19 Jul 2011

Kereta terbang??

Korang ingat lagi tak masa sekolah rendah dulu, time Pendidikan Seni adalah time yang best untuk kite merapu, sebab takde lah pressure kena menghafal ke pe (tapi cikgu PS yg pening,kan Cik Nurhusna Nabilah??)..And aku rasa sangat tipikal, bila cikgu suruh lukis gambar masa depan atau tahun 2020, mesti kita akan lukis kereta leh terbang, orang dengan pakaian yang pelik-pelik,ada bangunan dengan tulisan 2020, dan macam-macam lagi la..Tapi yang paling wajib adalah kereta terbang..Tapi budak-budak zaman sekarang aku tak tau lah cane..

Kalau ikutkan, sekarang dah 2011, 2020 tinggal 9 tahun je lagi..Dan ada orang yang badget tahu semua, pertikaikan benda tu,sebab tak mungkin dalam masa 9 tahun kita akan cipta kereta terbang memandangkan belum ada lagi percubaan buat kereta terbang..Sebenarnya betul ke takde percubaan untuk buat,atau kita je tak pernah tau??

Kalau tak pernah dengar,sebenarnya kita tak pernah tau pun sebenarnya ada usaha ke arah itu..Buktinya, di Britain sekrang, dah ada kereta terbang yang dipanggil Terrafugia Transition..Dan kereta ni dah diluluskan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat,dan dijangka akan dipasarkan dalam masa 5 tahun lagi..

Dalam bulatan tu, tu la Terrafugia Transition..Yang sebelah die tu kapal terbang kecik untuk assist je,in case..

Paling laju, kereta ni boleh pergi adalah 184 km/jam kat udara, dan 104 km/j kat atas daratan..Jangan expect dia akan boleh pergi laju la,sebab kita pun tau dia direka bukan untuk laju, tapi untuk terbang..Tapi mungkin satu hari nanti, kereta ni makin berkembang, ada model yang boleh pergi lagi laju..

Kalau nak baca lebih lanjut, klik kat sini..

Sebenarnya, banyak je kereta yang aneh-aneh a.k.a kereta masa depan yang dah dibina..Kereta yang boleh masuk dalam air pun da ade..Nanti korang google Aquaduct, kalau tak silap aku..Jangan jadi malas,huhuhu...

So, bila lagi Proton nak buat ni??Tak sabar nak tunggu ni..huhuu...

No comments: