24 Jan 2011

UFO mendarat di Indonesia??

Jakarta Post melaporkan ada mahkluk asing mendarat kat Yogyakarta, Indonesia semalam berdasarkan penemuan bulatan yang aneh pada sawah padi sebanyak 7 petak..Kalau bak kata orang putih, crop circle (klik kat sini) lah, dimana kat negara orang putih biasanya bulatan ni orang jumpa kat ladang gandum or ladang barli..Tapi ni kat sawah padi Joe..Tak macam rare pulak kan..Dan pakcik yang jumpa dia msetilah petani yang sedang menyanyi-nyanyi kecil time nak pergi sawah, tiba-tiba dia nampak bulatan ni (tapi tak tau dia nampak tang mana..Kalau tengok dari bawah, takkan dia nampak bulat kot??)..

Penduduk tempatan cakap, takde pulak aksi-aksi yang mencurigakan malam tu, selain daripada bunyi bising yang datang daripada sawah padi tersebut (tapi takde sape pun yang pergi tengok malam tu,walaupun dengar bunyi bising)..Dan sekarang ni tempat tu menjadi tumpuan orang ramai yang nak tengok ngan pemberita yang nak buat liputan, walaupun polis dah tutup tempat tu, takut orang ramai datang and rosakkan padi yang ada kat situ..

Pendapat aku lah, takde makna alien tu nak datang kat Bumi ni, than tulis-tulis kat sawah orang..Alien tu ada banyak lagi benda lain nak buat..Kalau korang pernah tengok dokumentari pasal crop circle ni, korang akan berpendapat sama macam aku, bahawa crop circle hanya lah satu hasil seni terbaik yang dilakukan oleh orang-orang yang sangat kreatif tapi takde kerja untuk tujuan tertentu..

Ramai persoalkan, macam mana manusia boleh tinggalkan geometri yang sangat besar dan unik lagi indah tu dalam masa satu malam jer..Dan sebab takde saksi yang tengok, diorang kata tu sume alien yang buat..Dokumentari pasal crop circle ni membuktikan bahawa geomtetri ni boleh sangat disiapkan dalam masa satu malam, dengan bantuan alat-alat tertentu, dibantu oleh beberapa orang..Yang buat tu, seorang pensyarah ngan anak-anak murid dia..Dan kenapa takde saksi mata, sebab siape lah nak datang sawah padi tengah-tengah malam brader..

Dan kalau betul lah ada kapal angkasa alien yang mendarat, corak dia tu dapat tang mana?Dapat daripada api kapal angkasa??Tapi takde pun padi yang terbakar..Ke daripada kesan tapak kapal tu??Memang besar dan berat nak mampus UFO tu..Tapi kenapa tanah sawah yang berlumpur tu tak tenggelam sekali??Korang pun boleh berfikir sendiri..Tapi kalau nak baca berita lanjut, leh klik kat sini..

Aku suspek la, ni sume keje penduduk yang nak meng'glamer'kan tempat tu ngan publisiti murahan..Tak mengejutkan eh, lepas ni nak masuk kat situ kena bayar kat penduduk tempatan, sebab tu perkara biasa kat indonesia..Duit,duit dan duit..Segalanya adalah duit brader..

1 comment: