24 Aug 2010

Tahik dibalas dengan duit


Dah lame tak tulis blog sebab aritu sibuk ngan program GPMS..Dan apa yang buatkan aku tulis blog ni adalah,tak lain tak bukan adalah disebabkan segelintir manusia yang tak pernah berhenti memperbodohkan diri sendiri.Aku rasa semua orang dah tau,apa yang berlaku di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia,dimana segelintir rakyat Indonesia yang gelabah dan takde keje,melakukan demonstrasi dengan membaling najis/tahik manusia ke Kedutaan Besar Malaysia,kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Polis Marin Malaysia menangkap pegawai kelautan mereka..

Aku tak tahulah mana diorang ni letak fikiran diorang..Ada ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR-macam ADUN juga) bersetuju dengan tindakan tersebut and meminta kerajaan Indonesia bertegas dengan Malaysia.Tak tau lah konteks tegas mereka adalah panggil balik semua rakyat Indonesia yang cari rezeki kat Malaysia untuk biarkan merempat takde keje kat negara mereka yang mereka cintai..

Dalam dunia yang serba moden ni,tak sangka masih ramai orang diseberang sana bersikap primitif (walaupun orang kita mempunyai sikap terbuka yang melampau dan tak kene tempat) dan tak menggunakan saluran yang betul untuk melahirkan melakukan bantahan..Orang Malaysia takde pulak nak pegi lempar tahik kat Kedutaan Malaysia atau menghalau rakyat mereka daripada Malaysia apabila mereka menangkap 7 nelayan kita..Nampak tak perbezaan mentaliti kat situ..

Orang yang tak dapat melihat pun aku rasa boleh faham and boleh gunakan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah..Aku tak pasti lah kat mana nak letak taraf mana orang-orang yang buat perkara memalukan diri sendiri and negara mereka..Mungkinkah mereka mempunyai otak sebesar otak burung onta??

p/s : Ingat lagi masa lab patologi klinik dulu,bila suruh bawak feses/tahik,bukan main jijik lagi masing-masing nak bawak..Tak dapat bayangkan macam mane orang-orang kat atas ni leh kumpulkan berbeg-beg tahik..Dasar pengotor..Ptuih..

No comments: