25 Jul 2011

Perbaharui lesen semasa hari lahir


Tadi aku nampak ada kawan aku yang post kat wall Facebook pasal cerita ni..Dia dapat daripada satu blog, Arena Kereta, yang mengatakan bahawa ada cadangan daripada JPJ untuk menggunakan tarikh lahir sebagai tarikh untuk memperbaharui lesen..Aku tak dapat sumber ni direct daripada surat khabar atau mana-mana statement daripada menteri pengangkutan..So kalau ada keraguan dengan cerita ni, jangan salahkan aku eh..

But the point is, aku rasa idea ni sangat bernas dan munasabah..Kalau ikutkan logik, kita semua selalu lupa bila nak renew lesen kita, or at least tu lah yang kita cakap dekat brader polis or JPJ yang buat road block or time kite kena tahan..Kalau yang betul-betul lupa tu, lepas ni senang la kita nak ingat bila nak renew lesen, sebab time birthday kite je, kite tau la kite dah kena renew lesen..So kalau jadi benda ni, lepas tiup kek or lepas kena lumur ngan tepung and telur tu, pegi la JPJ terus..

Nak baca lebih lanjut, klik kat sini..

Sebenarnya kalau apa yang kerajaan kita buat munasabah dan memang untuk kepentingan rakyat tanpa memikirkan kepentingan kroni dan tempolok diri sendiri, tak survive Pakatan Rakyat aku rasa, dan takkan ada Bersih 1 pun..

No comments: