12 Oct 2010

Proton ade Lancer Evo X??

Korang pernah mengidam nak pakai Lancer Evo X, tapi rasa korang bermimpi jer??Haaaa..Korang dah boleh bangun dari tidur dan jumpa ngan kenyataan sekarang..PROTON dengan bangganya akan mengeluarkan sebuah kereta yang disalin daripada Lancer Evo X,tapi of course la bukan sebijik..Apa yang lain nya adalah, lambang mestilah jadi proton, grill depan dan belakang, sistem gantungan (suspension) Proton yang diperkemaskan dan juga ciri-ciri pemanduan sebelah kanan Lotus..

Enjin pun mestilah garang kan.."Kuasa" untuk membuatkan Polis Trafik semakin banyak keje ni dijana oleh enjin MIVEC dengan sesaran 1.8L auto dan manual, dan juga dengan sesaran 2.0L untuk auto sahaja (berita baik kepada awek-awek yang nak buatkan mamat pakai RXZ macam aku ternganga)..Kalau dah besar mcam tu,jangan harap la nak dapat RM50,000 kan..Untuk sesaran 1.8L adalah dibawah RM80,000 dan sesaran 2.0L dibawah RM95,000..

Perasan tak aku tak sebut nama pun?Sebab dia belum ada nama lagi..Katenye namanya akan diumumkan esok (Khamis 14/10/10) diinspirasikan daripada nama tempatan, sama tarikh dengan hari boleh mula tempah dekat semua Proton Edar di seluruh negara (esok la tu maknanya)..Tapi pelancaran rasmi dia akan diadakan pada 10/11/2010,katanya.So kalau nak bawak balik Raya Haji nanti boleh la..Ape lagi, esok kita pakat ramai-ramai gi Proton Edar hokey?

Taraaa..Tapi leh tengok dari tepi je,siap sorok2 lagi..

Haa,ni lah gambar yang ada..Proton berahsia sangat nak bagi orang siarkan kereta ni..Aku pun malas nak tunjuk,kang kene saman lak..Kereta ni merupakan model gantian Waja..So kalau rasa dah boring bawak Waja, atau dok modified Waja tapi tak jadi Evo gak, baik beli je kete ni..Duit muka, RM1000,jangan risau..Lepas tu mampus nak bayar bulan-bulan..Hahahaha...

Satu lagi projek yang aku rasa sangat baik dan memberansangkan daripada PROTON..Tabik la lu PROTON!!Haip!!! (!_!)>

p/s : Kok korang beli, jangan lupe bagi aku tumpang eh..Aku mampu bawak Kuda Putih kesayangan je...

1 comment:

Emir The VI said...

Name dia inspira la bro... Haha
Lawa2... Enjin n suspension x best la plak...