9 Jul 2010

Paul si sotong popular

Sebelum bermula,sukalah saya ingatkan disini bahawa Paul merupakan seekor sotong yang sebenar dan bukanlah merupakan manusia..Boleh kate sume orang tengah dok sibuk cite pasal si Paul ni,bukan Peter Paul oke..Mase first aku bace kat Kosmo pasal Paul ni,aku buat tak tau je,sebab aku rasa mengarut,sebab percaya kat sotong nak tentukan nasib..

Tapi si Paul ni,setakat ni ramalan yang dia buat betul sepanjang Piala Dunia 2010 yang melibatkan pasukan German, dan paling malang, Paul meramalkan German kalah di tangan Spain..Akibatnya,Paul yang menjadi kesayangan orang German tu,tibe-tibe menjadi kemarahan orang ramai pulak..Berlumba-lumba orang nak goreng dia..Dah la masa German menang lawan Argentina, ada chef Argentina beriya nak masak Paul,sebab ramal Argentina kalah ngan German..

Paul ni lahir kat England sebenarnya,tapi kemudian di bawa ke German..Umur dia lebih kurang 2 tahun sekarang ni..Aku pelik sebenarnya kenapa orang percaya ngan sotong ni..Menurut orang yang jaga dia ni,sotong merupakan haiwan yang bijak dan mempunyai ingatan yang sangat tinggi..Tapi aku nak tanya..Bukankan statement tu dan tindakan orang ramai yang percaya kat dia mengakui bahawa sotong lebih bijak dan lebih hebat daripada manusia??

Sebab orang percaya kat sotong ni la,aku rasa orang ramai lagi nak berjudi..Ntah apa lah tujuan sebenar diorang perkenalkan Paul ni..Nak publisiti mungkin faktor terbesar kot..Tapi untuk final Piala Dunia 2010 ni,Paul si sotong dah ramal bahawa Spain akan mengatasi Holland..Apa kata anda??


p/s : Kimpit patut ikut cakap Paul la,takde la team keluar awal,hahahaha...



3 comments:

syiqasyiqa said...

LAMA GILA X BACA BLOG KAU..
best2...

erm.. seriusly aku x suka PAUL tu

Encik Adie said...

thanks sbbsudi bca blog aku,huhu..aritu keje,so xdapat nak online..ni dah blajar balik baru dpat update..ramai tak suke PAUL..so,fkir la resepi apa nak masak dia,huhuhu..masak lemak cili api maun??

syiqasyiqa said...

hwaah.. sedap jgk tu!!