30 Oct 2010

Kelantan Merampas Piala Malaysia

Nampaknya skuad Rusa tak dapat mengekalkan Piala Malaysia di Seremban bila kalah dengan Kelantan dalam saingan akhir Piala Malaysia edisi ke-44 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil..Ape-ape pun, aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana telah mencipta sejarah dengan membawa Piala Malaysia buat kali pertama ke Kelantan..Dan tahniah jugak kepada skuad Negeri Sembilan sebab dah berjaya sampai ke tahap akhir..Pencapaian jugak tu bai..

Nampak tak orang kat hujung kiri tu senyum tak ikhlas??Huhuhu..Lelax lah latuk..Taun depan ada lagi maaaa...

Skuad Negri jadi masalah bila pertahanan jadi kucar-kacir bila Aidil keluar..Aku bukan pandai sangat mengulas, tapi kalau tak silap aku, gol Kelantan dijaringkan masa Negri ada 10 pemain je..Bile dah score, down la, lansung kene lagi sebijik..Abih permainan jadi tak cantik, sume benda tak jadi..Lagipun, pmain utama habis sume injured masa perlawanan akhir..Tapi ape-ape pun,tu bukan alasan..Aku rasa skuad Negri dan bagi yang terbaik untuk game ni..

Taun ni aku tak dapat nak pergi lagi..Tengok lah taun depan kalau ada rezeki..Dan aku rasa tahun ni takde insiden yang tidak diingini..Tahniah kepada kedua-dua penyokong..Sukan ni untuk perpaduan, tapi kalau sebab sukan kite jadi bergaduh, apa guna kite bersukan, betul kan??So, semoga kita semakin bersatu dalam apa jua perkara, dalam apa jua bidang..

No comments: