30 Aug 2010

Kibarkan bendera atau hayati kemerdekaan??


Sori kalau entri kali ni agak bosan dan bukan sesuatu yang sedap untuk dibaca..Tapi untuk kesedaran aku sendiri dan untuk aku kongsi ngan orang lain.Alhamdulillah,esok,31 Ogos 2010,Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 53..Dan panjatan syukur yang tidak terucap kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah menganugerahkan kemerdekaan yang berkekalan hingga hari ni..

Dalam masa lebih kurang seminggu daripada tarikh ulang tahun kemerdekaan,orang ramai berlumba-lumba untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan menggantungnya di rumah-rumah dan dimana-mana tempat yang mudah kelihatan.Tapi apakah kita semua sedar akan erti kemerdekaan yang kita dah capai selama ni??Apakah dengan berpusu-pusu di KLCC atau mana-mana tempat berhimpun,countdown pukul 12 menunjukkan kita faham erti kemerdekaan?Apakah dengan mengibarkan Jalur Gemilang bererti kita menghargai kemerdekaan??

Dimanakah letaknya pengertian kemerdekaan kalau minda dan cara hidup kita masih dijajah oleh barat dan kita bangga dengan penjajahan tersebut?Mengapa kita lebih selesa mengenakan skirt pendek atau baju ketat dan terdedah sehingga menampakkan benda yang tak sepatutnya didedahkan daripada mengenakan baju kurung atau sekurang-kurangnya sopan dan menepati budaya Melayu?Mengapa kita lebih suka dan bangga apabila mengamalkan budaya barat daripada mengamalkan budaya Islam dan Melayu yang jauh lebih sesuai untuk kita?

Lebih 5 dekad kita merdeka,tapi apakah kita benar-benar mengerti maksud kemerdekaan?Kerajaan mengadakan kempen besar-besaran untuk mengibarkan Jalur Gemilang,tapi pernahkah ada kempen untuk memberikan kesedaran untuk kita menghayati kemerdekaan daripada bersuka ria yang tidak bermanfaat pada malam kemerdekaan?Sejurus selepas pertunjukan bunga api tamat,anak-anak Melayu berkeliaran dengan motor masing-masing,bangga membawa perempuan,dan berkesudahan memalukan diri sendiri,keluarga,agama dan bangsa??

Jangan kemerdekaan hanya diertikan dengan pengibaran jalur gemilang dan pembakaran bunga api tanpa dihayati..Belajarlah daripada sejarah kemerdekaan kita,kerana orang yang tidak belajar daripada sejarah akan mengulang kesilapan yang sama berulang kali tanpa tahu kesalahan mereka..Sama-sama kita menghayati kemerdekaan negara kita dan bersyukur dengan kemerdekaan dan kedamaian yang kita kecap sekarang untuk menjadi umat Islan yang lebih baik..Ingatan ni bukan untuk mengajar orang lain,tapi untuk diri aku sendiri gak,dalam melahirkan bangsa yang lebih baik..

p/s : Selamat Menghayati Kemerdekaan Malaysia

1 comment:

Shee_Q said...

HAPPY MERDEKA DAY!! hee~
sejarah pasti akan berulang.. so, we should learn it.. and mentaliti anka melayu kita still dijajah barat.. and aku rasa aku pun still lg dijajah.. tapi tak tahu la dari segi apa.. tengah fikir ni...hurmmm