26 Jul 2010

Syarikat makanan yang mencurigakan



Korang pernah tengok nutrition fact kat mana-mana makanan yang korang pernah beli??Kalau korang tengok,bagus sebab kita tau apa yang kita makan.Tapi aku rasa benda yang paling orang suka tengok kalau dia beli makanan adalah berapa harga dia (ofkos la kan) than bile expired dia..Ade la kot 5% yang tengok nutrition fact dia,so that apa yang diorang beli tu berkhasiat..

Kalau korang pernah tengok,paling simple adalah syarikat roti..Baru-baru ni aku terbaca Roti Gardenia,yang sedap dimakan begitu saja bak kate iklan tu,yang roti Gardenia tu diperkaya dengan kalsium..Begitu jugak dengan Horlick..Nutrition fact kata Horlick kaya dengan kalsium..

Tapi korang pernah tahu satu fakta tak,bahawa kalsium boleh menghambat penyerapan ferum/iron/zat besi yang sangat penting untuk pembentukan darah??Jadi,dengan mengambil sumber zat besi dan kalsium sekaligus,menyebabkan zat besi ni akan kurang penyerapan dalam darah,membuatkan zat besi kurang dalam badan,kurang pmebentukan darah,dan akhirnya akan menyebabkan anemia (iron defeciency anemia)..

Menurut sunnah Rasullullah,kita tidak digalakkan memakan daging dengan susu..Apa rasional dia??Sebab daging merupakan antara sumber zat besi,dan susu pulak macam yang kita tahu merupakan sumber utama kalsium..Jadi kalau ada yang badget lahir kat negara 4 musim dengan mata biru tu,suka minum susu time makan biasa,percayalah,sunnah Rasulullah adalah cara hidup terbaik untuk semua manusia,bukan untuk orang Islam sahaja..


Tapi yang aku pelik,kenapa kebanyakkan syarikat makanan akan menggabungkan kedua-dua mineral ni??Atau dalam makanan ni,diorang dah set,kalsium jalan dulu,than baru zat besi jalan dulu..Tapi aku tak rasa macam tu,sebab ubat pun kene letak coated untuk dia tak habis dalam satu masa,ini kan roti..Adakah dietitian diorang tak perasan pasal benda ni?Ataupun diorang perasan tapi nak menipu mata pengguna supaya beli produk mereka??

Semua tu,korang yang nilai yer..Tapi nasihat aku,jangan lah campur sumber kalsium dengan sumber zat besi kalau tak nak kurang darah bak kate orang, terutama perempuan yang sedang dalam tempoh menstruasi (datang bulan)...

p/s : Kalau ada maklumat yang salah dan aku tak tahu,tolong la kongsi yer




No comments: