6 Nov 2010

Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel

Kalau korang lahir pangkal 8 (maksudnye lhir 80-an), korang mesti familiar dengan tajuk ni kan?Yang pangkal 9 tu,mase tu baru nak knal ABC kot..Tepat sekali,cerita ni merupakan cerita klakar kat ntv7 pasal Sukan Komenwel 1998 Kuala Lumpur..Dan kalau korang gunakan ilmu math korang yang superb tu, cite ni dah masuk 12 tahun dah..Kalau budak lahir baru lahir, dah amik UPSR dah taun ni..Punye la lame...

Antara scene dalam cerita ni..

Meh aku cite sikit kalau korang tak pernah tengok cerita ni..Cerita ni pasal satu rombongan JKKK kampung kat Perak, yang semangat gile nak pergi rombongan (nak pegi KL wa cakap lu) ke Kompleks Sukan Bukit Jalil, nak tengok pembukaan Sukan Komanwel dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.."Gorganizer" rombongan ni name die Cik Kiah, tu yang tajuk dia macam tu..Tapi sepanjang perjalanan nak ke KL tu,macam-macam rintangan diorang hadapi..Bukan kecik, bukan setakat 1,2 masalah..Tapi kebanyakkannya besar dan sangat la banyak masalah..Tapi akhirnya diorang sampai jugak kat Stadium Nasional Bukit Jalil..

Apa yang aku suke pasal cerita ni adalah cerita ni walaupun merupakan propaganda kerajaan untuk mempromosikan Sukan Komanwel, tapi dia ada banyak menyelitkan unsur nasihat dan pengajaran dalam setiap perkara yang berlaku, ditambah dengan lawak bersahaja yang tidak dibuat-dibuat dan tidak berlebihan..Boleh buatkan pipi korang cramp sebab banyak sangat gelak kot..Tapi ade gak part yang touching..

Dan cerita ni jugak mengigatkan nostalgia 90-an, dimana masa zaman tu, kalau kau ada handphone baling anjing yang ada antenna tu pun orang kampung berduyun-duyun datang nak datang rumah kau macam muzium..Kalau dapat pergi KL, macam dapat pergi oversea lah..Tapi aku rasa zaman dah banyak berubah sekarang..Budak baru lahir pun dah boleh pegang handphone..Diorang dah tak main dengan kawan-kawan lagi, sebab sibuk ngan PSP, PS2, Nintendo, Komputer dan macam-macam lagi..Sampai parents pun diorang dah tak peduli dah..Konsep menghormati orang tua dah jauh kene tinggal dah..

So,cerita ni aku bagi 5 bintang daripada 5 bintang kot..Mesej dia jelas: walaupun kita mempunyai niat yang berbeza (yang baik je oke), tapi kalau kita mempunyai matlamat yang sama, kita kene berkerjasama dan bertolak ansur..Cerita ni bukan sekadar lawak bodoh yang orang malas nak gelak..So, sape yang tak pernah tengok lagi cerita ni, aku ada simpan lagi,credit tu Saudara Ahmad Kamil Zainal a.k.a Encik Mat Pao..Kalau nak tengok, aku leh bagi la,tade hal punya..Ko hello je aku..Huuuuu..

p/s : Aku leh tengok cerita ni banyak kali kot,hahahaha..

8 comments:

lingzira said...

ehh, aku nak cite ni.. aku penah tgk gak dulu.. huhu.. kau ade simpan kan cite ni.. naknaknak..

Encik Adie said...

tak boleh nak emel,sbab besar sngat..ko pun fham kan..tpi kalau ade pluang nnti,aku bgi..

Anonymous said...

perghh!!!lama x tgk citer ni....rindu lak-izzul

Anonymous said...

aku nak..
puas aku carik nak donlod.. xde..

Ms Yong said...

Assalaamualaikum En. Adie,
Kat mane leh sy dpt cerita ni? nk downlod lagu mana??

Encik Adie said...

Salam..Errr..Ms YOong, sye pun amik dari member..kalau ade area uitm or pilah,leh la klau nak amik..huhuhu

Ms Yong said...

En. Adie..sy dok terengganu lening..tp kekadang balik kg kt bota. nk ke sinun tu payah sket la-sbb dh stat kijo..

Ms Yong said...

Alhamdulillah En. Adie, sy dah dpt dah nengok citer itu di sini---
http://www.tv-malaysia.com/rombongan-cik-kiah-ke-sukan-komanwel/

Sebenornyer, sy tak pernah tengok pun citer ni..time ditayang dulu, sy dok sekolah asrama kt ipoh. tp bas perak roadways (yg cik kiah naek tu, memang bas sy balik kg.