22 Nov 2010

Mengapa Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan

Sekarang ni Temasya Sukan Asia masih berlansung kat Guanzhou,China..Dan setakat aku tulis blog ni, Malaysia baru ada 6 emas, 3 lagi nak penuhi sasaran 9 emas..Kita doa lah sama-sama eh, semoga atlet kita dapat capai sasaran pingat emas tu..Tapi aku bukan nak komen semua pasal tu..Korang tengok final badminton perseorangan lelaki? Lee Chong Wei lawan Lin Dan, dan keputusan dia mungkin bukan seperti yang kita harapkan, Chong Wei kalau 2-1 dengan Lin Dan..Sebagai pengomen sukan ala-ala Hasbullah Awang, meh aku komen sikit kenapa Chong Wei boleh kalah..


1. Mimik muka
Lin Dan
Kalau korang perasan, Lin Dan akan sentiasa tersenyum sepanjang perlawanan..Haaa..Senyum tu mahal sebenarnya..Chong Wei smash, dia senyum je ambik bola tu..Lepas ni kalau korang kena smash, ingat, senyum je..InsyaAllah leh amik bola tu..
Chong Wei
Pernah tengok "Muka Ketat Seluar Ketat" kalau tak salah aku??Macam tu lah muka Chong Wei..Bila kene bola kat muka, ngan kat badan dia, semakin ketat muka dia..Muka ada otot, kalau muka ketat, maksdunya otot pun ketat la kan..Tu yang tak leh perform tu,huhuhu (apabila Dr. Adie blajar tak habis bercakap)..

2. Awek
Lin Dan
Mana tak terbakar semangat boss, awek ada kat atas, tepuk-tepuk untuk kau..Kalau kalah kang, malu boss..Silap-silap kene postpone dating 3 bulan..Tapi terbalik ngan aku..Tak boleh buah hati tengok aku main ragbi...Kalau tak, memang aku bawak bola tu gi tepi padang je lah, pergi kat dia..
Chong Wei
Awek-awek yang biasa sokong dia, semua ada kat Malaysia..Yang ada pun, teammate je..Mane boleh berselera ngan teammate maaa..Kang kene buang skuad kang, tak pasal-pasal je..So,kira Chong Wei ni takde pembakar semangat la ni..Tu yang muncung kedepan je tu (En. Adie, jage sikit percakapan tu eh..)

3. Baju
Lin Dan
Dia pakai baju lengan panjang sikit dari Chong Wei..So takde lah sejuk sangat dalam dewan tu..Walaupun zip kat dada dia terbukak je ala-ala cerita Tamil (macam Khir), tapi still boleh tahan sejuk lagi..
Chong Wei
Dia silap pakai sleeveless aritu..Sejuk tu satu lah..Lagi satu, dia amik banyak masa untuk cover bulu ketiak daripada amik bola tu..Line nak jaga, raket nak jage jangan bagi terlepas..Tambah lagi nak cover ketiak..Memang tak dapat la jack..

4. Aksesoris
Lin Dan
Dia tak pakai apa-apa pun kat tangan, kat leher dan kat mana-mana..Tapi tak taulah kalau Lin Dan ada tindik kat pusat..Tapi masa dia bukak baju tu (auuwwww,caer nyah), takde pun aku tengok apa-apa tindik..
Chong Wei
Ni aku rasa antara faktor utama dia kalah.Masa main pakai jam, nampak sangat tak sabar-sabar nak habis..Lepas tu kat leher pulak ada 2 rantai..1 rantai emas ala Ah Long, 1 lagi rantai magnet ajaib (sponsor suruh agak eh)..Than, kat tangan kiri ada cincin pulak..Bang, nak main badminton ke nak ngurat neh..

*Entry ni sebagai hiburan je..Lin Dan ada banyak kelebihan, tempat sendiri, dengan crowd yang penuh sokong dia..Chong Wei pun bukan kalah bodoh dengan dia, tapi 3rd round tu dia down sikit, mungkin sebab tangan dia yang luka tu, atau tu sekadar alasan..Tapi apa-apa pun, still bangga dengan Chong Wei sebab sampai tahap tu, walaupun sekadar menyumbang pingat perak..Semoga skuad kebangsaan dapat lebih daripada apa yg disasarkan..

"SUKAN UNTUK PERPADUAN"

No comments: