan dah boleh jadi modal dalam Encik Adie dah...

20 Jun 2011

Persaingan kerja dengan warga asing

Percaya tak kalau aku kata rakyat Malaysia sekarang terpaksa bersaing dengan warga asing untuk dapat kerja?Mungkin ada sesetengah orang rase ini bukan satu benda yang pelik,dan aku sendiri setuju, isu ni sepatutnya di ketengahkan lama dulu lagi, bukan sekarang..Buktinya, Utusan Malaysia hari ni keluarkan berita tentang bancian kat Pahang, dimana nisbah lelaki warganegara Malaysia dengan warganegara asing adalah 13:1 (klik kat sini)..Tapi kita kena ingat, bancian dan nisbah dibuat keatas warganegara asing yang mempunyai status imigresen yang sah..Belum dicampur dengan yang haram lagi..Aku suspek, leh cecah 13:5 (setiap 13 warganegara ada 5 orang warga asing)..

Bayangkan, kadar pengangguran kat negara kita sendiri agak tinggi, tapi kita masih bawak masuk buruh asing lagi, yang kebanyakan daripada mereka disumbangkan oleh Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan macam-macam lagi..Kita sebagai warganegara, terpaksa pulak bersaing dengan orang asing untuk dapatkan pekerjaan..Tak aneh ke tu??

Memang sesetengah syarikat akan bagi alasan yang pekerja asing ni murah, dan tak banyak demand.Tapi kesan dia kat negara kita, aku tak rasa semua tu berbaloi..Berbaloi kat syarikat tu untuk masa pendek, tapi merugikan negara dalam jangka masa panjang..Bayangkan semua mat rempit tu bagi peluang kerja kat binaan, aku rasa semua pendatang asing boleh bungkus baju balik negara sendiri..

Tengok trend pembantu rumah je lah..Baru indonesia bekukan penghantaran pembantu rumah, abeh orang Malaysia gelabah..Kenapa tak pernah nak fikirkan, bagi peluang tu kat rakyat tempatan?Masalah dia sekarang, kita dah diasuh dengan melabel kerja pembantu rumah tu adalah kerja orang indonesia, Myanmar..

Aku mengharapkan satu hari nanti, kerajaan kita sedar betapa rugi dan rosaknya ekonomi Malaysia ni kalau pekerja asing ni masih mendominasi pasaran kerja kat Malaysia..Itu belum cerita peningkatan jenayah samun, rogol,bawak lari anak dara dan bini orang, bunuh yang melibatkan pendatang asing ni lagi..Lagi banyak aku nak cerita lagi..Kalau betullah kerajaan kita berfikir jauh dan mementingkan rakyat dengan slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan", benda ni tak jadi macam ni..Baik tukar jadi "Kroni didahulukan, pencapaian tengok keadaan"...


Semoga apa yang aku tulis ni, akan merubah kalau tak dapat banyak, sikit mentaliti orang tentang benda ni, dan sebarkan idea ni, supaya didengar oleh pihak bertanggungjawab...

p/s : Cuba korang carik satu tempat kat Malaysia ni takde orang asing..Aku tak rasa korang akan dapat carik..

p/s/s : Sori sebab skema sikit..Aku pantang sikit kalau isu-isu melibatkan rakyat ni, sebab nanti efek dia kat anak-anak aku, dan anak-anak korang sume gak nanti...

23 May 2011

Jambatan kedua tertinggi di Malaysia

Kalau korang masih ingat post aku sebelum ni pasal Bukit Sambung (klik sini), sekarang dah jadi highway..Dan jalan tu still nama Jalan Bukit Putus, tapi jangan tanya aku kenapa nama dia kekal macam tu walaupun dah jadi jalan lain..Kena tanya Selia Senggara or JKR..Tapi sekarang aku nak share satu fakta menarik pasal jalan tu..Tahukah anda (ala-ala Discovery melayu sikit), salah satu jambatan yang melengkapkan jalan tersebut merupakan jambatan yang kedua tertinggi di Malaysia??

Kalau tak caya ushar sikit gambar kat bawah ni..Tapi kalau korang selalu ulang alik Kuala Pilah - Seremban, confirm korang selalu nampak punya benda alah ni..

Ini lah bukti yang jambatan ni merupakan jambatan kedua tertinggi di Malaysia..No doubt isn't it??

Ketinggian dia kalau korang tengok kat signboard gambar first tu, dia kata 48 meter, dan tengok gambar atas ni, dah paras bukit sikit dah,huhu..

Yang dalam bulatan tu dia punya dasar, senang cerita tiang yang paling tinggi lah..

Ini lah pemandangan jambatan tersebut yang hanya mampu diambil ketika matahari tengah tercacak kat atas kepala..Panas wooo...

Jambatan Pulau Pinang,in case kalau korang tak perasan...

Tapi aku ada kemusykilan lah..Kalau jambatan ni kedua tertinggi, jambatan tertinggi kat Malaysia kat mana?Mula-mula aku ingat Jambatan Pulau Pinang, tapi sebenarnya Jambatan Pulau Piang or Penang Bridge bak kata orang Negeri Sembilan, tinggi dia dari aras laut hanya 33 meter..Yang penting Penang Bridge jambatan terpanjang di Asia dengan panjang 14 kilometer..Tak dapat info ketinggian dia daripada paras dalam laut..Dan kalau jambatan kat Langkawi tu pulak, tu hanya jambatan untuk pejalan kaki (pedestrian bridge)..Tu ketinggian dia lebih kurang 700 meter dari aras laut (Encik Adie pernah naik jambatan tu, harap maklum)..

Aku ade dengar-dengar yang jambatan tertinggi ada kat Lebuhraya Karak, tapi celah mana aku tak tau..Kalau siapa ada info, leh la kita kongsi sama-sama eh..Aku rasa diorang kena letak signboard macam ni jugak lah dekat jambatan tertinggi tu, baru leh gebang kat orang kampung kan..Sekarang aku nak gebang, Kuala Pilah ada jambatan kedua tertinggi di Malaysia..Tempat korang ade ape??Jeng jeng jeng..

p/s : Den banggo jadi anak nogoghi piau, bukan colup punyo..





22 May 2011

Banduan jadi tentera

Jangan terkejut dan jangan cakap aku nak buat fitnah yang boleh mengancam keselamatan negara..Ini bukan kenyataan sapa-sapa, melainkan pandangan peribadi Encik Adie yang telah sekian lama tidak mengupdate blog..Jangan risau, blog Encik Adie tidak akan menjadi serius seperti blog serius yang budget serius sangat, tapi ni just nak kongsi je..


Cuba korang bayangkan kalau banduan jadi tentera?Aku tibe-tibe terpkir bila aku baca Utusan, pasal banduan yang akan melakukan kerja pembaikan dan pembersihan di beberapa kem tentera..Masa dekat penjara, mesti diorang kena kawal dengan ketat..Dan boleh gak lah kita kata latihan ala tentera.Apa kata kita bagi banduan ni latihan ala tentera jugak??

Tapi bukan semua laa..Kalau macam cadangan ni diterima pakai (macam la kau tu Ahli Parlimen wahai Encik Adie), diorang kena tengok latar belakang banduan tu dulu..Kalau memang takde kerja, dan diorang dah insaf, boleh terapkan dalam askar..Kadang-kadang mat rempit ni takde keje, so kita bagi dia keje, tapi kena tengok jenis orang dulu lah..Kalau yang penjahat tegar tu, rosak lah sistem pertahanan negara kita...

Cara ni jugak sekaligus boleh atasi masalah kekurangan tentera, disamping leh tolong orang yang takde keja tu, secara tak lansung mengurangkan kadar jenayah kat negara kita (macam soalan 6 markah je)..Tapi banyak la benda kena perhalusi..

Ni cuma cadangan dan pandangan daripada seorang penulis yang tidak akan dipandang oleh pemimpin kita..Serius tak tipu..Aku rasa kalau takde kepentingan politik,memang jangan harap la cadangan orang kebanyakan macam kita ni untuk didengar..Lagipun, medium kita nak bagi pendapat pun, terhad..Nak dengar cakap blogger??Mimpi siang hari pun tak dapat..Silap-silap kena ISA..

p/s : Al-Fatihah kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat..Al-Fatihah..

7 May 2011

Merpati patah sayap lagi

Pernah dengar MERPATI AIRLINES tak?Kalau duduk indonesia, tau la kot..Kat indonesia, diorang ada banyak sangat airlines ni..Adam Air, Garuda, Merpati Airline dan ada lagi rasanya..Tapi kesemuanya ada rekod terhempas yang banyak, sampai Adam Air kene tutup terus, sebab banyak sangat terhempas..Kesatuan Eropah (EU) tak benarkan mana-mana pesawat dari indonesia mendarat kat negara diorang, tapi kalau tak silap sekarang Garuda Airlines (macam MAS la) dah boleh pergi kat negara-negara dalam EU..

Merpati ada beberapa sejarah terhempas

Dan semalam, sekali lagi pesawat indonesia terhempas yang mengorbankan 25 nyawa..Pesawat MA-60 milik Merpati Airlines tu terhempas ke dalam laut, 500 meter sebelum pesawat tu sempat mendarat..Setakat pagi tadi, pasukan SAR (Search and Rescue) baru jumpa 15 mayat, dan masih lagi dalam operasi mencari..

Pesawat MA-60 milik Merpati Nusantara Airlines..

Berita lanjut boleh baca kat sini..

Salam takziah untuk keluarga mangsa yang terkorban.Aku bukan nak kutuk indonesia, dalam keadaan macam ni..Tapi apa yang aku pelik adalah, macam tak serik pulak, dah banyak kali terhempas, dah banyak nyawa melayang, tapi syarikat penerbangan indonesia ni macam tak reti-reti nak tingkat kan sistem keselamatan diorang..

Walaupun ramai komplen Air Asia, tapi Alhamdulillah setakat ni bersih lagi rekod diorang..Bukan aku nak takutkan diorang, tapi supaya orang amik pengajaran, setiap benda yang kita nak buat tu kena lah teliti dan buat kerja dengan ikhlas, lebih-lebih lagi bila melibatkan nyawa orang lain..

Semoga kita sentiasa dalam lindungan-Nya..Amin..

3 Apr 2011

No plat "G" kat Malaysia??

Ini bukan prank, ini bukan cobaan, tapi ini betul-betul..Aku rasa korang dah biasa tengok no plat dengan huruf "KRISS","PROTON","PUTRAJAYA", "XOIC" dan macam-macam lagi..Tapi korang pernah tengok no plat kat Malaysia start daripada huruf G??Meh kita ushar sikit..

G1M 613, tak pelik ke??

Mula-mula aku tengok, puas lah aku fikir, ni no plat negara mana ni..Nak kate Singapore, diorang start S atau F..Nak kata Thailand, takde pulak huruf lingkar-lingkar tu..Nak kate Filipina, nampak benor menipunyer..So aku pun amik keputusan untuk tunggu owner motor ni..

Dan seorang awek bernama Niesah yang sedang kepenatan cakap tu motor member dia..Dan motor dibawah ini adalah motor yang didaftarkan di Malaysia..Dan seperti biasa, beliau mengeluh penat untuk memberi tahu semua orang termasuk pakcik driver RapidKL, apa maksud no plat tu..

Ego baru ni..

Dan G1M bermaksud Gagasan 1 Malaysia, dan no tu dia kate kene tempah..Sengal tak???Aku pun tak tau apa la motif kerajaan keluarkan no plat macam ni..Tapi yang penting, no plat N gak menjadi idaman di hati..