23 Jul 2010

Budak 2 tahun atas pokok kelapa


Semalam aku pergi mesyuarat dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk briefing program yang diorang nak buat Sabtu dan Ahad ni..Aktiviti die aku rasa sangat menarik,program untuk bawak budak-budak sekolah untuk ajak buat kebaikan..Tapi aku jadi fasci je la,sebab aku pun bukan baik sangat pun..

Tapi apa yang aku nak kongsi adalah,ketua program ni,Tn Guru Yahaya(Pak Ya) (laman Facebook beliau) ada cerita something yang aku rasa terpanggil nak cerita kat korang..Sebelum dia mulakan meeting tu,dia ada bagitau yang dia ni sibuk sangat,pukul 11 malam nanti dia dah janji ngan orang, orang tu nak mintak tolong..Orang tu kata ada bayi atas pokok kelapa..Aku dalam hati sumpah seranah mak bapak budak tu.Dah la buang anak yang tak berdosa,lepas tu siap campak atas pokok lagi..Memang takde sifat manusia betul..

Tapi Pak Ya betulkan ayat dia balik..Dia kata bukan bayi,tapi budak kecik 2 tahun..Pak Ya pun cakap,kenapa tak suruh budak tu turun je..Aku dalam hati pun cakap,power betul budak kecik ni,baru umur 2 tahun dah pandai panjat pokok kelapa,tapi masalahnya dah pandai panjat,tak pandai nak turun pulak..Masalah jugak..

Pak Ya sambung cerita..Orang kampung tak dapat nak turunkan budak tu,sebab takde sape yang berani nak turunkan budak tu..Pak Ya tanya kenapa??Orang kampung cakap, budak tu dua hari lepas nak beli air kelapa,than masa dia nak melintas jalan,ada kereta langgar dia..Dan malangnya nyawa budak tu tak dapat diselamatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan kat kampung tu..

Tapi masalahnya,lepas 2 hari kebumi,budak tu duduk atas pokok kelapa tu..Orang kampung panggil Pak Ya,Pak Ya cakap tunggu kejap,nak habiskan meeting,biarkan budak tu minum air kelapa puas-puas dulu..

p/s : Tibe-tibe aku meremang

No comments: