30 Jul 2011

Check list untuk menggunakan tandas awam

Sebagai seorang pengguna tegar tandas awam, aku still rasa kebersihan kebanyakan tandas awam kat negara kita adalah dibawah tahap memuaskan..Dan sebagai seorang pengguna tegar, aku ada checklist yang aku buat sebelum, semasa dan selepas menggunakan tandas awam akibat tahap kebersihan yang kurang memberansangkan tersebut..Dengan ini, Encik Adie secara live dan exclusive dengan tanpa segan silu ingin berkongsi checklist tersebut..

Langkah 1 : Periksa kunci pada pintu
Perkara pertama yang kite kena buat adalah, check pintu tu boleh kunci atau tak.Sebab membuang air merupakan perkara yang sangat private (mintak maaf kepada lelaki yang suka kencing beramai-ramai diruang legar toilet sambil berdiri kemudian tak istinjak,it is so gross)..Anda pasti tidak mahu diganggu ketika anda membuat muka yang aneh ketika meneran..

Langkah 2 : Flush toilet bowl
Tak kira tandas duduk atas tandas cangkung, bila ada masalah dengan flush, mesti akan ada pelampung yang terapung di ruang toilet bowl..Supaya sisa-sisa pepejal tersebut tidak memercik kepada anda ketika anda menjatuhkan bom, adalah lebih baik anda double tap, dengan cara flush toilet bowl tu..

Langkah 3 : Check air
Ini merupakan langkah terpenting semasa menggunakan tandas awam..Bagi yang berbangsa bukan minoriti, anda akan menangis keseorangan didalam tandas tersebut kalau lepas je hajat ditunaikan,anda mendapati air takdak..Jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, jangan sesekali mengabaikan langkah 3 ini..

Langkah 4 : Basuh tempat duduk
Bukan kerusi, tapi tempat duduk untuk bernyahtinja..Langkah ini khusus untuk penggemar tandas duduk.Untuk mengelakkan ada anasir yang tidak diperlukan berada diatas tempat duduk tersebut, anda harus membersihkan ia dengan mantap..Berkesan juga untuk menghapus bakteria..

Langkah 5 : Buang air dengan aman
Setelah langkah 4, anda boleh mula menunaikan apa-apa hajat yang tertunda, sama ada kecil atau pun yang besar..

Langkah 6 : Flush kembali toilet bowl
Untuk mengelakkan anda disumpah dengan sumpahan seperti "Bodoh betulla sape yang b**ak kat sini tadi,otak takde ke nak flush", dan demi mencerminkan jati diri anda yang bersih, tolong flush balik kerana tiada siapa yang mahu melihat sisa pepejal yang ditinggalkan oleh anda..

Langkah 7 : Melangkah keluar dengan bergaya
Setelah semua 6 langkah telah ada lakukan dengan jayanya, maka langkah yang terakhir adalah, melangkah keluar dengan bergaya dan hati yang senang..

Jadi, untuk memudahkan pembaca, aku buat ringkasan sikit checklist tu (ingat sayang je wat ringkasan,hehehe)..

Langkah 1 : Periksa kunci pada pintu
Langkah 2 : Flush toilet bowl
Langkah 3 : Check air
Langkah 4 : Basuh tempat duduk
Langkah 5 : Buang air dengan aman
Langkah 6 : Flush kembali toilet bowl
Langkah 7 : Melangkah keluar dengan bergaya

Semoge checklist ni dapat membantu semua yang ada diluar sana..Renung-renungkan lah, dan selamat membuang air..

p/s : Checklist ni memang aku praktikkan..Setakat ni, aku dapat membuang air tanpa ada gangguan, Alhamdulillah..hehehehe

No comments: