15 Nov 2010

60% rakyat Malaysia "overweight"!!!

Sebelum tu, artikel ni bukan nak tuju kat siapa-siapa atau nak kutuk siapa-siapa..Tapi aku just nak berkongsi satu benda yang semua orang patut risau.Menurut Utusan Malaysia 16 November 2010 (klik sini), 60% daripada rakyat Malaysia merupakan overweight, dengan separuh daripada peratusan ni merupakan obes (30% rakyat Malaysia adalah obes)..


Aku rasa, ramai yang rasa statistik ni tak penting..Tapi bagi aku, statistik ni mencerminkan gaya hidup rakyat Malaysia.Nampak sangat rakyat Malaysia masih belum mempunyai kesedaran tentang penjagaan kesihatan, terutamanya orang Melayu..Kalau ada yang jogging pun, siap pakai cantik-cantik macam nak pergi shopping..Yang perempuan pulak selalu aku jumpa, wangi je, letak perfume sebotol..So, aku tak rasa tujuan sebenar jogging nak jaga kesihatan. Tapi yang da berumur tu mungkin oke la..


Tau tak sakit jantung merupakan pembunuh utama rakyat Malaysia sebelum barah, diabetes dan darah tinggi?Maksudnya, faktor pemakanan pun berpengaruh gak..Majoriti daripada overweight kat Malaysia adalah kanak-kanak..Ibubapa sekarang ni sangat lah sibuk nak carik duit, sampai takde masa nak masak untuk anak-anak..Jadi, Mc Donald, KFC dan macam-macam fastfood jadi sasaran..Tau tak fastfood ni didatangkan dengan pakej penyakit sekali?(klik sini)..Orang dewasa pun sama gak, sebab kita tau masakan Melayu ni memang terkenal dengan penambah stok lemak..Garam, gula, santan jangan cakap..

Jadi apa yang kita kene buat?Dua benda paling penting kita kena buat..Amalkan gaya hidup sihat, amalkan pemakanan sihat.Apa gaya hidup sihat?Bersukan at least 3 kali seminggu 20 minit setiap sessi ngan tak merokok dan mengambil alkohol. Simple kan??Kite je yang payah sangat nak buat..Apa pemakanan sihat? Kurangkan gula, garam dan kolesterol, banyakkan buah dan sayur..Paling penting,kurangkan fastfood macam Mc Donald ngan KFC..

Macam mana nak tau kita overweight?Ada sistem yang dinamakan BMI (Body Mass Index) untuk tentukan kita dalam kelas yang mana..Cara nak kira adalah :

\mathrm{BMI} = \frac{\mbox{mass} \ \mbox{(kg)}}{\left( \mbox{height}(\mathrm{m})\right)^2}

BMI* What your BMI result indicates
Less Than 18.5 UNDERWEIGHT
Your are under optimum weight for your height. You could afford to gain a little weight.
18.5-22.9 NORMAL RANGE
You have a healthy weight for your height.
23-27.4 OVERWEIGHT
You are over optimum weight for your height. You may be facing health problems, so losing some weight would be a good idea.
27.5 and above OBESE
You are over optimum weight for your height. You may be facing health risks, so see your doctor to help you achieve a healthier weight.

So,lepas ni korang dah boleh timbang sendiri dan kira sendiri..Aku menyeru kat semua rakyat Malaysia, jom lah mengamalkan gaya hidup sihat..Jangan salahkan keturunan kalau overweight..Keturunan ada je yang overweight, tapi Alhamdulillah aku boleh mantain macam sekarang..Bukan suruh buat badan ketul-ketul pun, just jangan overweight je sebab biasanya orang yang mempunyai berat berlebihan mempunyai masalah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian..

So,selamat mengamalkan gaya hidup sihat..

3 comments:

syiqasyiqa said...

hahaha..
sape blh tahan bila tgk kfc, wendys, apa smua tu..sedap kot!!

but still...
i'm underweight..
hurm..

agak2 berapa peratus rakyat msia yg underweight ha??

Encik Adie said...

just you..
ngeeeee (^_^)

rasyiqahrazali said...

nasib tak pernah jumpa..kalau tak get ready la.. 10km away dah blh kena lastik.haha