3 Jan 2011

Poops n go

Betulkan poops adalah najis??Kang jadi salah macam aritu lagi kang..Poops jadi boobs (opsss)..Ni bukan pasal ada tandas teknologi baru or perkhidmatan baru ala-ala touch n go..Tapi ni berita pasal pencuri yang tinggalkan poops lepas mencuri..Style giler okay..

Ikut berita dalam Kosmo! arini, ada pencuri ni pecah masuk kedai, curik duit syiling, than tinggalkan "najis" (Encik Adie seorang yang sopan dan pemalu) dia kat kedai tu..Mungkin trade mark dia kot, ala-ala Joker gitu..Tak pun dia nak nganjing tokey kedai tu..Tapi aku suspect la, mesti banyak gila syiling yang dia tibai, sampai tekincit-kincit nak angkat..Seguni ke ape..

Hmmm...Ade 2 benda yang paling pelik..Kenapa dia nak curik duit syiling..Dan satu lagi, kenapa dia bernyahtinja (carik dalam kamus dewan) kat kedai tu, sedangkan dia masuk ikut tandas..padahal boleh je dia nak lepas hajat sebelum masuk..

Ape-ape pun, well played eh pencuri sebab dah berjaya bawak lari seguni duit syiling, dan berjaya melepaskan trademark anda yang sangat cool..Yeahh!!!

Nak baca lebih klik kat sini..

1 comment:

FatinNad said...

orang kata, kalau pencuri buat cmtuh, dia pakai ilmu. maka, kalau dia tak ter____(isi tempat kosong) kira tua kedai tuh akan terus terikat dengan ilmu tuh. contohnye, kalau tuan kedai kene pukau, pukau tuh tak akan hilang kalau dia tak poops dulu sebelum tinggalkan kedai. lagipun, tuh mcm syarat sahla utk pastikan ilmu yang dia pelajari tuh berjaya. eh, boleh faham tak nh?