18 Nov 2010

Atuk yang hebat!!!

First of all, Selamat Hari Raya Aidil Adha kat semua umat Islam..Okeh, tajuk ni bukan nak cerita ada orang tua yang buat benda pelik-pelik, tapi aku nak cakap pasal atuk aku yang hebat!!Ye, betul..Atuk kandung aku..Atuk belah arwah abah aku, nama dia Maarof bin Hassan..Kenapa aku cakap dia hebat??Meh aku cerita sikit..

This is my atuk and uwan masa muda dulu..

Tahun ni (2010), atuk aku dah umur 83 tahun..Biasanya dalam umur tu, dah ada masalah ingatan dan macam-macam lagi..Tapi Alhamdulillah, atuk aku still ada ingatan yang tajam, kecuali dia ada masalah nak ingat nama orang.. Ingatan dia tu yang aku tabik spring (toing,toing,toing) tu..Aku boleh lepak dengar atuk aku cerita berjam-jam..Korang bayangkan, dalam masa 83 tahun tu, berapa banyak peristiwa atuk aku dah lalui..

Antara benda yang aku paling kagum adalah, atuk aku merupakan seorang pengemudi Landing Craft Loader yang membawa trak2 askar dan kereta askar untuk landing kat pantai..Korang pernah tengok cerita Saving Private Ryan??Haa,mesti korang pernah tengok menatang alah tu..Masa tu atuk aku keje ngan British..Die keje kat Singapore masa tu, kat Pulau Blakang Mati,atau nama skarang dia Pulau Sentosa (tak caya, korang Google)..Menurut atuk aku, masa tu British nak serang Jepun kat Tanah Melayu, so dia hantar banyak kerete kebal, jip dan macam-macam kenderaan dan bersiap untuk menyerang.Tapi Jepun dah surrender awal..So semua tu tersadai kat Pulau Sentosa..

Ni lah menatang Landing Craft Loader tu..

Masa zaman Jepun dulu pulak, atuk aku keje kampung je..Tapi atuk aku cakap, memang teruk Jepun tu..Kene hafal lagu dia, dan kene tahu bahasa Jepun..Dan jangan tak caye, atuk aku sampai sekarang boleh nyanyi lagu kebesaran Jepun, dan dia boleh cakap Jepun!!Ternganga ibu, abang aku, ngan akak aku dengar atuk aku cakap Jepun, siap dengan maksud sekali..Kalau nak menuntut bahasa Jepun kat atuk aku, call je aku..Hehehe..Hmm..Atuk aku keje ngan British masa dah lama sikit Jepun jajah..Tu yang keje ngan British tu..Tapi bila nak mintak askar, tak lepas, sebab atuk aku agak rendah, walaupun dia betul semua masa ujian bertulis..Masa kerja ngan orang putih, atuk aku belajar gak bahasa Inggeris..So atuk aku tau Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ngan Bahasa Jepun..Hebat kan??

Ada banyak sejarah aku dapat daripada atuk aku..Dan bile aku cakap apa yang aku belajar, atuk aku cakap, ada sejarah-sejarah yang aku belajar tu lain daripada sejarah yang sebenar..Kenapa macam tu??Sebab British nak tunjukkan diorang ni baik, dan juga untuk menjaga hati ramai pihak..Tapi korang rasa, patut ke sejarah yang sebenar diubah??

Yang pakai serban tu atuk aku masa dah tua sikit..Tapi dah lama gak ni..Budak comel berbaju Melayu tu plak, Encik Adie Ruslan..Harap maklum..Heeeee...

Apa-apa pun, aku bangga ada atuk yang hebat..Walaupun dia tak dapat tengok aku jadi doktor macam yang dia nak, tapi aku akan buat yang terbaik untuk aku..Korang pun, sayanglah atuk korang dan horamati orang lebih tua..Kalau ada yang dah pergi, doakan untuk kebahagian mereka kat sana..Amin..

3 comments:

rasyiqahrazali said...

Selamat Hari Raya Korban

Ila Aqilah said...

kagum3! hadi, atuk ko ngan nenek fibi sebaya! alhamdulillah..masih sihat =)

Anonymous said...

Ha?betul ke baju melayu merah?
lainnyer....tembam....nyer