1 Oct 2010

Petai,buah busuk yg banyak khasiat (must read)

Masih dalam mood pencinta alam, Encik Adie kali ni nak cakap pasal petai..Aku pun terkejut ngan penemuan yang aku jumpa ni.Aku ade terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang doktor daripada UKM, dan tulisan die ni sebenarnya dah banyak orang post..Korang percaya tak, ulam yang buatkan kencing and kentut korang dibenci ramai,apatah lagi bau mulut korang dapat dibau dari 100 meter jaraknya ni,banyak gila manfaat die!!??Bersedialah untuk mengetahui kebenaran!!!


Petai ada sukrosa, fruktosa dan jugak glukosa, dimana tiga-tiga ni merupakan gula semulajadi, yang boleh menjadi sumber tenaga instant.Dua papan petai mampu buat korang workout selama 90 minit!!Daripada korang makan Power Bar (sori tokey Power Bar), baik korang makan 2 papan petai (kalau sanggup la).Ada atlet antarabangsa makan petai je untuk training..Petai jugak ada banyak serat (fiber)..Kalau korang ade masalah tak boleh nak buang air besar sampai 3 hari (sembelit la tu), bawak-bawak la makan petai..Lebih elok,jadikan petai untuk sarapan, dimana korang leh buang ape yang tak patut pagi-pagi..


Jangan tak caye, petai ada banyak Vit. B..Antaranya adalah vit. B6 ngan vit. B12, yang merupakan berita baik kepada perokok yang nak berhenti merokok..Kedua-dua vitamin B ni dapat mengurangkan ketagihan terhadap nikotin..Untuk perempuan pulak, kalau korang datang bulan, makan je petai, sebab vit. B6 dapat mengawal kadar glukosa dalam darah,sekaligus mengawal mood korang (perempuan yer) daripada memarahi pakwe atau suami anda yang tidak bersalah..

Triptofan bukan ada kat susu budak-budak macam daalm iklan tu je,dalam petai pun banyak..Korang pun tau, triptofan merupakan protein yang dapat ditukar menjadi serotonin (terdapat dalam coklat gak), yang boleh membuatkan korang rasa lebih happy (tapi bukan "high" okay). Dalam masa yang sama, boleh hilangkan stress..Dan tak lupa juga depression..

Untuk yang obesiti pulak,ini berita baik..Kajian menunjukkan orang yang obesiti ni biasanya ada darah tinggi, dan kalium yang tinggi tapi rendah garam pada petai dapat melawan darah tinggi. Selain dari itu, kalium juga membantu kepekaan pupil (pupil alertness) untuk membantu pelajar lebih tumpuan (focus) masa belajar. Pupil peka + Lebih tumpuan masa belajar + Dapat apa yang cikgu ajar = Cemerlang!!! Menurut kajian yang terdapat dalam The New England Journal of Medicine, makan petai dapat mengurangkan risiko untuk mendapat stroke sebanyak 40%!!

Bukan untuk dimakan je, petai juga dikatakan merupakan penawar untuk kulit yang digigit nyamuk..Kalau orang kampung macam aku cakap, tangan bintat kene gigit nyamuk..haaa..Sesuai sangat, lumurkan petai yang dah dihancurkan kat tempat bintat tu..Selain bintat, leh buang kutil (warts) gak..Senang-senang, tampal je petai tu ngan kain kasa kat tempat ada kutil tu..

Sebenarnya ade banyak lagi benefit dari petai ni..Tapi aku rasa, yang aku dah tulis dah ni pun mesti dah jauh sangat membuatkan korang bertukar persepsi korang pasal petai..Dari buah kentut and kencing busuk kepada buah terbaik!!Siap leh ganti epal tau..Patutnya, peribahasa epal tu kene jadi "A petai a day keeps doctor away"..Huhuhu..

p/s : Ini bukan rekaan aku sendiri atau aku main-main,tapi aku dapat daripada artikel yang ditulis oleh Dr. Aminuddin, daripada Departmen Fisiologi, Fakulti Perubatan UKM.

1 comment:

Wan Azlan said...

Bagus2, baru2 ni baru je aku post pasal kehebatan jering, rupa2nya petai pun x kalah power gak