8 Jan 2011

Perlukan perangsang??

Korang ada masalah dengan libido atau ghairah seksual??(wah,sopannya Encik Adie)..Sekarang ni, macam-macam ubat, macam-macam produk dihasilkan syarikat multinasional yang masing-masing cakap boleh buat kita tambah power..Tapi sebenarnya semua hampeh (Encik Adie tak pernah try lagi, terima kasih) dan hasilnya tak seperti yang orang nak..Kalau berkesan pun, sangat lah kejap, tapi kesan sampingan dia beratus kali ganda daripada khasiat dia..

Korang jangan risau, aku ada tips yang paling berkesan untuk tambahkan libido atau ghairah seksual ni..Dan buat pengetahuan korang, tanpa alat, tanpa perlu makan ubat, tanpa perlu mengurut, dan macam-macam lagi benda mengarut yang mu
ngkin akan membuatkan korang tak dapat anak nanti..Jom cekidaut..

Korang tengok gambar kat bawah...

Okeh..Macam mana perasaan korang??Tak rasa ape-ape??Okeh, mungkin belum apa-apa lagi tu..Jangan risau, korang masih normal kalau belum rasa apa-apa..Oke, kita pergi ke terapi yang seterusnya..Tengok gambar bawah ni pulak..

Okeh, sekarang??Apa perasaan korang??Still sama??Jangan risau..Kita pergi ke stage yang berikutnya..

Sekarang??Kalau korang perlukan perangsang, jangan risau..Korang datang je sini, Plaza Perangsang, Shah Alam, sebelah Kompleks PKNS ngan Plaza Alam Central..Masuk je sini, confirm terangsang punya lah..Tak caye, try lah..Hahahahaha..

Untuk tips tingkatkan libido(ini serius eh), klik sini..

p/s : Aku tak tau tang mana perangsang nye..Tengok bangunan pun dah tak selera nak masuk, apa tah lagi untuk terangsang..Ntah apa-apa nama..

No comments: